Selasa, 4 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Kerat "Burung" Teman Lelaki

Posted: 04 Sep 2012 05:00 AM PDT


 
[HM] PERU: Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.

Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muoz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.

Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. - Agensi
 
 

Kemaluan Pengantin Baharu Dimasuki Tikus

Posted: 03 Sep 2012 11:45 PM PDT


Menurut berita Banjarmasin, kemaluan seorang pengantin baru dimasuki seekor tikusn selepas dia dikatakan keletihan dan tertidur selepas bersama dengan suaminya.

Akibat kesakitan, pengantin itu menjerit dan jeritannya itu telah mengejutkan sang suami yang tidur  lena.

Melihat situasi isterinya yang sedang menjerit sambil memegang ekor tikus, sang suami bertindak menarik tikus yang berada di dalam kemaluan isteri kesayangannya. Malangnya, ekor tikus tersebut terputus dan tikus tersebut "terperangkap" di dalam kemaluan si isteri.

Untuk mengeluarkan tikus tersebut, pengantin itu dikatakan terpaksa melalui suatu pembedahan.


P/s: Macam-macam! Pastikan rumah anda bersih, jika perlu pakailah seluar dalam ketika tidur. Pastikan kebersihan "kawasan" itu dijaga kerana binatang seperti tikus suka tempat-tempat yang "berbau".




[PANAS] Dapatkan Buku Ini Segera! Baca Pandangan Penulis tentang Kes Liwat Saiful Bukhari

Posted: 03 Sep 2012 09:02 PM PDT


[MK] Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Biasa dengan adat Malaysia

Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.

NONEYang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di
Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.

Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I  lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.



Mat Bangla Dicari, Rogol Anak Majikan Berusia 7 Tahun

Posted: 03 Sep 2012 07:27 PM PDT


[SH] SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.

Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.

Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah  milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.

Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.

Menurutnya, setelah ibu  bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku.

"Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan.

"Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.



P/s: Mat Bangla itu memang sahlah berkelakuan seperti lahanat, namun fikirkan juga tindakan ibu bapa mangsa yang meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa.





[Gambar/Video] Anwar di Masjid, Najib di Masjid

Posted: 03 Sep 2012 05:50 PM PDT

Najib di Masjid




Aman, tiada gangguan ketika Najib menyampaikan "tazkirah" di sebuah masjid di negeri Kelantan, negeri yang dikuasai PAS sejak 20 tahun lalu.

Anwar di Masjid:



Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar diganggu oleh Perkasa. Yang menyedihkan ada ahli pertubuhan tersebut dikatakan membaling kasut ke dalam masjid.

Biadap!

Apa alasan mereka? Mereka berbuat demikian kerana mendakwa DSAI tiada tauliah untuk menyampaikan tazkirah. Adakah pemimpin UMNO termasuk Najib mempunyai tauliah untuk menyampaikan tazkirah di masjid? Sejak bila Perkasa diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan tersebut? 

Adakah Rosmah yang tidak menutup aurat dengan sempurna mempunyai tauliah?




Bagaimana dengan gambar-gambar di bawah ini?





Tiada ulasan: