Sabtu, 8 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kasihan Najib... Twitter Tidak Iktiraf 3.6 Juta Tweet #Merdeka 55

Posted: 07 Sep 2012 07:51 PM PDT

 
[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika 'klon' tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.
 
"Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia," kata firma tersebut dalam laporan mereka.
 
"Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.
 
"Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55," tambah mereka lagi.
 
"Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan," kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.
 
Namun, dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.





"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.

Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama"."Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.

"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.

"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit)."Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet.


P/s: KANTOI!!!



Mudahnya Remaja Terperangkap dalam Jerat Perogol...Suspek Kini Diburu

Posted: 07 Sep 2012 07:10 PM PDT

Som Sak menunjukkan gambar dua lelaki yang dipercayai boleh membantu kes rogol melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga, di sini, Ahad lalu.

[SH] TAPAH - Perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi  mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu mengambil dua rakannya.

"Kereta yang dipandu suspek kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.

"Mangsa dibawa masuk ke dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal pagi," kata dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir

Tambahnya, ketika suspek pertama cuba mengulangi perbuatannya sekali lagi terhadap pelajar terbabit, mangsa berjaya mengunci pintu bilik sebelum melarikan diri daripada rumah tersebut.

"Ketika mangsa cuba melarikan diri, mangsa telah membuat panggilan 999 dan meminta bantuan daripada pihak polis.

"Mangsa berjaya diselamatkan sepasukan polis daripada IPD Tapah dan dibawa ke balai polis  sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar di sana dan satu laporan polis dibuat.

"Mangsa juga dapat mengecam dua daripada tiga suspek iaitu Mohd Shahril Kamaruddin , 23 daripada Kampung  Rebai, Jalan Pahang, Tapah, dan Musa Shaharum, 38, Kampung Bermin, Jalan Pahang, Tapah dan pihak kami sedang dikesan suspek bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai 'Mok' dan dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya.

Suspek yang dikenali sebagai Musa bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bengkel di sini, mempunyai isteri dan anak turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu pecah rumah dan curi kenderaan manakala Mohd Shahril  masih dalam siasatan pihaknya.

"Pihak kami sedang giat mencari ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dan menyedari mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan," katanya.


 P/s: Mudah sangat remaja terjerat dalam perangkap perogol.

Baru tiga hari berkenalan secara SMS, remaja itu  sudah berani mengikut jantan lahanat beraya...akibatnya dirinya juga "dirakan" oleh jantan-jantan keparat itu!


Wanita Tembak, Penggal Kepala Lelaki yang Didakwa Merogolnya Berulang Kali

Posted: 07 Sep 2012 05:49 PM PDT

Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary

[SH] SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

"Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

"Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

"Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya," kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin 'menghadiahkan' sedas lagi tembakan.

"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

"Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

"Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya," kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai 'anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya," katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

"Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

"Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.


*Diterjemah dari laporan CNN


Perkasa Serang Tazkirah Anwar, Pengerusi PKR Kedah Dakwa Anwar Dapat Kebenaran dengan Syarat...

Posted: 07 Sep 2012 05:32 PM PDT


Cerita awal di sini.




Tiada ulasan: