DIALOG RAKYAT |
- PKR Arau berjaya tembusi kubu kuat BN
- Membelenggu politik mahasiswa
- Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos
- DAP gesa Suhakam gunakan kuasa, bantu Suaram
- Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik
- Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM
- Pahang akan batal perjanjian air jika Selangor enggan teruskan projek loji air Langat 2
- Isa yakin menang di Perlis, tolak khabar angin ‘propaganda’
- Pergolakan Umno Perlis faktor kemenangan Pakatan- AMK
- Royalti Kelantan: 160 ribu referendum akan diserah pada Najib
- Taib monopoli ekonomi punca kemiskinan di Sarawak
- Audit Pengundi S’ngor: Saifuddin sifatkan Pengerusi SPR penipu besar
- Najib, Umno sebenarnya gadai negara dengan rasuah
- Kerajaan Pulau Pinang angkat nama seniman agung P.Ramlee
- Tenat Benar Najib Sampai Merayu....
- Isu Air Percuma di Selangor : 2,020 Rakyat Selangor Saman Khalid Ibrahim & SYABAS RM1.1 Juta!!
- WASPADA- Saman Automatik Bermula Malam Ini
- Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab Mengapa....
- Calon import Pas Kedah masih teka-teki
- Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan
- Pas sudah jangka PRU13 tangguh
- Tebing longkang runtuh
- Kerjasama pintar IPT, polis tangani jenayah universiti
PKR Arau berjaya tembusi kubu kuat BN Posted: 23 Sep 2012 05:14 AM PDT Tambun Tulang ialah kubu kuat Barisan Nasional yang diterajui bekas Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim. PETALING JAYA: PKR Cabang Arau, Perlis buat pertama kalinya dapat menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Kampung Tengah, Tambun Tulang kerana berjaya menubuhkan rantingnya baru-baru ini. Setiausaha PKR Cabang Arau, Hafessazly Hashim berkata, Tambun Tulang ialah kubu kuat BN yang diterajui bekas Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim. "Semua ahli jawatankuasa ranting PKR itu terdiri daripada anggota masyarakat Thailand dan majoriti penduduk Kampung Tengah adalah terdiri dari masyarakat Thai," kata beliau kepada FMT hari ini. Katanya, sebelum ini sokongan daripada masyarakat Thai tidak menonjol tetapi kali ini mereka sudah berani ke depan dengan menubuhkan ranting PKR Kampung Tengah di Tambun Tulang. Menurut Hafessazly, sebanyak 127 borang keahlian telah diterima oleh Timbalan Ketua Cabang Arau Tengku Nadzri Tengku Aldin bersama pimpinan Cabang Arau. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah pimpinan PKR Cabang Kangar, PKR Cabang Padang Besar dan Majli Pimpinan Negeri Perlis. Beliau berkata, kehadiran masyarakat Thai dan sambutan majlis tersebut amat memberangsangkan dan PKR Cabang Arau yakin pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan di Dewan Undangan Negeri Tambung Tulang. "Peningkatan keahlian PKR Cabang Arau juga semakin meningkat sejak kebelakangan ini," terangnya. Menurutnya lagi, program Jamuan Hari Raya Aidulfitri Pakatan Rakyat peringkat Parlimen Arau yang diadakan di Dataran Anwar Ibrahim Kampung Long Boh baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. "Masyarakat Thai yang menghadiri majlis tersebut amat teruja melihat perpaduan sesama kaum yang ditonjolkan Pakatan dan seterusnya menyampaikan hasrat untuk bersama-sama dengan Pakatan dengan menubuhkan ranting PKR di Kampung Tengah," jelas beliau. |
Posted: 23 Sep 2012 05:13 AM PDT Kerajaan menyekat kebebasan pelajar dan membelenggu mereka dengan memperkenalkan pelbagai akta, polisi, strategi dan persekitaran. PETALING JAYA: Usaha menjinakkan peranan mahasiswa dilakukan pemerintah melalui budaya politik kotor seperti memfitnah agar mereka tidak mengancam kepentingan politik sedia ada. Pengerusi 'We Unite for Islam' (Wufi), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Saiful Mat Amin berkata, kerajaan menyekat kebebasan pelajar dan membelenggu mereka dengan memperkenalkan pelbagai akta, polisi, strategi dan persekitaran. "Ini dilakukan setelah kerajaan menyedari potensi dan keupayaan golongan muda," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, revolusi dan demonstrasi jalanan yang kini sering diperlekehkan potensinya telah menyaksikan 13 orang pemimpin dunia regim zalim berjaya ditumbangkan. Ini dilakukan melalui perarakan skala besar jalan raya bukannya melalui pilihan raya. Beliau menyebut beberapa contoh seperti Revolusi Xinchai di China pada tahun 1911, demonstrasi Gwangju di Korea pada 1980, bantahan Namfrel di Filipina (1986), demonstrasi regim Soeharto di Indonesia (1997), Revolusi Oren di Ukraine (2004) dan Arab Spring di Afrika Utara pada 2011. Kesan dari pelbagai sekatan itu katanya, mahasiswa kini tidak berminat untuk mengikuti apatah lagi mengkaji perkembangan semasa dalam dan luar kampus lantaran kepelbagaian ragam, kerenah dan budaya kotor dalam pengurusan pentadbiran politik sedia ada. "Realiti ini merupakan satu kerugian buat Malaysia kerana mahasiswa seharusnya diberi pendedahan untuk meneroka pengalaman dalam pengurusan pentadbiran politik bukannya menyertai parti politik. "Halangan menyertai parti politik memang telah lama dizahirkan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di dalam Seksyen 15(1) dan (2)," katanya. Beliau menyoal, "bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini disekat melalui budaya memfitnah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab?" Menurut Saiful, antara ancaman pendidikan politik mahasiswa hari ini ialah budaya fitnah memfitnah dalam pilihan raya kampus (PRK). Falsafah politik Machiavelli "Ia adalah mainan kotor politikus yang diwarisi dari idelogi barat falsafah politik Nichole Machiavelli yang terang dan jelas bertentangan dengan roh Islam dan adab-adabnya," jelas beliau. Antara falsafah Machiavelli katanya adalah: "Untuk sesebuah kerajaan mengekalkan kuasa, mereka haruslah mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran menipu." Katanya, politikus juga dipasakkan dengan pengamalan "matlamat menghalalkan cara". Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk memfitnah sebagai strategi menyerang pihak lawan. "Justeru, kami dengan ini menegaskan bahawa bukan menjadi budaya kerja kami menggunakan tipu daya dan helah terhadap unsur–unsur PRK samada memburuk-burukkan peribadi calon, mencetuskan suasana dan budaya politik kotor dan seumpamanya," kata Saiful. |
Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos Posted: 23 Sep 2012 05:10 AM PDT MALAYSIA KINI Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti tersebut mesti menghapuskan tiga mitos mengenai Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.Berucap di konvensyen DAP Perak hari ini, Lim berkata parti itu mesti membuktikan bahawa dasar Pakatan tidak akan memufliskan negara. "Prestasi kita yang cekap di empat negeri Pakatan membuktikan bahawa perkara ini satu penipuan kerana tiada negeri Pakatan yang bankrap, sebaliknya merekodkan lebihan yang besar," katanya. Mitos kedua, kata Lim, adalah dakwaan MCA bahawa kemenangan Pakatan akan menjurus kepada pembentukan negara Islam, sedangkan Umno mendakwa ia akan membawa kepada pembentukan negara Kristian. "Penipuan oleh MCA dan Umno ini saling bercanggah. Hujah paling jelas adalah, negara Islam atau negara Islam tidak dinyatakan dalam dasar bersama Pakatan," katanya. Perkara ketiga, kata Lim, ialah dakwaan bahawa satu rusuhan kaum besar seperti 13 Mei akan berlaku jika Pakatan membentuk kerajaan pusat. Lim berkata ugutan seperti itu disasarkan kepada golongan bukan Melayu sedangkan perubahan kuasa hanya boleh berlaku dengan sokongan pengundi Melayu. |
DAP gesa Suhakam gunakan kuasa, bantu Suaram Posted: 23 Sep 2012 05:08 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menggunakan kuasanya untuk menghalang "gangguan dan penganiayaan" ke atas kumpulan masyarakat sivil, khususnya NGO Suaram.Lim berkata, Suhakam berkuasa mengikut Seksyen 4(1)(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Malausia 1999 untuk menyiasatan sekiranya berlaku pelanggaran ke atas hak asasi NGO tersebut. Sehingga kini, Suhakam masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ke atas Suaram walaupun timbul rayuan daripada NGO berkenaan supaya berbuat demikian. Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam memberitahu pemberita hari ini bahawa suruhanjaya berkenaan masih belum membuat keputusan mengenai reaksinya ke atas Suaram. "Kami akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi. Kami perlu membincangkan dengan pesuruhjaya lain tersebtu dahulu. "Tidak adil bagi kita jika kami keluarkan kenyataan sekarang," katanya dalam sedang media selepas satu kolokium bersama sekumpulan hakim kanan hari ini. Lim juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan "perang" yang dilihatnya dijalankan Umno dan BN ke atas kumpulan masyarakat sivil dan gangguan serta penganiayaan ke atas Suaram, BERSIH dan juga portal berita Malaysiakini. |
Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik Posted: 23 Sep 2012 05:08 AM PDT Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata terdapat kalangan pemimpin Islam yang cenderung untuk mengguna hukuman paling berat termasuklah hudud agar mereka kelihatan lebih Islamik. Tanpa menyebut golongan yang dimaksudkannya, beliau berkata langkah itu tidak mungkin sesuatu yang benar kerana menurutnya Islam lebih menekankan keadilan berbanding hukuman berat. "Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain. "Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Runding Cara Peringkat Tinggi Pakar tentang Islam dan Kesihatan Wanita di Kuala Lumpur pagi ini. Tafsiran ketepi al-Quran Kumpulan tersebut tidak mengambil kira perubahan semasa dalam mengeluarkan pandangan, katanya. "Mereka berikan kita idea yg sukar untuk kita selarikan dengan idea dari sumber lain," katanya. Perkara itu, katanya lagi berpunca daripada tafsiran Islam yang mengenepikan al-Quran sebagai rujukan utama dan melebih-lebihkan sumber lain. "Saya percaya masalah ini datang daripada pelbagai tafsiran Islam. "Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib. "Kita cenderung jadikan perkara yang tidak wajib itu (sebagai) wajib. "Kerana kita buat begini, kita cipta masalah kepada kita dan orang lain," katanya. Justeru, beliau menggesa agar mereka yang tidak bersetuju dengan perkara itu agar menentang idea berkenaan dengan hujah agama dan bukannya menggunakan hujah dan nilai-nilai Barat. "Ia amat penting untuk orang Islam yang tidak mengkhusus dalam agama agar mengetahui agama mereka supaya mereka boleh berhujah dengan golongan konservatif berdasarkan agama, dan bukannya berdasarkan sistem nilai yang lain," katanya. |
Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM Posted: 23 Sep 2012 05:00 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab. Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros. Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar. "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? "Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. "Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara. "Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya. Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan. "Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan. "Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi. Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan". Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini. Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini. Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi. Bagaimanapun, CEO Malaysiakini menjelaskan bahawa pebiayaan berkenaan adalah untuk projek Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) dan pelbagai projek untuk mempromosi kebebasan media. Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997. Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006. |
Pahang akan batal perjanjian air jika Selangor enggan teruskan projek loji air Langat 2 Posted: 23 Sep 2012 04:55 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER BENTONG — Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu. Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu. "Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik. "Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong. Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini. Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu. Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015. Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.9 bilion. Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir. — Bernama |
Isa yakin menang di Perlis, tolak khabar angin ‘propaganda’ Posted: 23 Sep 2012 04:51 AM PDT Isa berkata persepsi bahawa majoriti pengundi akan memilih pembangkang hanya suatu propaganda oleh pembangkang. "Selepas PRU 2008, BN telah melaksanakan pelbagai program untuk memastikan rakyat akan terus menyokong BN, " katanya (gambar) kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bersepadu Jualan 1Malaysia dan Pengurangan Harga diperingkat negeri Perlis di Dataran C-Mart, Arau di sini hari ini. Md Isa yang juga pengerusi BN Perlis berkata pelbagai masyarakat di Perlis yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Siam menunjukkan sokongan mereka kepada parti pemerintah dan pasti tidak akan mengambil sebarang risiko. Beliau juga yakin kawasan Sanglang dan Simpang Empat, kedua-dua kerusi yang dimenangi oleh pembangkang (PAS) semasa PRU lepas akan dirampas semula, bersama-sama 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kini dipegang BN. Dalam laporan The Malaysian Insider ini, bekas MB Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan terdapat pergelutan berlaku dalam Umno di Perlis dan berpecah kepada empat kumpulan. "Terdapat empat kumpulan menurut Shahidan, satu diketuai oleh beliau, satu lagi oleh MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, satu lagi oleh ADUN Pauh (abang kepada Raja Perlis 'Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail) dan lagi satu ialah bekas menteri Datuk Azmi Khalid," kata pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin dalam Harakah. ADUN tiga penggal tersebut menerangkan perubahan "luar biasa" sokongan masyarakat Cina di Perlis ketika ini terhadap BN. Dia menyatakan keyakinan bahawa sekurang-kurangnya 70 atau 80 peratus daripada undi masyarakat Cina akan beralih kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ke-13 nanti. Dalam PRU 2008, Hashim menyatakan bahawa beliau hanya mendapat 30 daripada 800 undi masyarakat Cina untuk memenangi kerusi DUN Sanglang yang disandang beliau ketika ini. Tetapi keadaan sudah bertukar kata pemimpin PAS tersebut dan mendakwa BN banya mampu mendapat 30 undi dan PR akan menyapu bersih undi yang lain. Hasim juga memberitahu PR di Perlis sudah bersedia menghadapi PRU yang dikatakan bakal diadakan pada November serta mendakwa mereka sudah mempunyai "kabinet bayangan" sekiranya PR mengambialih Perlis. |
Pergolakan Umno Perlis faktor kemenangan Pakatan- AMK Posted: 23 Sep 2012 04:49 AM PDT Oleh: Aisya Geofrey KUALA LUMPUR: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali. Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim. "Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis," kata Ammar ketika dihubungi. Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd Isa. Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang. Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh. Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN. "Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin ditolak rakyat," jelas Ammar. |
Royalti Kelantan: 160 ribu referendum akan diserah pada Najib Posted: 23 Sep 2012 03:50 AM PDT Oleh: Aliff Fikri KOTA BHARU: Seramai 1400 rakyat akan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan sempena Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya pada 2 hingga 3 Oktober ini. Konvoi anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) bertujuan menuntut hak royalti minyak diserahkan kepada rakyat Kelantan. Setiausahanya, Syam Ghaz berkata, konvoi tersebut juga diadakan sempena tarikh perbicaraan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas pada 3 Oktober 2012. "Kita akan berlepas dari Kota Bharu jam 7:30 pagi dan akan terus menuju ke tapak ceramah Himpunan Rakyat Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan Shah Alam," katanya yang menambah program solat Hajat akan turut diadakan. Himpunan itu, katanya, akan dihadiri Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Menurutnya, dua pemimpin dari Sabah, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Yahya Lampong juga mengesahkan kehadiran di himpunan tersebut. Beliau berkata, 160 ribu referendum akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada keesokan harinya. "Referendum terkumpul ini sebagai menyatakan sokongan rakyat terhadap perjuangan menuntut royalti minyak ini akan kita serahkan pada Najib. "Kita menuntut agar Najib tidak terus mengenepi dan menganiaya rakyat Kelantan berhubung isu minyak ini," katanya. Usaha menuntut royalti minyak mula digerakkan ketika berlangsung kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009. Merujuk perjanjian hasil cari gali yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Petronas pada 1975, Petronas wajib membayar 5 peratus dari keuntungan minyak kepada Kerajaan Negeri. |
Taib monopoli ekonomi punca kemiskinan di Sarawak Posted: 23 Sep 2012 03:47 AM PDT KEADILAN DAILYOleh: Sidiqin Omar SARAWAK : Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari. "Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud. "Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja," katanya kepada Suara Keadilan. Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score). Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana 'terputus ditengah jalan' oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud. "Hampir di setiap bahagian di Sarawak mengalami masalah kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Sebagai contoh, di kawasan Batang Ai tiada bekalan elektrik, sedangkan di Batang Ai terdapat empangan penjana elektrik. "Perjalanan antara satu rumah panjang dengan yang lain terpaksa menggunakan bot ,yang kadang kala memakan masa sehingga 9 jam. Jalan Raya tidak ada. "Begitu juga dengan kawasan luar bandar sepertii di Sadong, Batang Lupar, Kapit dan lain-lain. Ini kawasan pertanian yang penduduknya berpendapatan rendah. "Agensi kerajaan negeri langsung tak berperanan. Wakil rakyat jarang turun padang. Tidak ada usaha pengembangan ekonomi yang tersusun," jelas Nazib. Tambahnya, dasar gaji minima RM800 sebulan bersamaan RM3.85 sejam oleh kerajaan pusat tidak adil untuk rakyat Sarawak kerana barangan keperluan harian di negeri itu lebih mahal dari Semenanjung. "Tapi gaji pekerja, termasuk buruh kerajaan sangat rendah. Saya pernah berjumpa tukang kebun DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) yang berpendapatan RM550 sebulan. Tak cukup untuk sebuah keluarga. "Pelancongan pula tak lagi jadi industri utama di Sarawak. Kalau dulu ramai pelancong Eropah datang untuk melihat hutan, gua dan Taman Negara di Sarawak, sekarang tidak lagi. Balak habis disapu. Bandar yang bergantung kepada sumber ini malap, mati. "Kemudian, apabila tidak ada kerja, jenayah meningkat sekaligus memberi impak sosial yang negatif. Ini yang sedang berlaku di Sarawak," jelasnya. |
Audit Pengundi S’ngor: Saifuddin sifatkan Pengerusi SPR penipu besar Posted: 23 Sep 2012 03:43 AM PDT SUARA KEADILANKUALA LUMPUR - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR. Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai 'penipu besar' kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu. Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor. Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran. Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri. "Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar. "Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal," katanya lagi seperti dipetik. Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara. Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang. |
Najib, Umno sebenarnya gadai negara dengan rasuah Posted: 23 Sep 2012 03:40 AM PDT Oleh: Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Kenyataan Perdana Menteri bahawa negara akan tergadai jika Pakatan memerintah tidak berasas, sebaliknya rakyat berdepan risiko jika Umno-BN terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke 13. "Najib dan Umno BN harus ingat mereka sebenarnya yang mengadaikan negara dengan projek-projek untuk keuntungan peribadi seperti NFC, Lynas, Bukit Koman dan pelbagai lagi projek yang diusahakan untuk mengaut keuntungan peribadi," kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Justeru beliau meminta Najib berhenti memperbodohkan rakyat kerana mereka kini bijak menilai dan tidak lagi bergantung kepada laporan berat sebelah media arus perdana. "Dia (Najib) ingat semua rakyat akan percaya dan hanya baca berita dari Utusan saja atau menelan bulat-bulat apa yang dia cakap," kata beliau ketika dihubungi. Mengulas lanjut, Fuziah berkata Pakatan Rakyat membuktikan kejayaan mengurus tadbir di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan prinsip telus dan merakyatkan ekonomi untuk kesenangan rakyat. "Kita juga sedaya upaya menangani masalah ketirisan hasil peninggalan Umno BN," katanya. Pada masa sama, Fuziah turut mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau yang menolak kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. "Kalau benar pendedahan mengenai kekayaan keluarga serta kroni Taib yang berjumlah RM64 billion tidak benar, kita minta beliau kemukakan bukti dan bukan hanya bercakap kosong saja. "Sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya bercakap berdasarkan fakta dan angka, bukan menafikan tanpa bukti yang jelas," tegas beliau. |
Kerajaan Pulau Pinang angkat nama seniman agung P.Ramlee Posted: 22 Sep 2012 11:33 PM PDT roketkini.com GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinamakan semula sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee bagi mengenangkan jasa seniman unggul ini. Menurut Ketua Menterinya Lim Guan Eng, Pulau Pinang amat berbangga bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri yang dibesarkan dan belajar Pulau Pinang. "Masih ada ramai yang tidak tahu P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang. Masyarakat majmuk dan terbuka di Pulau Pinang ketika itu mungkin satu dari kriteria pembentukan bakat dan membolehkan P. Ramlee memacu potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang cemerlang dalam sejarah Malaysia. "Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti di Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan dunia." Ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Pada masa yang sama, beliau turut mengetengahkan rasa kurang berpuas hati terhadap kerja-kerja membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa yang menelan belanja sebanyak RM250 juta berikutan banyak aduan masalah seperti kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang. Menurut beliau, banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut. "Saya berharap pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah yang timbul tersebut. "Kita tidak mahu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak." Ujar beliau.-roketkini.com |
Tenat Benar Najib Sampai Merayu.... Posted: 22 Sep 2012 11:26 PM PDT MSO Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini. Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia. Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib. Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain. Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya. Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga. Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja. Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini. Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi. Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou. |
Isu Air Percuma di Selangor : 2,020 Rakyat Selangor Saman Khalid Ibrahim & SYABAS RM1.1 Juta!! Posted: 22 Sep 2012 11:23 PM PDT BERITA SEMASA Tempoh hari sekitar 711 penduduk Selangor telah menyaman kerajaan Selangor kerana gagal memberikan mereka air percuma di Selangor sepertimana dinikmati rakyat Selangor sejak 4 tahun lalu. Kali ini 570 penduduk pangsapuri Sri Angsana, Taman Mahkota Cheras pula telah menyaman kerajaan negeri Selangor. Dan sekarang angka yang menyertai kes saman isu air percuma di Selangor telah meningkat kepada 2020 orang. Isu Air Di Selangor : Apa Sebab-musabab Mereka Mahu Saman Kerajaan Selangor? Kata mereka
Meter pukal memang zalim diperkenalkan terutamanya jikalau timbulnya masalah "maintenance" liat bayar bil, yang menjadi mangsa penduuk juga. Walaubagaimanapun di pihak Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan, Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad ada cerita menarik berkaitan dengan SYABAS melibatkan isu air percuma di Selangor.
Baguslah kalau janji-janji/manifesto boleh saman-saman lagi bagus kalau ada ganti rugi teladan… tidaklah selepas ini masing-masing parti politik berlumba-lumba menjanjikan bulan + bintang semata-mata mahu menawan hati rakyat. Betul tak? Walaubagaimanapun, pada pendapat kami dalam isu air percuma di Selangor ini, air yang diberikan itu adalah kepunyaan pihak pengurusan kediaman mereka. Pengurusan kediaman tidak menyalurkan ke isi rumah tiada kena mengena dengan SYABAS. Sebab yang membayarnya adalah pihak pengurusan itu sendiri. Nak menang secara teknikal sangat senang kes seumpama ini. Sebab dasar tak kuat. Setakat manifesto. Apatah lagi, dalam bahasa mudah untuk difahami ia tidak digazetkan sebagai satu "perjanjian sah". Itu sebablah juga kita boleh lihat berapa banyak papan tanda projek-projek dan manifesto yang dijanjikan yang kena mamah dek anai-anai. Tiada masalah apa-apa pun yang timbul. Sebab ia hanya manifesto. Bukannya sah di antara manusia di situ dan dicopkan. P/S : Mungkin selepas ini, parti politik yang bertanding semasa membentangkan manifesto masing-masing mestilah menerangkan secara terperinci takut-takut disalahtafsir oleh rakyat. Biasalah manusia, rambut sama hitam tetapi "hati" lain-lain. Macam-macam kerenah…. PP?S : Apa kata rakyat Selangor dengan proses pemberian air percuma setakat ini? |
WASPADA- Saman Automatik Bermula Malam Ini Posted: 22 Sep 2012 11:09 PM PDT KELAB GREENBOC AES Mula Beroperasi Malam Ini PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat. Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. "Kamera AES dipasang di 'kawasan panas' atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu. Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran. "Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah. Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut. Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan. Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut. "Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES. "Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya. Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan. "Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut. "Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan," kata Solah. Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar |
Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab Mengapa.... Posted: 22 Sep 2012 11:00 PM PDT Kata orang tua-tua, kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah... Begitulah, jika tak ada apa-apa masakan Najib merayu-rayi diberikan peluang sepenggal lagi... sepenggal saja lagi untuk UMNO BN memerintah negara.... PRU13 ditangguhkan dari hari ke hari, dari bulan ke bulan - pun belum terjumpa tarikh keramat yang dingininya kerana semua petunjuk tidak berpihak kepada UMNO BN. Orang yang yakin menang tidak perlu merayu-rayu, tetapi Najib menunjukkan sikapnya yang gelabah, yang kecut untuk menghadapi kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Maka itu, beliau tidak menyedari dengan rayuan itu, beliau memaparkan apa yang ada di dalam hati kecilnya itu... Mungkinkah pemerhatian GB sebelum ini, jangkahayat Najib menjadi PM lebih pendek dari Pak Lah bakal menjadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan! klik untuk baca |
Calon import Pas Kedah masih teka-teki Posted: 22 Sep 2012 10:55 PM PDT POKOK SENA - Kemungkinan Pas Kedah bakal mengetengahkan calon import pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masih menjadi teka teki, ekoran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta media menunggu pengumuman rasmi senarai calon Pas, yang akan diumumkan sejurus tarikh pilihan raya ditetapkan. "Calon import atau tempatan, tunggu sahaja nama calon itu diumumkan kelak," katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam. Menurutnya, Pas Pusat menyerahkan kepada budi bicara Pas negeri untuk menapis senarai calon layak bertanding, dan selepas mendapat persetujuan pusat, negeri akan menilai semula calon berkenaan sebelum memuktamadkan keputusan. "Sebelum ini Pas Kedah sudah hantar beberapa nama untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Majlis Syura sudah luluskan. Ada tiga empat nama bagi setiap Dun, selepas kita setuju, kita serah semula kepada negeri untuk pertimbang siapa paling layak," katanya. Abdul Hadi berkata, senarai akhir menjelang PRU13 kelak akan diputuskan atas pertimbangan Pas negeri. "Kita serah pada budi bicara Pas Kedah, mereka hantar ke pusat dan pusat buat pertimbangan. Seterusnya senarai itu kembali ke negeri dan terserah pada kebijaksanaan negeri masing-masing," katanya. Sebelum ini, Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pas Kedah tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon import pada PRU13 sekiranya calon sedia ada tidak berkualiti dan mendapat persetujuan pusat. Bagaimanapun, keutamaan tetap diberikan kepada calon tempatan, memandangkan parti itu mempunyai ramai calon berpotensi. |
Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan Posted: 22 Sep 2012 10:53 PM PDT JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR). Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13. "Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. "Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang). "ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini. Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor. Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen. "Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain. "Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya. Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini. Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya. Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik. Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia. "Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang. Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam. "Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya. |
Pas sudah jangka PRU13 tangguh Posted: 22 Sep 2012 10:48 PM PDT POKOK SENA - Pas sudah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan ditangguh lagi, kemungkinan sehingga akhir tahun atau tahun depan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berikutan itu, Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini. "Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional (BN) untuk pilih November sebagai persidangan," katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan, Persidangan Agung Umno akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember, dan kemungkinan PRU-13 akan dilaksanakan tahun depan. Sementara itu, calon PRU13 dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan diputuskan selepas perbincangan dibuat antara Pas-PKR-DAP. Abdul Hadi berkata, kerusi yang bakal ditawarkan kepada calon DHPP hanya melibatkan kawasan majoriti bukan Islam. Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Thomas Su, bahawa Pas berhak memilih calon DHPP asalkan ia hanya melibatkan kerusi kuota Pas, bukannya kerusi yang berlaku pertindihan antara DAP-PKR, Abdul Hadi yakin wujud persefahaman tiga parti dalam perkara itu. Ditanya sama ada setiap negeri akan meletakkan seorang calon DHPP, Abdul Hadi berkata, perkara itu belum diputuskan. |
Posted: 22 Sep 2012 10:47 PM PDT CHERAS - Hujan lebat lebih dua jam, menyebabkan tebing longkang monsun di Pusat Komersial Bandar Damai Perdana runtuh menyebabkan beberapa gerai peniaga pasar pagi terpaksa dialihkan ke kawasan parkir berdekatan buat sementara waktu. Peniaga, Lee, 55, berkata, dia menyedari kejadian kira-kira jam 2.40 pagi kelmarin ketika hujan lebat dan terdengar bunyi kuat di hadapan kedai sebelum melihat tebing longkang monsun sepanjang lebih 30 meter dengan lebar lebih dua meter runtuh. Menurutnya, sebelum ini belum pernah berlaku kejadian sebegini dan kemungkinan hujan terlalu lebat menyebabkan tebing tersebut runtuh. Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Eddie Ng berkata, beliau menerima panggilan kira-kira jam 3 pagi mengatakan tebing longkang monsun berdekatan lokasi pasar pagi di Jalan 1/8, Bandar Damai Perdana runtuh berikutan hujan lebat malam tersebut. "Kita telah melawat ke kawasan kejadian dan mendapati tebing sepanjang lebih 30 meter tersebut runtuh, namun bersyukur tidak melibatkan kecederaan kepada pengguna. "Tujuh peniaga pasar pagi terpaksa dialihkan sementara ke kawasan parkir berdekatan manakala kawasan terbabit ditutup dengan kanvas buat sementara waktu bagi MPKj melakukan baik pulih," katanya. Difaham, ketika kejadian, air di parit monsun melebihi tiga meter sedangkan paras maksimum hanya satu meter mengikut spesifikasi. |
Kerjasama pintar IPT, polis tangani jenayah universiti Posted: 22 Sep 2012 10:45 PM PDT SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berharap jalinan kerjasama pintar antara komuniti kampus dengan polis menerusi Program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) dapat membantu mencegah dan menangani jenayah di kawasan universiti. Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga inisiatif polis mendekati golongan siswa dan siswi dalam membendung gejala itu. "Golongan siswa dan siswi adalah kumpulan yang penting dan bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang, justeru disiplin yang tinggi dan kesedaran menjaga keamanan negara perlu dipupuk dalam diri mereka. "Selain itu, program ini adalah strategi jangka masa panjang PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk mencari bakal pegawai polis yang berkualiti dan berintegriti lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 3K Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam. Sebelum itu, Ismail turut memeriksa perbarisan kira-kira 600 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) di padang kawat universiti itu. Beliau berkata dengan kewujudan program 3K itu, PDRM menyediakan modul tertentu antaranya mengadakan rondaan bersama antara anggota Suksis dan polis di taman perumahan atau pusat beli-belah. Ismail berkata dalam rondaan itu, anggota Suksis yang terlibat akan melihat dan mempelajari cara pihak polis menjaga keamanan di setiap kawasan. "Kerjasama Suksis dan pihak polis dalam rondaan ini dijangka dilakukan dalam masa terdekat dan kita akan bermula di kawasan Shah Alam dahulu," katanya. Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata kerjasama yang terjalin di antara Suksis dan polis akan lebih merapatkan lagi hubungan antara PDRM dan golongan mahasiswa. Beliau berkata, penglibatan pelajar dalam program itu membuktikan mereka juga sangat prihatin dan ingin melihat negara dalam keadaan aman. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan