Selasa, 4 September 2012

Era Pasca

Era Pasca


Arab Saudi Pertimbang Sekat Jemaah Malaysia - Utusan!

Posted: 04 Sep 2012 01:19 AM PDT

Kuota Haji Tidak Disekat, Bukti Nyata Menteri UMNO Berdusta!

Putrajaya - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

p/s: Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Kuota haji memang tidak disekat tetapi menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Najib Razak yang mahu membuat sekatan politik

Posted: 03 Sep 2012 09:18 PM PDT

Najib Razak GABRA... Barisan Nasional jadi pembangkang!


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mahu membuat sekatan politik bagi menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya memperlihatkan betapa gusarnya perdana menteri itu untuk berhadapan dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya kelmarin juga berkata pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana BN yang membangunkannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, memang pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana yang layak adalah parti yang memerintah dan parti pemerintah selepas PRU13 adalah Pakatan Rakyat.

"Macamana Najib boleh ucap macam itu, seolah-olah tahu Umno dan BN akan jadi pembangkang tidak lama lagi. Memang pembangkang tidak layak sebab yang nak jadi pembangkang ialah parti mereka.

"Putrajaya akan jadi hak pemerintah tidak kiralah siapa yang menang pada pilihanraya umum nanti, " jelasnya dalam program Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) di dewan JKKK Simpang Empat, Permatang Buluh Tasek Gelugor semalam.

Menurut Mohammad, rakyat negara ini sudah sedar dan tahu membuat pilihan selepas membuat pembandingan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan megeri yang dikuasai BN. Malah katanya, trend politik dunia pada hari ini memperlihatkan bagaimana rakyat memberi harapan kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan yang lebih baik.

"Hari ini giliran Perdana Menteri terdiri daripada banduan dan seorang pembangkang. Mesir dan Myammar sudah berjaya menukar kerajaan di mana Perdana Menteri dulunya dihina tetapi sekarang menjadi pujaan kerana memperkenalkan dasar-dasar yang lebih sistematik dan berhemah," katanya

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

pecah Berita! Rosmah dan Najib di anugerah Tauliah.

Posted: 03 Sep 2012 06:14 PM PDT


Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Video serangan Baruah UMNO di Masjid Seberang Pumpong

Posted: 03 Sep 2012 05:53 AM PDT


KOMANDO PERKASA Sedang Beraksi... Siap Berantai... Nie Dah Sembahyang Maghrib ke Belum Sebelum Jalankan Tugas?.. Bagus Kalau Dihantar Ke Pallestin Nie BERJIHAD, Ada Pahalanya... ::.kikiki.:: Berikut Gambar Yang Dirakamkan Oleh Salah Seorang Jemaah Yang Hadir Ketika Sekumpulan Ahli PERKASA Mengganggu Kuliah Maghrib DS Anwar Maghrib Tadi
Gambar Yang Sempat Dirakamkan Oleh Team MediaRakyat Menunjukkan Pengacau Yang Mengganggu Kuliah Maghrib Oleh DS Anwar Ibrahim Di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong di Alor Star. Mereka Memakai Baju Berlogokan PERKASA 
Gambar Sekumpulan Puak Pencacai Yang Mengganggu Tazkirah Maghrib Oleh DS Anwar Ibrahim. Mereka Menggunakan Pembesar Suara Menghala Ke Dalam Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong di Alor Star Serta Mengganggu Kuliah DS Anwar Ibrahim...
 


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: