Biaqpila |
- UMNGOK BIKIN FILEM "AYAQ NAIK KEPALA"
- Najib Tak Bertanggungjawab – Lim Kit Siang
- SANGGUP HANTAR GAMBAR BOGEL
UMNGOK BIKIN FILEM "AYAQ NAIK KEPALA" Posted: 24 Sep 2012 12:00 AM PDT PETALING JAYA 24 SEPT: Sebuah produksi hari ini dikesan menjalankan penggambaran yang menggambarkan situasi krisis air bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor. Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ. Menurut beberapa pelakon, mereka dibayar RM50 setiap orang. Malah beberapa di antara mereka termasuk beberapa krew juga tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat. Selain itu menurut bekas Pengerusi JMB, Dr S Paramanathan, bekalan air di rumah mereka pada masa ini berada dalam keadaan baik, tidak seperti yang cuba digambarkan. "Air di sini okey saja. Dulu ada juga tapi disebabkan masalah pam atau kegagalan JMB bayar air kepada Syabas(Syarikat Bekalan Air Selangor)," kata beliau. Beliau juga memberitahu penduduk di situ berasa kesal keputusan JMB memberi kebenaran penggambaran di buat di kawasan kediaman mereka. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Jenny mendakwa beliau dimaklumkan pihak JMB dibayar sebanyak RM15 ribu oleh produksi sebagai sewa tapak lokasi pengambaran. Tinjauan TV Selangor di lokasi penggambaran mendapati beberapa orang yang terlibat tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat. Beberapa penduduk yang ditemui juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan JMB yang memberikan kebenaran penggambaran itu dijalankan di kawasan kediaman mereka. Berdasaran peralatan yang digunakan oleh produksi tersebut, ia dipercayai menelan kos yang besar. Di lokasi penggambaran mendapati sekurang-kurangnya sebuah kren, beberapa lori pengangkut peralatan termasuk generator besar, tandas bergerak turut digunakan dalam penggambaran tersebut. selangorku KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Najib Tak Bertanggungjawab – Lim Kit Siang Posted: 23 Sep 2012 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER : Tragik dan sedih, itulah ungkapan yang cuba digambarkan oleh Lim Kit Siang berhubung kenyataan Najib Tun Razak berkaitan dakwaan terbaru ke atas Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki aset berbillion dolar. Menurut Kit Siang lagi, respon Najib Razak itu tidak bertanggungjawab apabila Najib menganggap semua dakwaan ke atas Taib Mahmud itu sebagai 'jangan dilayan'. " Ini merupakan respon yang paling mengecewakan dan juga tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF)", kata Kit Siang. Dalam laporan terbaru itu, sebuah NGO berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion. Dalam perkembangan yang berkaitan, laporan BMF yang bertajuk 'The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia' yang telah dikeluarkan di Brussels itu turut mendedahkan bagaimana Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan hampir USD 21 billion yang terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia. Kit Siang turut menyoal adakah respon Najib ini merupakan langkah awal bertujuan untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga Menteri-Menteri dan penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan dan menjalankan siasatan berhubung laporan BMF ini. Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Ketua Parlimen DAP ini turut mendesak Najib untuk bertindak dan mengisytiharkan dengan jelas tugas SPRM dan menggunakan laporan BMF itu bagi memulakan siasatan penuh, menyeluruh dan meluas ke atas tuduhan "korupsi besar" yang dilakukan Taib dan keluarganya sepanjang 31 tahun Taib menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak.-roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 23 Sep 2012 11:17 AM PDT KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya. Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon. "Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam. Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang. "Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain," katanya. Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. "Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar 'Datuk' meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya. "Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati," katanya. Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti. "Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya," katanya. Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. "Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku. "Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan