ALHUSSEYN |
CD Mat Sabu - percuma di Sungai Rokam! Posted: 28 Sep 2012 10:24 AM PDT Pagi tadi heboh rakan-rakan menalipon aku.Mujurlah aku memang telah bersiap sedia awal untuk keluar rumah kerana mahu memantau persiapan akhir ceramah 'Siapa Syaitan Yang Dikenali'. "Cikgu, ada orang edarkan cd Mat Sabu ...." Pahrol menalipon aku. "Kat mana?," aku tanya. "Kat Medan Selera belakang dewan ni!" Jawabnya. Dia merujuk kepada Medan Selera Makan yang ada di belakang Dewan Sungai Rokam tu. "Ada banyak cd berlonggok atas meja ni!" Pahrol melanjutkan ceritanya. "OK, aku datang ni..." sambil aku offkan telefon lalu bergegas keluar menuju tempat tersebut yang tidak berapa jauh dari rumah ku. Sungguh pun....terdapat beberapa cd berlonggok atas sebuah meja di salah satu gerai di situ. Ada cd Mat Sabu dan Tuan Guru Nik Aziz. Alahai cd fitnah .....Inilah kerja orang yang terdesak. Salah seorang pelanggan tetap gerai di situ, Sofie memberitahu, pagi tadi sewaktu dia ke situ dia terkejut besar bila terserempak dengan longgokan cd diatas salah satu meja makan di situ. "Ingatkan apa bendanya, tengok-tengok cd Mat Sabu dan Tuan Guru Nik Aziz!" Katanya. "Dah tengok belum?" Tanya saya... "Nak tengok macam mana? Bukan ada laptop kat sini!" jawabnya. Ini menambahkan rasa ingin tahu kami yang ada kat situ.Namun tak perlulah gelabah sangat. Relekslah...order minum dulu. Aku beritahu rakan-rakan, ini satu promosi yang sangat baik.Siapa-siapa yang dah dapat cd mat Sabu ini, tentu akan tergerak hatinya untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam esok ( Malam inilah!) Ahmad Osman, bekas Ketua Kampung Melayu yang kebetulan pun ada di situ menyatakan pendapatnya. Menurutnya, malaun yang edarkan cd palsu ini bertujuan untuk sabotaj ceramah Mat Sabu yang akan diadakan malam Ahad ini. "Sebaliknya, secara tidak langsung, ini akan menarik minat orang ramai untuk mengetahui Mat Sabu in person.Bodok betul malaun yang buat kerja ini," Kata Ahmad Osman. Aku minta dua tiga orang kawan pergi tengok-tengok kat masjid dan surau-surau berhampiran, kalau-kalau malaun tu ada sebarkan cd begitu selain di Medan Selera ini.Alhamdulillah, mereka kemudian beritahu aku tidak ada. Balik rumah, aku pun pasang untuk dengar...aku cuma ketawa kerana cd tu amat lucu. Professor Ramlah Adam ( baca Professor Kongkang) tu cuba nak sekolahkan aku pasal sejarah Mat Indra rupanya...pphui! Umno dah kantoi pasal isu tu, tapi apasal malaun tu nak sebarkan cd itu lagi? Memang kerja orang bodoh dan gila. |
Akibat kegelojohan Datuk Seri Zambry, Sijil Kolej Islam Darul Ridzuan dipertikaikan Posted: 28 Sep 2012 01:35 AM PDT Mewakili Jawatankuasa Isu dan Strategi Perhubungan Negeri Perak, Raja Iskandar bersama Safarizal Saleh dan Ust Faqurazi bin Mohd Mokhtar telah mendedahkan kepincangan yang amat memalukan mengenai pengurusan Koleh Darul Ridzuan (KISDAR), sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak. Menurut dakwaan Raja Is, akibat berlakunya kepincangan tersebut, sijil-sijil KISDAR sekarang ini sudah tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). " Beberapa Kementerian dan Institusi mempertikaikan validiti atau status sijil yang dikeluarkan oleh KISDAR.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertikaikan status sijil ini kerana berlakunya satu pengurusan yang telah melanggar Warta Kerajaan Negeri," jelas Raja Is. Puncanya adalah kerana kegelojohan Datuk Seri Zambry setelah berlaku rampasan kuasa pada 2009, Zambry dengan tergesa-gesa telah membuat pindaan keatas enakmen asal melalui 3 persidangan, namun tidak pernah mendapat persetujuan 2/3 majoriti daripada perwakilan sehinggalah ke hari ini dan masih tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan. Menurutnya lagi, dengan adanya beberapa enakmen - 1) Enakmen asal 2002 , 2) Enakmen Pindaan 2009 dan 3) Enakmen Pembubaran 2011 kepada enakmen asal KISDAR, memperlihatkan kepada kita beberapa kegagalan dan konflik telah berlaku di KISDAR sehingga menyebabkan diantaranya ialah, menjadi satu rungutan, kesangsian dan menjadi satu tandatanya kepada pelajar-pelajar KISDAR dan para ibubapa mereka, apabila sijil-sijil KISDAR sekarang ini sudah tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kolej Islam Darul Ridhuan (KISDAR) telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak pada 1999 . Didaftarkan dibawah Jab Agama Islam dibawah enakmen kawalan sekolah-sekolah agama Islam 1996. KISDAR ini menjadi badan berkanun kerajaan Negeri Perak menerusi enakmen kolej Islam Darul Ridhuan, pada tahun 2000, dimana telah dibawa ke dalam sidang pd 17 Nov 2000 dan telah beroperasi sebagai Institut Pengajian Tinggi telah hampir 11 tahun. Dalam tempoh tersebut, KISDAR telah berhasil mengeluarkan 550 graduan diploma dalam bidang Syariah Islamiyah, Usuludin, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Teknologi Maklumat , Perbankan Kewangan Islam dan Perakaunan, yang mana sebanyak 34% daripada mereka iaitu 185 orang telah melanjutkan pelaran diperingkat Sarjana Muda di beberapa IPT di Timur Tengah. Buat masa kini, KISDAR telah melancarkan hampir 12 program peringkat pengajian diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Kesemua program pengajian ijazah ini telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengajian Awam. Mengikut enakmen asal, setiap sijil perlu ditandatangani oleh Rektor dan Ketua Pendaftar. Namun, sejak pengambil alehan kerajaan sekarang oleh Datuk Seri Zambry pada 2009, penandatangan yang kedua , iaitu Pendaftar telah ditukar kepada Setiausaha Senat. Ini telah berlanggaran dengan enakmen asal sebagaimana yang tertulis didalamnya bahawa perlu ditandatangani oleh Pendaftar Kolej. Apabila Enakmen Pindaan 2009 dan juga Enakmen Pembubaran yang masing-masing belum lagi disahkan dan diwartakan, maka ini bermaksud segala peraturan perlulah berasaskan kepada enakmen yang asal iaitu enakmen 2000. Jelasnya, semua item-item sijil dan kewangan dan juga perjalanan gerakerja kolej mestilah mendapat endorsement dan ditandatangani oleh Pendaftar dan Rektor. Tetapi sekarang ini dilihat semua sijil-sijil dan cek-cek ditandangani oleh Setiausaha Senat dan Timbalan Rektor, Pentadbiran dan Kewangan. Satu perkara yg sangat mengelirukan kerana biasanya soal kewangan ini diuruskan oleh Pegawai Kewangan dan juga Pendaftar. JPA mempertikaikan status sijil sijil-sijil ini (dianggap tidak sah) kerana berlakunya gerakerja pengurusan yang telah melanggar Warta Kerajaan Negeri. Bermakna telah melanggar Perlembagaan Negeri dan telah melanggar Titah Tuanku. Jelas tindak tanduk pentadbiran KISDAR telah membelakangkan Tuanku. Dari segi undang-undang yang ada, semua aktiviti yang dijalankan sejak 2009 hingga kini adalah dianggap tidak sah kerana Enakmen Pembubaran bagi memansuhkan kewujudan KISDAR dan ditukarkan kepada kewujudan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang masih belum disahkan lagi. KISDAR kini bergerak atas nama KUISAS sedangkan KUISAS ini belum wujud dan belum diwartakan lagi. Begitu juga dengan kewujudan jawatan-jawatan seperti Timbalan Rektor, Pentadbiran dan Kewangan adalah melanggar enakmen Warta Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Ini merupakan satu kesalahan yang sangat besar dan memalukan kerana sebuah badan berkanun dibawah kerajaan Negeri Perak, tidak mematuhi peraturan enakmen kerajaan sendiri. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan