DUNIACACAMARBA |
- Bomoh Nikah Batin Didakwa
- Bukan Semua Majikan Jahat, Bukan Semua Pembantu Rumah Bermasalah
- Remaja 16 Tahun Ketagih Seks Beli Kondom Sebelum Berzina dengan Tema Lelaki
- Kes Rogol dan Rompak, Gadis Sunti Lari dalam Keadaan Separuh Bogel Minta Bantuan
- Samseng Bermaharajalela, Sebuah Keluarga Diserang 20 Lelaki
Posted: 19 Sep 2012 02:39 AM PDT [Kosmo] SEREMBAN - Seorang lelaki yang diberkas berhubung dakwaan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Bon jaminan itu dikenakan terhadap Mohd. Sombas Abdullah, 48, sementara menunggu keempat-empat pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan dibacakan terhadapnya pada 9 Oktober depan. Di Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Sombas dikenakan bon jaminan RM12,000 dengan enam penjamin kakitangan awam atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan. Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad mengeluarkan perintah bon jaminan tersebut bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah. Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor mengenakan bon jaminan RM3,000 terhadap Mohd. Sombas dengan dua penjamin kakitangan awam. Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bomoh itu disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks. Pendakwa Syarie Kanan, Wan Mohd. Helmi Masran dan Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengendalikan kesemua kes yang dikenakan terhadap tertuduh manakala Mohd. Sombas tidak diwakili peguam. Mohd. Sombas yang sudah berkeluarga gagal membayar bon jaminan tersebut. Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan di mahkamah. Malam tadi tertuduh ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebelum dia kemudian ditahan di penjara. Kosmo! semalam melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini kelmarin. Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan. Laporan lain di sini. | ||||||
Bukan Semua Majikan Jahat, Bukan Semua Pembantu Rumah Bermasalah Posted: 19 Sep 2012 12:53 AM PDT [Bernama] Apabila berbincang mengenai pembantu rumah, bukan sedikit reaksi dan ulasan yang kurang menyenangkan baik daripada majikan mahupun pembantu rumah, namun kisah Sutini Pawirongadiman, membuktikan tidak semuanya buruk belaka. Walaupun berlainan bangsa, agama dan kedudukan, pembantu rumah, Sutini, 37, tidak menyangka kasih sayang yang diberikan majikannya melebihi kasih sayang yang beliau curahkan kepada mereka dan sekali gus mengubati rindu kepada keluarganya di Indonesia. "Rindu sih tetap rindu, namun di sini saya sudah ibarat berada dalam keluarga sendiri," katanya, yang sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah NGO kononnya Malaysia sebuah negara tidak selamat untuk pembantu rumah Indonesia. "Saya sayang kepada majikan sebab saya hormati dia dan pada masa yang sama dia pun hormati saya serta beri kebebasan kepada saya di sini... saya memang untung mendapat majikan sepertinya," katanya semasa temu bual eksklusif dengan Bernama di rumah majikannya di Tapah, baru-baru ini. Kalau tidak suka atau dilayan dengan buruk, pastinya Sutini tidak akan berkhidmat selama lapan tahun dengan majikan yang sama. Malah majikannya Ngeow Yee Kong, 50, memberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan wang perniagaan sayur setelah majikannya jatuh sakit semenjak setahun lepas. "Dulu saya pernah jaga ibu majikan saya semasa dia jatuh sakit, jadi dia (majikan) tahu saya ikhlas. Emaknya meninggal dunia pada Disember tahun lepas. "Saya jaga emaknya seperti ibu sendiri sebab saya pun tiada ibu sejak kecil lagi... selepas dia meninggal dunia, hampir sebulan saya tidak dapat keluar daripada kesedihan itu," katanya. Selepas beberapa bulan, Sutini kini menjaga majikannya pula yang jatuh sakit apabila beliau disahkan doktor menghidap barah kerongkong. Sebelum jatuh sakit, katanya, majikannya sangat aktif dalam perlawanan bola sepak di peringkat daerah dan negeri. Namun disebabkan penyakit itu Kong (panggilannya) kini terlantar di atas katil dengan hanya susu sebagai bekalan makananan harian. Melihat sendiri cara Sutini melayani setiap keperluan majikannya, penulis percaya ia melebihi cara seorang anak melayan ibu atau bapa sendiri. Mendengar rengekan Kong, Sutini bergegas ke sebelahnya bertanya apa yang dimahukannya. "Sepatutnya kontrak saya telah berakhir Jun lepas dan saya boleh mengambil keputusan sendiri sama ada untuk terus bekerja di sini atau pulang ke Indonesia, tetapi melihat keadaan majikan saya yang tidak sihat, saya mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia selepas menyambut Hari Raya di sana," katanya. Menurutnya, majikannya juga, pada masa yang sama telah pergi ke China untuk mengambil rawatan susulan, selain rawatan di ibu negara. Majikannya enggan pulang ke Tapah sekiranya Sutini tidak mahu bekerja lagi dengannya. "Keluarga saya sangat berat untuk melepaskan saya tetapi saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya menjaga orang sakit, tak baik tinggalkan begitu sahaja. Kalau saya tak balik ke sini, hati saya tak senang kerana saya ikhlas menolongnya. Dia juga sudah banyak membantu saya," katanya. Terharu melihat kasih sayang yang diberikan oleh majikan, Sutini berkata dia mengambil keputusan untuk berkhidmat hanya kepada Kong dan akan pulang ke tanah air selepas ini. "Saya tidak ingin bekerja dengan majikan lain sebab takut kalau layanan di tempat baru berbeda dengan majikan kini... walaupun saya tinggal bersama bangsa lain, dia tahu agama saya dan saya pun hormat agama dia serta membenarkan saya menunaikan solat lima waktu. "Sebab itu saya pulang ke sini, majikan saya tak bagi masalah kepada saya. Memang saya merasa untung mendapat keluarga ini," katanya. Bukan itu sahaja yang diperoleh oleh Sutini selama berkhidmat dengan majikannya. Siapa sangka beliau kini menjadi pemilik kepada tiga buah rumah serta kebun dengan hasil simpanan daripada gaji bekerja sebagai pembantu rumah. Sutini berjaya membina sebuah rumah dan membeli kebun seluas sehektar di Kecamatan Sumber Manjig Wetan, dekat Malang di Jawa Timur, Indonesia daripada hasil pendapatannya di Malaysia dan dua buah rumah lagi hasil bekerja di negara-negara lain. "Saya mula bekerja sebagai pembantu rumah sejak umur 21 tahun. Pada mulanya saya berkhidmat di Arab Saudi selama empat tahun, Abu Dhabi dan Brunei dua tahun, dan Malaysia selama lapan tahun," katanya. Setelah bekerja di Malaysia, Sutini yang juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang kini berusia 20 tahun dan berumah tangga, berkata tekad untuk tinggal bersama anak, cucu dan menantu sangat terasa sekarang. Tambahan pula hasratnya bekerja untuk mengumpul duit untuk masa hadapan telah tercapai, malah lebih daripada apa yang dimimpikan. "Kalau saya kerja di Indonesia, tak mungkin dapat beli rumah dan kebun. Lagipun apabila saya balik ke kampung, ramai yang beranggapan saya seorang yang kaya dan sama sekali tidak percaya dengan kejayaan saya," katanya sambil menunjukkan gambar rumah-rumah yang dimiliki itu. Katanya, dia gemar bekerja di Malaysia berbanding negara-negara lain kerana masyarakatnya yang peramah, bersopan-santun dan tolong-menolong, terutamanya jiran sekeliling yang tidak pernah mengenepikannya dalam apa jua urusan seperti kenduri kendara dan perayaan. Beliau berharap rakan-rakan lain yang bekerja sebagai pembantu rumah supaya ikhlas dalam membantu majikan serta tidak cerewet memilih dalam melakukan kerja rumah. "Kalau hati kita ikhlas terhadap majikan, saya rasa sudah pasti mereka akan memberi layanan yang cukup mesra... mungkin lebih sayangkan kita seperti keluarga sendiri," katanya. | ||||||
Remaja 16 Tahun Ketagih Seks Beli Kondom Sebelum Berzina dengan Tema Lelaki Posted: 18 Sep 2012 11:13 PM PDT [HM] MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai 'port asmara' dengan kekasihnya. Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai 'persediaan' bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama. Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya. Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam. Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah. Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya. Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu. "Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu. "Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu. "Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu," katanya. Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan. Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit. "Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu. "Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung," katanya. Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. P/s: Parah!!!! | ||||||
Kes Rogol dan Rompak, Gadis Sunti Lari dalam Keadaan Separuh Bogel Minta Bantuan Posted: 18 Sep 2012 08:06 PM PDT [SH] KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta. "Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci. "Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya," katanya, di sini, semalam. Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri. "Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan," katanya. Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. "Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya. "Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa," katanya. Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek. Acu parang Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku. Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam. Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong. "Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya. Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk. "Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya. Mangsa pengsan Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya. "Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya. Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan. "Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya. Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian . P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara??? | ||||||
Samseng Bermaharajalela, Sebuah Keluarga Diserang 20 Lelaki Posted: 18 Sep 2012 07:13 PM PDT [SH] SUNGAI PETANI – "Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami." Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut. Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa sementara isterinya ditembak hingga menemui ajal. Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan. Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah. Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak. Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak. Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan. Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa. "Kami juga bukan jenis orang yang banyak harta namun tidak sangka boleh menjadi sasaran penjenayah," katanya. Sedang bersembang di luar rumah "Ahli keluarga mangsa dan jiran semua sedang bersembang di luar rumah secara tiba-tiba nampak dari jauh sekumpulan lelaki sedang menuju ke arah rumah dalam kejadian jam 11 malam. "Pada masa sama ada yang menjerit supaya masuk ke dalam rumah sebelum terdengar beberapa das tembakan ke udara yang dilepaskan ahli kumpulan terbabit," demikian luahan jiran mangsa M Munniammal, 42. Bagaimanapun, katanya, tembakan seterusnya mengenai pipi Kalyani Krishnan, 57, yang ketika itu cuba menghalang ahli kumpulan tersebut dari terus menyerang anak lelaki mangsa. Akibat tembakan itu, Kalyani rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Anak mangsa serang jiran, rosakkan kereta, van Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Subramaniam, 58, berkata, sebaik penjenayah melarikan diri dari lokasi kejadian, anak si mati terus meluru ke arah rumahnya sambil menjerit kenapa tidak sama-sama membantu menyelamatkan keadaan. "Selepas marah kepada jiran, mereka terus merosakkan sebuah kereta dan van yang di parkir dalam rumah saya sehingga menyebabkan kerosakan," katanya. P/s: Realiti situasi di negara paling selamat di Asia Tenggara! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan