DIALOG RAKYAT |
- Najib, bila nak debat ni, takut cakap takut
- Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.
- Nak tahu macam mana ‘Awang Hitam’ kelentong kita?
- Kalau Tidak Menipu Bukan....
- Pakatan bentang Belanjawan Alternatif hari ini, banyak manfaat untuk rakyat
- Wan Azizah, Nik Aziz lelong barang peribadi kutip dana PRU 13
- Penolakan kuota haji: Jamil Khir mengaku bukan sebab Bersih
- Pojok – Anak Mami Di Perantauan : Ingat daku dalam doamu?
- Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – apa, kenapa dan bagaimana?
- DAPSY kutuk budaya politik samseng di kampus
- 7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
- Pengerusi Pro-M Dipukul, Polis Diminta Siasat Blog ‘Satu Peluru’, ‘Malaysia Bangkit’
- PKR Selar Iklan Fiksyen “Krisis Air Selangor”
- UNISEL Bangunkan Penyelidikan Kultur Tisu Tumbuhan Jana Hasil Kewangan
- Jumpa Adun Jika Air Kediaman Dicaj Ikut Perniagaan
- ‘Pertumbuhan’ M’sia dan dana asing
- Kos sewa jet untuk Anwar ialah RM96,000
- Bersih 3.0 dijadikan soalan periksa...
- Wakil Aceh harap PAS jadi parti disegani serantau
- Hina Nabi: PAS serah memo bantah majalah Perancis
- Siasatan Scorpene: Perancis akan panggil saksi
- Speaker tolak soalan tentang dakwaan 'salah laku' AG
- 1,000 berhimpun demi selamatkan pendidikan Cina
Najib, bila nak debat ni, takut cakap takut Posted: 26 Sep 2012 04:57 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu. "Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas," jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi. Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti. Selain itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. Hasil kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini. Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat. Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas. Namun, hingga kini, Najib terus mengelak. "Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…," kata Muhammad Nur sinis.-http://tukanglawan.blogspot.com | ||
Posted: 26 Sep 2012 04:55 AM PDT Pemuda hina Islam di laman Facebook ditahanKLANG - Seorang pemuda berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di Klang Jaya di sini pagi ini bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Beliau berkata, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah tengah malam tadi untuk membuat laporan polis menafikan dia menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu. "Suspek mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," kata Mohamad yang turut mengesahkan polis menerima laporan daripada jiran suspek mengenai kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda itu pukul 10.30 malam tadi.- UTUSAN | ||
Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu. Posted: 26 Sep 2012 04:52 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang ingin menjual tanah milik MARDI di Serdang seluas 200 ekar dengan harga yang sangat rendah.. Ini menyebabkan timbulnya persoalan kenapa Noh Omar bersungguh-sungguh mahu tanah tersebut dijual.. Apa yang tersirat disebalik tindakan Noh Omar itu ialah satu transaksi yang amat menguntungkan bakal diperolehi oleh samada Noh Omar sendiri ataupun kroninya.. Tanah tersebut dikatakan akan dijual dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu. Dengan menggunakan modus operandi yang sama dengan yang telah digunakan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang yang telah mengaut keuntungan RM5Juta hasil dari menjual tanah milik Melayu.. Di Pulau Pinang tanah milik 31 orang Melayu telah dibeli oleh Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin UMNO dan tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju untuk dibangunkan.. pendedahan mengenainya sila baca di ( SINI ) Dalam hal tanah milik MARDI ini pula sudah tentu ianya akan dijual kepada Syarikat Kroni ataupun Syarikat yang dikuasai oleh Noh Omar sendiri.. kemudiannya akan dijual pula kepada pihak ketiga untuk dimajukan.. Berapa keuntungan yang bakal dikaut? ~ Satu ekar terdiri daripada 4,840 ela persegi atau 43,560 kaki persegi. ~ Keluasan tanah yang hendak dijual ialah 200 ekar bersamaan dengan 8,712,000 kaki persegi. ~Keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah dijual dengan RM80 setelah ditolak harga beli RM14.50.. (RM80 - RM14.50) x 8,712,000 = RM570,636,000 ~Manakala keuntungan yang bakal diperolehi jika tanah retsebut dijual pada harga RM100 setiap kaki persegi pula ialah.. (RM100 - RM14.50) x 8,712,000 = RM744,876,000 Korang tolong kira semula ya... betulkan kalau aku salah.. Banyak tu... patutlah Noh Omar bersungguh-sungguh mahukan tanah tu dijual.. banyak untungnya tu.. Noh Digesa Tidak Jual Tanah MARDI Datuk Seri Noh Omar digesa tidak meneruskan hasrat menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang seluas 200 ekar kepada mana-mana pihak hanya untuk meraih keuntungan. Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan pihak MARDI untuk menukar status tanah itu daripada pertanian kepada perniagaan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu lepas. Dr Yaakob memberitahu pada waktu ini tanah milik MARDI berkenaan sedang dalam proses rundingan untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata. Beliau menegaskan Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia. "Selaku menteri kabinet beliau seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual. "Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas. "Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah," kata Dr Yaakob di sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. . Beliau berkata, tanah itu ingin dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi walaupun harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu. Tambah Dr Yaakob, tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Ujarnya, setiap tahun jutaan tetamu yang hadir mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA). Pada 23 November hingga 2 Disember ini, dijangka seramai 3 juta orang ramai bakal hadir menjayakan pameran tersebut. "Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran MAHA di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ. "Jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat- tempat lain tetapi bukannya di tapak milik MARDI di Serdang," katanya. "Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut",ujarnya.-harakahdaily | ||
Nak tahu macam mana ‘Awang Hitam’ kelentong kita? Posted: 26 Sep 2012 04:48 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini. Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka. Modus operandi a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/ e-mail) b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa. c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa. d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi. e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain. Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes. Nasihat : Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM-http://aiyangdisayang.blogspot.com, | ||
Posted: 26 Sep 2012 04:40 AM PDT
MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu? Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah air. Bolehkan hidup dengan hayat menipu? Barang kali itulah hasil didikan dan amalan orang yang berkawan dengan syaitan yang dikenali dan meninggalkan malaikat yang tidak dikenali. Kerja-kerja menipu, memalsu itu adalah kerja dan kesukaan syaitan. Pihak yang membuat penggambaran itu tidak menyebut pihak mana yang mengupahnya. Tetapi cara dia (producer) menjawab jelas bahawa pihak itulah, yang berkawan dengan syaitan yang mengupahnya. Hari ini juga beberapa ahli serkas negara telah mempertikikan Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Diceritakan yang jet berkenaan berdaftar di Amerika. Sekali lagi fitnah dan tipu. Orang jenis ini tidak sah kalau ia tidak bercakap bohong dan tipu. Dia tidak akan rasa selesa dan hidupnya tidak bermakna. Maka kena menipu. Walhal Anwar sudah jelaskan jet itu kepunyaan kawannya, berdaftar dengan JPA Malaysia. Namun kerana dasar menipu sejak dari dalam tembuni lagi dia akan bercakap bohong selamanya kerana syaitan dikenali sudah ada di dalam mulutnya. Dasar manusia hati busuk sampai ke ekor. Dia tidak boleh tengok orang senang. Ahli politik bebas konon, bebas kepala bapak dia. Salahkah kalau Anwar naik jet? Kadang-kadang otak puak-puak ini lebih bengong dan gong dari haiwan yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Biarkanlah kepada mereka kerana sudah Tuhan jadikan dia sebegitu rupa, dengki, bohong dan pefitnah. Kalau dikatakan penipu, pemiftnah marah, tapi itulah hakikatnya. | ||
Pakatan bentang Belanjawan Alternatif hari ini, banyak manfaat untuk rakyat Posted: 26 Sep 2012 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2013 menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat petang ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan. Ia dibuat dua hari menjelang pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini. Taklimat mengenai belanjawan tersebut telah dijalankan kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam. Dalam Belanjawan Alternatif 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober tahun lalu, Pakatan mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion untuk keperluan rakyat. Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat 2012 itu mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah. Antara lain, Pakatan mengumumkan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100. Belanjawan tersebut merangkumi pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga. Selain itu, penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion. Lesen dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi. Lesen import permit AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni. Sebelum ini, pentadbiran Najib menciplak idea yang dibentangkan Pakatan, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Anwar. Najib juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga. Perdana Menteri turut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan sejak sekian lama. Untuk Belanjawan Alternatif 2013, dijangka Pakatan menyasarkan pelbagai tumpuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat. | ||
Wan Azizah, Nik Aziz lelong barang peribadi kutip dana PRU 13 Posted: 26 Sep 2012 04:08 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13," katanya. Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu. Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya. Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti. | ||
Penolakan kuota haji: Jamil Khir mengaku bukan sebab Bersih Posted: 26 Sep 2012 04:05 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu. Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu. Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0. Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir. "Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut. Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia. "Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat. Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini. Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. | ||
Posted: 26 Sep 2012 03:51 AM PDT Bajet Pakatan tawar 'lebihan wang di poket rakyat' 26 September 2012 SHAH ALAM - Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat." Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan. Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60). Bajet PR 2013 akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus. Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan membangkitkan isu intergriti dan unjuran ekonomi negara dalam Bajet 2013 kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibahaskan di Dewan Rakyat mulai minggu depan. Menurutnya, kedua isu itu perlu dipandang serius kerana kegagalan kerajaan BN untuk mencapai tahap unjuran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada setiap tahun. "Kegagalan unjuran dan unjuran defisit tidak pernah mencapai oleh kerajaan BN, jika satu peratus kegagalan pertumbuhan ekonomi bermakna gagal berkembang RM20 bilion setahun. "Isu yang dibawa oleh PR akan dipandang serius dan bajet yang dibentang kerajaan Jumaat ini perlu dipandang serius," katanya pada sidang media sempena Majlis Pembentangan Bajet Pakatan Rakyat 2013 yang bertemakan "Ekonomi rakyat negara berkat". Sebelum ini, ramai pemimpin BN mendakwa jika mengikut Buku Jingga yang menjadi panduan PR akan memufliskan negara. Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata PR sebulat suara bersetuju untuk menetapkan enam peratus pertumbuhan setiap tahun di negeri-negeri PR untuk membentuk ekonomi yang mampan. Tambahnya, Bajet PR 2013 mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. | ||
Pojok – Anak Mami Di Perantauan : Ingat daku dalam doamu? Posted: 26 Sep 2012 03:48 AM PDT Roketkini.com Dalam Islam pula, penganutnya bersembahyang hanya mengadap kiblat atau arah kiblat. Tuhan tidak punya bentuk atau rupa yang boleh dimanifestasi mengikut kecetekan akal manusia. Jadi ritual sembahyang adalah sekadar berdiri dan tunduk sujud pada keagungan Tuhan. Tidak perlu sebarang gambar atau simbol. Dan selalunya sembahyang itu dilakukan dengan menggunakan sejadah; sehelai kain alas yang selalunya mempunyai rekaan bermotifkan bentuk-bentuk geometri mudah, supaya tidak ada gangguan visual ketika sedang beribadah. Paling-paling galak pun mungkin diletaknya gambar Kaabah. Jadi apabila blog MiloSuam mendedahkan bahawa Ketua United Malays National Organisation Bahagian Lembah Pantai telah meletakkan label bertulis; "Sumbangan Ikhlas: Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin" dengan logo 1Malaysia, logo UMNO dan logo Barisan Nasional, di sejadah pemberiannya, kita jadi sangsi. Sangsi sangat, malah mungkin keliru dengan kapasiti intelek pekerja-pekerja Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai ini. Apa bodoh sangatkah pekerja-pekerja yang diberi makan oleh Menteri Wilayah ini sehingga terlalu dangkal untuk memikirkan bahawa pelekat tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jemaah surau yang menggunakan sejadah tersebut. Selalunya kalau mahu diletak label di sejadah, di jahit bahagian tepi sebelah bawah di tempat letak kaki. Bukan diletak gah di penjuru kanan atas tempat sujud. Ini kerja tidak guna otak. Ini memang kerja mahu bagi orang gelak. Ini kerja kepingin mahu sanjungan dan ingatan orang. Mahu orang ulang sebut, "Alahai baiknya Nong Chik tu ya. Pemurah dia sedekahkan kita sejadah." Kenapa tak letak saja logo UMNO dan logo 1Malaysia itu di tempat sujud? Betul-betul di tempat letak dahi. Bukankah lebih sampai maksudnya? Bukankah lebih jelas objektifnya kalau dibuat begitu? Ini membawa kita kepada soalan seterusnya: apa tujuan buat begitu, selain supaya orang 'mengingati Nong Chik dalam doa'? Umat Melayu sudah cukup dibodohkan UMNO untuk saban tahun. Disangkanya UMNO itulah punca hidupnya senang dan tidak melarat. Dicium tangan pemimpinnya kerana mengenangkan jasa yang bertimbun kononnya, tanpa sedar berapa koyan harta negara telah dirompak untuk mengisi tembolok anak beranak. Untuk mengubati kebodohan itu sahaja, ramai telah memilih untuk terjun ke jalan perjuangan untuk mengeluarkan umat dari gelap pembodohan. Namun pastilah umat tidak akan berdiam diri apabila harus terpaksa sujud pada logo United Malas National Organisation. Adakah ini yang UMNO mahukan? – Roketkini.com | ||
Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – apa, kenapa dan bagaimana? Posted: 26 Sep 2012 03:40 AM PDT Oleh Hafiz Zainuddin Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut. Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok. Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion). Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan. Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion. Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. "Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina." Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus? Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk 'The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia' telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet. Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas 'empayar' pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat. Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM? Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat 'hingga mati' bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani? Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak? Siapa lagi BMF siasat? Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion. Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi. Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa. Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion. Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion. Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta). BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta'ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama. Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini? Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya 'jangan layan dakwaan yang bermacam-macam' menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya? Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan 'janji rahsia' meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang? Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – Roketkini.com | ||
DAPSY kutuk budaya politik samseng di kampus Posted: 26 Sep 2012 03:37 AM PDT Roketkini.com Demikian kata Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Zairil Khir Johari dalam kenyataan medianya hari ini dalam reaksi terhadap kejadian serangan melibatkan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) yang didakwa dibelasah lima pemuda tidak dikenali di luar rumahnya awal pagi tadi. Menurut mahasiswa Universiti Malaya itu, motosikalnya dihalang sebuah kereta sebelum beliau kemudiannya diheret ke bahu jalan sebelum diserang dan dibelasah dengan topi keledar di kawasan rumahnya di Seksyen 17 Petaling Jaya. Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP menyatakan bahawa tindakan mengancam dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan budaya samseng ini adalah penghinaan terhadap nilai-nilai intelektual dan idealisme yang menjadi asas pembinaan jati diri di universiti. "Ia jelas menunjukkan bahawa politik dangkal yang diamalkan pihak-pihak yang tidak mampu berhujah turut diserap oleh pengikut-pengikutnya di peringkat universiti," ujar beliau. "Apakah terlalu susah untuk berlawan dengan akal dan hujah sehingga harus memilih jalan kekerasan untuk memaksa kepatuhan dan memastikan kemenangan?" soal beliau lagi sambil mengutuk keras kejadian yang berlaku dan mendesak agar siasatan dilakukan supaya pihak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan. "Budaya politik jahat dan pelampau sebegini mesti dihentikan, baik di kampus mahupun di peringkat politik kebangsaan," tegas beliau. – Roketkini.com | ||
7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 Posted: 26 Sep 2012 03:35 AM PDT
KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita. "Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun. "Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen. Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi. Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni. "Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun. "Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau. Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih. Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah. Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan. Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus. Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus. Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005. | ||
Pengerusi Pro-M Dipukul, Polis Diminta Siasat Blog ‘Satu Peluru’, ‘Malaysia Bangkit’ Posted: 25 Sep 2012 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya, Edipkoup Lakip Sediyanto menjadi mangsa terbaru budaya politik samseng di dalam universiti apabila beliau dipukul kira-kira jam 4.00 pagi hari ini. Edipkoup dipukul oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta Kancil ketika beliau dalam perjalanan pulang dari Universiti Malaya ke kediamannya di seksyen 17. Akibat dari kejadian tersebut, Adikoup terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan hanya dibenarkan keluar kira-kira tengahari tadi. Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen hari ini. Mohd Safwan berkata motorsikal yang ditunggang Edikoup dihalang kereta terlibat sebelum beliau diheret ke kawasan gelap. "Mangsa dihayun dengan topi keledar sehingga terjatuh dari motorsikal. "Kemudian dia dihentak pula di bahagian kepala, perut, badan dan lain-lain dengan topi keledar dan tidak cukup dia ditumbuk dan diterajang juga," kata Safwan. Dalam isu sama, satu entri bertajuk 'Gempar! Video Pengerusi Pro-M, UM Dipukul Kejam, Kini Di ICU' dalam blog 'Satu Peluru' dan 'Malaysia Bangkit' menimbulkan kecurigaan. Mohd Safwan mendakwa pengendali blog itu seolah-olah mengetahui kejadian tersebut sebelum ianya berlaku. Pengedali blog 'Malaysia Bangkit' dalam paparan blognya mendakwa bahawa Edikoup berpura-pura dipukul bagi meraih simpati para mahasiswa dalam kempen Pilihan Raya Kampus yang sedang rancak dijalankan. Rentetan kejadian itu, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Damansara terhadap kejadian Edikoup dipukul dan entri yang di buat oleh blogger Satu Peluru dan Malaysia Bangkit. Dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria pula berkata, kejadian tersebut amat membimbangkan kerana dikhuatiri merebak dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Selain, Safwan dan Mohd Nasir, turut sama dalam sidang media tersebut adalah pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP), Adam Adli Halim dan Presiden Mahasiswa Islam UM, Syis Abd Kadir. | ||
PKR Selar Iklan Fiksyen “Krisis Air Selangor” Posted: 25 Sep 2012 10:57 PM PDT SHAH ALAM : Pemimpin PKR hari ini terus menyelar usaha untuk memburukkan imej kerajaan negeri dengan iklan yang kononnya bekalan air di Selangor tidak cukup. Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkata tindakan itu hanya akan menambah kebencian rakyat kepada gabungan Umno-BN yang beliau dakwa membiayai iklan tersebut. Manakala naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata penggambaran itu dan kenyataan Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini mengesahkan yang Umno-BN menggunakan taktik kotor untuk rampas Selangor. Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata keburukkan Umno-BN terserlah apabila ia memperalatkan orang awam dan pelakon yang dipercayai diupah bagi 'menjayakan' video tersebut. "Sebagai sebuah parti 'antik' yang mempunyai pelan politik, AMK negeri merasakan Umno-BN sedang benar-benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan," katanya dalam kenyataan media. Tambahnya, AMK negeri sedia menyambut sebarang bentuk kempen politik yang matang, tetapi menolak jika Umno-BN bersikap penakut dengan menggunakan orang awam. Semalam, sebuah produksi dikesan menjalankan penggambaran berbentuk rekaan yang kononnya wujud krisis bekalan air di Selangor. Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ. Iklan pendek yang berdurasi 40 saat itu memaparkan adegan orang ramai yang sedang berbaris panjang ditengah panas terik matahari untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori tangki yang disediakan. Beberapa orang di antara mereka berlakon dengan merungut dan memekik marah kerana terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bagi keperluan harian. Tujuan iklan tersebut seolah-olah untuk membentuk satu persepsi yang bekalan air di Selangor kerap menghadapi ganguan. Walhal di lokasi pengambaran tersebut, tidak ada langsung masalah bekalan air. Sebelum ini, Umno-BN cuba wujudkan persepsi bahawa Selangor dilanda krisis air kerana bekalan tidak mencukupi. Ekoran itu, Kerajan Selangor telah membuktikan bahawa bekalan air mentah lebih daripada mencukupi. Masalahnya berpunca daripada pengedaran, di mana, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak menyelengara tugasnya dengan baik sehingga ada pangsapuri di Sri Kembangan dan Cheras mengalami ganguan air terawat. Sementara itu, Nurul Izzah, apabila ditemui di Dewan Rakyat, menyelar kenyataan Adnan yang Pahang akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor sekiranya Projek Langat 2 tidak diteruskan. Nurul Izzah berkata, usaha bersungguh-sungguh Umno-BN itu bagi memastikan projek yang mampu memberi pulangan tinggi kepada mereka dapat dijalankan seperti Projek Langat 2. | ||
UNISEL Bangunkan Penyelidikan Kultur Tisu Tumbuhan Jana Hasil Kewangan Posted: 25 Sep 2012 10:55 PM PDT BESTARI JAYA: Walaupun dikritik dan kemampuannya dipersoal, Universiti Selangor (Unisel) tetap berjaya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan penyelidikan Kultur Tisu Tumbuhan yang boleh menjana keuntungan kewangan. Melalui Unit Kultur Tisu FaSBio, Unisel dijangka boleh menghasilkan anak pokok bagi tumbuhan yang mempunyai nilai komersil seperti orkid, tanaman perhiasan, herba, pisang dan nenas melalui teknik mikropropagasi. Bagi peringkat permulaan, unit ini akan memberi tumpuan untuk menghasilan anak pokok orkid dan dijangka dapat menghasilkan sebanyak 7,000 anak orkid berkualiti setahun. Unit ini diterajui Prof Madya Dr Aziah Mohd Yusoff yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang kultur tisu. Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, geran permulaan bagi projek ini diperolehi daripada Kerajaan Negeri. "Pemberian awal geran sebanyak RM 500 ribu dengan tujuan mengadakan pelbagai penyelidikan di Unisel membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan imej universiti ini setanding universiti lain di negara ini dan dunia," katanya. Anuar berkata demikian ketika berucap di Majlis Perlancaran Projek Kultur Tisu di bangunan Fakulti Sains & Bioteknologi Unisel Kampus Bestari Jaya hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali. Dr Halimah di dalam ucapannya berkata, pembangunan penyelidikan merupakan antara usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi rakyat setempat melalui hasil tani. Katanya, penghasilan anak-anak pokok melalui teknik kultur tisu dapat mengurangkan kos pembelian anak-anak pokok di samping dapat meningkatkan kadar kemandirian anak-anak pokok. "Saya mengucapkan tahniah kepada Unisel kerana berjaya membangunkan projek ini dan diharap dapat memberi manfaat khususnya kepada petani di masa akan datang," katanya. Selain itu, melalui aktiviti penyelidikan yang dijalankan, unit ini juga membuka peluang kepada graduan yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di dalam bidang kultur tisu di peringkat Sarjana (M.Sc) dan Doktor Falsafah (Ph.D). Di dalam waktu yang terdekat, unit ini dijangka dapat menjana kewangannya sendiri melalui penjualan anak-anak pokok, teknologi kultur tisu dan latihan jangka pendek yang ditawarkan. | ||
Jumpa Adun Jika Air Kediaman Dicaj Ikut Perniagaan Posted: 25 Sep 2012 10:53 PM PDT SHAH ALAM : Penghuni kediaman di Selangor yang dikenakan caj perniagaan bagi tarif air dinasihatkan supaya bertemu Adun atau majlis perbandaran di kawasan kediaman masing-masing. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan penduduk membayar kadar tarif air perniagaan yang empat kali ganda lebih tinggi berbanding tarif air kediaman. Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad ketika ditemui TV Selangor baru-baru ini. "Kalau dapat disahkan kadar akan turun contohnya kalau tarif perniagaan 20 meter padu pertama lebih kurang RM2.07 kepada 56 sen sahaja bagi tarif kediaman. "Saya akan jumpa dengan semua Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) supaya kita boleh buat sekali. Selepas disahkan boleh dikemukakan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk diturunkan kepada kadar yang sepatutnya. Menurut Iskandar, kebanyakan kes demikian melibatkan premis perniagaan yang dijadikan sebagai kediaman. Sebelum itu, Iskandar memberitahu beliau menerima aduan dari penduduk di kawasan Pandan Jaya bahawa Syabas mengecaj tarif air kediaman sebagai tarif perniagaan. Menurutnya lagi, ia berlaku disebabkan premis perniagaan di kawasan tersebut bercampur-campur dengan premis perniagaan yang dijadikan kediaman. Anggaran beliau ketika ini lebih 600 premis perniagaan yang dijadikan kediaman. Bertindak dari aduan tersebut, Iskandar mengadakan satu mesyuarat bersama Syabas bagi menyelesaikan masalah terbabit. "Saya tekankan kepada Syabas walaupun premis di kawasan tersebut bercampur-campur ada perniagaan ada kediaman, tetapi mereka jadikan kediaman. "Syabas ada jalan penyelesaian meminta supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan bahawa premis tersebut adalah premis kediaman bukannya perniagaan," kata Iskandar. Iskandar turut mengesa agar Syabas memulangkan lebihan bayaran tarif air perniagaan yang dikenakan terhadap premis kediaman penduduk di situ. | ||
‘Pertumbuhan’ M’sia dan dana asing Posted: 25 Sep 2012 10:45 PM PDT Malaysia memang mempunyai isu dana luar, tetapi jangan pandang pada Suaram, kata Ahmad Fuad Rahmat. Pemburuan mutakhir terhadap Suaram kerana menerima dana luar tidak harus membuatkan kita lupa suatu fakta kunci: bahawa pendekatan keseluruhan Malaysia ke arah pembangunan pada kenyataannya bergantung kepada dukungan dana asing. Pada 2010 pelaburan asing ke Malaysia adalah yang terpantas di Asia. Pada tahun 2011, kerajaan Malaysia telah membenarkan sekurang-kurangnya 17 perkhidmatan sub-sektor untuk diliberalisasikan, yang membenarkan 100% ekuiti asing. Tindakan yang dikatakan "sub-sektor" ini merangkumi: perkhidmatan hospital swasta; perkhidmatan pakar perubatan dan pergigian; arkisektur; kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, khidmat nasihat guaman, khidmat kurier; khidmat pendidikan dan latihan; dan juga khidmat telekomunikasi. Ditilik secara dekat perkhidmatan ini yang terbuka pada pemilikan asing sesungguhnya mempunyai dampak yang jauh: bahkan ia meliputi "perkhidmatan kebajikan yang disampaikan melalui institusi perumahan kepada warga tua dan kurang upaya" dan "pusat penjagaan harian kanak-kanak termasuk khidmat penjagaan harian kepada orang kurang upaya." Kenyataan bahawa kesihatan dan pendidikan asas di Malaysia telah dibuka kepada pemilikan asing wajar memprihatinkan kita. Keperluan kita yang asas sedang dilelong untuk meraih keuntungan asing. Lynas hanya satu contoh ketara apa yang telah dipertaruhkannya. Exxon Mobil, syarikat yang mempunyai simpanan yang terbesar di dunia, yang purata pendapatan tahunannya lebih besar dari Malaysia, juga berada dalam senarai, ketika ini beroperasi di luar pantai Terengganu. Percubaan untuk menarik pelabur asing multinasional untuk menyelenggarakan khidmat pengurusan perbendaharaannya di Malaysia telah memaksa kerajaan untuk menawarkan kepada mereka potongan cukai sehingga 70 peratus selama lima tahun. Sehingga ini, terdapat banyak juga perbincangan tentang keperluan untuk melangkaui had 30% dalam pemilikan asing terhadap bank tempatan, walaupun untuk bank-bank Islam, bank-bank pelaburan dan syarikat-syarikat insurans hak pemilikan asing telah ditingkatkan kepada 70%. Sektor perumahan dan pemilikan tanah Sejak 2006, mana-mana pelabur asing – yang kini mempunyai hak pemilikan harta seperti rakyat Malaysia – yang berhasrat membeli sebidang hartanah berharga lebih dari RM250,000 tidak perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing (sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri) tidak juga perlu membayar kepada Cukai Perolehan Hartanah Sebenar. Nisbah terkini bagi pemilik harta luar kepada pemilik harta tempatan di Kuala Lumpur sahaja adalah 30:70. Adakah rakyat Malaysia mendapat manfaat? Respon defensif dan konservatif kepada semua ini adalah untuk menekankan bahawa pelaburan asing mewujudkan peluang pekerjaan manakala dana asing untuk NGO hanya sekadar mengganggu politik tempatan. Respon itu salah. Liberalisasi perdagangan telah diikuti oleh liberalisasi tenaga pekerja. Ini mempunyai kesan terhadap sektor pekerjaan bergaji rendah khususnya, satu prospek yang menarik untuk syarikat-syarikat yang ingin beroperasi dengan tahap peraturan yang minimal sambil membayar pekerja semurah mungkin. Menurut REFSA, bagi setiap sepuluh pekerja di Malaysia, empat adalah pekerja asing. Dengan kata lain, golongan pekerja gaji rendah Malaysia sekarang perlu bersaing pula dengan buruh-buruh asing yang juga upahannya rendah. Berdasarkan realiti ini, bolehkah kita benar-benar mengharapkan apa-apa peningkatan gaji bagi 33% daripada tenaga kerja Malaysia yang berpendapatan RM700 sebulan? Kempen kerajaan ke atas Suaram Sejauh manakah kita boleh menaruh keyakinan yang serius terhadap dakwaan BN bahawa bantuan kecil yang diraih Suaram dari rakan internasionalnya telah "mencampuri urusan dalaman sebuah negara yang berdaulat", jika tuduhan tersebut lebih tepat ditempah untuk strategi pembangunan kerajaan secara keseluruhan? Senario hipokritikal ini terserlah kepada semua untuk melihat: Kerajaan berhasrat meliberalisasikan ekonomi untuk pelaburan asing sebanyak mungkin. Pembangunan, mengikut metod ini, bukan berpaksi hak asasi manusia, ketelusan, keadilan, atau kualiti hidup dan pelajaran tetapi penimbunan materialistik dengan bantuan pelaburan asing. Globalisasi dijana untuk memberi manfaat kepada golongan elit, bukan untuk peningkatan mutu demokrasi Malaysia. Pada masa yang sama, ia mengganggu sebuah NGO kecil yang memperjuangkan hak-hak rakyat. Ia mengambil setiap peluang yang ia dapat untuk menggemparkan retorik "orang asing" vs "Malaysia". Kerajaan menghayunkan keris nasionalis-Melayu chauvinis dalam menanam ketakutan kaum dan xenophobic yang tidak masuk akal dikalangan kelas pertengahan Melayu. Tetapi di hadapan negara dunia yang terkaya, ia mengukir senyum reformis kosmopolitannya. Ahmad Fuat Rahmat adalah felo penyelidik di Islamic Renaissance Front | ||
Kos sewa jet untuk Anwar ialah RM96,000 Posted: 25 Sep 2012 10:37 PM PDT Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000. Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets). Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional. Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat. "Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya. "Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya. Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar. Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com. Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. "Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? "Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini," katanya lagi. Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar. "Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya? "Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.Sumber: Kosmo Online | ||
Bersih 3.0 dijadikan soalan periksa... Posted: 25 Sep 2012 10:33 PM PDT
BERSIH 3.0 Dijadikan Soalan Periksa..Bangang Punya CikguBUKTI GURU KAKI BODEK UMNO/BN CUBA RACUN FIKIRAN ANAK MURID DENGAN SOALAN EXAM (GAMBAR)Patutlah mutu pendidikan kita semakin hari semakin merudum mutunya. Mana tidaknya.. Tanya soalan yang berbunyi:- BERIKUT MERUPAKAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 YANG LALU......(a) Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu menyertai perhimpunan haram? Adakah soalan begini wajar diajukan untuk peperiksaan? Apa punya teruk sangat guru yang menyediakan soalan ini berpolitik sehinggakan mutu pelajaran menjadi mangsa. Nanti aku nak buat soklan mengenai Altantuya amacam ok tak? | ||
Wakil Aceh harap PAS jadi parti disegani serantau Posted: 25 Sep 2012 10:31 PM PDT
KOTA BHARU: PAS diharap menjadi sebuah parti Islam yang disegani di rantau ini kerana parti itu yang memperjuangkan Islam sebagai sumber kekuatan umat Islam di negara lain. Ahli Dewan Perwakilan Aceh, Ramli Sulaiman berkata semoga PAS yang telah lama mentadbir Kelantan terus maju kerana parti itu menjadi contoh umat Islam di negara lain. Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili anggota rombongan Dewan Perwakilan Aceh, di Bilik Gerakan, di Kota Darulnaim, di sini semalam. Seramai 14 orang anggota rombongan tersebut melakukan lawatan muhibah ke Kelantan selama empat hari. Dalam tempoh itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Amar ketika berucap pada majlis itu memberitahu Aceh dan Kelantan merupakan dua buah negeri yang mendapat jolokan Serambi Makkah di Malaysia dan Indonesia. "Kita ni serumpun walaupun di negara lain, mempunyai persamaan dalam banyak perkara, budaya, makanan, percakapan," ujarnya. | ||
Hina Nabi: PAS serah memo bantah majalah Perancis Posted: 25 Sep 2012 10:22 PM PDT
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kedutaan Perancis membantah tindakan sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW. Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan umat Islam di seluruh negara kerana memprotes filem Innocence of Muslims. Penyerahan memorandum itu diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bersama Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, setiausaha lajnah itu Mohamad Faiz Mat Nawi dan pembantu kepada Mohamad, Tajuddin Osman. Mereka dilihat masuk ke bangunan kedutaan kira-kira jam 11.45 pagi ini. Bercakap kepada media selepas itu, Mohamad mengecam kebiadaban majalah itu yang tidak menghormati kesucian agama lain yang bertindak atas dasar kebebebasan bersuara. "Kita melihat mereka seperti tidak mahu berhenti menghina Nabi dan agama Islam. Islam mengajar kami untuk tidak menghina agama orang lain. "Kebebsan bersuara jangan sampai hina agama lain. Jika Jesus dihina, kami juga akan bantah," katanya. Penerbitan karikatur terbaru ini juga katanya terus menyemarakkan kemarahan umat Islam yang belum reda dengan isu filem Innocence of Muslims. Jika tidak dihentikan, ianya bakal mengulangi insiden yang berlaku di Libya yang menyebabkan duta Amerika meninggal dunia akibat bantahan rakyat. "Eropah menggambarkan Islam sebagai pelampau, penghinaan ini memberi lesen kepada pelampau untuk bertindak," katanya. Sementara itu, Syed Azman pula berkata, PAS mendesak Duta Perancis untuk menyampaikan pendirian PAS ini kepada Presiden Perancis. Beliau juga turut menyatakan kemarahan umat Islam di negara ini di atas tindakan majalah Perancis itu yang cuba mempermainkan dan menghina Nabi Muhammad SAW. "Kita mengingatkan, jangan sesekali menyentuh sensitiviti umat Islam dengan penghinaan sebegini. "Umat Islam seluruh dunia akan mempertahankan kesucian agama ini dengan apa jua sekalipun," katanya. Beliau turut mengingatkan tindakan itu juga bakal mengundang kekeruhan hubungan antara umat Islam dengan bangsa lain. | ||
Siasatan Scorpene: Perancis akan panggil saksi Posted: 25 Sep 2012 10:14 PM PDT Anggota sekretariat NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata badan kehakiman Perancis akan memanggil saksi dalam siasatan kehakiman ke atas skandal kapal selam Scorpene "tidak lama lagi". Kehakiman Perancis masih dalam proses memanggil saksi untuk testimoni dan siasatan dan kita jangka saksi akan dipanggil tidak lama lagi," kata Gabriel kepada Malaysiakini malam tadi. Gabriel berkata, tujuh saksi daripada Malaysia dijangka akan dipanggil namun ia bergantung kepada keputusan hakim. Saksi berkenaan termasuk individu yang berada di "tengah-tengah rundingan" untuk kapal selam tersebut seperti sekutu yang dekat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda. Ditanya sekiranya Najib, yang merupakan bekas menteri pertahana akan disepina, Gabriel berkata Najib mendapat imuniti sebagai ketua kerajaan memandangkan Perancis tidak ingin mengeruhkan hubungan diplomatik melainkan jika terdapat syak yang kuat ke atasnya. Bagaimanapun, Najib akan menduduki tempat paling tinggi dalam senarai saksi dengan "amat cepat" sekiranya tidak lagi menjadi perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang, katanya. | ||
Speaker tolak soalan tentang dakwaan 'salah laku' AG Posted: 25 Sep 2012 10:13 PM PDT Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak soalan daripada anggota parlimen Cheras Tan Kok Wai berhubung status siasatan polis terhadap dakwaan salah laku profesional oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Tan, yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan, menyerahkan soalan ekoran berhubung hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku berjudul Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu dan Penjenayah. Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam suratnya kepada Tan menjelaskan, soalan itu ditolak berdasarkan Perintah Tetap 23(1)(c). Perintah Tetap itu menyatakan, pertanyaan yang dikemukakan tidak boleh mengandungi kalimah "mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau penerangan mengenai perkara-perkara remeh". Surat yang dihantar itu bertarikh 21 September. | ||
1,000 berhimpun demi selamatkan pendidikan Cina Posted: 25 Sep 2012 10:08 PM PDT Kira-kira 1,000 penyokong NGO pendidikan Cina Dong Zong hari ini berhimpun di Padang Merbok di ibu negara bagi mendesak kerajaan lebih mengambil berat sekali gus menyelamatkan pendidikan Cina. Perhimpunan tersebut diketuai Presiden Dong Zong Yap Sin Tien berhimpun di padang tersebut kira-kira tiga puluh minit bermula jam 10.40 pagi. Dalam ucapannya, Yap antara lain mengemukakan lapan masalah berkaitan masalah pendidikan Cina yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Antaranya kata Yap, sekolah rendah kebangsaan Cina masih kekurangan guru dan peruntukan. Kemudian beliau dan 19 wakil Dong Zong berarak ke parlimen bagi menghantar memorandum kepada semua ahli parlimen, parti politik dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendesak supaya kerajaan memberi perhatian yang lebih adil kepada masalah yang dibangkitkan Mereka mengharapkan semua pihak membangkitkan perkara ini dalam parlimen. Mereka juga membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menuntut keadilan berhubung isu tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan