DIALOG RAKYAT |
- 'Demokrasi terpimpin' ala Sukarno di universiti? - Zairil
- BN lewatkan laporan audit cuba elak pembangkang bahas ketika bajet
- Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual
- Bekas pemimpin DAP tak bersama Tunku Aziz
- Ling tak sangka akan didakwa berhubung PKFZ
- Rugi RM5.7b: Salahkan Soros, angkat orang BNM
- Pro-M UKM dakwa calon terima ugutan bunuh
- Iklan isu air bagai filem Wag the Dog, kata exco
- Penduduk resah dengan penggambaran iklan air
- Gerakan bersama kebangkitan OKU
- Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak
- Anne Ngasri dan Aliff Aziz sah putus
- Anwar bidas cubaan lengah bentang audit
- Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?
- Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti
- Setiausaha Pakatan Tanding Di Demit?
- JENAYAH MENURUN- Warga Emas Mati Dibunuh Di Pekan Pahang
- Pemuda Gerakan Minta Parti Utamakan Muka Baru Hadapi PRU13
- "Apa Salahnya Jet Saya Ditaja" - Anwar
- Penduduk kesal Nong Chik sumbang sejadah logo Umno BN
- Rusuk tembus kena tanduk lembu
- Ketua Pemuda Umno Kepong cedera parah ditikam
- Program Keagamaan Di Selangor Rancak Bawah PR
- 37 Tahun Menanti Kini Baru Dapat Hak Milik Tanah
- Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib
'Demokrasi terpimpin' ala Sukarno di universiti? - Zairil Posted: 24 Sep 2012 04:17 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Esok bakal berlangsung pilihan raya kampus bagi 15 lagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sesudah lima IPTA selesai memilih majlis perwakilan pelajar masing-masing minggu lalu. Pada Hari Malaysia, mahasiswa telah berhimpun dan berarak di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya kampus yang bersih. Saya tertarik dengan laporan akhbar Sinar Harian pada 21 September lalu yang memberitakan bahawa Pro-Aspirasi berjaya kekal kuasa di UiTM, sambil memetik Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, sebagai berkata bahawa seratus peratus pemimpin mahasiswa yang bertanding adalah "calon Aspirasi UiTM". Ini amat menghairankan saya. Jika semua calon yang bertanding adalah calon Pro-Aspirasi, bagaimanakah yang dikatakan mereka ini dapat "kekal berkuasa" di Universiti Teknologi Mara? Siapakah lawan politik mereka jika bukan berlawan sesama sendiri? Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau adakah ini sebenarnya "demokrasi terpimpin" ala Sukarno yang dipupuk oleh pihak universiti? Saya tambah keliru dengan konsep Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi amalan universiti-universiti kita pada hari ini. Rata-rata saya saksikan mereka sekadar menjadi jawatankuasa pemudahcara antara pihak pentadbir universiti dengan pelajar. Saya tidak hairan jika ada segelintir mahasiswa yang melabelkan mereka sebagai "staf sokongan" kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar, memandangkan peranan yang dimainkan oleh MPP adalah sekadar membantu pihak universiti untuk melaksanakan dasar-dasar universiti. Lebih teruk lagi apabila MPP diarahkan supaya melaksanakan aspirasi dan dasar-dasar kerajaan. Di sini, saya ingin merujuk kepada pendedahan video (http://youtu.be/S7A6gGZQfUI) yang menunjukkan bagaimana seorang pentadbir universiti mempengaruhi jawatankuasa kolej kediaman untuk menyokong kerajaan UMNO-BN dalam taklimat beliau menjelang pilihanraya kampus. Pentadbir tersebut didakwa adalah seorang Penolong Naib Canselor di sebuah IPTA. Jika isi kandungan video tersebut adalah benar, maka apa yang terjadi adalah campurtangan berat daripada pihak pentadbiran universiti dalam mencatur pilihan raya kampus supaya dimenangi oleh calon-calon yang disenangi pihak pentadbiran. Campurtangan sebegini wajar dikutuk dan ditentang kerana ia merupakan satu pencabulan demokrasi yang nyata. Sewajarnya mahasiswa diberi kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja daripada kalangan mereka untuk mewakili suara mereka di peringkat pentadbiran, dan bukannya menjadi suara pentadbiran kampus di kalangan mahasiswa. Sebarang usaha untuk mencatur pilihan raya kampus oleh pihak pentadbiran mestilah dihentikan. Universiti seharusnya menjadi medan percambahan idea, dan tiada cara lain yang lebih afdal berbanding pilihan raya kampus, yang dapat membuka ruang perdebatan dan kapasiti pemikiran para mahasiswa. Rugilah sekiranya mahasiswa dinafikan hak memilih dan bertanya jika mereka terus diancam dan diugut dengan sentimen kaum dan keamanan, dan seterusnya dididik untuk menjadi robot yang dihasilkan kilang-kilang sumber manusia untuk menjana ekonomi semata-mata, dan kekal bisu tidak menyoal.-harakahdaily | ||
BN lewatkan laporan audit cuba elak pembangkang bahas ketika bajet Posted: 24 Sep 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPURt — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat "tidak wajar" kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut. "Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut. "Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini. "Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan," kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba menutup kelemahan tadbir urus negara. Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, dengan melengah-lengahkan pembentangan laporan berkenaan, kerajaan jelasnya cuba untuk mengalihkan pandangan ahli parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. "Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi. "Pihak kerajaan cuba tutup kelemahan dan salah guna kuasa kerana biasanya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan pada hari pembentangan bajet negara untuk membolehkan ahli Parlimen mengunakannya sebagai asas perbahasan di Dewan Rakyat. "Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini. Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan. "Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu," tegasnya lagi. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita dokumen itu hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat "seminggu hingga dua minggu" selepas pembentangan Belanjawan Jumaat. "Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan. "Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya," kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi. Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang. Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. | ||
Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual Posted: 24 Sep 2012 04:05 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR, — Wanita Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak. Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perhatian perlu diberi kepada usaha melatih lebih ramai pegawai penyiasat serta menaik taraf penyelidikan dan pembangunan, terutama peralatan terkini untuk siasatan forensik. Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera litar tertutup (CCTV). Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, di Parlimen. — Bernama | ||
Bekas pemimpin DAP tak bersama Tunku Aziz Posted: 24 Sep 2012 03:54 AM PDT Empat bekas anggota DAP yang disebut dalam ceramah anti-DAP di Pulau Pinang minggu lalu menyuarakan rasa kesal apabila nama mereka turut dikaitkan dalam kempen untuk memburukkan parti itu. Sebaliknya, Gooi Hock Seng, Teoh Teik Huat, Goh Kheng Huat and Ong Hock Aun walaupun sudah menyertai PKR, tetap kekal mesra dengan rakan mereka dalam DAP. Gooi, pengamal undang-undang, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan penceramah, termasuk bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengalu-alukan 'kehadirannya' walaupun beliau tidak berada di situ. "Dia kena buat kerja rumah, tidak semua bekas anggota DAP berkelakuan sepertinya. Perbezaan saya dengan DAP hanya berhubung masalah peribadi," kata Gooi. Gooi yang juga bekas timbalan ketua DAP sehingga 1998 menafikan beliau anti parti itu. Sebaliknya, tambahnya, beliau masih mempunyai hubungan mesra dengan banyak anggota DAP. Mungkin Tunku Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah menjadi anggota PKR sejak tahun 2000 lagi, sindir Gooi. | ||
Ling tak sangka akan didakwa berhubung PKFZ Posted: 24 Sep 2012 03:45 AM PDT Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak menyangka akan didakwa apabila polis merekodkan kenyataannya pada 1 April 2010 berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Menjawab soalan Timbalan Peguamcara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Ling berkata, beliau menyangka dia hanya membantu siasatan kes itu. Ling memberitahu demikian ketika ditanya sama ada beliau masih ingat Supt R Rajagopal telah menunjukkan kepadanya minit Kementerian Pengangkutan bertarikh 25 Jan 2002 dan surat yang beliau hantar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Jun 2002. Katanya, beliau tidak ingat telah melihat dokumen-dokumen tersebut apabila Rajagopal merekodkan kenyataannya. Menurut Ling, beliau menyangka dia membantu (siasatan) kes tersebut dan tidak menyangka akan didakwa, dan beliau tidak ingat telah ditunjukkan dokumen-dokumen tersebut. Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 November 2002. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini mendakwa bekas Menteri Pengangkutan itu cuba mengelak daripada menjawab soalan. Terdahulu, beliau menggesa Dr Ling supaya menjawab soalan dan bukannya memberi penjelasan berhubung perkara yang tidak berkaitan dengan kes itu. Pada awalnya, Tun Abdul Majid menyoal balas tertuduh sama ada dia mengetahui atau tidak kadar faedah yang dilampirkan bersama surat bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) OC Phang. Bagaimanapun, Dr Ling tidak menjawab soalan itu sebaliknya cuba membaca kembali kandungan surat tersebut dan menghuraikannya sehingga Tun Abdul Majid berkata "jangan cuba mengelak." Dr Ling kemudian menyoal siapa yang Tun Abdul Majid maksudkan 'cuba mengelak' dan keadaan mula menjadi tegang dengan pelbagai pertikaian tercetus antara mereka sehingga Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi terpaksa meminta peguam Wong Kian Kheong menasihati anak guammya. Prosiding dihentikan kira-kira 15 minit untuk membolehkan Wong berbuat demikian namun ketegangan antara tertuduh dan Tun Abdul Majid masih berlaku pada sesi selepas itu apabila Dr Ling mempersoalkan cara pendakwaan menyoalnya. "Adalah menjadi tugas saya untuk menyoal kamu sebagai tertuduh, dan kamu boleh memberi penjelasan lanjut ketika pemeriksaan semula," kata Tun Abdul Majid. Sementara itu, ketika pemeriksaan balas, Dr Ling berkata dia beranggapan kadar faedah 7.5 peratus adalah mengikut kelulusan JPPH dan ia disediakan anggota jawatankuasa kementeriannya. Tertuduh berkata dia tidak tahu lampiran yang dihantar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penilaian tanah adalah tidak mengikut persetujuan JPPH. Dr Ling juga berkata dia tidak ingat isi kandungan beberapa dokumen berkaitan pengambilan tanah di Pulau Indah dan surat berhubung projek PKFZ yang ditandatanganinya. Perbicaraan disambung esok. | ||
Rugi RM5.7b: Salahkan Soros, angkat orang BNM Posted: 24 Sep 2012 03:39 AM PDT Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat? Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Datyk Donald Lim di Parlimen hari ini. "George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya. Menuding jari kepada Tan Sri Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. "Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya. Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta. Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop. | ||
Pro-M UKM dakwa calon terima ugutan bunuh Posted: 24 Sep 2012 03:36 AM PDT Aktivis pro-Mahasiswa hari ini mendakwa, enam orang calon mereka menerima ugutan bunuh agar tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus UKM. Jurucakapnya, Muhamad Azan Safar dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini mendakwa, ugutan berkenaan disampaikan kepada anggota keluarga calon pro-Mahasiswa berkenaan. "Bermula pagi tadi sampai sekarang, enam calon dapat ugutan akan dibunuh sekiranya bertanding," kata Muhamad Azan, seorang mahasiswa tahun akhir Fakulti Pengajian Islam UKM. Dakwanya, setiap keluarga calon berkenaan menerima ugutan dalam selang masa satu jam dan menjangkakan calon lain juga akan menerima ugutan yang sama. Seorang lagi jurujakap pro-Mahasiswa berkata, setakan ini dua laporan polis dibuat di Pulau Pinang dan Kedah. Ketika dihubungi, polis di Sungai Tiang, Kedah mengesahkan menerima aduan namun enggan mendedahkan kandungan dakwaan terbabit. | ||
Iklan isu air bagai filem Wag the Dog, kata exco Posted: 24 Sep 2012 03:34 AM PDT MALAYSIA KINI Exco kerajaan Selangor Xavier Jayakumar berkata penggambaran rahsia satu iklan video untuk menunjukkan krisis air satu kawasan pangsapuri di Petaling Jaya tidak ubah seperti usaha mengada-adakan isu dalam filem popular Wag the Dog."Saya fikir ini adalah langkah terdesak oleh sekumpulan individu yang kehilangan kesemuanya dan tiada tahu apa yang hendak dilakukan. "Mereka malah membuat filem mengenai perkara yang tidak berlaku, seperti dalam filem Wag the Dog," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau merujuk kepada filem terbitan tahun 1997 yang menggambarkan usaha untuk menunjukkan peperangan yang berlaku di Albania untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pilihan raya dan skandal seks yang dihadapi presiden Amerika Syarikat. Xavier berkata, beliau terperanjat dan sedih dengan pembikinan iklan tersebut dan mengesyaki BN bertanggungjawab dalam kes berkenaan. Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berikrar untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat "walau dengan apa cara sekalipun". "Sesiapa yang melakukan perkara ini berkemungkinan besar berbuat demikian untuk BN atau NGO pro-BN. | ||
Penduduk resah dengan penggambaran iklan air Posted: 24 Sep 2012 03:31 AM PDT Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu. Mereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air. "Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu. "Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air. "Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita. Paramananthan juga mendakwa, penggambaran itu mungkin bertujuan memburukkan kerajaan negeri memandangkan tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk. Penggambaran itu hari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya. Pihak produksi pula enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. 'Kami berunding dengan produksi, bukan parti' Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air. Empat lori kontena memuatkan barangan dan persediaan set turut kelihatan. Sementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar. "Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik. "Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan. Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi. "Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya. Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya. "Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan. "Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya. | ||
Gerakan bersama kebangkitan OKU Posted: 24 Sep 2012 03:23 AM PDT Mampukah simpati terhadap golongan terpinggir menjayakan perlaksanaan program pembangunan OKU yang lebih menyeluruh? Saya berpeluang menghadiri Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan pada 13 Mac 2012. Sejak itu, saya selalu berfikir untuk menulis secara khusus mengenai usaha yang dilakukan oleh peguam cacat penglihatan, Mohammad Faizal Che Yusof bersama-sama rakan-rakannya. Pendirian saya adalah bahawa golongan minoriti perlu berani bangkit memperjuangkan hak supaya "suara" mereka tidak tenggelam begitu sahaja di tengah-tengah hiruk-pikuk dan kokokan golongan politikus yang selalu terlepas pandang isu-isu sebenar dalam kalangan Rakyat. Mohammad Faizal menjadi kenalan saya menerusi laman rangkaian sosial Facebook sejak Ogos 2011 apabila peguam itu menawarkan diri untuk turut membantu beberapa rakan penulis yang menjadi mangsa royalti teks Komsas. Kementerian Pelajaran Malaysia masih gagal membela nasib para penulis terbabit. Pada 19 September 2012, saya menghubungi pemuda berumur 36 tahun itu untuk bertanya akan perkembangan selepas persidangan bagi orang kurang upaya (OKU) yang diadakan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pertubuhan OKU Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO. "Kami menzahirkan suatu penisytiharan yang dinamai Pengisytiharan OKU Darul Naim 2012. Melaluinya, kami menggesa pihak kerajaan di setiap peringkat dengan dimulai kerajaan di peringkat persekutuan, mengadakan suatu kerangka pembangunan OKU yang menyeluruh dengan diterajui oleh suatu badan atau jawatankuasa yang bertanggungjawab terus kepada kabinet di peringkat pusat atau Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat negeri," beliau menghuraikan. Memorandum kepada Suhakam Mohammad Faizal yang juga Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO OKU Kelantan berkata, pihaknya turut menyokong penuh penyerahan memorandum bersama OKU oleh Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 17 Mac lalu. Bagaimanapun, saya masih ingat luahan rasa kecewa yang dilahirkannya di Facebook pada 23 Mac lalu kerana setelah hampir seminggu kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU (Bangkit) menyerahkan memorandum bersama OKU kepada Suhakam, "kita masih sunyi daripada mendengar kesungguhan ahli-ahli politik yang sering menimbulkan polimik di negara ini untuk membawa OKU ke satu era yang lebih baik". "Apa maknanya ini? Pada hemah saya, ia menunjukkan isu OKU masih tidak mendapat tempat di hati politikus," katanya. Namun begitu, pemuda berkenaan yang tinggal di Kota Bharu tetap tidak mahu berundur daripada perjuangan membela minoriti OKU. Atas dasar itulah juga Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan mahu dijadikan forum tahunan atau dwitahunan. Katanya, ia penting bagi membolehkan OKU terus berganding dan bersatu dalam usaha mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan berkebajikan di negara bertuah ini. "Apa yang nyata, seminar tersebut telah memberi saya kekuatan untuk membawa isu OKU secara lebih serius dan terancang. Seminar itu juga menjadi medan penting untuk penggerak OKU di Kelantan dalam mengenengahkan isu OKU kepada awam di Kelantan dan seterusnya ke peringkat nasional. "Kami juga dapat menyatakan kepada orang awam betapa kehidupan OKU tidak seindah sebagaimana tanggapan kebanyakan masyarakat," katanya dengan semangat yang sama seperti yang ditunjukkannya apabila kami bersarapan bersama-sama di Selera Daun Pisang, Jalan Pengkalan Chepa pada 12 Mac 2012. KPWKM maklum, ambil berat Jika politikus tidak mengendahkan memorandum tersebut, bagaimana pula dengan Kerajaan Persekutuan; khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang kini diterajui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Menurut Mohammad Faizal, pihaknya dimaklumkan bahawa KPWKM mengambil berat memorandum tersebut. Namun, ini bukanlah memorandum pertama daripada kumpulan-kumpulan OKU. Justeru, beliau tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa. "Apa yang penting, menerusi penyerahan memorandum itu, kami dokumentasikan isu OKU secara menyeluruh dan bersama. Pembabitan Majlis Peguam Malaysia dan Suhakam dalam penyerahan memorandum ini sekali gus menyatakan bahawa isu OKU yang kami depani bukanlah suatu yang dicipta (direka-reka)." Kelompok minoriti sering kali dikatakan cuba meraih simpati tanpa mahu berusaha dan bersaing bersama-sama kelompok majoriti. Saya cuba mendapatkan pandangan Mohammad Faizal dengan mengkhususkan kepada golongan OKU. "Secara kemanusiaan, tidak dapat lari daripada hakikat bahawa kami meraih simpati meskipun di sana ada istilah yang lebih tepat iaitu empati. Namun begitu, saya suka berpijak pada suatu yang nyata iaitu perasaan simpati mudah timbul bilamana kami mengutarakan isu-isu yang kami hadapi. Lebih dari itu, simpati terhadap OKU itulah yang kami perlukan untuk suatu perlaksanaan program pembangunan OKU yang menyeluruh di Malaysia," beliau terterus-terang. Minoriti yang dipinggirkan Adakah Mohammad Faizal menganggap OKU sebagai "minoriti yang dipinggirkan"? Demikian soalan seterusnya yang saya tujukan kepada beliau. Peguam dan aktivis OKU itu percaya bahawa pihak berkuasa tentunya sensitif dengan dakwaan OKU dipinggirkan. "Harus diingat, apabila saya sebut pihak berkuasa, ia boleh jadi kerajaan diterajui Barisan Nasional, atau kerajaan diterajui Pakatan Rakyat," beliau menegaskan. Jika setiap persoalan dan permasalahan OKU diteliti, tidak dapat tidak Mohammad Faizal berpendirian memang berlaku peminggiran. Pada penelitiannya, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan lebih kepada "melepaskan batok di tangga". "Meskipun banyak usaha yang cuba dilakukan, namun perancangan yang diatur banyak yang tak menjadi di sana sini. Kami sekali-kali tidak menyalahkan pegawai yang bertugas. Ia adalah persoalan komitmen kerajaan atau lebih tepatnya kuasa politik yang menerajui dan membentuk polisi," katanya dengan penuh yakin. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh "kumpulan prihatin" dan aktivis sosial yang berminat untuk "bersuara" bagi pihak OKU? Menjawab pertanyaan ini, Mohammad Faizal berkata, apa yang paling penting adalah persepsi pada kehidupan OKU perlu diperbetulkan. "Kami manusia biasa, ada lebih ada kurang. Jangan pandang kami terlalu lemah. Jangan pandang kami terlalu hebat kerana ada yang boleh buat itu dan buat ini," beliau meluahkan secara ikhlas. Konsep OKU sentiasa berkembang Mohammad Faizal menghuraikan bahawa dalam mengetengahkan isu OKU, beliau mengharapkan seluruh sistem yang terdiri daripada pihak pemerintah, masyarakat dan setiap lapisan kepimpinan mendengar dan melibatkan golongan OKU dalam penghasilan polisi dalam sistem kenegaraan. "OKU adalah suatu konsep yang setiasa berkembang. Walaupun kami dikatakan minoriti, kami lebih ramai daripada Orang Asal dan jauh lebih ramai daripada peneroka Felda. Jika dirujuk pada apa yang dianggarkan oleh WHO dan World Bank menerusi laporan bersama 2011, populasi penduduk yang terdiri daripada OKU dianggarkan seramai 15 peratus. Bayangkan jika Malaysia mempunyai 28 juta penduduk, dianggarkan 4.2 juta adalah OKU," katanya sambil menambah bahawa sehingga kini, hanya ada sekitar 361 ribu OKU yang berdaftar di Malaysia. Peguam muda itu ternyata mempunyai maklumat dan data yang lengkap untuk membolehkannya bangkit sebagai pejuang dan aktivis golongan OKU yang disegani. Seperti yang saya nyatakan dalam novel Panchayat: Edisi Khas (2012), saya menentang sekeras-kerasnya segala bentuk penindasan, kezaliman, diskriminasi, ketidakadilan dan penipuan oleh mana-mana pihak. Apatah lagi jika mangsanya adalah OKU dan minoriti yang sepatutnya dibela oleh pihak berkuasa. Golongan minoriti yang bermaruah memerlukan ruang untuk bersuara; ruang untuk berdialog demi mencari penjernihan minda terhadap isu-isu sebenar yang berada di depan mata. Itulah juga yang giat dilakukan oleh Mohammad Faizal walaupun usaha murninya ternyata penuh duri dan ranjau. Lebih banyak catatan Mohammad Faizal mengenai isu-isu OKU boleh dibaca di www.bprihatin.blogspot.com | ||
Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak Posted: 24 Sep 2012 02:29 AM PDT Konvoi itu akan diadakan sempena perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi. KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan. Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya. Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti. Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC. "Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak. "R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. 5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan. Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan. "Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. "Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini. R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan. | ||
Anne Ngasri dan Aliff Aziz sah putus Posted: 24 Sep 2012 02:02 AM PDT Doa peminat yang ingin melihat pelakon wanita, Anne Ngasri dengan kekasih hatinya, Aliff Aziz berbaik dan bersatu kembali tidak menjadi kenyataan. Menerusi laporan akhbar BiPop, Anne mengakui yang dia dan artis dari negara Singapura itu sudah pun putus cinta baru-baru ini. Bagi Anne, dia menganggap sudah tidak ada jodoh antara dia dan Aliff lagi walaupun sudah lama menyulam rasa cinta antara diri masing-masing. Malah, Anne juga menafikan yang punca perpisahan itu berlaku disebabkan tekanan dari keluarga atau pun kenyataan yang pernah dibuat oleh kakaknya, Darling Ngasri di media. "Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. "Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi," kata Anne. Enggan berkongsi punca sebenar hubungan cinta mereka tidak menjadi, Anne mahu perkara itu menjadi rahsia antara dia dan Aliff sahaja. Walaupun hubungan mereka tidak sempat ke jinjang pelamin, Anne bersyukur kerana dapat merasai kasih dan sayang yang diberikan oleh Aliff kepadanya. Justeru, dia akan tetap tabah menghadapi dugaan dalam mencari cintanya dan berdoa supaya ditemukan cinta yang mampu mengubat luka hatinya. "Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. "Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan," katanya. Semalam, seorang peminat setia Anne dan Aliff telah memujuk pelakon wanita itu untuk berbaik dan memaafkan kesalahan Aliff melalui profil Instagram Anne. Kata peminat itu, Aliff banyak meluahkan rasa sedihnya menerusi laman sosial Twitter yang berharap agar dirinya diterima semula. | ||
Anwar bidas cubaan lengah bentang audit Posted: 24 Sep 2012 02:00 AM PDT Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 hanya akan dibuat di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dijadual Jumaat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kelewatan itu bagi memberi peluang wakil rakyat membahaskan dengan terperinci Bajet 2013. "Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan lebih fokus membincangkan bajet tanpa mencampur adukkan dengan laporan audit," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Nazri sengaja melengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum Bajet 2013. Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata, Kerajaan Pusat bertindak demikian kemungkinan kerana ada agenda yang tersendiri. Katanya, "Nazri sengaja lengahkan pembentangan audit sebelum Bajet 2013 disebabkan agenda lain." "Nazri mungkin tidak mahu ahli Parlimen membahaskan kekurangan yang terdapat pada belanjawan itu nanti," kata beliau di bangunan Parlimen hari ini. Nazri dipetik berkata, kelewatan pembentangan laporan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan Bajet 2013 dengan terperinci. Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membaca laporan Ketua Audit Negara terlebih adahulu untuk memberi keadilan kepada semua pihak. "Ini tak wajar seolah-olah untuk mengalihkan kesempatan ahli-ahli Parlimen untuk membahas berdasarkan laporan, kerana ini keputusan penilaian prestasi, daripada Ketua Audit Negara, tapi BN tolak untuk Ketua Audit Negara buat begitu. "Kalau nak adil, laporan itu perlu dibacakan terlebih dahulu untuk ahli Parlimen membahaskannya," katanya. Tambahnya, jika PR mengambil alih Putrajaya, beliau akan memastikan laporan audit akan dibaca terlebih dahulu sebelum bajet. | ||
Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion? Posted: 24 Sep 2012 01:43 AM PDT Kami sangakakan pemimpin politik yang agak kaya dan mewah, pastinya Khir Toyo bekas doktor gigi yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. Rumah Khir Toyo sahaja bernilai RM24 juta. Tetapi sangkaan kami meleset. Dilaporkan Taib Mahmud jauh lebih kaya berbanding pemimpin politik di Malaysia yang lain malahan besar kemungkinan jauh lebih kaya berbanding pemegang takhta orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok. Benarkah? Di mana kebenarannya….. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan lapiran berita bertajuk "Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !" dan kami paparkan semula dokumentari yang dikupas oleh portal Global News dari Kanada sebelum ini mengenai kegiatan dan kekayaan Taib Mahmud di Sarawak : Dokumentari Orang Terkaya di Malaysia (Taib Mahmud)?Harta anaknya sahaja beratus juta malahan boleh melampaui berbilion ringgit. Dalilnya? Berdasarkan laporan The Malaysian Insider pada Mei 2011, Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid (kakak kepada penyanyi jazz Sheila Majid) dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Butirannya anda boleh baca sendiri di bawah ini : Harta anak sahaja beratus juta malahan boleh melangkaui berbilion ringgit. Bagaimanapula dengan harta bapanya? Ehem….NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September 2012 menganggarkan :
Orang Terkaya di Malaysia ? : Bagaimana Taib Mahmud & Keluarga Boleh Mengumpul Kekayaan Sebanyak US$21 (RM64 Bilion)?Laporan NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menyebut Taib Mahmud :(Sumber : Laporan penuh Bruno Manser Fund)
Yang peliknya di sini, SPRM dilihat seperti diikat kaki dan tangan mereka apabila melibatkan dakwaan penyelewengan Ketua Menteri Sarawak sedangkan seperti yang diketahui SPRM cukup pantas dan cekap mengendalikan "sesetengah kes tertentu". Mengapa? Sehingga sekarang masih lagi tiada tindakan susulan yang diambil? Berapa tahun lagi untuk terus dan terus menunggu? Kami sama sekali tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan dakwaan yang tidak berasas. Tetapi sekurang-kurangnya dokumen telah dikemukan, siasatlah!!!
Kami tidak kisah Taib Mahmud atau sesiapa sahaja mahu kaya. Ya…sesiapa ada hak untuk jadi kaya. Tetapi biarlah dnegan cara yang betul dan bersih.
Bilangan miskin tegar di Sarawak adalah yang paling tinggi Sarawak. Mengapa rakyat Sarawak miskin sedangkan pendapatan per kapita Sarawak adalah jauh lebih tinggi dari Brunei Darussalaman yang kaya raya itu? | ||
Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti Posted: 24 Sep 2012 01:33 AM PDT MSO Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan komenter beliau; Dengan desakan langsung dari rakyat terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran yang lebih meluas. Kini ramai yang menantikan satu prosiding rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut turut akan dikemukakan. Dalam suasana inilah, saya suka menarik perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini. Undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau "repudiate". Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk "rescind the contract" iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui. Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji "repudiate the contract" dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan menamatkan perjanjian tersebut atau "rescind the contract". Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana. Kerajaan Kelantan pula berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah. | ||
Setiausaha Pakatan Tanding Di Demit? Posted: 24 Sep 2012 01:31 AM PDT MSO Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian.
Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin. Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko." Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi. Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat. Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil. Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai. Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai. Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi. Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai. | ||
JENAYAH MENURUN- Warga Emas Mati Dibunuh Di Pekan Pahang Posted: 24 Sep 2012 01:28 AM PDT KELAB GREENBOC Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian. Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan. Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung. "Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1. "Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam. Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa. Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004. "Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. "Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa. "Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui," katanya. Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka. Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH Ulasan GB Jenayah menurun? Sekarang di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri berlaku kes jenayah pembunuhan. Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat? Angka jenayah tidak boleh dipermainkan kerana Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak boleh disembunyikan. "anda" bakal terima padahnya jika cuba mempermainlkan dengan hukum itu. | ||
Pemuda Gerakan Minta Parti Utamakan Muka Baru Hadapi PRU13 Posted: 24 Sep 2012 01:19 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan meminta parti itu memberi peluang kepada muka baru khususnya dari sayap itu untuk dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin berkata adalah wajar pemilihan calon-calon itu dibuat dalam kalangan individu berumur 40 tahun ke bawah dan sayap Pemuda pasti calonnya pasti komited jika dipilih. "Oleh itu, Pemuda berharap calon yang dipilih haruslah mereka yang baru dan kompetitif dalam menyampaikan apa Gerakan perjuangkan untuk masyarakat," katanya pada sidang media di Menara PGRM di sini, Isnin. Mengenai persidangan perwakilan nasional Gerakan pada 29 hingga 30 Sept depan, Lim berkata antara usul yang akan dibentangkan ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan projek nadir bumi. "Usul mengenai strategi parti untuk menghadapi pilihan raya umum juga akan dikemukakan," katanya. Lim berkata persidangan itu juga dibuka kepada orang ramai khususnya kepada golongan mahasiswa sebagai pemerhati bagi melihat sendiri perjalanan persidangan tahunan parti politik itu. Beliau turut meminta kesemua 1,091 anggota perwakilan parti dapat menghadiri persidangan tahunan itu untuk mendengar amanat pemimpin parti. Persidangan tahunan Gerakan akan diadakan di Menara PGRM dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional dijadual merasmikannya.-BERNAMA | ||
"Apa Salahnya Jet Saya Ditaja" - Anwar Posted: 24 Sep 2012 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan 'tajaan' daripada seorang kenalan. Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan 'tajaan' seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang. "Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya...saya nak pinjam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin. Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak. "Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur. "Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan," katanya. Media hari ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet. Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia. Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif. "Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook," katanya. Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut. "Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," katanya. | ||
Penduduk kesal Nong Chik sumbang sejadah logo Umno BN Posted: 23 Sep 2012 10:28 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam menganggu penduduk ketika solat. Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma. Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah. Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. "Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau. "Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat," katanya ketika dihubungi. Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu. "Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan. "Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah," ujarnya. Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN. | ||
Rusuk tembus kena tanduk lembu Posted: 23 Sep 2012 10:18 PM PDT MARANG – Gara-gara ternakan berkeliaran, seorang pemuda menjadi mangsa apabila menemui ajal dalam keadaan tragis, selepas terlanggar seekor lembu di Jalan Pengkalan Berangan ke Pulau Kerengga, di Kampung Alur Wan Syed malam kelmarin. Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan yang juga adik angkat mangsa, turut cedera. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Tuan Mohd Hazrie Tuan Ismail, 21, menunggang motosikal bersama adik angkatnya untuk keluar makan bersama. Bagaimanapun, mangsa dan adik angkatnya yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai tidak sempat mengelak daripada melanggar lembu yang berada di tengah jalan. Akibatnya, mereka tercampak namun hanya mangsa cedera teruk. "Sejurus kemalangan, mangsa dan adik angkatnya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan oleh ahli keluarga mangsa yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian," kata anak saudara mangsa yang maut, Mohd Fazli Jaafar, 24. Rusuk kiri mangsa tembus selepas terkena tanduk haiwan itu, manakala pembonceng pula tercampak ke atas jalan dan cedera bahu kanan sebelum mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Bagaimanapun, akibat kecederaan parah, anak kelima daripada lapan beradik yang bekerja sendiri dan beralamat dari Kampung Alur Wan Syed itu dipercayai menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan di sini. "Mangsa juga tidak sempat menerima rawatan lanjut manakala adik angkatnya dikejarkan ke hospital besar menggunakan ambulan Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan," katanya. Trauma kes panah petir belum hilang BAGI ibu saudara mangsa, Noor Hayati Mohd Noor, 37, dugaan yang dihadapi sungguh berat untuk ditanggung keluarga. Sebelum ini dia sudah kehilangan seorang anak dan seorang anak saudara akibat dipanah petir di Kampung Felda Cador. Dalam kejadian 14 Ogos lalu itu, anaknya, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan anak saudaranya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, maut disambar petir ketika menemani suaminya mencari lembu hilang di ladang ternakan Kampung Felda Cador. "Hari ini (semalam) saya dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang lagi anak saudara akibat nahas jalan raya. Sedih rasanya sebab belum cukup 40 hari, kami terpaksa hadapi sebuah lagi kematian berlaku dalam keluarga ini," katanya. Ibu bapa mangsa, Tuan Ismail Tuan Senik, 52, dan isterinya, Rohani Wahab, 49, redha dengan ketentuan ILAHI walaupun berat hati mereka untuk menerima kenyataan anak kelima mereka telah pergi buat selama-lamanya. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Berangan kira-kira jam 11 pagi, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. Waspada di kawasan gelap SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dipercayai mati di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Beliau mengingatkan penternak tidak melepaskan haiwan peliharaan terutama lembu dan kerbau tanpa pengawasan kerana ia menyumbang kepada kemalangan apabila haiwan berkeliaran di jalan raya. "Pengguna jalan raya juga perlu sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan gelap dan dekat kawasan kampung. "Selain haiwan ternakan, binatang liar seperti babi hutan juga biasanya melintas pada waktu malam," katanya. | ||
Ketua Pemuda Umno Kepong cedera parah ditikam Posted: 23 Sep 2012 10:17 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini. Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online. "Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus. "Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi. Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui. "Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital. "Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak. "Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. | ||
Program Keagamaan Di Selangor Rancak Bawah PR Posted: 23 Sep 2012 10:14 PM PDT SHAH ALAM : Di bawah Pakatan Rakyat(PR) program-program keagamaan dilihat bertambah rancak di Selangor. Lebih membanggakan ia semakin mendapat sambutan masyarakat umum, khususnya golongan muda secara mendadak sejak kebelakangan ini. Kejayaan tersebut disifatkan berpunca dari hasil pendekatan dan kerjasama erat antara golongan agamawan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Demikian menurut Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin dalam satu wawancara eksklusif dengan TV Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini. "Ada kalangan penceramah kita hari ini berjaya menarik golongan anak muda dan pengalaman saya sendiri di masjid ini dengan adanya 'ustaz ikon' sebegini kita tengok program kita sudah ada 50/50 atau pun 40/60 peratus sebahagiannya adalah orang muda. "Ini adalah tanggungjawab besar yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan kita berharap dapat diteruskan, bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di peringkat kecil-kecilan di daerah-daerah," kata beliau. Pada masa ini, selain memperbanyak program keagamaan, Kerajaan Negeri turut menggunakan pendekatan dengan menyelitkan ikon di kalangan tokoh agama terkenal dalam program-program yang dianggap mampu menarik kehadiran golongan muda. Antaranya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal yang pernah dijemput mengadakan ceramah agama dalam program sambutan ambang tahun baru, Sambutan Hari Belia Selangor, Konvoi ke Masjid dan lain-lain. "Mungkin pendekatan kita yang lama dahulu kita tidak lihat penerimaan mereka dan mereka mungkin rasa ceramah agama ini hanya untuk orang tua-tua sahaja. "Apabila turunnya penceramah kita di padang, stadium dan tempat-tempat yang disukai orang muda, akhirnya menarik hati orang muda ini dan akhirnya mereka turun pula ke masjid dan surau. "Bagi saya ini adalah kejayaan yang baik dan berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri," kata Ahmad lagi. Ahmad juga menjelaskan, berbeza dari dahulu, program yang dijalankan di masjid juga bertambah dengan pelbagai kelas agama dan mendapat sambutan positif dari masyarakat Islam Selangor. "Kita dapat tengok masjid mengadakan kuliah keagamaan pelbagai waktu, bukan sekadar kalau dahulu kuliah cuma diadakan selepas Maghrib atau selepas Subuh tetapi sekarang pada waktu pagi sudah bermula seperti Kuliah Duha yang dahulu kita tak pernah dengar sekarang dah ada dan juga kelas selepas waktu Asar. "Kalau hari Sabtu dan Ahad kuliah diadakan dari pagi hinggalah ke malam," ujar beliau lagi. Menurut Ahmad, pernah dalam sebuah program yang diadakan pada waktu Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum ini, mencatatkan kehadiran orang ramai yang menyamai kehadiran solat Jumaat di masjid sama. | ||
37 Tahun Menanti Kini Baru Dapat Hak Milik Tanah Posted: 23 Sep 2012 10:10 PM PDT SABAK BERNAM - Seorang petani berusia 60 tahun yang menghabiskan hampir separuh usianya menetap di Kampung Bagan Terap, Sungai Panjang di sini bersyukur impiannya untuk mendapatkan hakmilik tanah dimakbul juga semalam. Abu Bakar Hashim melafazkan rasa syukur itu ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini. "Pakcik sudah duduk di kampung ini dalam 37 tahun dan lebih 10 tahun memohon hakmilik tanah ini tapi baru sekarang pakcik dapat. "Gembira dan syukur sangatlah bila dapat ni," katanya yang kelihatan begitu gembira. Beliau adalah salah seorang daripada 111 penerima dari Bagan Sungai Burung, Sungai Besar serta Bagan Terap, Parit 18 Tanjung Medan dan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang yang layak mendapat hakmilik tanah atau notis 5A selain 86 orang menerima bantuan SMUE daripada Kerajaan Negeri. Seorang lagi peserta, Che Aminah Shahrin, 70, bekas pekerja ladang dari Kampung Hala Cara Baru berkata, sememangnya Kerajaan Negeri bertindak betul kerana ramai penduduk yang menetap di kampung dalam daerah itu lebih dari 10 hingga 20 tahun. "Makcik pun sudah tinggal lebih 20 tahun. Jadi dapat geran hakmilik tanah ini memang seronoklah. "Lagipun dah minta lebih dari 10 tahun," katanya ibu empat anak yang kematian suami tujuh tahun lalu itu. Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri mengamalkan konsep pembangunan bersama dengan semua rakyat tanpa mengira kaum menikmati hasil negeri ini. Menurutnya, rakyat berhak ke atas hasil negeri dan pemimpin dipilih hanya perlu menjalankan tanggungjawab mengurus dengan baik. "Pengurusan yang baik bukan sahaja cekap tetapi amanah. "Konsep digunakan dengan menguruskan harta negeri Selangor di mana pemimpin tak boleh boros. Dengan cara itu perbelanjaan kita cukup dan simpanan bertambah," katanya. Beliau berkata, pelbagai program dibuat Kerajaan Negeri seperti pemberian hakmilik tanah itu dibuat secara berterusan demi kebaikan rakyat Selangor. Tambahnya, rakyat yang layak akan mendapat hakmilik itu dan Kerajaan Negeri akan bersikap adil. "Bila orang dah dapat tanah, dia jaga kawasan tempat tinggal dia dengan baik. "Ini perkembangan penting di Selangor dan akan membangunkan ekonomi," katanya. Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu; Adun Sekinchan, Eng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor. | ||
Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib Posted: 23 Sep 2012 10:01 PM PDT BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa. Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit! Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab. Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu. Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi menghormati waktu solat dan menghormati Islam. Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula. Suasana yang meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan. Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap. Cetusan idea JKKK Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya. "Ini adalah pembaharuan. Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya. Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan. "Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka. "Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut. Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut. Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut. Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain. "Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen. "Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat," katanya. Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak. Peniaga sambut baik Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan