Khamis, 20 September 2012

Era Pasca

Era Pasca


PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH

Posted: 20 Sep 2012 12:55 AM PDT

#TumbangBN
PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamanya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

TERKINI ! UMNO Halau Melayu dari kediaman mereka!

Posted: 19 Sep 2012 09:52 PM PDT

#tumbangBN

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.
Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.
Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang

P/S : PEJUANG MELAYU YG HIPOKRIT.....JANGAN MAIN WAYANGLAH UMNO OIII....HANGPA TU BUKANNYA BIJAK SANGAT PUN.....KAHKAHKAHAKAHKAHKAHKAH

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Chua Soi Lek dapat komisen 200 000 geram Melayu!! HIDOP MELAYAU!!!

Posted: 19 Sep 2012 06:21 PM PDT

#tumbangBN
Pada 16 September 2012, mengambil semangat Hari Malaysia, cheGuBard dengan di iringi teman - teman telah membuat satu laporan SPRM mengenai satu dokumen yang hantar di kediaman di N.Tebal, Pulau Pinang.

Satu sampul surat tidak bertanda telah dihantar dengan ditinggalkan di peti surat. Setelah diteliti sampul surat itu mengandungi dokumen sebanyak 25 helai dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia. Merujuk seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media sebelum laporan SPRM dibuat. Antara dokumen tersebut ialah ;

Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.

Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan bertarikh 6 April 2012

2 minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2011 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.

Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :

Anggota keselamatan sendiri harus buka mata bagaimana persatuan yang harus menjaga kamu selepas pencen pun terlibat dalam komisyen dalam mendapatkan wang bantuan kebajikan ?

Adakah atau apakah kaitan pemimpin tertinggi Bn yang disebut dalam minit mesyuarat yang ditemui untuk meminta bantuan dapatkan dana geran kebajikan dengan syarikat yang dikenali sebagai pengantara itu ?

Jabatan Perdana menteri harus keluar dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Adakah ini amalan biasa untuk mendapatkan dana politik di peringkat tertentu ?

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

P/S : Orang atas dipanggil komisen....x salah tapi orang bawah dipanggil RASUAH....salah......BolehLand APTB....

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: