Komentar Kini |
Hudud tak sesuai dilaksanakan? Posted: 01 Sep 2012 04:30 PM PDT Penulis tidak kecewa jika pucuk pimpinan umno yang berkata demikian. Tetapi hari ini Dr DZulkefly Ahmad Ahli parlimen PAS Kuala Selangor yang juga Ahli jawatankuasa PAS pusat yang sebut kata kata tersebut. Penulis tidak hairan jika Pucuk kepimpinan umno yang berkata demikian, kerana memang selama lamanya berpegang dan berfahama bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sekarang ini. Bukan setakat tergamak berkata demikian, malah sering mempersenda sendakan hukum Allah itu.Atas sebab jugalah PAS enggan bekerjasama dengan umno,kerana barangsiapa berkata deumpama itu, maka mereka jadi kafir. Yang peliknya Sallehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib presiden PAS yang ber setuju dan menyokong pendapat Dr.Dzulkefly bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan.(sinar harian) Isu tersebut dilaporkan oleh Akhbar sinar harian dua tiga hari lepas. Ada sesetngah kalangan tak percaya dengan laporan tersebut. Pada penulis akhbar tidak buat laporan sebarangan. Jika salah lapor boleh di saman oleh pihak yang terbabit.Sudah banyak kali saman dibuat pihak terbabit Akhbar yang kalah dan membayar ganti rugi yang dituntut. Sehubungan dengan itu, Pernah suatu masa dulu PAS mengharamkan ahlinya mengundi orang kafir, tetapi hari ini undi DAP sudah jadi harus.Malah ada sesetengah mengatakan jatuh wajib. Mungkin sudah tidak salah lagi berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan, kerana hudud adalah salah satu cabang hukum Allah sepertimana kata Presiden PAS dua tiga lepas. Bukan setakat itu saja, dulu haram hukumnya bekerjasama dengan parti orang kafir, tetapi hari ini sudah jadi harus hukumnya bekerjasaman dengan orang kafir (DAP) dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.Dah bukan kerana Allah. Atas sebab itulah tidak mustahil laporan sinar harian bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan sekarang, sedangkan ijmak ulamak telah menetap hukumnya barangsiapa mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan maka kafirlah mereka itu. Ada pula yang berkata barangsiapa mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan menjadi kafir. Kafirnya kafir mutlak.Bagaimana? |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan