Jumaat, 14 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Otak Lembab Ada Hati Nak Jadi Menteri Besar...

Posted: 13 Sep 2012 10:05 PM PDT

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Mukhriz Mahathir tidak faham "bagaimana kereta dijual" dan sistem permit import kereta (AP) yang diluluskan kerajaan ke atas kenderaan yang diimport dari luar negara.

Kenyataan Rafizi (gambar) tersebut dilontar semasa satu siri forum "Kurangkan Harga Kereta" malam tadi dan menyifatkan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir tersebut "sudah jelas tidak memahami mekanisma pasaran terbuka".


"Kami menunggu selama dua bulan respon daripada Mukhriz kepada cadangan kami. Beliau adalah salah seorang yang mengawal sistem AP ... dua bulan dan saya sudah berputus asa.

"Tetapi sekarang, beliau membalas dengan mengatakan cadangan kami untuk mewujudkan tender terbuka AP tidak akan mengurangkan harga kereta. Saya yakin Mukhriz tidak memahami bagaimana kereta yang dijual.

"Saya juga fikir dia tidak memahami sistem AP dan sudah tentu tidak memahami mekanisme pasaran terbuka ... dia telah dikurung dalam satu persekitaran terkawal terlalu lama," kata Rafizi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

PKR pada minggu lalu telah mencadangkan untuk mewujudkan tender terbuka sebagai sebahagian pelan untuk mengurangkan yang beban cukai tiga kali ganda dikenakan ke atas kereta yang dijual jika PR memerintah.

Dalam cadangan tersebut, Rafizi menjelaskan kira-kira 70,000 AP tersebut jika diberikan secara tender terbuka ia akan memberi pendapatan kepada kerajaan sebanyak RM3 bilion.

Malahan menurut Rafizi lagi sistem baru ini akan mengimbangi sebahagian daripada RM7 bilion yang dijangkakan kerugian tahunan akibat daripada pelan PR untuk mengurangkan duti eksais yang didakwanya dikenakan setinggi 105 peratus.

Cadangan tersebut sebaliknya mendapat kritikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri dengan mengatakan ia tidak logik memandangkan tender terbuka akan menyebabkan harga setiap AP naik lebih tinggi daripada berbanding dengan harga kini yang dikenakan kerajaan iaitu sebanyak RM10, 000.

Namun, Rafizi tetap bertegas dengan pendiriannya tender terbuka akan membantu meningkatkan pendapatan kerajaan.

Mengulas lebih lanjut, wakil dari DAP Tony Pua menegaskan bahawa dengan tender terbuka AP, keuntungan daripada jualan permit akan pergi terus ke dalam poket kerajaan.

"Kita semua tahu bahawa 80 peratus AP pergi kepada 20 peratus syarikat yang memohon untuk mereka," katanya.

Pada forum itu juga, ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan wakil dari IDEAS, Wan Saiful Wan Jan juga menyokong dengan cadangan tersebut dan menolak tanggapan yang mengatakan ia akan hanya menyebabkan kesesakan walaupun ketika ini masalah tersebut masih belum selesai.

Rafizi juga mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan "polisi kitar semula kereta" di Malaysia sebaik sahaja harga kereta diturunkan bagi menangani masalah lambakkan kereta di atas jalan raya.

Di bawah polisi itu, kenderaan yang mencapai umur sepuluh tahun akan perlu dijual atau dibaikpulih.

Semasa forum itu juga, Dr Dzulkefly juga menegaskan bahawa pelan PR untuk mengurangkan harga kereta dengan pemotongan cukai akan membantu mengurangkan hutang isi rumah, yang kini berada pada RM653 bilion, atau 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


Pilihan Raya Berasingan - SPR Sudah Mula Bercakap Bagi Pihak Umno/BN

Posted: 13 Sep 2012 08:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.


Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.

"Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Wawancara selama sejam, yang bertajuk 'Isu Bubar Dun: Implikasi SPR', dikendalikan oleh Sherkawi Jirim.

Wan Ahmad berkata selain itu, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali, katanya.

Beliau berkata selain itu, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sebelum ini empat kerajaan negeri yang di bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun)masing-masing.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya Dun serentak dengan pilihan raya umum.

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dun serentak dengan pembubaran Parlimen.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan Dun secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran Dun akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.

- Bernama



Pakatan lancar 'buku jingga' Agenda Wanita Malaysia

Posted: 13 Sep 2012 08:17 PM PDT

Pakatan Rakyat malam tadi melancarkan 'buku jingga' Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.

Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.


Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam.

Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat.

Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera" - yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin - merangkumi:

Dasar pendidikan yang "celik dan cerdik" terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.

Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.

Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.

Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.

Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.

Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.

Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.

Sebelum merasmikan buku agenda itu, Anwar dalam ucapannya menggesa Wanita Pakatan Rakyat menyediakan rangka tindakan dengan menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap wanita di desa dan kawasan pendalaman.

Sambil menyifatkan ia satu cabaran yang besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan Rakyat mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.

"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.

"Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan Keadilan tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.

"Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya... Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu kertas biru khas. Kita tidak punyai banyak masa," katanya.

Anwar berkata beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya menembusi "sedikit ruang" dengan mendapat sokongan wanita desa dan pedalaman.

"Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya.

"Tetapi kita perlu sedikit 'push' di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan Rakyat merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan AWM khususnya wanita di desa dan pedalaman.

Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.

"Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju-tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing," kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.

Kemudian Zuraida mencelah: "Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut".

Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenalpasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.

Wanita Pakatan Rakyat juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.


Video Panas - JKK Umno Melaka Naik Angin Ceramah Depan Kerusi

Posted: 13 Sep 2012 05:16 PM PDT




Foto Rumah Zahida Rafik Berharga Lebih RM3 Juta..

Posted: 13 Sep 2012 07:35 AM PDT

Rumah Zahida Rafik yang diperkatakan bernilai lebih RM3.0 juta

Baca di sini


Polis Tahan Samseng Bawa senjata Di Majlis Debat MCA

Posted: 13 Sep 2012 06:55 AM PDT

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi.

Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.

"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.

Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya.

Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut.

Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan.

http://www.malaysiakini.com/news/208863


Tiada ulasan: