DIALOG RAKYAT |
- Orang yang ‘perkosa’ masjid tak bertamadun – Pengerusi Syura
- Pakatan siap hadapi PRU November, tapi Najib gerun angka ’11′
- DAP mendengar suara hati rakyat Sabah
- Muhyiddin Mula Tonjol Kuasa Bagi ‘Cabar’ Najib
- Suspek rogol anak majikan dicari
- Jenazah pelajar maut di Russia tiba di tanah air Khamis ini
- 'Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR
- Dr M: 'BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…'
- SPRM siasat pemain Terengganu
- Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar
- Beza Isu Pijak + Bontot Gambar Najib & Rosmah VS Kencing Gambar Pemimpin Pembangkang?
- Filem Klasik Melayu - Arab Di Tayang Di Kedah Pula
- Jual maklumat pertahanan negara lebih bahaya
- GAPS gesa siasat penganjur Janji Bersih
- PAS Kedah tidak tukar Menteri Besar
- Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAH
- Ramai wanita luar bandar tidak buat ujian mammogram, kanser payu dara
- TIADA SEMANGAT RAYA: Melayu risau masa depan yang tidak menentu, salahkan Umno
- Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?
- BISIKAN SYAITAN: Komen jahat Dr M akibatkan rakyat kecoh dan takut
- Lawatan Najib ke Kota Belud ‘perangsang kepada BN’
- PKR label Perkasa sebagai ‘penjenayah’ serang masjid
- K'jaan perkenal pakej jalur lebar mampu milik
- Najib mahu sokongan padu, bukan 'sipi-sipi'
Orang yang ‘perkosa’ masjid tak bertamadun – Pengerusi Syura Posted: 04 Sep 2012 06:14 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin. Beliau berkata, jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri di akhirat kelak. Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri, dia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa. "Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau. Beliau berkata demikian kepada Harakah Daily mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini. Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Abdul Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan. "Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik. Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising. Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan. Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai. Menurut beliau lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak. "Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid. Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa. Bukan jadi perkosa," tegas beliau. | ||||||||||
Pakatan siap hadapi PRU November, tapi Najib gerun angka ’11′ Posted: 04 Sep 2012 06:11 AM PDT Oleh Aliff Fikri KUALA LUMPUR: Walaupun angka 11 merupakan nombor kegemaran Najib Razak, tidak bermakna beliau serta Umno BN memenangi pilihan raya umum (PRU) nanti, terutama apabila ia diadakan pada November, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. "Angka 11 yang diperkatakan Najib tidak memberi apa-apa kelebihan kerana sebelum ini pada PRU 1999 yang juga diadakan pada bulan November menyaksikan Umno BN mengalami kekalahan teruk," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausha Mesyuarat Pakatan Rakayat di Ibu Pejabat Agung PAS, hari ini. Beliau berkata demikian merujuk ucapan Perdana Menteri di Sabah Ahad lalu yang membayangkan PRU 13 mungkin diadakan November ini. Mustafa berkata, Pakatan Rakyat (Pakatan) bersedia hampir 100 peratus untuk menghadapi PRU ke 13 yang berkemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat. "Pakatan Rakyat sudah lama bersedia, hampir seratus peratus dan jentera kita bersiap sedia sepenuhnya jika PRU akan diadakan dalam masa terdekat ini," tegas beliau. "Berdasarkan ucapan Najib tersebut, saya tidak menolak bahawa sememangnya beliau mahu PRU diadakan November ini, malah kebelakangan ini juga ada ura-ura induksi PRU akan dijalankan pada bulan tersebut," kata Mustafa. Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, kata Najib, tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubung kait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara. Menurut Najib, Umno berusia 66 tahun pada tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun. Jelas beliau, nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan. "Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," katanya. Sidang media tersebut turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. | ||||||||||
DAP mendengar suara hati rakyat Sabah Posted: 04 Sep 2012 06:09 AM PDT Roketkini.com KOTA KINABALU: Masalah infrastruktur, kemiskinan, royalti minyak, jenayah dan pendatang asing di Sabah merupakan isu kritikal yang seolah-olah tidak ada penyudahnya dibawah kerajaan BN. Slogan Janji Ditepati yang diwar-warkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ternyata sekadar omong kosong yang terang-terang sebuah penipuan terhadap rakyat negeri ini. Bertemakan "Janji Ditepati? Bicara Rakyat Sabah", sesi pendengaran awam yang julung kali dianjurkan DAP Sabah bermula semalam demi mendengar dan melihat apakah kerajaan BN memenuhi janji-janji yang mereka taburkan selama ini. Majlis yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Banquet Star City dan telah dihadiri sekurang-kurangnya tiga ratus orang hadirin dari pelbagai latar belakang kurangnya tiga ratus orang hadirin dari pelbagai latar belakang.dari pelbagai latar belakang. 'Janji tidak ditepati': BN sebagai 'defendan' Dalam ucaptamanya, Pengerusi DAP Sabah Wong Sze Phin berkata, BN merupakan 'defendan' terhadap slogan Janji Ditepati mereka. "Kalau 'janji ditepati', mengapa sehingga kini cuma sekitar 35 peratus sahaja jalan yang berturap di Sabah sedangkan di semenanjung sekitar 80 peratus jalan telah berturap? Ini merupakan perkara asas yang diabaikan kerajaan BN selama ini. "Ini tidak termasuk isu kemiskinan dan pendatang asing yang makin membimbangkan." ujarnya. Menurutnya yang juga ADUN Sri Tanjung, walaupun Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai sumber minyak dan gas, ia masih menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia. Bagi Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sesi pendengaran awam ini bukan sekadar wadah untuk menyuarakan pendapat rakyat tetapi ia bertujuan untuk diajukan terus kepada pemerintah. "Masalah yang berlaku di negeri ini menunjukkan kerajaan BN tidak tahu kehendak dan hasrat rakyat Sabah." Beliau turut mempersoal isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan di Raja menyiasat pendatang asing tanpa izin yang mengambil masa enam bulan sebelum dijalankan. "Mana ada negara dalam dunia yang mengambil masa enam bulan untuk sediakan terma dan rujukan (terms and reference)." Menyentuh perihal gejala rasuah yang bermaharajalela di Sabah, Kit Siang berkata, "Kenapa Sabah kaya tapi rakyat miskin? Kenapa rakyat miskin tapi pemimpin begitu kaya? Kenapa?" soalnya tegas. Turut hadir memberi ucapan sebelum sesi pendengaran awam bermula ialah beberapa pimpinan DAP negeri Sabah, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Dr. Chong Eng Leong mewakili PKR negeri Sabah dan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah tahun 1988 hingga 1993 Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun. – Roketkini.com | ||||||||||
Muhyiddin Mula Tonjol Kuasa Bagi ‘Cabar’ Najib Posted: 04 Sep 2012 05:55 AM PDT SHAH ALAM : Kontroversi berhubung pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula untuk menonjolkan kuasa bagi mencabar bosnya Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kedua-dua pemimpin itu sebenarnya sedang menyembunyikan pergeseran bagi perebutan kuasa politik tertinggi negara. Sebelum ini, Muhyiddin memanggil dua Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu masing-masing dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Dan Sukan berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan Seksyen 114A, Akta Keterangan itu. Mesyuarat kabinet pada 15 Ogos, dipengerusikan oleh Muhyiddin ketika Perdana Menteri berada di luar negara. Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin memutuskan untuk menegur dua oarang Timbalan Menteri terlibat. Ini bertentangan dengan keputusan Najib mesyuarat kabinet yang lalu di mana membatalkan keputusan awalnya untuk menegur mereka. Lebih hangat apabila di negeri kelahiran Muhyiddin iaitu Johor, kini terdapat poster-poster bekas Menteri Besar itu yang menuntut beliau menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. "Dulu dilihat Mahathir dilihat bagai bergabung dengan Najib untuk menolak Pak Lah, kini Muhyiddin menggunakan perkara yang sama untuk barangkali menjatuhkan imej Najib," jelas Mohamad Sabu ketika dihubungi. Mohamad Sabu berkata, peluang untuk Muhyiddin menjadi Perdana Menteri semakin tipis jika Najib mendapat mandat sepenggal lagi dalam PRU yang akan datang. Sementara itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pergeseran antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berlaku sejak sekian lama. Malahan ujarnya, ia semakin meruncing tatkala Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri dengan menyingkirkan timbalan-timbalannya yang dilihat memberikan ancaman politik. "Begitu juga dalam kes (Tun)Abdullah Badawi, apabila keputusan pilihan raya 2008 menyebabkan sokongan terhadap Umno-BN semakin lemah dan merosot. "Maka terdapat tindakan-tindakan politik yang dipelopori oleh Muhyiddin sendiri untuk mengusir dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan. "Saya yakin tindakan ini yang mungkin berlaku di dalam Umno sekarang ini, apatah lagi Najib sebagai Perdana Menteri mempunyai banyak liabiliti dan tanggungan yang boleh mencacatkan nama di pihak BNl," ujar Shamsul ketika dihubungi. Tambah beliau,ramai pemimpin-pemimpin Umno yang semakin tidak senang dengan Najib Razak dan isterinya,Rosmah Mansor, yang akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN dalam PRU-13 nanti. "Justeru, Muhyiddin Yasin selaku timbalan dan malah melihat perkara ini sebagai peluang untuk beliau naik ke atas sebagai Perdana Menteri yang tentunya akan berbuat sesuatu. "Ini adalah modus operandi yang sentiasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dalam keadaan Umno-BN semakin lemah dalam mendapatkan sokongan padu rakyat," jelas Shamsul. Poster misteri menyokong Muhyiddin menggantikan Najib sebagai perdana menteri sebelum PRU13 diedarkan berleluasa di Johor walaupun dinafikan Umno Johor bahawa poster itu dicetak oleh parti itu. Imej poster itu menunjukkan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia disebarkan secara meluas di Internet. Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13′ di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas. Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'. | ||||||||||
Posted: 04 Sep 2012 05:52 AM PDT PR : Naik Gaji Polis Jika Tadbir PutrajayaPosted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Dasar Kerajaan Selangor, Fokus, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kerajaan Selangor, Pakatan Rakyat, Pihak Berkuasa Tempatan, Politik & Berita Nasional, Syarikat Kerajaan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 63 views – September 4, 2012KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat(PR) menawarkan kenaikan gaji kepada anggota polis sebagai inisiatif pemangkin sekiranya berjaya mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini merupakan antara tiga tawaran penambahbaikkan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat bertindak lebih efisyen dalam menjaga keselamatan awam. Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tawaran ini menjadi antara agenda PR dalam menifesto pilihan raya akan datang. Menurutnya, jumlah kenaikkan yang dicadangkan akan diumumkan kelak "Kita bersetuju dengan suasana yang ada dan pemerhatian yang diberikan kepada bahagian ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Dua tawaran kerangka utama lain adalah pembahagian semula sumber manusia dan meningkatkan teknologi siasatan. "Strategi utama adalah pembahagian semula kakitangan PDRM. "Bukan kita nak tambah tapi tempat yang tidak kritikal kita tambah ke tempat yang lebih kritikal. "Yang kritikal adalah untuk melawan jenayah. Kalau mengikut standard ukuran yang betul-betul efektif dari segi IO (investigating officer) sebulan kena ada 5 sahaja. "Sekarang ada 20. Ini tidak baik sebab itu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa munasabah," katanya. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PR tidak bercadang untuk menambah kepada 80,000 anggota polis menjelang 2015 seperti yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Katanya, langkah ini dapat menguruskan kewangan negara dengan lebih baik dan memberikan banyak manfaat kepada negara. Sementara itu, PR turut bersedia menghadapi PRU-13 sekiranya diadakan pada November meskipun angka 11 mempunyai signifikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mustafa berkata, perkara utama kini adalah PR sudah bersedia untuk berhadapan Umno-BN. "Nombor magik '11′ mungkin boleh diterima pakai, namun belum tentu nasib mereka baik (Umno-BN) "Pernah PRU pada November tapi mereka kalah," katanya. Pada PRU ke-10 pada tahun 1999, PR yang pada ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan Kelantan yang terus dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. | ||||||||||
Suspek rogol anak majikan dicari Posted: 04 Sep 2012 05:47 AM PDT SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu. Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi. Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu. Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa. Menurutnya, setelah ibu bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku. "Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan. "Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran. | ||||||||||
Jenazah pelajar maut di Russia tiba di tanah air Khamis ini Posted: 04 Sep 2012 05:41 AM PDT SINAR HARIAN Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada beliau oleh pengarah Mara di Russia, Suhaimi Zainuldin yang dibantu oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pegawai kedutaan. "Ketika ini saya dimaklumkan bahawa urusan adalah di peringkat mendapatkan mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa untuk membawa jenazah pulang," katanya ketika ditemui Bernama hari ini. Dalam kejadian malang itu, pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Dimyati, pelajar tajaan JPA dari Putrajaya. Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku. Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen ketika dalam perjalanan ke hospital di mana mereka baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru. Van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain. Lima lagi pelajar kini dirawat di hospital yang sama. Mereka dikenal pasti sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza. Adalah difahamkan urusan bedah siasat kedua-dua jenayah telah selesai dilakukan manakala lima lagi pelajar yang cedera sedang menerima rawatan. Ibrahim berkata keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini (penghantaran jenazah pulang ke tanah air). Beliau turut mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar atas kejadian itu. - Bernama | ||||||||||
'Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR Posted: 04 Sep 2012 05:35 AM PDT KUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat. "Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia," katanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam. Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan. | ||||||||||
Dr M: 'BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…' Posted: 04 Sep 2012 05:34 AM PDT SINAR HARIAN SURAKARTA, Jawa Tengah - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon. Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti. Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini. "Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga. "Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini. Dr Mahathir pada Isnin menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah. Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok belok negara demokrasi. Katanya, apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya. "Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas. "Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya. Bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan. Katanya, jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN. "Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti. "Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong. Sepatutnya kita sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya. Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata, beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga. "Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya. – Bernama | ||||||||||
Posted: 04 Sep 2012 05:31 AM PDT KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyiasat dakwaan bahawa pemain Terengganu 'menjual permainan' semasa menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini Sabtu lalu. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B itu. Antara nama yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli. Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain dua individu tersebut, beberapa pegawai PBSNT dan pemain Terengganu lain turut dipanggil untuk memberi keterangan. "Kita mula menjalankan siasatan hari ini, tetapi ia masih dalam peringkat siasatan awal dan kita telah membebaskan semua yang dipanggil itu selepas keterangan mereka diambil," katanya kepada pemberita. Jelasnya, kesemua yang dipanggil telah memberi kerjasama yang baik dan membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan dengan lancar. Md Yusoff berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal. Sebelum ini Sharbinee dilaporkan sebagi berkata beliau sanggup disiasat ekoran dakwaan beliau menjual perlawanan. - Bernama | ||||||||||
Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar Posted: 04 Sep 2012 01:29 AM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa). Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu. Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu. Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus. "Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya. "Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya," kata beliau. Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar. Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat. Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu. Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata. Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa. | ||||||||||
Beza Isu Pijak + Bontot Gambar Najib & Rosmah VS Kencing Gambar Pemimpin Pembangkang? Posted: 04 Sep 2012 01:21 AM PDT Sekarang ini kalau nak mengambil tindakan tidak boleh "memilih-milih". Pihak berkuasa boleh mengatakan yang mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas. Tetapi yang bijak menilai dan akan terus memerhatikan gerak-gerak dan hasil kerja pihak berkuasa sekarang ini adalah anda, anda dan anda semua sebagai masyarakat negara ini. PDRM siap tubuh unit lagi khas bagi menyiasat isu melibat pijak dan membontot gambar Najib Razak dan Rosmah Mansor. Hai….. Kejadian memijak gambar Najib dan Rosmah menjadi mendapat liputan meluas di corong-corong radio dan juga di media-media arus perdana termausklah TV3 dan RTM. Berita kontroversi ini ibarat bom atom yang meletus dan meledak di Hirishima dan Nagasaki.
Individu yang berkelakukan tidak bertamadun seperti ini ataupun yang "sewaktu" dnegannya, tidak sepatutnya disimpan dalam masyarakat.
Dalam politik, kita tidak perlu menyokong mana-mana individu (tidak kira parti mana sekalipun) yang berbuat kesalahan pada individu-individu lain. Salah tetap salah. Ianya perlu dihukum ataupun paling tidak pun ditegur ataupun diberikan peringatan. Tetapi biarlah adil. Jangan belah "sini" buat lepas. Belah sana buat, ditahan. Kalau begitulah penguatkuasaan undang-undang Malaysia, tidak hairanlah jenayah di malaysia semakin meningkat. Sebab itulah kalangan rakyat biasa hari ini, lama-kelamaan akan mula naik muak dan mula simpati dengan pihak atau kelompok yang selalu ditindas dan ditipu. Dan mereka menyokong mana-mana pihak yang acapkali teraniaya atau dilayan tidak adil.
Yang memalukan sekarang ini, perbuatan kencing gambar dan memijak pemimpin kebanyakannya dilakukan oleh golongan yang sudah berumur dan sepatutnya pada usia yang sebegitu menunjukkan contoh yang baik-baik kepada generasi muda. Ini tidak, makin berumur, makin menjadi-jadi perangainya. Bagaimanalah generasi muda kita dapat mencontohi sikap yang baik? Entahlah….apabila difikirkan semula tidak kiralah kita semunya mempunyai ideologi yang berbeza-beza tentang politik samada tidak menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Kita tidak sepatutnya sokong tindakan seperti ini. Contohnya, kejadina :
Tidak kira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak tepi. Tidak perlu menjadikan politik ini terlalu sempit dek kerana terlalu fanatik kepada sesuatu parti pilihan masing-masing. Tidak perlu sebegitu rupa. Bukan main angguk dan terima. Rajinkan diri menganalisa maklumat sebelum menyalahkan orang lain. Di sini kita boleh lihat, kedua-dua pernah membuatnya. Jangan hanya melihat salah orang lain sahaja. Muhasabah diri sendiri untuk menjadikan politik di Malaysia kembali sihat seperti zaman bapak-bapak kita dahulu. "Adakah negara ini mempunyai 2 undang-undang yang berbeza bagi kesalahan yang sama kerana…?"
P/S : Apa kata anda pula melihat keadaan politik yang ada pada hari ini? | ||||||||||
Filem Klasik Melayu - Arab Di Tayang Di Kedah Pula Posted: 04 Sep 2012 01:13 AM PDT MSO Saya baru lepas menyaksikan klik video mengenai serangan dan gangguan sekumpulan manusia terhadap Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di dalam sebuah masjid atau surau di Kedah. Peristiwa ini berlaku malam semalam semasa Anwar ke negeri itu dalam rangka jelajah merdeka dan berhari raya dengan rakyat. Jangka hayat kilik video lebih kurang 20 minit. Menarik dan mendebarkan. Itu apa yang dapat saya simpulkan apabila sesudah menyaksikan klik video berkenaan. Ia ada iras-iras dengan sebuah filem Melayu klasik yang dilakukan oleh Haji Mahadi kalau tidak salah judulnya, Isi Neraka. Dalam filem itu Haji Mahadi menjadi seorang lebai yang datang dari Arab dan mengajar agama kepada penduduk kampung di Melaka yang jahil. Kemunculannya tidak disukai oleh penduduk kampung. Mereka memerangi Haji Mahadi. Pada satu hari ketika Haji Mahadi sedang mengajar beliau dilontar telur busuk oleh budak-budak nakal kampung berkenaan.
Ia dramatik dan realistik sekali. Apa tidaknya sewaktu Anwar membaca ayat-ayat Qur'an golongan baju hitam dan bertopi kuning itu melaung-laungkan kata-kata nesta dan buruk ke atas Anwar. Terdengar ada yang menjeri ... Anwar penipu...bohong... dan ada juga yang meminta Anwar berhenti.
Seorang peserta yang bergaul dengan pengacau itu berpakaian tudung merah melaungkan - "baliklah tak usah jual minyak angin...." Manakala yang lain pula melaung, baiki diri sendiri dulu baru boleh ajar orang lain.
Yang bagusnya hadirin di dalam masjid yang sedang mendengar tazkirah Anwar berjumlah sama ramai dengan pepuak itu tenang sahaja. Mereka seakan tidak pedulikan dengan jerit pekik diluar. Seolah-olah sudah faham dengan gelagat kumpulan berkenaan. Melihat kepada galagat dan sling cakap mereka, mereka adalah dari kampung berhamnpiran masjid berkenaan. Tenang dan syukur saya, debaran dada saya berhenti setelah selesai menonton kilik video berkenaan dan tiada berlaku apa-apa kejadian yang buruk terjadi. Bahkan lontaran selipar atau kasut ke dalam masjid yang dibesar-besarkan sebelum ini tidak pun ternampak di dalam video berkenaan. Saya percaya kalau mereka yang berada di dalam masjid ikut bertindak mengikut perasaan dan retak serta iramal dipalu di luar masjid mungkin kejadian buruk akan berlaku. Mungkin ada yang bengkak muka dan darah akan menitis. Sebaik tazkirah selesai yang diringi dengan salawat ke atas nabi, puak pengacau pun perlahan-lahan berundur sama. Walaupun awalnya mereka memberi amaran keras (tetapi tidak dipatuhi) berundur secara aman. Melihat cara mereka berundur seperti berundurnya jemlang dan syaitan tatkala azan dibunyikan. Ternampak juga ada anggota kumpulan itu turut sama bersalaman dengan Anwar sebaik Anwar diiringi keluar dari surau atau masjid itu. Yang menghairankan saya, kenapa gangguan itu dibiarkan berlaku. Apakah peranan anggota polis? Saya nampak ada mereka yang memakai uniform polis berada dalam kumpulan itu. Kenapa merka tidak bertindak menyuraikan keadaan? Ini menganihkan saya. Meyimpulkan apa yang berlaku menerusi klik video berkenaan, ia adalah gangguan biasa yang belum sadis dan lasak lagi. Tetapi laungan kata-kata kesat dilempar ke atas orang yang berada di dalam masjid oleh orang berada di luar masjid sesuatu yang tidak wajar. Sudah tentu orang akan membuat kesimpulan orang diluar masjid itu sebagai jahat dan pengecut. Perbuatan mereka juga menyalahi adat agama dan juga ajuaran Islam. Kalau saya menjadi pemimpin Umno Kedah saya akan merasa malu dengan kejadian itu. Umno Kedah perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan. Kerana walaupun mereka mengakui diri mereka adalah ahli pertubuhan sebuah Ngo, tetapi mereka adalah penyokong dan ahli Umno. Saya cukup yakin hakikat itu. Kalau saya jadi Mukhriz, atau Ahmad Bashah atau sesiapa pemimpin Umno Kedah akan merasa malu yang amat dan akan mengambil tanggung jawab berhenti menjadi ahli pertubuhan Umno serta merta. Ini kerana apa yang terjadi itu ia mencerminkan begitulah sifat dan fiil ahli Umno. Tetapi apakah pemimpin Umno ada muka? Muka mungkin ada tetapi air muka tidak ada. | ||||||||||
Jual maklumat pertahanan negara lebih bahaya Posted: 04 Sep 2012 01:02 AM PDT Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR- Perbuatan menjual maklumat pertahanan negara dan bersekongkol dengan Zionis Israel lebih berbahaya daripada mengibar bendera perjuangan menuntut kemerdekaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Kita tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar mana-mana pihak dalam negara ini atau menunjukkan punggung kepada gambar sesiapa pun. "Kita juga tidak bersetuju tindakan mengibarkan bendera yang menyebabkan para pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) menjadi keliru, kepanasan dan kebingungan dalam kejahilan. "Tetapi, kita lebih tidak bersetuju dengan tindakan polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka yang terlibat seolah-olah mereka melakukan jenayah terhadap negara," katanya. Malah, kata beliau lagi, perbuatan itu tidaklah sebiadab perbuatan jahat segerombolan pengganas berhati syaitan yang menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid di Alor Setar beberapa hari lalu. "Bolehkah pijak gambar dikategorikan sebagai jenayah sehingga ditubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka? "Pijak gambar tidak menyerang dan cuba mencederakan sesiapa seperti yang dilakukan oleh pengganas yang menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid dengan niat untuk mencedera dan menyakitkan jemaah di dalam masjid. "Pijak gambar adalah luahan kemarahan anak-anak muda yang dipijak kepala mereka serta ditindas oleh pemimpin Umno BN," kata Mahfuz. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau pijak gambar satu jenayah, mengapa polis tidak buru mereka yang memijak dan membuat aksi kencing ke atas gambar para pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Mahfuz seterusnya mempersoalkan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka yang melakukan jenayah lebih besar lagi seperti menjual maklumat pertahanan negara. "Sikap membisu polis dalam isu sedemikian amat menghairankan," katanya. Laporan sebelum ini menyatakan, laporan sulit maklumat pertahanan negara berhubung transaksi kapal selam Scorpene telah dijual kepada syarikat DCNS Perancis. Usul tergempar untuk membahaskan penjualan maklumat itu telah ditolak dan tindakan itu kemudiannya disusuli dengan lebih banyak pertikaian dan persoalan. Urusniaga Scorpene juga, kata Mahfuz, menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dalam isu rasuah sehingga menyebabkan perbahasan panjang lebar dalam Parlimen di mana Perdana Menteri tidak dilihat memberikan penjelasan yang meyakinkan. Beliau berkata, bukan setakat itu sahaja pengkhianatan besar terhadap rakyat negara ini, khususnya umat Islam. "Terlalu banyak untuk dipersoalkan termasuklah mengapa polis tidak menubuhkan pasukan khas apabila Dewan Rakyat diberitahu Najib membelanjakan berpuluh-puluh juta wang rakyat untuk mendapatkan petunjuk dari syarikat Zionis Israel, Apco Worldwide? "Lebih buruk lagi, mengapakah polis tidak bersungguh-sungguh menyiasat pendedahan tentang penglibatan agen Israel dalam menaiktaraf sistem komunikasi polis seperti yang disahkan dalam siasatan cawangan khas polis sendiri?" Mahfuz terus mempersoalkan. Malah, kata beliau lagi, apa tindakan polis apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan wujudnya rangkaian antara antara kongsi gelap dengan ahli politik tanah air dan pegawai-pegawai polis sendiri. Musa menyifatkan perkara itu berada pada tahap yang serius. "Ahli politik PR tak ada kuasa dan pengaruh untuk berpakat dengan kongsi gelap dan pegawai-pegawai tertentu di dalam pasukan polis. Siapa mereka dan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka?" Mahfuz mempersoalkan.-harakahdaily | ||||||||||
GAPS gesa siasat penganjur Janji Bersih Posted: 04 Sep 2012 12:58 AM PDT Tindakan beberapa individu yang mempamerkan bendera baru dan memijak gambar PM adalah kurang ajar dan tidak patriotik. SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein segera menyiasat penganjur serta mereka yang terlibat semasa perhimpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka. Gesaan itu disuarakan Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin yang mahu menteri berkenaan mengambil tindakan selanjutnya ke atas individu mahupun penganjur perhimpunan Janji Bersih tersebut. Beliau serta rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) lain membuat laporan polis agar tindakan undang-undang diambil segera ke atas penganjur dan mereka terlibat di bawah akta hasutan dan kanun keseksaan lain. Merujuk kepada perhimpunan di ambang hari merdeka itu, Hamidzun berkata tindakan beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk menggantikan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) serta memijak gambar Perdana Menteri adalah kurang ajar dan tidak patriotik. Ini termasuklah dengan tindakan seorang individu yang menunjukkan punggung ke atas gambar Datuk Seri Najib Razak. "Perbuatan ini menimbulkan api kemarahan rakyat dan boleh mengancam keamanan dan menggugat kestabilan negara. "Ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Seksyen 6, di sini hari ini. Sebanyak 10 laporan polis bersama dibuat yang turut diwakili NGO seperti Pertubuhan Waris Malaya, For Justice dan Majlis Belia Daerah Petaling dan Klang. Ujar Hamidzun lagi, bermula esok laporan polis akan diteruskan di seluruh Lembah Klang antaranya di Meru,Klang dan Ampang Jaya. Sementara itu bekas pengasas Parti Keadilan Nasional, Ng Lum Yong, 50, pula menyatakan kesedihan di atas tindakan yang disifatkan berlatar belakang 'politik'. Katanya, tindakan sedemikian menggambarkan individu terlibat tidak sensitif dan terlalu ghairah mengejar kepentingan politik. | ||||||||||
PAS Kedah tidak tukar Menteri Besar Posted: 04 Sep 2012 12:54 AM PDT Kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut (menggantikan Azizan), kata Datuk Mohd Roshidi Osman, ADUN PAS Bukit Pinang. ALOR SETAR: Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga penggal berakhir pada Mac tahun depan, kata seorang pemimpin PAS negeri hari ini. "Kami tidak ada rancangan untuk menukar Menteri Besar sekarang, PAS negeri mematuhi pucuk pimpinan atasan (Pusat). "Kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut (menggantikan Azizan)," kata Datuk Mohd Roshidi Osman, ADUN PAS Bukit Pinang yang juga AJK PAS negeri. Bagaimanapun, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, jika betul-betul tidak sihat sehingga sukar hendak membuat keputusan lebih baik melepaskan jawatan dan beri peluang orang lain. Tetapi katanya, kalau masih boleh melakukan kerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Kedah, Azizan boleh meneruskan tugasnya sehingga habis tempoh Mac tahun depan. Mereka mengulas keadaan kesihatan Azizan yang dilaporkan semakin teruk sejak kebelakangan ini termasuk dikatakan tidak hadir di majlis sambutan Aidifitri di kediamannya baru-baru ini. "Saya ada bertemu beliau pada hari raya pertama iaitu di Masjid Zahir (Alor Setar) dan kemudian ke Istana untuk berhari raya dengan Pemangku Sultan Kedah. "Selepas itu, saya tidak mendengar apa-apa khabar lagi tentang Azizan," katanya lag yang juga ketua pembangkang DUN negeri. Azizan menggantikan Mahadzir sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Rakyat menawan negeri itu dalam pilihan raya umum 2008. | ||||||||||
Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAH Posted: 04 Sep 2012 12:44 AM PDT Christopher Fernandez, Stan Lee, Malaysia Chronicle Dalam bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di Malaysia. Apa pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik. Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah berakhirnya rejim Mahathir. Tekanan berat ke atas chauvanis Melayu Sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meletak jawatan, terdapat kemungkinan menarik akan berlakunya permutasi bagi parti-parti politik untuk menguji dan bekerja dengan satu sama lain. Dengan senario baru yang muncul kini, nampaknya ada kemungkin barangkali dalam parti campuran yang mentadbir Barisan Nasional, UMNO telah menjadi semakin terpencil. Berkemungkinan besar, BN akan dipatahkan dalam masa terdekat ini agak jelas. BN bersedia untuk menyaksikan keluarnya parti bukan UMNO yang terhutang kerana sikap UMNO yang cenderung pada cauvinisme Melayu yang mula menjadikan rakan kongsi dalam gabungan nasional itu sengsara. Apakah kemungkinan akan muncul dari senario ini, kumpulan pihak bukan UMNO dari BN, dan kemungkinan kumpulan ini beralih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah strategik yang mungkin akan berlaku. Kumpulan baru akan muncul MCA, MIC, Gerakan dan parti bukan-UMNO yang lain dalam Barisan Nasional dijangka mogok pada BN akibat pendiriannya yang sentiasa menyebelahi UMNO dan mereka diberi hak untuk menguasai dan mempunyai cengkaman ke atas yang lain kerana mereka mempunyai bahagian terbesar dari bilangan ahli. Pembulian rakan-rakan bukan-UMNO oleh UMNO telah mencapai tahap di mana perlakuan kurang ajar dan keangkuhan semata-mata oleh pemimpin UMNO terhadap parti-parti politik yang lain di dalam Barisan Nasional telah mencapai tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi. Pemberi maklumat dari dalam berkata parti-parti ini berminat untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi takut akan tanggapan ekstremisme Islamis PAS. Walau bagaimanapun, seperti yang ditegaskan penyokong Pakatan, jika DAP boleh bekerjasama dengan PAS meliputi pelbagai isu sejak penubuhan Pakatan 3 tahun lalu, perasaan takut itu tidak perlu wujud. Sifat ekstremisme pada UMNO dan PAS Hubungan di kalangan tiga parti-parti Pakatan iaitu PKR, PAS dan DAP adalah lebih mesra berbanding dalam BN. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa bagi rakyat Malaysia kedua-dua UMNO dan PAS telah menunjukkan tanda-tanda ekstremisme dalam cara mereka sendiri. Sama ada mereka boleh menghadapinya ini atau tidak, kedua-dua UMNO dan PAS dianggap melampau oleh ramai rakyat Malaysia kerana mereka berlegar antara dua spektrum politik yang bertentangan. Apabila UMNO dilihat sebagai sejahat-jahat manusia dalam helah mereka, PAS kadang-kadang dilihat terlalu baik seperti malaikat. Apabila UMNO menarik perhatian orang-orang yang gila kuasa dan tamak, PAS seperti tidak perasan akan keadaan pemikiran semasa kerana lebih suka mencari penyelesaian dari Timur Tengah, yang ironinya di sebalik kekayaan yang melimpah ruah, amat mundur dari segi sosial dan demokratik. Yang pentingnya sekarang, helah politik dan pendirian kedua-dua UMNO dan PAS telah menyebabkan mereka akan dipinggirkan dari arus perdana kehidupan rakyat Malaysia. Jika ini berterusan, rakyat Malaysia - kebanyakannya pengundi muda - akan mula melihat PAS sebagai liabiliti politik pada masa akan datang, sama seperti cara mereka melihat UMNO sekarang. Kahwin lagi- oh tidak! Terdapat berita baik untuk penyokong PAS kerana parti itu sedang berusaha untuk membuat perubahan yang menampakkan hasil. Sama ada ia berjaya mengubah sikap lama untuk yang baru masih belum dapat dipastikan lagi. Tanpa mengambil kira kemelut baru-baru ini iaitu mengeluarkan larangan bagi pasangan belum berkahwin untuk duduk bersama-sama di pawagam - yang sejak itu telah ditarik balik - rakyat Malaysia perlu sedar bahawa PAS tidak lagi ditakuti sebagai 'parti serpihan fundamentalis Islam'. Walaupun diakui masih sangat konservatif, PAS telah berjaya memasuki arus perdana politik Malaysia. PAS telah menunjukkan sisi kemanusiaannya dengan menyokong beberapa kempen hak-hak sivil dan juga berjuang memerangi rasuah. Soalnya ialah sama ada PAS boleh terus berada di dalam arus perdana politik atau ia akan membenarkan mereka yang ultra-konservatif dalam parti untuk membuat keputusan. UMNO harus ingat bahawa bukan semua orang Melayu tamak dan suka pada rasuah, mungkin PAS juga harus menerima bahawa tidak semua orang Melayu akan mengikuti cara mereka dalam menganuti dan mengamalkan Islam. Terdapat beberapa orang yang memberi amaran bahawa penyokong Pakatan sedang bersorak menyaksikan penghijrahan pemimpin BN kepada pihak mereka, PAS mungkin mengejutkan orang ramai dengan membentuk pakatan bersama UMNO. Ini adalah perkahwinan pernah dilakukan oleh PAS tetapi perceraian mereka sangat menyakitkan dan memusnahkan, pelawaan terbaru dari UMNO yang terdesak tidak boleh diabaikan dalam mana-mana analisis kerana kemungkinan ia berlaku pada masa hadapan dalam scenario politik Malaysia tidak mustahil. Walau bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari DAP telah menegaskan, ini bukanlah sesuatu yang mudah berlaku. Menarik lebih ramai rakyat Malaysia PKR- yang paling neutral dari tiga parti ini- telah dilihat sebagai alternatif yang lebih praktikal kerana mereka memilih untuk mencari jalan penyelesaian di tengah-tengah yang juga disukai orang bukan Melayu. PKR bukan sahaja dilihat sebagai parti yang lebih diminati lebih ramai orang Melayu, ia juga cuba menambat hati dua kaum terbesar di Malaysia, Cina dan India. Sementara kaum Cina dan India mula bersatu dan mencari representasi yang lebih kukuh dan baik dalam kerajaan dan urusan negara, sebahagian besar orang Melayu yang cuba mencari kebaikan bersama juga bersama mereka. Walaupun pada ketika ini, mereka seakan tidak sekufu antara satu sama lain, kerana perbezaan politik yang kecil dan remeh, realitinya, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dan parti politik yang lain mula menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kemungkinan mereka akan memberi kejutan besar dan bersatu untuk membentuk satu pakatan yang mana telah ditubuhkan oleh Barisan Nasional pada zaman perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka nampaknya seperti kemungkinan yang baik dan kuat. Jika ia berlaku, mungkin juga selepas pilihan raya umum diadakan. Bagi Sabah dan Sarawak pula, Pakatan sudah pun menawarkan bantuan kepada parti politik yang mahu memikirkan kemungkinan untuk bersatu dengan mereka untuk mendapatkan gengaman yang lebih kukuh pada negeri-negeri di timur Malaysia itu. Membantu mereka membuat keputusan ini tanpa disedari, adalah UMNO yang degil dan orang lama PAS yang mahu melaksanakan 'hudud' dan undang-undang kuno yang lain dimana ia amat digeruni oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Anwar must seize the opportunity to seal a new order Nampaknya Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk kembali memainkan peranan utama dalam melibatkan diri dalam ceramah dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan politik untuk bersama-sama membentuk kesepakatan yang dipersetujui oleh semua. Pembangkang mesti merebut peluang ini, susulan dari tsunami politik 2008 dan seterusnya menjadikan hasrat rakyat untuk reformasi dalam pilihan raya akan datang menjadi realiti. Anwar mesti tegas dan berani untuk memainkan peranan Tunku di era moden ini dan sanggup membawa Kemerdekaan sebenar kepada rakyat Malaysia dengan memastikan bahawa rakyat bersatu kembali pada tahun 1957 dengan cita-cita Tunku untuk keadilan dan kesaksamaan berkembang dengan cara yang sihat dalam negara. Ia sudah jelas bahawa Anwar sudah bersedia untuk meneroka beberapa kemungkinan, jika bukan sebelum PRU ke-13, maka dia akan sentiasa memikirkannya dan membuat perancangan untuk memuaskan hati semua pihak dalam masa terdekat.Malaysia Chronicle | ||||||||||
Ramai wanita luar bandar tidak buat ujian mammogram, kanser payu dara Posted: 04 Sep 2012 12:39 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUCHING — Masih ramai golongan wanita di luar Bandar, khasnya yang berusia 40 tahun ke atas, tidak membuat ujian mammogram dan saringan mengesan kanser payu dara. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata kadar kes kanser yang dilaporkan di Sarawak ketika ini hanya 275 kes, iaitu berdasarkan rekod daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) dan jumlah itu dijangka lebih tinggi jika wanita di luar bandar turut membuat pemeriksaan kesihatan. "Jangan kita beranggapan wanita kaum Cina lebih banyak menghidap kanser payu dara kerana mereka sebenarnya banyak membuat pemeriksaan penyakit tersebut berbanding kaum lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Biro Wanita dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menganjurkan lebih banyak program pemeriksaan dan saringan percuma mengesan kanser payu dara bagi mereka berpendapatan kurang RM3,000. Menurutnya sejak program tersebut dibuat tahun lalu pihaknya berjaya membuat 4,070 ujian mammogram termasuk kalangan wanita di luar bandar dan untuk tahun ini lebih 4,000 ujian mammogram dibuat setakat Jun lalu. — Bernama | ||||||||||
TIADA SEMANGAT RAYA: Melayu risau masa depan yang tidak menentu, salahkan Umno Posted: 04 Sep 2012 12:37 AM PDT Christopher Fernandez, Malaysia ChronicleKesan buruk daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengelirukan, telah mula memuntahkan racun berbisa kerana masyarakat Melayu kini mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan sebagai umpan untuk menjayakan rancangan itu, yang sebenarnya telah bertukar menjadi penjana faedah dan manfaat kepada hanya segelintir bumiputera apabila majoriti rakyat jelata yang lain terutamanya orang Melayu terus ketinggalan dan menderita. Di alaf baru ini, masyarakat Melayu Malaysia telah mula untuk bukan sahaja sedar akan realiti pahit pemerintahan BN yang sudah mencecah 55 tahun itu, mereka juga sedar bahawa mereka telah lama dimanipulasi oleh segelintir pemimpin Melayu yang untuk melahirkan golongan elit Melayu. Memang diakui bahawa majoriti Melayu sudah keluar dari kemunduran, namun begitu, cara dan sifat DEB ditubuhkan, dengan menggunakan penduduk Melayu sebagai alasan untuk menghasilkan lebih ramai elit politik dan peniaga Melayu, telah meninggalkan perasaan tidak puas hati bagi orang Melayu itu sendiri. BN mempergunakan DEB, kenyataan pahit buat orang Melayu Mungkin pada musim perayaan ini, setelah berakhirnya bulan suci Ramadan, apabila orang Melayu bersorak gembira meraikan Hari Raya, mereka akan mula merasakan, setelah bertahun-tahun lamanya, banyak yang telah mula berkurangan dari kehidupan mereka dan ia juga semakin lenyap. Ini telah mendorong orang Melayu untuk menuntut hak keistimewaan mereka melalui Perkasa yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keadaan masyarakat Melayu dan mahu kerajaan BN memulihkan DEB dan kuotanya yang mengakibatkan prasangka dan diskriminasi dikalangan kaum-kaum utama di Malaysia. Tetapi hakikatnya adalah masa telah berubah dengan adanya globalisasi ia adalah mustahil untuk menghidupkan semula DEB atau sebarang dasar lain yang seumpamanya oleh BN kerana takut akan tindak balas oleh masyarakat antarabangsa yang akan menuduh mereka melaksanakan dasar-dasar seakan apartheid yang bertentangan dengan pelaksanaan globalisasi. Orang Melayu akhirnya sedar bahawa DEB merupakan helah BN selepas tempoh tiga puluh tahun dan ini adalah realiti yang amat sukar untuk diterima. Mereka menyedari bahawa pemimpin BN telah bermain wayang dengan menggunakan orang Melayu demi 'kemakmuran ekonomi negara', tetapi sebenarnya menggunakan golongan penduduk yang terramai ini untuk menjayakan agenda peribadi mereka sendiri. Orang Melayu kini lemah Dalam arena politik, ia sudah diterima bahawa orang Melayu juga telah berpecah-belah dan dalam proses itu, kedudukan mereka telah menjadi semakin lemah. Walaupun UMNO mengakui dirinya sebagai juara orang Melayu pada suatu masa dahulu, PKR dan PAS telah berjaya menambat hati dan minda orang Melayu. Politik dan dasar-dasar PKR dan PAS telah menjadikan mereka lebih popular dikalangan orang Melayu yang sudah letih dan bosan akan janji-janji UMNO yang telah gagal mereka tepati pada orang Melayu. Cubaan UMNO untuk menaikkan populari mereka umpama yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Dengan sikap berlebihan dalam mencapai keinginan dan cita-cita yang tamak, pemimpin UMNO, kroni dan pengampu mereka, telah merompak hasil negara sehingga ia hampir kering. Dalam berbuat demikian, mereka telah meninggalkan bukan sahaja majoriti Melayu tetapi keseluruhan rakyat Malaysia akan bahagian hasil ekonomi negara yang sangat sedikit. Masalah UMNO adalah ketamakan pemimpin mereka yang tidak mengenal batas. Nafsu pemimpin mereka yang tidak terkawal dalam merompak hasil negara bermula selepas pelaksanaan DEB yang samar-samar sebenarnya merupakan dasar BN yang seakan permainan bola sepak di mana tiang-tiang gol kerap beralih apabila ada sesiapa yang mahu menjaringkan gol. Sehingga hari ini, DEB tidak pernah dijelaskan dengan terperinci atau menampakkan hasil sebenar. Tidak pernah ada percubaan untuk menerangkan bagaimana ia telah digubal atau sama ada objektifnya pernah tercapai. Tetapi dengan mengukur pencapaian masyarakat Melayu secara keseluruhannya sekarang, agak tepat jika dikatakan bahawa DEB hanyalah sandiwara, helah dan alasan yang digunakan oleh kepimpinan BN untuk menjayakan agenda mereka sendiri demi menubuhkan dan memisahkan antara pentadbir dan golongan peniaga elit untuk memerintah dan menggunakannya demi keseronokan mereka dimana orang Melayu yang jahil akan kebenaran ini hanya menjadi bahan permainan dalam rancangan mereka. Ke mana hala tuju orang Melayu? Dilema yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang adalah sukar untuk ditentukan. Apa yang paling menghairankan dan sukar untuk diramalkan adalah bentuk dan hala tuju masa depan politik orang Melayu. Tetapi apa yang sudah tentu adalah kesetiaan orang Melayu sudah terbahagi antara tiga parti iaitu UMNO, PKR dan PAS dan hakikat bahawa UMNO telah kehilangan banyak sokongan di kawasan orang Melayu dan terpaksa berkongsi sokongan orang Melayu dengan pembangkang merupakan halangan utama dalam PRU ke-13 ini nanti. Di bawah kepimpinan Najib Razak, antara 'flip-flop' dan cubaan untuk menggembirakan rakyat Malaysia adalah dengan berjanji bahawa bulan pun boleh diberikan kepada mereka, orang Melayu telah sedar bahawa Najib masih lagi bermimpi di siang hari. Hakikat bahawa dunia dalam keadaan kemelesetan, dan keberaniaan Najib menafikan Malaysia terjejas walau sedikit pun, tidak boleh diterima rakyat Malaysia. Secara puratanya, orang Melayu mula menyaksikan dan merasakan sendiri bahawa mereka telah ditolak ke ruang sempit dan sedang digantikan oleh pekerja asing sama ada yang sah atau haram di tempat kerja. Melayu kini menyedari semuanya tidak lagi enak bagi majoriti orang Melayu malah tidak pernah selesa sejak kemerdekaan daripada British lagi. Orang Melayu yang sering dimanjakan dan disuap oleh BN, kini menyedari bahawa mereka perlu menyara diri sendiri dan mendapati bahawa ia agak sukar untuk dilakukan kerana sudah terbiasa dimanjakan oleh BN. Apa yang lebih mengecewakan bagi orang Melayu adalah UMNO telah cukup mempergunakan dan mengambil kesempatan keatas masyarakat dan telah hampir diabaikan pula kerana hanya memberi perhatian untuk mengumpul sokongan yang lebih besar melalui MCA dan MIC daripada kaum-kaum lain. Apabila UMNO berpaling dari orang Melayu, mereka mula mencari suara mereka melalui PKR dan PAS. Ini menjadikan dilema Melayu yang sedia ada bakal menjadi krisis yang berlarutan. Penerima habuan UMNO yang mendajalkan helah mereka sudah pasti memberi keuntungan kepada PKR dan PAS. Oleh itu, pengundi di kalangan orang Melayu dijangka akan memberi undi mereka kepada PKR dan PAS sekaligus meninggalkan UMNO dalam keadaan yang sukar. Menentukan nasib PRU ke-13 Jika ada mana-mana peristiwa yang akan dianggap sebagai tempoh penentu sejarah Malaysia, ia adalah sebelum PRU ke-13. Jika pemilihan yang dijalankan adalah bebas dan adil seperti yang dijangkakan, sudah pasti, BN akan terkubur akibat pentadbiran mereka yang lemah. Selain Melayu mempermainkan slogan "Janji ditepati" yang diwar-warkan oleh BN, mereka dijangka memberi sokongan padu kepada PKR dan PAS dalam bentuk undi. Dengan MCA yang ditinggalkan oleh orang Cina, kaum India sahajalah menjadi penentu bagi BN yang percaya mereka akan memberikan kelebihan untuk mengekalkan majoriti mudah bagi memberi laluan untuk mentadbir Malaysia lagi. Tetapi pembangkang juga punya agenda untuk masyarakat India, kerana PKR, PAS dan DAP sedar mereka perlu menambat hati kaum India dalam pelan mereka untuk mengambil alih Putrajaya. Tetapi andaian yang selamat boleh disimpulakan bahawa kegagalan UMNO yang sebenar adalah disebabkan kegagalan mereka terhadap kaum majoriti iaitu orang Melayu dalam percaturan politik mereka dan telah memberi ruang kepada orang Melayu untuk menjadi bebas seraya memilih untuk memberi sokongan kepada parti pembangkang. Malaysia Chronicle | ||||||||||
Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan? Posted: 04 Sep 2012 12:29 AM PDT Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO-BN adalah suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari ketua politik sahaja. Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka. Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka. Kehilangan penghormatan dan kredibiliti Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka. Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega yang terlampau mahal. Islam tidak menganjurkan kesombongan Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk "memberhentikan semua kritikan dan fitnah" terhadap implimentasi hudud "kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti." Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman. Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah memberi malu kepada Islam. Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka. PAS tidak mampu lakukan seorang diri Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam. Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati. Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk "Ugama, Bangsa dan Negara" begitu korup dan berterusan begitu. Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu penambahbaikan. Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini. Rahmat pada semua Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan mereka dituruti. Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak. Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud, sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani, adil dan menentang korupsi. Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.Malaysia Chronicle | ||||||||||
BISIKAN SYAITAN: Komen jahat Dr M akibatkan rakyat kecoh dan takut Posted: 04 Sep 2012 12:26 AM PDT Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Tulisan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengakibatkan perasaan gusar dikalangan rakyat diseluruh Negara. Dengan memanggil parti pemerintahnya iaitu UMNO-BN sebagai "Syaitan yang dikenali dan pembangkang malaikat yang tidak dikenali" menjadikan ramai mengucap dan menggelengkan kepada. Ramai diantara mereka yang fasih berbahasa Inggeris faham akan apa yang dimaksudkan iaitu rakyat Malaysia patut mengundi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Namun, tidak hairanlah jika hampir semua mengambil perumpamaan itu secara literal dan ini perlu difikirkan oleh Mahathir dan kerajaan BN. Jika diambil kira dari ribuan pemberi komen di alam maya, bukan sahaja rakyat Malaysia memberi Mahathir pengajaran dari sikapnya sendiri- sinis dan suka menghasut- mereka sudah menganggap BN sebagai Syaitan dan Mahathir ketua syaitan. Ramai yang sudah bosan Walaupun selepas persaraan, ulasan Mahathir tetap menyemarakkan api perkauman dan pemikirannya bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara. Adakah dia sengaja mensensasikan dirinya sendiri untuk mencuri perhatian media dari PM Najib Razak yang diberinya sokongan di khalayak ramai tetapi secara peribadinya dianggap bodoh. Mahathir bagaikan menyangka rakyat Malaysia masih bodoh dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepalanya dan memahami tindakannya. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu mengejutkan dan menjadikan rakyat merasa hairan dan memprotes. Contohnya, Ketua Syaitan Malaysia ini menyatakan dia bukanlah seorang yang bijak dan cepat menegaskan bahawa kita tidak perlukan seorang yang bijak untuk memrintah Negara ini. Begitu bodoh kenyataan ini sehinggakan ia menjadikan Najib malu akan perumpamaan bahawa dirinya adalah tin kosong. Ia juga mengesahkan pendapat rakyat bahawa Malaysia sememangnya ditadbir secara 'auto-pilot'! Tidak, BN tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka akan melakukannya jika ia menjana wang. Tidak hairanlah jika Negara berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Singapura yang berada di selatan Tanah Air. Terima kasih kepada pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara-Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi. Mungkin inilah sebab kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius dan menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak terbaru dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! Politik 'Syaitan & Iblis' Sekarang, perkataan Syaitan telah digunakan oleh 'Ketua Syaitan' sendiri untuk merujuk kepada BN dan terminologi itu akan menjadi perbualan topik politik di Malaysia seperti slogan 'Janji ditepati', 1Malaysia dan Malaysia Boleh. Hari demi hari, keadaan semakin kecoh dengan media Melayu dan blog-blog memetik politik 'Syaitan'. Mula-mula, mungkin ada pemimpin BN yang hanya mentertawakannya namun, mereka pasti semakin risau akan perkembangan ini. Komen Ketua Syaitan telah mengena batang hidung ahli politik BN sendiri dan sekarang cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan. Tiba-tiba, semua mula melihat BN dari sudut yang berbeza iaitu menakutkan. Pakatan Rakyat digambarkan Mahathir sebagai Malaikat. Bukan sahaja ini mengiakan pengundi bandar yang sudah sedia jemu dan inginkan perubahan, mereka yang hidup di luar bandar juga berkemungkinan akan menukar fikiran mereka. Tambahan pula, orang yang waras tidak akan menyokong Syaitan. Bagi orang Cina pula, dengan bermulanya bulan perayaan 'Hantu Lapar', dimana orang Cina percaya pagar neraka dibuka dan melepaskan roh-roh sesat untuk merayau-rayau di bumi, tiada seorang pun yang mahu dikaitkan dengan Syaitan. Ada yang tidak mahu berjalan jauh kerana takut akan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh hantu. Dan bagi orang Melayu yang kuat kepercayaan dan sering peka pada pelbagai jenis 'Syaitan', Jin dan cerita tanah kubur yang lain di kaca televisyen dan mengambilnya sebagai sesuatu yang serius juga tidak akan gembira dengan perkembangan ini. Yang alim akan memberi amaran pada orang Islam yang lain terhadap ajaran negatif Mahathir yang jujurnya tidak begitu popular dikalangan tokoh keagamaan kerana sering mempunyai pandangan kontroversi terhadap Islam. Bisikan syaitan Pemimpin PAS yang konservatif seperti Dr Haron Din telah mengutuk gambaran Mahathir sebagai merbahaya dan memetik Al Quran yang menyatakan bahawa jangan pernah memilih Syaitan dan menyatakan ia lebih baik dari Malaikat. Walaupun hanya perumpamaan, ia masih tidak dibenarkan. Dr Haron juga menegaskan bahawa Mahathir salah kerana rakyat, terutamanya orang Islam percaya bahawa Syaitan merupakan makhluk Tuhan yang paling jahat. Dan sebagai bekas pemimpin Negara, yang telah mengetuai kerajaan UMNO-BN untuk 22 tahun, ia amat tidak sesuai bagi Mahathir untuk memberi kenyataan atau melabel seseorang mahupun sebuah organisasi dengan sesuatu yang tidak baik. Dalam pada itu, pemimpin kerohanian PAS, Nik Aziz Nik Mat juga telah memberi amaran bahawa kenyataan yang tidak diingini dan tidak bijak akan mempercepatkan kehancuran UMNO. Dia juga meminta orang Islam supaya membezakan antara Syaitan dan Malaikat supaya mereka tidak disesatkan oleh bisikan Syaitan. Ya, orang Islam juga amat prihatin dan ramai yang keliru dengan penggunaan terminologi Mahathir yang kurang bijak. Mungkinkah dia tdak bijak atau telah benar-benar menjadi pembisik Syaitan seperti yang didakwa sesetengah pihak? Bagaimana boleh Mahathir, seorang yang lahir sebagai Islam, tidak tahu bahawa tiada yang lebih dijauhi oleh umat Islam selain Syaitan. Tetapi, dia dengan begitu bersahaja menganjurkan rakyat untuk memilih dirinya dan BN walaupun mereka dikatakan Syaitan dan bukan pembangkang walaupun mereka adalah malaikat. Dari menafikan dirinya diktator, kepada menafikan dirinya syaitan Mungkin peristiwa ini lebih tepat dirumuskan oleh apa yang dikatakan oleh seorang pemberi komen ini: "MADEY BETUL-BETUL TELAH MENJATUHKAN NAMA BAIK BN DENGAN BERKATA BN TU SYAITAN, TAU LAH MASYARAKAT ISLAM MEMANG PANTANG DAN BENCI PERKATAAN SYAITAN DAN SUKA PERKATAAN MALAIKAT. RAMAI MELAYU TEMASUK MELAYU BN AKAN MENGUNDI PAKATAN KERANA TAK NAK BERSEKONGKOL DENGAN PERKATAAN SYAITAN." Ia juga ironi apabila, beberapa minggu yang lalu, dia telah memarahi mereka yang melabelnya sebagai 'Diktator'. Dia marah akan sikap sesetengah pihak yang suka melabel orang lain untuk memusnahkan karier politik mereka. Mahathir berkeras bahawa dia bukanlah seorang diktator, dan membandingkan dirinya dengan penjahat timur tengah seperti Mubarak dan Gadaffidan mencabar rakyat Malaysia menyatakan kenapa dia layak dipanggil diktator. Rakyat Malaysia memberi respon yang mencecah ribuan dan banyak komen diberi menyatakan bahawa dia, suka atau tidak adalah seorang diktator di mata mereka. Sama seperti sekarang, di mata kebanyakkan rakyat Malaysia, BN umpama Syaitan kerana telah merompak sebahagian besar harta kekayaan Negara dan dia sebagai ketua perancang, adalah ketua syaitan. Seperti yang kita selalu dengar, setiap kejahatan ada pembalasannya! Malaysia Chronicle | ||||||||||
Lawatan Najib ke Kota Belud ‘perangsang kepada BN’ Posted: 04 Sep 2012 12:21 AM PDT THE MALASIAN INSIDER Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata mesej yang disampaikan Najib pada perhimpunan raksaksa itu telah menaikkan semangat rakyat tempatan yang hadir pada majlis itu. Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran bersama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Usbo, di mana Pandikar adalah timbalan pengerusinya. "Perdana menteri melawat tempat kelahiran Umno Sabah dan beliau memberi penghargaan kepada penduduk Kota Belud yang mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil 1991 yang menyaksikan parti itu bertapak di negeri ini," kata Salleh kepada Bernama, di sini hari ini. Salleh, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, berkata lawatan itu juga akan memberi semangat kepada parti-parti komponen BN untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan BN kekal di semua empat kerusi di sana selepas pilihan raya umum akan datang. Tiga kerusi negeri di kawasan parlimen Kota Belud ialah Usukan, Tempasuk dan Kadamaian. Pada pilihan raya umum lepas, pada 2008, semua kerusi negeri dan kerusi parlimen Kota Belud dimenangi calon BN. Mengenai laporan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan pada November, beliau berkata adalah lebih baik perkara itu diserah kepada kebijaksanaan Najib dan kepimpinan BN tetapi pada masa sama anggota parti perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi pengundi apabila tiba masanya. Salleh turut bersetuju dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengenai perlunya rakyat mengekalkan BN terus berkuasa, bukan hanya di Sabah, tetapi juga di Putrajaya. Salleh berkata ketika pembangkang terus membohongi pengundi dengan membuat pelbagai janji, Najib sibuk melaksanakan pelbagai projek dan program yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Beliau juga berkata bahawa Sabah di bawah kepimpinan Musa turut mendapat faedah hasil inisiatif kerajaan negeri, terutama dalam program-program untuk meningkatkan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat. "Saya bersetuju dengan (Datuk) Musa bahawa Sabah dan rakyatnya akan menderita jika mereka memilih parti dan pemimpin yang salah untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum," katanya. — Bernama | ||||||||||
PKR label Perkasa sebagai ‘penjenayah’ serang masjid Posted: 04 Sep 2012 12:19 AM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijemput memberi tazkirah pada Ahad lalu di masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar , mendakwa dia telah diserang ahli Perkasa. Mereka yang menyerang tersebut dikatakan telah menjerit dan menutup lampu masjid, walaupun terdapat penafian daripada jawatankuasa masjid yang mengatakan berlakunya insiden membaling kasut ke dalam masjid. "Ini adalah satu rancangan rapi yang bertujuan untuk melakukan serangan jenayah," kata naib presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu sidang media di ibupejabat parti tersebut hari ini. "Tidak kisahlah sama ada ia ucapan politik atau pun tidak, ia bukan alasan," katanya lagi. Laporan media sebelum ini mendakwa Anwar menggunakan masjid untuk tujuan politik, malahan Perkasa, dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, menjelaskan kehadiran mereka adalah kerana bagi memenuhi pelawaan jawatankuasa masjid yang tidak mempersetujui program tazkirah tersebut. "Kamu tidak bertindak secara jahat hanya kerana kamu tidak gembira," tambah dia lagi. Malahan ketua Perkasa Kota Setar Datuk Mohd Yusof Ismail, dalam kenyataannya di dalam Utusan Malaysia, memberi kenyataan bahawa tiada ahlinya bertindak ganas sepertimana yang digambarkan dan berkata tidak ada sesiapa pun yang tercedera pada malam tersebut. Insiden serangan masjid ini adalah rentetan insiden serangan bas di Kota Bharu oleh penyerang yang tidak dikenalpasti. — Bernama | ||||||||||
K'jaan perkenal pakej jalur lebar mampu milik Posted: 04 Sep 2012 12:09 AM PDT Menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim hari ini melancarkan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia yang disasarkan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati capaian internet jalur lebar pada harga berpatutan. Pakej itu yang bermula pada harga serendah RM20 sebulan untuk perkhidmatan tanpa wayar dan RM38 sebulan untuk perkhidmatan berwayar. "Pakej ini disasarkan untuk komuniti luar bandar tetapi khusus kepada negeri dengan kadar penembusan jalur lebar lebih rendah berbanding kadar penembusan kebangsaan," kata Rais Yatim. Pelanggan pakej berharga RM20 ke RM25 sebulan akan menikmati akses jalur lebar berkelajuan minima 512kbps dengan kapasiti sehingga 1Gb. Bagi perkhidmatan berwayar pula, pelanggan pakej berharga RM38 akan mendapat akses berkelajuan minima 384kbps dengan kapasiti tanpa had. Bercakap kepada pemberita, Rais memberi jaminan tiada penapisan akan dibuat terhadap akses internet menerusi inisiatif itu yang akan berada di pasaran paling awal selepas sambutan Hari Malaysia. Tambahnya lagi, pakej mampu milik itu diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama pembekal perkhidmatan untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih berhubung antara satu sama lain. "Ini adalah pengisian 1Malaysia di mana rakyat kita akan lebih berkomunikasi," katanya di bangunan kementerian itu di Kuala Lumpur. | ||||||||||
Najib mahu sokongan padu, bukan 'sipi-sipi' Posted: 04 Sep 2012 12:06 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Pahang memberi sokongan padu kepada kepimpinan dan usaha beliau mentadbir serta melakukan pembaharuan kepada negara. "Kalau sokongan kita sipi-sipi...maka tanpa mandat yang kuat kita (kerajaan) tidak boleh menyakinkan rakyat untuk melakukan apa yang perlu untuk kebaikan negara. "Kita dapat lihat mutakhir ini bagaimana pembaharuan sedang kita kecapi melalui GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan pelbagai lagi inisiatif termasuk penyenaraian Felda Global Ventures (Holdings Bhd) yang merupakan penyenaraian kedua terbesar di dunia (tahun ini)," katanya. Najib berucap di hadapan lebih 2,000 anak-anak Pahang yang menetap di ibukota di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di ibunegara malam tadi. Perdana menteri percaya lebih banyak manfaat akan diperoleh oleh Pahang jika rakyatnya saling membantu sesama mereka. Menurutnya, pembangunan Pelabuhan Kuantan yang akan memasuki fasa seterusnya serta pembinaan kawasan industri di pelabuhan itu akan membawa kemajuan dan pembaharuan lebih bermakna kepada rakyat Pahang. Di majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU). Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Rumah Terbuka Khazanah Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan