. |
- Setiausaha Politik Mustapa Mohamed Meninggal
- Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar
- Tabik Dua Belah Tangan Untuk Hashim Jasin
Setiausaha Politik Mustapa Mohamed Meninggal Posted: 20 Sep 2012 02:58 AM PDT KHABAR DUKACITA Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa telah kembali ke Rahmatullah hari ini. Allahyarham ditemui dalam keadaan tidak bernafas di hotel penginapannya di Jalan Raja Laut awal pagi.
Menurut seorang rakannya yang membuat panggilan sekitar jam 2:00 hingga 4:20 pagi tidak terjawab menyebabkan tidak timbul keraguan dan meminta bilik hotelnya di buka. Menurutnya setelah dibuka didapati Allahyarham sudah tiada ada lagi dalam keadaan kedua belah tangan berada di atas dada. Kematian Allahyarham disyaki kerana serangan jantung. Jenazah Azmi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lewat tengah tadi dan diterbangkan ke Kelantan dengan pesawat tentera untuk dikebumikan di sana kira-kira jam 3:00 petang. Mustapa dan para pegawai MITI lain turut berada di bilik mayat HKL menunggu proses bedah siasat dijalankan, di antara Setiausaha Sulit Kanan Mustapa, Irwan yang juga kawan rapat Allahyarham menguruskan segala keperluan bagi memastikan urusan pembawaan pulang berjalan lancar. Ramai rakan Allahyarham yang merupakan pemimpin politik Umno Kelantan datang untuk memberi penghormatan terakhir. Turut sama kelihatan Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Sobree Shafeei dan lain-lain.
Mustapa yang ditemui melahirkan rasa terkejut atas kehilangan setiausaha politiknya itu. Ketika menjenguk jenazah Azmi sebaik dibawa keluar dari bilik pembedahan kelihatan Mustapa tidak dapat menahan rasa pilu dan dukacitanya, menitiskan air mata. Dr Azmi merupakan setiausaha politik Mustapa yang rajin dan senantiasa berada dalam kawasan. Beliau selalu berulang alik dari Jeli ke Kuala Lumpur. Menurut Mustapa beliau berada di pejabatnya di MITI dua hari dalam seminggu dan selebihnya berada di Jeli. Mustapa ikut sama pulang untuk menghadiri upacara pengkebumian jenazah Azmi di di Palekbang Tumpat di kampung halaman isteri Allahyarham. [wm.kl. 5:48 pm 20/09/12] | ||||
Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar Posted: 19 Sep 2012 09:11 AM PDT SINTAK MALAM Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib. Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri. Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.
Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud. Wah begitu sekali Mahathir menghina dan merendah daya fikir dan muslihat politik Karpal Singh dan Nik Aziz. Dia fikir hanya dia saja yang bijak dan orang lain semuanya haprak. Mahathir masih belum sedar-sedar lagi dan terus masih tidak berpijak di bumi nyata. Atau dia sedar akan kebijaksanaan pembangkang tetapi sengaja diremeh-remehkan untuk menyedapkan hatinya sendiri. Saya yakin Mahathir sedar malaikat yang beliau tidak kenali yang ditugas untuk memacung leher UBN sudah kian mara ke arahnya. Makanya kerana beliau terlalu ketakutan dan sudah tidak ada obat untuk menenangkan jiwanya maka beliau terpaksa mengeluarkan pandangan dan kritikan yang merendahkan martabatnya sebagai negarawan seperti mana diangkat dan dinobatkan oleh media massa PB. Sejujurnya dia yang bimbang dan cemas kalau BN kalah bukan orang Melayu. Ia bukan juga para pemimpin Umno, tetapi dirinya sendiri. Mahathir ada sebab kenapa dia perlu mempertahankan agar UBN menang. Kemenangan UBN bukan untuk membela rakyat tetapi melindungi dirinya. Mahathir reti dan faham kalau UBN tidak lagi menjadi penguasaan kedudukannya, penguasaannya ke atas kekayaan yang dihimpun sejak 22 tahun lalu akan hilang. Peluang untuk beliau megumpul dan mencipta kekayaan bersama keluarganya dan waris politiknya Mukhriz juga akan terlepas. Itu masih lagi boleh ditelan, tetapi apa yang menakutkan ialah kalau kerajaan baru akan bertindak ke atasnya, membuka fail siasatan dan mengutip segala bentuk jenayah yang disorot selama 22 tahun lalu. Apakah di zaman Najib saja ada skandal manakala di zaman Mahathir bersih dan putih? Oh la la... Sebagai seorang mungkin melakukan jenayah Mahathir tahu akan segala rekod jenayah yang dibuatnya kalau ada. Mungkin bahan bukti beliau sembunyi dan hilangkan, tetapi beliau sedar masih ada saksi hidup yang bila-bila masa sedia tampil ke mahkamah untuk menceritakan segalanya. Inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia akan menggunakan apa saja helah, ikhtiar dengan apa saja untuk memastikan Pakatan rakyat tidak menang. Boleh jadi Mahathir percaya kepada kata-kata Anwar yang telah memaafkannya, untuk tidak mendakwa atas setiap jenis jenayah yang mungkin Mahathir lakukan. Tetapi Mahathir tidak percaya rakyat yang membenci dan kecewa dengannya selama ini berdiam diri. Mereka (rakyat) akan menuntut kerajaan agar mengheretnya ke mahkamah. Ini menyebabkan Mahathir jadi 'terkaba' waktu tidur. Mahathit tahu ketika itu Anwar tidak akan boleh berbuat apa-apa untuk tidak melaksanakan kehendak rakyat. Adalah bahaya kalau Anwar mengambil sikap 'waafu hu rahim', ke atas Mahathir kerana kalau pendirian itu diambil Anwar pula akan dimurkai rakyat. Jadi hendak tidak hendak Anwar akan merestui tindakan ke atas Mahathir. Anwar pun selalu berkata, saya sudah maafkan Mahathir atas segala dosa beliau kepada saya, tetapi saya tidak boleh menghalang rakyat untuk bertindak ke atasnya. Jadi saya akan serahkan kepada rakyat. Ha... inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia tidak memanjangkan tidurnya untuk mencari helah dan muslihat bagi memastikan UBN menang. Adalah berbaloi kalau beliau tetap berusaha dan mencari ikhitiar itu kerana demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan keluarganya. Di sini saya tengok kehidupan Mahathir terseksa dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Benar Pak Lah tidak seorang perdana menteri hebat, tetapi hari ini jiwa dan hati Pak Lah tenang. Pak Lah tidak jadi seresah dan serisau Mahathir yang masih berhutang dengan rakyat dan Anwar. Tidak tergamak untuk saya katakan, mungkin Mahathgir suka kalau beliau diambil Tuhan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Maaflah Dir agar kasar sikit... Mat Maslan sudah lama tidur bermimpikan berendur dengan puteri kayangan selepas malam semalam dia bermimpi ditebuh lembu laki Sharizat. [wm.kl.11:54 pm 19/09/12] | ||||
Tabik Dua Belah Tangan Untuk Hashim Jasin Posted: 19 Sep 2012 04:29 AM PDT Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkefli Sulong. Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.
Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis. Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran. Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup. Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB. Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'. Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti. Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak. Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali. Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama. Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi. Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis. Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri. Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. Yahooooo... [wm.kl.7:13 pm 19/09/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan