Rabu, 26 September 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Rogol dan Samun "Calon Pekerjanya" Ditahan Polis

Posted: 26 Sep 2012 01:50 AM PDT



[Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasilrisikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.

Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.

Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

"Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya," katanya.

Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.

"Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa," katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis. Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan.
 
 
 Laporan awal di sini.


[Gambar] Lelaki Tangkap Muammar Ghadafi Diculik & Ditembak

Posted: 26 Sep 2012 12:25 AM PDT


Ketegangan tercetus di Misrata, Libya Selasa lalu selepas bekas pemberontak yang telah dikreditkan terhadap penangkapan bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia selepas diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata. 

Omran Ben Shaaban, 22, dilaporkan diculik oleh kumpulan tersebut di bandar oasis Bani Walid, Julai lalu. Bandar itu merupakan kubu terakhir penyokong setia Gaddafi dalam konflik 2011, kata saudaranya Walid kepada AFP.

 

Omran dikatakan cuba untuk melarikan diri daripada penculiknya, namun cubaannya itu gagal dan dia dilaporkan telah dipukul serta ditembak di bahagian leher dan perut, kata Walid lagi. 

Omran telah dibebaskan 50 hari kemudian dalam keadaan kritikal dan diterbangkan ke Perancis untuk menerima rawatan di sebuah hospital. Walau bagaimanapun, Omran meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital tersebut, tambah Walid bin Shaaban. 

Sebuah pesawat swasta telah menerbangkan jenazah Omran ke Misrata. Jenazahnya disambut oleh kaum keluarga dan sahabat handai.  
Omran ketika dirawat di hospital
Omran menjadi terkenal selepas gambar dan video yang memaparkan dia memegang Gadhafi ketika beliau ditangkap bersembunyi dalam sebuah longkang pada 20 Oktober 2011 di Sirte tersebar di internet dan akhbar antarabangsa. - DCM/AFP


 

KLCC Bukan Lagi Kebanggaan Melayu?

Posted: 25 Sep 2012 06:48 PM PDT


Pengalaman dan kes peniaga Melayu diminta mengosongkan premis perniagaan di Suria KLCC tanpa alasan yang kukuh. Terbaharu, seorang usahawan wanita Melayu mendakwa pihak pengurusan memintanya  mengosongkan premis perniagaan walaupun beliau tidak menghadapi masalah membayar sewa premis yang mencecah RM22 ribu sebulan.

Saya petik artikel dari blog Tuan Haji Mohamad Taufek tentang hal itu.

[mohdtaufek] Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar "Menang Sorak, Kampung Tergadai"? KLCC ni milik siapa sebenarnya?

USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS
25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya.

Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan. Baca di sini.

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'

10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC

9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi's/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC.

Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.

Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:

"Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).

"Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk 'menghalau' perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.

Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.

Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.

Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Rujukan :
P/s: TM sudah lama tidak menjenguk Suria KLCC. Tiada apa-apa yang hendak dibangga pun berada di sana selain melihat anak-anak muda berpeleseran sambil mengayakan cara hidup berpaksikan hedonisme.



Akaun Facebook Hina Nabi, Allah, Pemilik Dakwa Akaun Digodam

Posted: 25 Sep 2012 05:59 PM PDT


Antara paparan skrin yang disebarkan di Facebook.

[SH] SHAH ALAM - Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam.

Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog.

Antara statusnya ditulis, "Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH...".

Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan.

Namun individu dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu.

Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam.

"Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama.

"Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri," katanya.



P/s: Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini dengan segera. Kita marah, namun biarlah pihak berkuasa menyiasat kesahihan paparan skrin tersebut. Jika benar, tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu dikenakan terhadap individu tersebut.




Tiada ulasan: