DIALOG RAKYAT |
- Najib beri BR1M pusingan kedua, ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda
- “Bajet Gula-gula Pilihanraya” – Reaksi Pakatan Rakyat Kepada Belanjawan Pusat 2013
- Khalid Ibrahim : Belanjawan Pakatan Lebih Mementingkan Rakyat
- Hutang Negara Semakin Bengkak Dalam Belanjawan Negara 2013
- Pakatan sasar kutip RM1 juta dana PRU malam ini
- Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN tumpu kemenangan Pakatan
- Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ untuk beli undi rakyat
- Pakatan realistik mansuh PTPTN, BN cuma mampu beri diskaun 20%
- Insentif diutama pada syarikat besar, bukan rakyat terbanyak- Azmin
- Seorang Kerabat Di Raja Akan Sertai Pas?
- Subsidi gula dikurangkan 20 sen mulai esok
- Pro-Mahasiswa ancam heret UM ke mahkamah
- Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula
- Bonus sebulan setengah pada penjawat awam
- Pembangkang sambut sinis Bajet 2013
- Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab
- Himpunan Hijau Lestari Pengerang dapat lampu hijau
- Penerbit filem anti Islam dipenjara
- Samad Said Sasterawan Tamu Selangor
- Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen
- Mahkamah tolak saman ke atas Harakah dan PAS
- Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung
- Bajet 2013: Pakar ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST
- Bajet 2013: Rumah, kereta murah mungkin jika ketirisan dikurangkan, kata Pakatan
Najib beri BR1M pusingan kedua, ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda Posted: 28 Sep 2012 08:14 AM PDT
Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia. Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta. Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa. Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000. Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti: — RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang — RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT) — RM 200 juta untuk Dana Industri Halal — RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera — Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahum — RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik — Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah — RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM.M/I | ||||||||
“Bajet Gula-gula Pilihanraya” – Reaksi Pakatan Rakyat Kepada Belanjawan Pusat 2013 Posted: 28 Sep 2012 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR: MP Pakatan Rakyat menyifatkan belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat hari ini sebagai "belanjawan pilihanraya" yang bertujuan membeli sokongan rakyat dengan banyak pemberian secara sekali atau "one-off". Antara pemberian "one-off" di dalam belanjawan itu adalah memperbesarkan Bantuan Satu Malaysia (BR1M) kepada individu bujang sebanyak RM 250 sebulan dan rebat RM 200 telefon pintar untuk belia berumur 21 -30 berpendapatan RM 3,000 ke bawah. Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Sept 26, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan : MP Sungai Petani Johari Abdul "Ianya lebih kepada bajet betul-betul untuk PRU. Kita jangka PRU akan berlangsung Februari depan. "Maknanya Januari org akan dapat BRIM termasuk orang muda, kemudian PRU akan diumumkan." MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad "Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi. "Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini sebaliknya (bajet Kerajaan). "Segala pemmberian 'one off' bermakna Najib hanya mahukan undi untuk PRU." MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub "Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. "Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli. "Bajet PR lebih bersifat fundemental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih PR." MP Pokok Sena Mahfuz Omar "Bajet panik kerajaan kerana ianya berasaskan pemberian yg diumumkan dan diakhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi. "Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengenengahkan reformasi kepada struktur ekonomi. "Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat. Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 triliion ke dalam negara." | ||||||||
Khalid Ibrahim : Belanjawan Pakatan Lebih Mementingkan Rakyat Posted: 28 Sep 2012 07:52 AM PDT KUALA LUMPUR : Belanjawan Negara 2013 dilihat hanya tertumpu kepada usaha gabungan Umno-BN untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya dan bukan mementingkan rakyat. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menerusi belanjawan ini, Umno-BN banyak menyediakan peruntukan kepada program dan polisi kerajaan sedia ada. Menurutnya, belanjawan itu hanya memperuntukkan sebilangan kecil untuk manfaat rakyat, berbanding dengan Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih mementingkan keperluan rakyat. "Ini berbeza dengan bajet PR yang lebih mengutamakan keperluan rakyat bagi mengurangkan beban menanggung kos sara rendah yang meningkat setiap hari," katanya apabila ditemui di luar Dewan Rakyat di sini. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan Negara 2013 yang berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Sept 26, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Abdul Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak turut menjelaskan, PR mahu merungkai polisi yang dipertahankan Umno-BN seperti polisi AP, penswastaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 1MDB. Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan golongan rentier tidak mengaut keuntungan melampau dari projek yang kosnya perlu ditanggung oleh rakyat. Katanya, Kerajaan Pusat perlu berhenti memberikan keuntungan tinggi kepada kontraktor kerana ini akan menggalakkan mereka melobi untuk projek-projek pada kos yang lebih tinggi. "Sekiranya negara diurus secara telus dan bertanggungjawab, amalan rasuah mampu dikurangkan dan lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada rakyat. "Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang telah melihat perkara ini. "Di Selangor, misalnya, kita menyelamatkan 20 – 30% daripada kos operasi apabila kita memansuhkan golongan rentier dalam pengurusan sampah," katanya lagi. | ||||||||
Hutang Negara Semakin Bengkak Dalam Belanjawan Negara 2013 Posted: 28 Sep 2012 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara. MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara. Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan. Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama. Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013. Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK. Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan : MP Gombak Azmin Ali "Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan. "Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh. "Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange. MP Bagan Lim Guan Eng "Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. "Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni. "Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni." MP Kepong Dr Tan Seng Giaw "Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu. "Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan. "Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK. "Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit." | ||||||||
Pakatan sasar kutip RM1 juta dana PRU malam ini Posted: 28 Sep 2012 07:40 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR) yang bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam malam ini bakal mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sasaran utama kutipan adalah melalui jualan meja bermula RM1,000 hingga RM50,000. "Semua 255 meja yang boleh memuatkan 10 orang setiap meja habis dijual. Bermakna lebih 2,000 akan hadir secara rasmi. "Jika ada pihak yang mahu hulurkan sumbangan dana secara berasingan juga dibolehkan," katanya ketika dihubungi. Majlis tersebut akan dihadiri pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Program yang bermula jam 8.00 malam itu bakal dimeriahkan dengan acara lelongan barangan peribadi pimpinan utama Pakatan antaranya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Guan Eng. Menurut Hatta, persiapan untuk majlis tersebut sehingga kini sudah 100 peratus siap dan hanya menunggu masa sahaja untuk dilancarkan. "Semua persiapan sudah siap, setakat ini semuanya berjalan lancar, saya pasti majlis ini dapat dijayakan dengan baik. "Kehadiran tetamu malam ini tidak akan menganggu lalu lintas dan mereka juga tiada masalah untuk mendapat tempat parkir kerana diadakan di kawasan stadium," ujarnya. Bagi orang ramai yang tidak berjaya membeli jualan meja, mereka dibenarkan hadir hanya untuk mendengar ucapan pimpinan utama sekitar jam 9.30 malam. Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana pilihan raya. Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen petang ini. | ||||||||
Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN tumpu kemenangan Pakatan Posted: 28 Sep 2012 07:35 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : KEADILAN akan mengadakan Rapat Pimpinan Nasionalnya esok yang memfokuskan kepada kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Menurut Setiausaha Pengelolanya, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula seawal 9 pagi itu turut menampilkan ramai pimpinan bekas Umno. "Secara umumnya, program ini akan tumpukan kepada gerak kerja PRU 13, pastinya akan ada amanat daripada pimpinan untuk kemenangan. "Persiapan semuanya lancar dan jangkaan kita peserta yang hadir lebih kurang 1,500 perwakilan terdiri daripada Ketua Cabang dan pimpinan setiap negeri," katanya ketika dihubungi. Radin berkata, aturcara program itu akan disusuli siri forum yang menjurus kepada memperkemas jentera parti daripada peringkat akar umbi. "Ucapan aluan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor dan disusuli dengan ucapan perasmian Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Siri pertama dimulakan dengan pembentangan isu dan strategi pilihan raya yang akan dibentangkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengarah Penerangan KEADILAN, Dr Muhammadd Nur Manuty dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa," katanya. Tambah beliau, bagi memperkukuh perjalanan gerak kerja parti untuk menghadapi PRU 13, forum mengenainya akan diulas oleh sayap kanan dan pembentangan khas akan disusuli daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat (PR). "Moderator forum ini adalah Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dan pengulasnya, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin. "Pembentangan khas kejayaan negeri Pakatan akan disampaikan setiap Menteri Besar dan Ketua Menteri," ujarnya. Penampilan khas melibatkan bekas pimpinan Umno pula mengisi slot tengah hari yang disusuli forum menawan negeri kubu kuat Umno BN. "Mereka terbabit adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing; bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin," jelas Radin. Turut serta bekas Pegawai Penyelidik Menteri Besar Selangor, Triacia Yeoh. "Forum memecah ruyung tradisi BN ini bakal menampilkan panelis Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; MPN Sabah, Thamrin Jaini; MPN Sarawak, Baru Bian dan Profesor Dr Aziz Bari yang akan dikendalikan moderator Ismail Yusof," katanya. | ||||||||
Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ untuk beli undi rakyat Posted: 28 Sep 2012 07:33 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet yang tidak berhemah dan 'ole-ole' pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat. "Najib tidak pernah berusaha untuk mengubah perbelanjaan kepada seimbang, tetapi tetap sama seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dengan bajet defisit," katanya. Najib dalam bajet tersebut mengumumkan defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012. Manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion. "Rakyat dan anak-anak muda yang terpaksa menanggung hutang kerajaan yang semakin menebal," katanya kepada Keadilan Daily. Azmizam berkata, jika perkara ini berterusan, bermakna sudah sampai masa Umno BN memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) menerajui negara. "Najib tidak pernah fikir masa depan negara, ini buktikan beliau bukan pembela rakyat. Contohnya semasa kata-kata pembukaannya, beliau cukup takbur mengatakan rakyat memberi kepercayaan kepada Umno BN tadbir negara dengan kemenangan 12 kali dalam pilihan raya. "Bermakna untuk pilihan raya ke 13, rakyat akan berikan pula mandat kepada Pakatan. Najib jangan terlalu riak kerana mandat yang ada sekarang adalah milik Tun Abdullah Badawi," ujarnya. Azmizam juga bimbang kerana tidak ada keyakinan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan secara berpanjangan. "Pandangan awal pada bajet tersebut memang nampak cantik tetapi sebenarnya ia tidak dapat diterjemaahkan dalam bentuk tindakan yang lebih baik. Rakyat akan sentiasa tertipu dengan helah kerajaan itu dalam bajet terakhirnya sebelum PRU 13," katanya. Dalam pembentangannya petang tadi, antara lain Najib mengumumkan 'gula-gula' pilihan raya termasuk menyediakan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta kepada 1.4 juta ahli Perkeso, diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun dan 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah dan Sarawak. Beliau juga menawarkan rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G selain bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 termasuk pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam. | ||||||||
Pakatan realistik mansuh PTPTN, BN cuma mampu beri diskaun 20% Posted: 28 Sep 2012 07:31 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melangsaikan hutang sekaligus, tidak akan menyelesaikan masalah golongan itu, kata Rafizi Ramli. Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, peminjam yang rata-rata lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak mempunyai banyak wang hingga boleh melangsaikan keseluruhan hutang PTPTN. "Mereka sangat terbeban dengan hutang PTPTN dan mana mungkin mereka dapat membayarnya sekaligus," katanya ketika dihubungi. Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2013 petang tadi mengumumkan akan memberi diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekaligus pinjaman PTPTN, sehingga 30 September 2013. Diskaun 10 peratus juga akan diberi kepada mereka yang membayar pinjaman itu secara konsisten. Rafizi berkata, Umno BN cuba menunjukkan mereka prihatin dengan masalah peminjam PTPTN setelah Pakatan Rakyat menawarkan untuk menghapuskan skim tersebut. Pengumuman itu juga katanya, hanya bertujuan menarik perhatian golongan muda supaya kembali menyokong BN. "Kita yakin pengundi di kalangan golongan muda lebih berminat dengan tawaran Pakatan untuk menghapuskan terus PTPTN," katanya. Golongan belia juga disogok dengan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, pemberian rebat tidak memberi kebaikan kepada golongan belia, malah ia akan membebankan terutama di kalangan mahasiswa. "Kebanyakan telefon pintar berharga di atas RM1,000. Pelajar hanya diberikan RM200. Ini bermakna mereka terpaksa menambah wang untuk membelinya. Itu tidak termasuk perkhidmatan yang dibayar setiap bulan," jelas Rafizi. | ||||||||
Posted: 28 Sep 2012 07:29 AM PDT Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013Oleh: Sidiqin OmarKUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan. "Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan. "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh. "Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya. Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku. Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan. "Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat. "Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar. | ||||||||
Insentif diutama pada syarikat besar, bukan rakyat terbanyak- Azmin Posted: 28 Sep 2012 07:27 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Insentif pengecualian cukai kepada pemaju projek gergasi dari dalam dan luar negara bukti kerajaan tidak meletakkan keutamaan Belanjawan 2013 kepada rakyat terbanyak, kata Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh katanya, pengecualian cukai terhadap pembangunan Tun Razak Exchange, yang dahulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD). "Tun Razak Exchange (TRX) mendapat pengecualian cukai selama 10 tahun. Dalam konteks jangka panjang, ia akan beri kesan negatif kepada ekonomi negara," tegas Azmin. Dalam pada itu katanya, pemberian langsung (one-off), antaranya skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya akan meningkatkan kadar hutang dalam negara. "Kita tidak menolak sebarang insentif yang baik, tetapi adakah isu tentang kebocoran, pembaziran dan pengurusan bertanggungjawab dibangkitkan? Dalam keadaan belanjawan defisit seperti sekarang ini, kadar hutang dalam negara akan 'membengkak'. "Kerajaan tidak merincikan situasi ekonomi antarabangsa sebelum menjelaskan keadaan ekonomi domestik. Di sini peranan Unit Perancagnan Ekonomi Negeri (UPEN). "Dalam keadaan kadar hutang negara berjumlah RM400 juta, walaupun belum sampai ke paras 55% KDNK, apa jaminan kerajaan tidak berbelanja sehingga mencecah ke paras itu?," tegasnya. Dalam pada itu, Azmin sekali lagi membangkitkan isu kegagalan kerajaan mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). "Mengapa disorokkan selama dua minggu? Sepatutnya ia dibentang hari ini supaya semua wakil rakyat boleh meneliti kewangan fiskal pada tahun lepas untuk memberi teguran dan pandangan," ujarnya. | ||||||||
Seorang Kerabat Di Raja Akan Sertai Pas? Posted: 28 Sep 2012 07:21 AM PDT Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti di dalam masa terdekat. Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas. Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan. Dari maklumat lain memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu. Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. | ||||||||
Subsidi gula dikurangkan 20 sen mulai esok Posted: 28 Sep 2012 07:14 AM PDT
KUALA LUMPUR: Mulai esok, 29 Sept, kerajaan akan mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, petang ini. Antara alasan kerajaan, gula yang diambil berlebihan ia mampu menjadi racun memandangkan sekitar 26 juta rakyat Malaysia mengidap diabetes. Ekoran pengurangan subsidi itu, kerajaan menyeru para peniaga jangan membebankan pengguna dengan kenaikan harga gula, sebaliknya kurangkan pengambilan gula. | ||||||||
Pro-Mahasiswa ancam heret UM ke mahkamah Posted: 28 Sep 2012 07:10 AM PDT Kumpulan Pro-Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) bercadang mengheret isu pilihan raya kampus ke mahkamah sekiranya gagal mendapat respons positif berhubung aduan penglibatan calon tidak layak. Pemangku Pro-Mahasiswa UM Syis Abdul Kadir mendakwa, calon lawan mereka bukan sahaja tidak cukup syarat, bahkan menang dalam pemilihan bagi membentuk Majlis Pimpinan Mahasiswa (MPP) yang berlangsung Selasa lalu. Kumpulan antikemapanan itu juga mendesak naib canselor membatalkan kemenangan calon daripada kumpulan musuh tradisi mereka Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) yang terlibat. Empat daripada lima calon yang didakwa tidak layak menang dalam pemilihan kampus. Menurut Syis, Seksyen 52(4) Perlembagaan UM dan Peraturan 13(1)(d) Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bermaksud mahasiswa tahun akhir tidak layak untuk bertanding. Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan. Pro-Mahasiswa menang 20 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperoleh 19 kerusi sementara bebas dua kerusi. Tiada pemenang mutlak setakat ini ekoran pemilihan untuk dua fakulti diadakan semula ekoran keputusan seri sebelum ini. | ||||||||
Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula Posted: 28 Sep 2012 07:06 AM PDT Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat. Pengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak. Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat. Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas. Keputusan pengundian semula hari ini diumumkan Naib Canselor Tan Sri Prof Ghauth Jasmon melalui lamanweb universiti tersebut. Dengan kemenangan tersebut, pro-M berjaya mengekalkan kubunya di UM. Bagaimanapun, jumlah kerusi dimenanginya merosot daripada tahun lalu di mana ia memenangi 23 kerusi. Dalam pilihan raya lalu, pro-M memenangi 23 kerusi, manakala Penggerak Mahasiswa mendapat 16 kerusi dan calon Bebas meraih dua kerusi. Dalam pilihan raya kampus tahun ini, pro-M juga berjaya mengekalkan penguasaannya di kubu kuatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala pengundian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - yang digantung keputusannya kerana masalah teknikal Selasa lalu - dijangka diadakan semula dalam tempoh terdekat ini. 1. Pro-M menang 20 kerusi di UM, kekal kuasai UKM 2. Pro-Mahasiswa ancam heret UM ke mahkamah 3. Undian semula 2 fakulti tentukan pemenang di UM | ||||||||
Bonus sebulan setengah pada penjawat awam Posted: 28 Sep 2012 07:00 AM PDT MALAYSIA KINI LANGSUNG Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia. Berikut intipati pembentangan beliau: Pembuka kata - Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala. - Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan. - Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh. - Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.Gambaran umum - Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion. - Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012. - Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012. - Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion. Isi penting - Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak. - Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi. - Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015. - Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT. - RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. - Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan. - Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. Industri halal - SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat. - Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem. - Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG. Petani, nelayan & penjaja kecil - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun. - Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi. - Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000. - Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan. - Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah. Galakan amanah perniagaan - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah. - Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri. - RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera. - Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual. - Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta. Pasaran modal - Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion). - DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. - Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015. - Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit. - Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan. - Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion. - RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti. Pasukan keselamatan - Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan. - Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam. - Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000. - Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan - Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus. - Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan. - Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan. - SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota). Imbuhan - Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta. - Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun. - Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak. - Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan. - Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita. - Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. - Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000. - Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000. - Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000. - Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah. - Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan. - Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. - Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. - Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013). - Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten. - Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam. | ||||||||
Pembangkang sambut sinis Bajet 2013 Posted: 28 Sep 2012 06:53 AM PDT Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini. Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi: Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik. Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan. Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan." Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara. Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini. Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja. Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi. Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat. Salahuddin Ayub, naib presiden PAS Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli. "Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai. "Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan. Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi. Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi. Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat. Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara. Anthony Loke, ketua Pemuda DAP Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya. Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah. Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya. Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi. Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya. Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum. Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat. Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi. Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan. | ||||||||
Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab Posted: 28 Sep 2012 02:02 AM PDT Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Tony Pua mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh. Pua dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perbankan tempatan apabila syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai jumlah hutang yang dianggarkan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia. "Nak tanya 'sangkaan' apakah yang menyebabkan Menteri Kewangan enggan menjawab soalan ini sedangkan semua soalan yang dikemukakan kepada Dewan selama ini adalah sangkaan dan dakwaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Pua menegaskan, dakwaan jumlah hutang itu bukan satu rekaan sebaliknya fakta yang diperoleh melalui sumber terbuka di Bursa Saham dan Bank Negara. "Saya amat kesal kenapa menteri enggan beri jawapan kerana isu ini mampu memberi ancaman kepada ekonomi negara. "Angka (hutang) ni bukan tarik dari langit tapi ianya laporan rasmi tahunan daripada syarikat Syed Mokhtar sendiri yang juga boleh anda dapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya. | ||||||||
Himpunan Hijau Lestari Pengerang dapat lampu hijau Posted: 28 Sep 2012 01:58 AM PDT Penganjur setuju dengan 14 syarat pihak polis PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor mendapat lampu hijau untuk meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang petrokimia bernilai RM60 bilion. Menurut pengerusi jawatankuasa kerja Himpunan Hijau : Lestari Pengerang, Anis Afida Mohd Azli yang menerima surat bersama penyelaras Gabungan NGO Pengerang Chong Chun Yet dan bendahari Chua Peng Sian yang meggariskan syarat-syarat untuk himpunan tersebut dari pihak polis. "Dalam surat rasmi tersebut, pihak polis menetapkan 14 syarat yang perlu diikuti oleh penganjur, di mana kandungannya mengikut Akta Perhimpunan Aman, 2012. Selepas meneliti isi kandungan surat tersebut, pihak penganjur setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan," kata Anis menerusi satu kenyataan media. Dalam perkembangan berkaitan Anis turut menyatakan kekesalan ekoran kenyataan seorang penolong kanan hal ehwal murid sekolah di dalam media yang memberi amaran bahawa para pelajar akan dibuang sekolah sekiranya menyertai Himpunan Hijau. Menurut Anis, Seksyen 3 Akta Perhimpunan Aman 2011 seksyen 3 mentafsir kanak-kanak sebagai seseorang di bawah umur lima belas tahun; Fasal 2 akta sama menyatakan seseorang kanak – kanak membuat kesalahan jika menyertai perhimpunan "Pelajar sekolah tersebut menghadapi ancaman kemusnahan kampung tetapi guru tersebut telah mengeluarkan larangan penyertaan himpunan. "Kegagalan pihak sekolah untuk menerangkan syarat-syarat di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 menunjukkan betapa tidak munasabahnya pihak sekolah. "Kita mendesak pihak sekolah memberi penjelasan sewajarnya," kata Anis. | ||||||||
Penerbit filem anti Islam dipenjara Posted: 28 Sep 2012 01:54 AM PDT Nakoula Basseley Nakoula, penerbit Innocence of Muslims, filem yang mencetuskan protes di kalangan umat Islam di seluruh dunia, diarah ditahan di penjara kerana melanggar terma-terma pemantauan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini."Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti." Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times. Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan. Bagaimanapun peguamnya, Steve Seiden berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon. Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan beragama Islam. Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan. Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009. Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa kelulusan pihak pemantau. Menurut laporan CNN, pendengaran awal dimulakan dengan Segal bertanya kepada defendan apa nama sebenarnya. Dia menjawab: "Mark Basseley Yousseff." Kemudian hakim sekali lagi bertanya nama defendan. "Mark Basseley," katanya kali ini. Menurut peguam bela, anak guamnya, yang pernah menggunakan 17 nama sebelum ini, biasanya dikenali Nakoula. Pendakwa raya berkata Nakoula berupaya untuk membuat pembayaran ketika filem berkenaan dihasilkan. Oleh itu katanya, Nakoula boleh meninggalkan kawasan dia tinggal sementara kesnya dijalankan. Pendakwa raya mengesyorkan hukuman penjara 24 bulan. Kronologi insiden protes filem Innocence of Muslims 1 – 2 Julai 2012 Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama 'Sam Bacile' memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW. 4 September 2012 Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube. 5 September 2012 Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September. 8 September 2012 Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya. 9-10 September 2012 Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan. 11 September 2012 Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika. 14 September 2012 Menurut laporan agensi berita rasmi Lubnan, seorang terbunuh di Tripoli manakala ramai yang lain cedera semasa protes terhadap filem itu. Mereka yang tercedera termasuk anggota pasukan keselamatan Lubnan. 17 September 2012 Pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di perhimpunan besar-besaran di Lubnan mengecam AS dan memberi amaran sesiapa yang tidak menghormati Islam, akan menempah maut sebagai balasan. 18 September 2012 Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia. 19 September 2012 Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam. 21 September 2012 Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia. 25 September 2012 Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube. | ||||||||
Samad Said Sasterawan Tamu Selangor Posted: 28 Sep 2012 01:51 AM PDT Kerajaan Negeri optimis mempertingkatkan martabat sastera dan budaya dengan mengiktiraf Datuk A Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Selangor.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengiktirafan ini sejajar dengan perjuangan Sasterawan Negara itu gigih dan konsisten menulis serta memperjuang isu kemasyarakatan melalui penulisan."Karya beliau seperti novel, cerpen dan puisi meletakkan dirinya di luar domain permainan kebanyakan sasterawan Melayu lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan Sasterawan Tamu Selangor, semalam. Menurutnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) akan merealisasikan pembudayaan sastera dalam kalangan generasi muda dengan merangka beberapa aktiviti yang melibatkan kesusasteraan yang dikendalikan Samad. "Kerajaan Negeri akan melestarikan usaha membudayakan sastera dalam kalangan generasi muda agar menikmati sastera sebagai salah satu peningkatan minda dan pemikiran," katanya. Sementara itu, Samad yang juga lebih dikenali Pak Samad berkata, ini permulaan yang baik di mana pertumbuhan seni dan sastera mempunyai impak yang lebih jauh. "Selain program interaksi dengan anak muda, terdapat pelbagai lagi aktiviti seni yang sedang direncanakan untuk mendekati pelajar sekolah rendah, menengah, kolej serta universiti dan diharapkan melalui interaksi ini dapat mendidik generasi muda agar terpimpin mindanya," katanya. Menurutnya, galakan ini akan menggerakkan minda masyarakat terutamanya golongan belia yang dahagakan ilmu supaya dapat meningkatkan budaya bangsa rakyat negara ini. Hadir sama dalam majlis meraikan Sasterawan Tamu Negeri Selangor antaranya, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri. | ||||||||
Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen Posted: 28 Sep 2012 01:42 AM PDT edyesdotcom Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN; 1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;
3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan. SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi. Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik. SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab. Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.Sekian Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) www.anakmudamalaysia.com email: edyesdotcom@gmail.com | ||||||||
Mahkamah tolak saman ke atas Harakah dan PAS Posted: 28 Sep 2012 01:35 AM PDT
Dalam keputusan yang dibacanya hampir dua jam dari pukul 3 petang di Mahkamah terbuka petang semalam, Hakim Varugesh memutuskan tuntutan Aminah ke atas PAS adalah bercanggah dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana PAS tidak boleh disaman atas nama parti politik. Tuntutan ke atas Ahmad Lutfi pula ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan bahawa Lutfi adalah Ketua Pengarang Harakah pada masa berita bertajuk 'kenyataan Aminah bertentangan syariat' diterbitkan. Di samping itu Mahkamah juga memutuskan bahawa laporan berita di akhbar Harakah yang ditulis oleh Sabri adalah dilindungi oleh pembelaan perlindungan bersyarat (qualified priviliged) kerana berita itu adalah berkepentingan awam dan Harakah hanya melaporkan kenyataan para pemimpin PKR yang memberi respon ke atas kenyataan Aminah yang disiarkan sebelum itu di akhbar Sinar Harian. Mahkamah menyatakan Sabri hanya melaporkan berita tersebut dan keterangan Sabri disokong melalui keterangan kontemporari seperti buku catatan wartawan yang dikemukakan sebagai keterangan. Dengan penolakkan saman tersebut, Mahkamah juga mengarahkan Aminah membayar kos sebanyak RM15 ribu kepada defendan bertiga tersebut. Semasa perbicaraan tersebut, Aminah telah di 'grill' oleh Hanipa dalam pemeriksaan balas yang panjang sehingga beliau nampak agak kelam kabut dan letih disoal bertalu-talu oleh Hanipa. Mahkamah bagaimanpun membenarkan tuntutan Aminah ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang dalam kes yang sama. PAS, Ahmad Lutfi dan Sabri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin. | ||||||||
Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung Posted: 28 Sep 2012 01:34 AM PDT
Ini ekoran bantahan yang dibuat oleh beliau melalui peguamnya berikutan tindakan Pendakwaraya yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia yang juga membuat kesalahan yang sama. Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong. Perbicaraan sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah Mohamad Sabu. Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan. Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad. Peguam Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam kes ini. Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa. Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa. Hanipa memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman. Ekoran itu, Hakim Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan. Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi. | ||||||||
Bajet 2013: Pakar ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST Posted: 28 Sep 2012 01:29 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – Putrajaya perlu memastikan perbelanjaannya untuk meningkatkan kedudukan fiskal untuk meyakinkan para pelabur, kata para ekonomi, walaupun dikatakan Bajet 2013 ini akan penuh dengan gula-gula pilihan raya demi meningkatkan undi Barisan Nasional (BN). Ketua pakar ekonomi RAM Holdings Yeah Kim Leng berkata, sementara kerajaan tidak memotong perbelanjaan kerana perkembangan ekonomi yang perlahan, ia juga harus tidak melanggar had perbelanjaan untuk memberi keyakinan kepada sektor swasta. "Memandangkan ekonomi global yang lemah, kerajaan tidak seharusnya memotong perbelanjaan untuk menyokong ekonomi, tetapi ia boleh dilakukan tanpa melanggar hadnya," kata Yeah. Ketua pakar ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi lllias berkata, beliau mahu melihat wang itu dibelanjakan secara efektif tanpa kebocoran dan pembaziran. "Cadangan dari laporan ketua audit negara seharusnya dilaksanakan," katanya lagi. Suhaimi juga berharap bajet kali ini dapat mengubah minda masyarakat terhadap implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan oleh perdana menteri tahun lalu dan mungkin akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti. "Sementara kerajaan cuba untuk membuat bajet mesra rakyat, kerajaan juga harus mendidik rakyat untuk bersedia dengan GST," kata Suhaimi lagi. Kewangan kerajaan Malaysia dikatakan antara yang terlemah di Asia dan ramai pakar ekonomi mencadangkan implementasi cukai GST untuk meningkatkan kewangan kerajaan. Agensi seperti Standard and Poor's (S&P) dan Fitch memberi amaran akan memberi penilaian yang rendah sekiranya Malaysia tidak menggunakan perubahan signifikan terhadap kewangannya. Fitch Ratings pada bulan lalu berkata Malaysia masih belum memberi pelan yang menyakinkan untuk menangani perbelanjaan defisit dan hutang kerajaan persekutuan. Ia juga memberitahu dengan keadaan kewangan yang lemah, dengan menerima penilaian 'A' dan Malaysia kini sama paras dengan negara yang banyak berhutang seperti Itali. Malaysia juga turun empat tangga ke tempat 25 dalam persidangan ekonomi dunia (WEG) dalam kedudukan negara paling berdaya saing tahun ini, dan jatuh dari tempat ke 96 ke 110 dalam kerajaan dengan bajet berimbang. Pakar ekonomi Citi, Kit Wei Zheng berkata, memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, sebarang implementasi GST bagaimanapun akan meracuni mood politik. "Dengan GST hanya akan berlaku selepas pilihan raya, sebarang pemotongan cukai peribadi atau korporat diharap perlu ditinggu, walaupun pengumuman potongan pada 2014 akan membeli impak positif, seterusnya untuk melaksanakan GST," katanya lagi. Yeah dari RAM juga berkata perbelanjaan kerajaan haruslah bersifat meritokratik untuk memastikan persaingan nasional di kalangan sektor swasta. Ini termasuk belanja untuk pembangunan dan kajian, pembangunan kemahiran dan latihan pekerja. "Perbelanjaan kerajaan seharusnya dapat dibantu dengan membina asas untuk persaingan dalam ekonomi," kata Yeah. Kit berkata dia menjangkakan bajet tahun ini akan defisit dengan sasaran 4.7 peratus KDNK. Harapan Bajet 2013 dari pakar ekonomi dari: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia 1) Elaun Pelaburan Semula 2) Insentif untuk penjimatan tenaga dan penjagaan 3) Pengurangan cukai korporat dan pendapatan 4) Insentif untuk Kajian dan Pembangunan Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan "Saya mahu melihat cukai korporat diturunkan untuk menjadi lebih kompetitif dengan Singapura (17 peratus) dan Hong Kong (15.5 peratus), di mana Malaysia kini terlalu tinggi (25 peratus). Cukai harus diturunkan kepada bawah 20 peratus. "Saya juga mahu melihat pengurangan bebanan cukai pendapatan di kalangan rakyat Malaysia." "Jika Malaysia mahu menarik ramai bakat-bakat yang terbaik, cukai pendapatan kita tidak begitu menarik. Cukai pendapatan seharusan di dalam lingkungan 15 peratus atau sama seperti kadar cukai di Iskandar Malaysia. | ||||||||
Bajet 2013: Rumah, kereta murah mungkin jika ketirisan dikurangkan, kata Pakatan Posted: 28 Sep 2012 01:27 AM PDT Tetapi masih ada keraguan di kalangan pemimpin pembangkang bahawa perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat melancarkan apa-apa langkah-langkah jangka panjang yang akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul dengan matlamat negara berpendapatan tinggi. Apabila PM ke Parlimen petang ini, beliau dijangka membawa bersamanya beg bimbit yang penuh dengan janji wang tunai kepada rakyat Malaysia; "bajet pilihan raya" penuh dengan gula-gula sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang hanya perlu diadakan tidak lama lagi. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal, sebahagian besarnya kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani. "Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai," kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Beliau berkata bahawa dalam dekad di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), unjuran dalam bajet jarang diambil serius, kedua-duanya dari segi pertumbuhan ekonomi, unjuran pelaburan atau langkah-langkah untuk menangani defisit. "Itu, bagi saya, mesti diketengahkan dalam bajet," katanya. Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan perlu memastikan terlebih dahulu bahawa rangka kerja asas Bajet 2013 adalah untuk memastikan perbelanjaan cekap dan mencegah kebocoran, sebelum memutuskan untuk melancarkan langkah-langkah yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia. "Saya mahu bajet bertanggungjawab, yang serius menangani isu-isu melibatkan orang ramai. "Apabila anda menganggap ini kerangka utama, secara semula jadi, isu-isu pembasmian kemiskinan datang bersama-sama kerana terdapat banyak pembaziran pada masa ini. "Anda mesti melihat isu-isu melibatkan golongan miskin, perumahan awam adalah isu utama dan tentu saja isu harga di mana terdapat monopoli ke atas harga barangan keperluan seperti gula dan beras," katanya. Anwar, yang juga pemimpin de facto PR, semalam telah melancarkan bajet "alternatif" pakatan, yang berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia melalui dasar bahawa Najib dan orang-orangnya dalam BN telah kritik kerana dikatakan populis semata-mata. Dalam bajet alternatif PR, pembangkang persekutuan menggariskan rancangan untuk mengurangkan harga kereta dengan mengurangkan duti eksais, memansuhkan tol dan mengetepikan pinjaman pelajar, berkata langkah-langkah ini membantu mengurangkan beban hutang ke atas rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan gambaran lebih dekat tentang apa yang pemimpin-pemimpin berharap untuk melihat dalam Bajet 2013, The Malaysian Insider telah ditemubual beberapa ahli parlimen PR dan mesra PR tentang senarai hasrat peribadi bajet mereka. Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli "Saya mahu kajian cukai banding untuk mencerminkan tahap pendapatan semasa. Pada masa ini, pengurus pertengahan dan eksekutif pertengahan dikenakan cukai pada kadar cukai tertinggi (bagi mereka yang berpendapatan RK150, 000 di atas), sama seperti lelaki terkaya di negara ini. "Saya ingin melihat penubuhan lembaga perumahan kebangsaan bagi mengendalikan perumahan mampu dimiliki. Saya mahu melihat penubuhan serupa dengan HDB di Singapura kerana saya benar-benar percaya perumahan untuk orang ramai tidak harus dibiarkan kepada pasaran. "Saya ingin melihat pengurangan dalam duti eksais kereta sebelum mereka benar-benar dihentikan. Adalah sukar dipercayai bahawa rakyat Malaysia perlu menderita banyak kerana cukai." Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan "Saya ingin melihat bajet yang gender responsif (GRB). Saya akan melihat apakah cadangan untuk mengatasi halangan dalam melaksanakan GRB khususnya masalah yang berkaitan dengan pengumpulan data dan kekurangan data mengikut pecahan jantina. "Saya ingin melihat bajet yang menggalakkan dasar hijau, serta pembangunan mapan. Saya harap akan ada lebih banyak insentif untuk menggalakkan lebih banyak syarikat mengguna pakai dan mengamalkan dasar hijau. "Saya ingin melihat bajet untuk reformasi parlimen. Untuk mengamalkan prinsip pemisahan kuasa dalam erti kata sebenar, Parlimen harus diberi peruntukan bajet, bukan sahaja untuk menaik taraf infrastruktur fizikal tetapi juga untuk penyelidikan, pembentukan jawatankuasa serta kemudahan sandaran yang boleh mengurangkan status Parlimen kita. " Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ahli parlimen Ampang "Saya ingin melihat dasar perumahan baik bagi perumahan kos rendah untuk golongan miskin – perumahan awam minimum yang menawarkan tiga bilik tidur, ruang tamu yang munasabah dan dapur. "Saya mahu melihat lebih banyak sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak perempuan terutamanya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sediakan pendidikan untuk mereka lebih selamat dan terjamin. "Saya ingin melihat sistem pengangkutan awam lebih baik – bas yang dinaik taraf, pengangkutan lebih sistematik." Timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ahli parlimen Kepong "Oleh kerana terdapat kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, krisis kewangan di EU, pertumbuhan perlahan di Jepun dan China, Bajet perlu memperuntukkan lebih bagi projek-projek infrastruktur. Peruntukan untuk pendidikan tidak harus dikurangkan secara drastik dan peruntukan untuk golongan miskin dan kurang upaya perlu dikekalkan." Naib pengerusi DAP, M. Kulasegaran, ahli parlimen Ipoh Barat "Tiga perkara saya berharap untuk melihat perubahan sebenar adalah: a) Semua sekolah Tamil akan dibantu sepenuhnya. Sekarang, daripada 523 buah sekolah Tamil, 370 sekolah dikategorikan sebagai dibantu sebahagiannya. Sekolah-sekolah ini mengalami masalah kewangan dan sentiasa perlu untuk mengumpul dana. b) Mengkaji semula Akta Pekerjaan dan seterusnya memberi manfaat menjana pekerja. Terdapat keperluan untuk dilaksanakan kerana ramai yang diberhentikan kesusahan kerana secara tiba-tiba kehilangan pekerjaan. c) Pelepasan cukai perlu ditambah. Pada masa ini, pelepasan cukai adalah RM6000 setiap individu di mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan premium Insurans dilompokkan. Pelepasan cukai berasingan ke atas caruman KWSP dan premium insurans perlu dipertimbangkan. Timbalan setiausaha agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham, ahli parlimen Beruas, Adun Sitiawan "Saya ingin melihat bahawa Permit Kelulusan (AP) bagi kenderaan diimport dikeluarkan pada nilai pasaran supaya kerajaan boleh mengumpul tambahan RM4 bilion dari 100,000 AP yang dikeluarkan setiap tahun jika ia mahu untuk mengekalkan dasar harga kereta tinggi. "Saya ingin melihat sistem pengangkutan awam yang lebih baik. "Akhirnya, wang perlu dibelanjakan untuk menaik taraf universiti kita kepada piawaian bertaraf dunia." Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, ahli parlimen Sibu "Saya ingin untuk melihat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan secara serius menentang rasuah. Rasuah adalah musuh nombor satu kita. Rasuah adalah punca semua masalah, sama ada mereka dalam pentadbiran kerajaan, polis dan kehidupan seharian. "Saya ingin untuk melihat rumah yang lebih murah. Dalam semua bandar-bandar dan bandar-bandar, harga hartanah telah menjadi tidak tertanggung. Kita mesti memastikan semua orang mempunyai bumbung di atas kepala mereka. "Berikan Sarawak dan Sabah tempat yang sah dan autonomi. Jangan pinggirkan negeri-negeri tetapi layan kami sebagai rakan kongsi yang sama, bukan sekadar negeri berasingan" Naib pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago, ahli parlimen Klang "Meningkatkan pengeluaran makanan dengan pandangan mengenai keselamatan makanan. Harga makanan telah melonjak lnaik pada tahun lepas, dan akan meningkat pada bulan-bulan akan datang. Kerajaan perlu untuk menggalakkan pengeluaran makanan dalam negeri untuk menurunkan harga. "Menggalakkan ekonomi hijau. Kita perlu bergerak dari pengeluaran massa kepada ekonomi hijau. Ini memerlukan lebih banyak dana untuk pengangkutan awam, penggunaan panel solar tenaga angin dan lebih banyak kursus di universiti-universiti tempatan tentang ini. "Hasrat terakhir saya adalah bagi kerajaan untuk membiayai hak asasi manusia dan kumpulan alam sekitar dengan dana yang dikeluarkan melalui SUHAKAM." Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Kuala Selangor "Hasrat saya adalah bagi kerajaan untuk menghentikan kronisma, rasuah dan ketirisan dan untuk menghentikan defisit bajet selama 14 tahun. Mereka harus tahu mengapa ... Umno-BN perlu mengubah cara mereka atau jika mereka kejam dan tidak bertaubat, mereka akan diubah oleh Rakyat. " Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah "Saya ingin melihat pelan pembangunan berteraskan rakyat untuk negara, memulihkan aktiviti pertanian dan perladangan sebagai asas ekonomi negara dan program berkebajikan di semua peringkat kerajaan." Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi "Saya mahu melihat taburan kekayaan negara yang lebih seimbang serta satu pelan yang lebih menyeluruh ke arah pembasmian kemiskinan. "Saya mahu melihat ekonomi Malaysia yang lebih mesra belia, bajet yang menangani keperluan dan masa depan anak muda kita sebagai cadangan untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan belia dalam pelbagai sektor." Ketua Wanita Parti Progresif Sabah (SAPP), Melanie Chi, Adun Luyang "Pertamanya, kerajaan persekutuan mesti adil kepada rakyat Sabah dengan memberi kita infrastruktur asas setanding (jalan raya yang baik, bekalan air bersih, bekalan elektrik yang boleh dipercayai, kualiti perubatan dan kemudahan kesihatan, hanya untuk menamakan beberapa yang penting). Jurang ketidaksamaan antara Sabah dan seluruh negara harus dikecilkan. "Kedua, serius memberi Sabah insentif yang diperlukan untuk menggerakkan ekonomi negeri. "Akhirnya, kerajaan mesti tampil dengan langkah-langkah fiskal yang lebih baik untuk membetulkan dan memperbaiki kedudukan kewangan Malaysia." |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan