Jumaat, 14 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sekali Lagi Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat, Kali Ini Di Masjid Jamek Tangkak

Posted: 14 Sep 2012 12:01 AM PDT

Tangkak 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid lantas.

Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan. -KD








- Kalau Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bertindak Tegas & Adil spt mana yg berlaku pd Hari Kemerdekaan tempoh hari! Adakah perkara ini akan berulang? Puak2 Jahiliyah ni tak solat rupanya! Nauzubillah! -demirakyat

[VIDEO] Google Enggan Padam Video Hina Rasulullah

Posted: 13 Sep 2012 09:28 PM PDT


San Francisco – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

"Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini," kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters





Lokasi himpunan bantah filem hina Nabi hari ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara hari ini berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak - Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang - Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak - Masjid Bintulu

g] Terengganu - Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.



[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

Posted: 13 Sep 2012 07:31 PM PDT

Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM

MACHANG – Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.

"Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas," katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.

Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.

Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.

"Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.

"Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur," katanya.

Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan









Pramugari Mesir Mulai Berjilbab

Posted: 13 Sep 2012 04:34 PM PDT



Pertemuan antara wakil dari pihak pramugari-pramugara dengan Menteri Pengangkutan Samir Imbabi pada hari Ahad mengasilkan keputusan bolehnya mengenakan jilbab bagi para pramugari ketika mereka bertugas, demikian disiarkan Bawwabah Al Ahram (9/9/2012).

Selain membincangkan mengenai sahnya memakai tudung, pertemuan itu juga membincangkan masalah-masalah teknikal berkenaan pengambilan pramugari serta badan yang menaunginya.

Wakil dari para pramugari-pramugara juga mengumumkan bahawa tuntutan mereka disampaikan dalam rangka menjaga kemaslahatan syarikat penerbangan Mesir.


Mangsa ISA Didera Mental & Seksual, Sebiji Burger Diumpan Untuk Tutup Mulut

Posted: 13 Sep 2012 07:50 AM PDT

Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya terpaksa mengaku bersalah.

Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.

Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.

"Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi 'whistle blower'.

"Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.

"Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?


Demikian beritahu bekas tahanan ISA, Mohamad Fadzullah Abd Razak (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fadzullah, kejadian yang berlaku dalam kem tahanan menyebabkan beliau dan tahanan lain terkejut kerana tidak menyangka kejadian seksaan yang zalim seumpama ini wujud di Malaysia.

Fadzullah ditahan di bawah ISA apabila dikaitkan dengan aktiviti Jemaah Islamiah(JI) pada Jun 2010 dan dibebaskan kira-kira dua hari sebelum hari raya puasa baru-baru ini.

Fadzullah juga memberitahu seksaan yang dikenakan kepada tahanan sehingga menyebabkan ada tahanan cuba membunuh diri dengan mengikat leher dengan tuala akibat tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.

Sementara itu, menurut peguam dari Lawyers for Liberty, Farida Mohammad, dalam lawatan ke Kem Tahanan Kamunting semalam, beliau dimaklumkan bahawa seorang tahanan ISA yang berusia dan mengidap penyakit batu karang, Razali Kassan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai kem tahanan bernama Marzuki.

"Setelah beliau dimasukkan ke hospital, pegawai yang bernama Marzuki itu meminta maaf dan berjanji membantu beliau supaya dibebaskan lebih awal," kata Farida.

Remaja Lakukan Sumbang Mahram Dengan Kakak Sendiri Sehingga Lahirkan Bayi

Posted: 13 Sep 2012 04:19 AM PDT

Jerantut - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama

Tiada ulasan: