Ahad, 2 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta

Posted: 02 Sep 2012 06:21 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.                                                             

Allahyarham dipercayai menghidap kencing manis dan jantung.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata, mayat Rosyuri ditemui orang ramai di dalam kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan di simpang empat lorong belakang al-Quds Travel, di Wakaf Siku.

Katanya, menurut isteri si mati, Rosyuri yang ada bersamanya pada waktu maghrib memberitahunya yang dia hendak menonton bola sepak antara Kelantan dan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak tersebut," katanya.

Azham berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Binjai, Ketereh itu ditemui dengan kesan muntah, dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Hisham: Politik kebencian termasuk serang bas perlu dihenti

Posted: 02 Sep 2012 06:19 AM PDT

SITI SAFA MOHD NOR

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
 
KAMPUNG GAJAH - Politik kebencian yang sedang berlaku harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia terus menular di kalangan rakyat negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu tegas Menteri Dalam Negeri, tindakan segelintir pihak yang memijak bendera, membaling batu dan cat kepada bas yang digunakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memijak gambar Perdana Menteri kelmarin selain membuat ugutan
bunuh ke atas pemimpin adalah satu kesalahan serius yang perlu diambil tindakan segera.

Menurutnya, insiden yang berlaku berkenaan akan dikendalikan bersama kerana ia melibatkan semua pihak tanpa memilih kepentingan masing-masing.

"Saya melihat insiden yang berlaku itu menjadi tumpuan rakyat dan tindakan segera harus diambil terhadap perkara ini.

"Kita mempunyai pelbagai undang-undang termasuklah polis dari segi konteks siasatan, peguam negara dari segi konteks pendakwaan dan kehakiman dari segi konteks kes dan juga hukuman.

"Kita mempunyai keseimbangan undang-undang kerana polis tidak boleh membuat tindakan sesuka hati mereka," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Felcra Wilayah Perak di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, masyarakat hari ini mahu melihat satu tindakan diambil kerana negara mempunyai undang-undang.

"Jika tidak boleh diambil tindakan pun, ia perlu dimaklumkan kepada masyarakat mungkin undang-undang tidak cukup, bukti tidak cukup dan sebagainya.

"Pihak polis harus menyiasat terlebih dahulu perkara ini dan bersama badan terlibat lain berbincang akta mana yang mahu didakwa bagi kes-kes berkaitan.

"Orang ramai juga harus tahu hasil siasatan itu supaya tidak berlaku eksploitasi maklumat yang tidak betul di sebarkan," katanya.

Katanya, siasatan perlu dilakukan secara telus dan tidak mahu berlaku tunding jari pelbagai pihak kerana perkara itu tidak akan ada kesudahan.

Tukar Bendera: Perkasa Buat Laporan Polis

Posted: 02 Sep 2012 06:06 AM PDT



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pada Ahad membuat laporan polis berhubung tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedar risalah menukar bendera 'Jalur Gemilang' kepada 'Sang Saka Malaya' pada malam ambang kemerderkaan Khamis lalu.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata penyebaran gambar itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan dan ia merupakan satu unsur hasutan kepada rakyat.

"Ini juga satu hasutan kepada rakyat. Bendera ini melambangkan sesebuah Negara, tetapi ianya telah dilacurkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kita menganggap pihak tak bertanggungjawab ini tidak menghormati negara dan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Ahad.

Beliau membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang.

Menurut Irwan, enam laporan polis serupa turut dibuat di enam negeri, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor oleh Ketua Wira Perkasa Negeri masing-masing.

Tak perlu tubuh JK, Pakatan jamin pulangkan royalti minyak negeri

Posted: 02 Sep 2012 05:59 AM PDT

KEADILAN DAILY

TANAH MERAH : Pakatan Rakyat akan memulangkan hak royalti minyak 20 peratus setahun kepada Kelantan tanpa perlu penbubuhan sebarang jawatankuasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Tak payah berjanji-janji. Tak perlu tubuh jawatankuasa. Beri kita dua bulan. Kita bincang dan boleh laksana," katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam semalam.

Ucapan Ketua Umum KEADILAN itu disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.



Katanya, perjanjian Petronas dengan semua kerajaan negeri pada 1975 memaktubkan jika minyak ditemui sama ada di atas tanah (on shore) atau di laut (off shore), negeri berkenaan berhak mendapat royalti minyak lima peratus dan dibayar tunai dua kali setahun.

"Kenapa Terengganu dapat, Sabah dapat, Sarawak dapat tapi Kelantan tak dapat? Kalau kita perintah, bukan lima peratus tapi kita naikkan hingga 20 peratus.

"Jadi pemerintah jangan sombong, jangan takbur. Kalau ada minyak yang digali di Terengganu kena (bertindih) pada (perairan) Pahang, maka Pahang juga akan dapat.

"Kita kena adil pada semua. Sebab itu kita kena kata 'good bye' (selamat tinggal) pada Umno," katanya.

Sabotaj bas Merdeka Rakyat, AMK mahu ambil tindakan undang2

Posted: 02 Sep 2012 05:57 AM PDT

Sidiqin Omar

PULAU PINANG : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan program Merdeka Rakyat, kata Setiausahanya, Julailey Jemadi.

"Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berhimpun dan menyampaikan maklumat. Malangnya program Merdeka Rakyat diganggu.

"Sepatutnya polis menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pemimpin negara. Di Eropah, Ketua Pembangkang setaraf Menteri. Di Malaysia keselamatan Ketua Pembangkang dan programnya diabai.

"Kita berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan undang-undang jika polis terus abaikan aspek keselamatan dalam siri jelajah akan datang," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.



Beliau merujuk insiden bas jelajah Merdeka Rakyat yang dibaling batu dan disimbah cat merah di Pasar Besar Siti Khadijah, awal pagi Sabtu, 1 September lalu.

Berikutan itu, satu siri laporan polis akan dibuat minggu ini di seluruh negara oleh kontinjen AMK setiap negeri.

Julailey juga membayangkan tindakan undang-undang itu dalam bentuk perintah mahkamah atau injunksi sebagai peringatan kepada polis untuk menghalang gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.

"Statistik kononnya Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia sudah jadi bahan ketawa," katanya menyelar reaksi pasif Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung isu itu.

Pakatan tiada niat tukar bendera tapi Umno terbukti buta sejarah – Anwar

Posted: 02 Sep 2012 05:52 AM PDT

Sidiqin Omar

PULAU PINANG: Pakatan Rakyat tiada niat menukar Jalur Gemilang apabila menawan Putrajaya kelak pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada niat untuk kita tukar bendera Malaysia. Hanya Umno yang tak mahu belajar sejarah pejuang terdahulu. Ada kita dengar fatwa dari Haji Hadi (Awang)? Tidak ada. Ada (Lim) Kit Siang keluar kenyataan? Tidak ada," katanya.



Bagaimanapun, beliau kesal kerana orang Umno buta sejarah dan tidak kenal bendera Sang Saka Mera Putih yang menjadi simbol perjuangan kemerdekaan sejak zaman pra-merdeka.

"Sang Saka Merah Putih adalah bendera perjuangan kemerdekaan. Anak-anak muda yang kibar bendera itu pada malam kemerdekaan ke-55 itu mahu kita ingat kembali pejuang-pejuang kemerdekaan.

"Mereka berjasa. Dr Burhanuddin Al-Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Selepas itu jadi Presiden Pas. Datuk Onn (Jaafar) juga. Dia bijak dan keluar. Sama macam saya juga, bijak dan keluar Umno," katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di majlis jamuan hari raya KEADILAN Changlun, petang tadi berikutan juak-juak Umno mentohmah kononnya Pakatan akan menukar bendera jika menang.



Terdahulu, Anwar bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Osman bersama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hadir jamuan raya KEADILAN Perlis di pekan Kuala Perlis.

Dalam isu lain, Anwar berkata, Umno memainkan isu jemputan sambutan malam Ambang Kemerdekaan ke-55 dengan Istana Selangor di Shah Alam minggu lalu kerana kehabisan modal politik.

"Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah," katanya.

Program jelajah Merdeka Rakyat diteruskan dengan program tazkirah di Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar manakala ceramah perdana jam 9 malam ini di Stadium Darulaman, Kedah.

DAP sedia jadi rakan baik dalam Pakatan Rakyat

Posted: 02 Sep 2012 05:48 AM PDT

 Oleh : Mazir Ibrahim

Gambar ehsan thenutgraph.com

Apa jua cadangan atau nasihat yang baik, pastinya pihak yang dinasihat itu akan cuba menelitinya dengan bersungguh-sungguh dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah jika dapat, pastinya nasihat itu akan dizahirkan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh demi – kebaikan bersama.

Oleh itu, kita meneliti nasihat dan cadangan mana-mana pihak sungguhpun nasihat itu kedengaran bernada sinis sekali.

Hudud mainan UMNO

Berkaitan dengan isu hudud – pendirian Pakatan Rakyat sudah memadai untuk kita ingatkan kepada mana-mana pihak bahawa DAP, PAS dan PKR telah bersetuju untuk berbeza pendapat dalam soal ini atas dasar untuk fokus kepada isu utama iaitu korupsi (rasuah dan salahguna kuasa UMNO BN) dan memperkukuh ekonomi dan struktur sosial rakyat Malaysia.

Malah PAS sendiri telah cukup matang untuk menghadapi isu hudud yang dijadikan alat permainan politik oleh UMNO. PAS sendiri telah berikrar utuk fokus kepada gagasan Negara Berkebajikan yang mana, itu jugalah intipati ajaran Islam iaitu untuk memakmurkan dunia.

Justeru, jika isu hudud masih menjadi masalah kepada sesetengah pihak maka tidak ada apa lagi yang dapat kita jelaskan kerana mereka berhak memilih sama ada mahu terus duduk dalam gelap minda sendiri atau keluar menerima cahaya pengetahuan.

Anti lompat parti dalam semangat demokrasi

Kemudian yang dirunsingkan lagi ialah perkara tentang cadangan draf undang-undang anti lompat parti. Hal ini juga telah pun penulis kita jelaskan dalam rencana sebelum ini di sini http://roketkini.com/2012/08/29/katanya-bn-suka-mpadun-lompat-parti-oleh-daing-yahya/.

Jadi bagi mereka yang sukar untuk melihat isu ini secara objektif, silalah membacanya. Malah dalam cadangan tersebut, secara implicitnya (tersirat) terkandung semangat untuk terus menjunjung dan menghormati nilai demokrasi dan kebebasan dalam cara yang paling bersih.

Jika kita cuba berlapang dada dan mengerah sedikit akal fikir tentang cadangan tersebut, mungkin juga kita boleh memahami bahawa setiap cadangan yang objektifnya mahu mengelak kemudaratan pada masa depan, seharusnya diteliti terlebih dahulu. Malah pengamal demokrasi diseluruh dunia juga sedar bahawa 'demokrasi' juga boleh dijadikan alat untuk melahirkan pemimpin diktator. Justeru, cadangan ini harus dilihat dengan berhati-hati dan teliti.

Isu ini boleh menjadi indikasi apabila cadangan dari DAP ini sedang melalui proses penilaian dan perdebatan oleh masyarakat umum. Bukan seperti UMNO BN. Lihatlah pindaan undang-undang 114A Akta Keterangan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Keharmonian Nasional dan pelbagai lagi undang-undang yang tidak dibuka kepada umum untuk dibahas dan dinilai. Jadi apa yang cuba DAP cadangkan ini masih mengikut proses demokrasi dalam semangat Pakatan Rakyat.

Apabila satu-satu cadangan dibuka untuk dibincang dan dibahas secara waras, pasti ia akan menjadi input yang baik untuk semua pihak dan cadangan tersebut. Mungkin cadangan DAP dalam isu anti lompat parti ini tidak cukup lengkap, maka dengan adanya ruang terbuka, maka semua pihak dapat memberi buah fikiran bagaimana mahu ia jadi lebih baik dan lengkap. Malah jika ada pihak yang tidak bersetuju, DAP tetap menerimanya. Jadi, memang ia bukan satu isu besar pun.

Kerja politik juga adalah kerja mendidik

Setiap cadangan merupakan kerja politik untuk menarik kefahaman dan keyakinan rakyat untuk menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat. Kerja politik ini bukan sahaja berceramah siang dan malam atau buat rumah terbuka setiap minggu. Kerja politik merangkumi pelbagai aspek, tunjangnya adalah pendidikan tentang demokrasi dan politik.

Dengan adanya perdebatan dalam Pakatan sendiri, ia seharusnya dilihat oleh mereka yang celik politik sebagai suatu dimensi demokrasi yang sihat dan tulen. Apa guna jika kita berjaya kalahkan BN jika rakyat terus jahil tentang politik dan adalah lebih parah lagi jika PR kalah dalam keadaan rakyat yang masih tidak cukup pendidikan dengan dunia demokrasi – dunia yang pelbagai warna.
Ketika itu kita bukan sahaja kalah dalam pilihanraya merebut kuasa malah kita telah kalah dari segi moralnya.

Inilah yang dikatakan, apabila terlalu taksub nak menang hingga tanah dan rumah habis tergadai. Biar kita (PR) menang dengan jalan bersih (rakyat sokong dan undi kerana yakin dengan dasar PR) dari kalah dengan kehilangan moral – tanpa pengetahuan. – Roketkini.com

Anwar : Teka-teki Tarikh PRU Bukti Keyakinan BN Semakin Terhakis

Posted: 02 Sep 2012 05:45 AM PDT




SHAH ALAM  : Status tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki sehingga kini menggambarkan tahap keyakinan Umno-BN untuk menang berada di tahap kritikal.

Ketua Umum pkr, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada yakin berkata ini merupakan satu petanda awal bakal berlakunya perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya tidak tahu untuk menjangkakan bila PRU tapi bila dalam kaca mata umum paemerintah teragak-agak untuk menginjak (tarikh) bermakna keyakinan dia untuk menang segera itu kurang dan kalau ada (keyakinan) pun amat kurang.

"Ini satu petanda awal InsyaAllah perubahan besar akan berlaku dalam PRU-13," katanya dalam temubual esklusif dalam rancangan Fokus Isu terbitan TV Selangor.

Apa yang penting menurutnya lagi, Pakatan Rakyat sendiri perlu membuat persediaan rapi terutama sekali dalam memastikan rakyat mendapat maklumat dan fakta yang tepat.

Ujar Anwar, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat turut diingatkan supaya menyempurnakan beberapa amanah rakyat dengan sebaiknya sebelum menempuh PRU-13.

"Keyakinan saya adalah sebaik rakyat mendapat maklumat mustahil mereka akan mendokong sisitem yang memeras mereka, memiskinkan mereka dan melihat kesenjangan antara golongan miskin dah kaya. Mustahil dia akan dukong.

"Jadi sebab itu cabaran kita adalah maklumat. maka kita kena lkukan sedaya. yang penting semuanya fakta," katanya.

Tegas beliau jika segala maklumat dan fakta diperbahaskan kepada rakyat, beliau percaya Umno-BN tidak mampu bertahan memandangkan sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengemukakan hujah konkrit mengapa beliau menolak undangan debat.

MB: Serangan Bas Perbuatan Tidak Demokratik

Posted: 02 Sep 2012 05:44 AM PDT





BISTARI JAYA : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbuatan samseng ke atas serangan bas Merdeka Rakyat di Kota Bahru, Kelantan semalam, tidak menggambarkan negara demokrasi.

Dengan nada sinis, Abdul Khalid berkata sekiranya pihak yang terlibat mahu mengikut inisiatif dari PKR itu, lakukan sahaja bukannya dengan cara mensabotaj seperti itu.

"Kalau mahu ikut cara itu ikutlah. Boleh buat cara yang sama, guna bas juga.

"Kalau mahu marah, marah sendiri bukan marah orang lain. Cara samseng ini tidak menggambarkan negara demokrasi," katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 DUN Ijok, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Beliau berkata bas bergerak itu akan tetap meneruskan program Jelajah Merdeka Rakyat walaupun berhadapan dengan kekangan seperti kejadian itu.

Semalam, kira-kira jam 4.30 pagi, bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.

Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pegawai Yang Abai Cemari Hubungan Antara Sultan dan Kerajaan Negeri

Posted: 02 Sep 2012 05:23 AM PDT




SHAH ALAM : Setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani sewajarnya memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya Baginda berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri sambutan Hari Merdeka peringkat Selangor Khamis lalu.

Setiausaha politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin menjelaskan ini kerana DYMM Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan sebelum ini.

Faekah berkata menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.

"Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.

"Saya berpendapat kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor," Faekah berkata di dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah mengulas persoalan yang ditimbulkan beberapa pihak mengapa Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak menghadiri sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, Mohamad Munir antaranya berkata Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada Sultan Selangor selaku ketua negeri sebarang program atau majlis rasmi seperti kebiasaannya.

Mohamad Munir berkata Sultan Selangor tidak dimaklumkan untuk mencemar duli ke sambutan kemerdekaan tersebut.

"Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat Kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan," Faekah berkata.

Tambah beliau, seorang pun ADUN Umno-BN tidak hadir ke majlis itu walaupun dijemput.

"Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada."

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Tahan Dulu Gelombang Di Sabah

Posted: 02 Sep 2012 03:49 AM PDT

 MSO

Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.


Najib Razak: Sering kehausan.
Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.

Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.

Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan.

Bagi rakyat umum pula wang dan segala macam pemberian oleh kerajaan diambil tetapi mereka tidak membuat jaminan dan menunjukkan komited untuk bersama Najib mempertahankan kerajaan UBN.

Di sini saya tidak mahu membuat perkiraan apakah Najib berjaya mengekalkan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tertapi saya ingin  bertanya secara bodoh apakah Najib berjaya untuk menghalang kebangkitan rakyat di Sabah. Esok khabarnya Najib akan ke Sarawak dalam siri perjumpaan dan sambutan hari kemerdekaan dalam rangka untuk memujuk rakyat Malaysia Timur untuk terus bersama BN.

Gelora yang menimpa Sabah kini tidak dapat ditutup lagi. Kalau ia laksana buah ranum dan berbau, baunya sudah merayap ke segenap ruang dan menyendak lubang hidung. Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini jelas menunjukkan Najib tidak ada kuasa hikmat untuk membendungkan kebencian rakyat Sabah kepada UBN dan menyekat rasa ingin lari mereka dari BN. Tindakan diambil beberapa tokoh Umno negeri itu yang meninggalkan BN menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepada Najib. Perkembangan itulah menjadikan Najib seakan sudah kehilangan sebiji telor!

Penyemberangan dan tindakan meninggalkan BN oleh beberapa tokoh rakyat di Sabah bukan saja terhenti setakat itu saja tetapi ia terus berlaku sehingga tiba pilihan raya. 15 dan 16 September nanti Anwar Ibrahim akan ke Sarawak dan Sabah sekali lagi. Di sana nanti ada beberapa kejutan yang bakal membelalakkan anak mata Najib termasuk sesuatu tindakan di luar dugaan. Mungkin untuk dibayangkan impi dan angan 16 September akan menjelma menjadi kenyataan ia agak melampau tetapi kejadian itu tidak mustahil? Dinasihatkan Najib menyedari perkara ini sedalam-dalamnya.

Jadi kalau arus kebangkitan rakyat Sabah gagal untuk Najib menghalangnya macam pula dengan arus perubahan yang berlaku di Semenanjung khasnya di kalangan anak-anak muda dan juga orang Cina. Gambaran pada himpunan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, Shah Alam dan juga KLCC malam semalam mengisyaratkan apa yang sedang bergerak dari bawah kini. Kehadiran orang ramai yang tidak dibayar atau dimobilisasi oleh mana-mana pihak ke himpunan itu dengan membawa aspirasi mereka sendiri mahukan perubahan memberi amaran awal kepada Najib untuk melihat kemarakan api perubahan.

Silalah Najib sekat dan halang jalan ke Putrajaya. Silakan... Lakukan apa saja. Sekatlah dari semua penjuru. Angin perubahan yang melanda dan mengerisik di dalam diri rakyat muasir ini menyebabkan Najib dan BN tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini Najib hanya bola berdoa saja tanpa boleh melakukan sesuatu yang lebih bererti dari itu.

Sebaliknya kalau Najib terus degil dan cuba menghalang jalan ke Putrajaya menyekat ombak kebangkitan dan kemaraan rakyat, maka sejarah baru akan dicatat di negara ini, sejarah bagaimana seorang perdana menteri akan jatuh terlentang di atas jalan kerana dirempuh rakyat yang 'ising' kepada sebuah perubahan dan mahu melenyapkan sebuah kerajaan yang bagi mereka menyemakkan mata memandang.

Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia

Posted: 02 Sep 2012 03:43 AM PDT


KELAB GREENBOC

Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot?

Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. -mk

KUALA LUMPUR - Sasaran 1 juta "Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna "Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman "Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung.

"LRT secara percuma akan disediakan kepada pengunjung yang akan ke Bukit Jalil seawal pukul 8 pagi sehingga selesai perhimpunan itu....saya minta pengunjung yang datang dari Lembah Klang, dan seluruh tanah air agar dapat hadir bagi meramaikan perhimpunan ini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.

"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.

"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.

Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.

"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar.

Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.

Terdahulu, Rais menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan yang disertai lebih 13,000 peserta dari pelbagai latar belakang agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan korporat bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 kali ini.
- Bernama

Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor?

Posted: 02 Sep 2012 03:38 AM PDT

KELEB GREENBOC

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar

KUALA LUMPUR — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.

"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.

Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.

"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.

Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.

Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu. -TMI

Ulasan GB

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak mempunyai locus standi untuk dijemput ke Majlis Sambutan Merdeka Negeri Selangor, apa locus stadi yang Rosmah Mansor ada untuk berada di pentas sambutan Merdeka oleh kerajaan Pusat di Dataran Merdeka?

Sejak bila Rosmah Mansor dipilih oleh rakyat atau dipilih untuk berada di dalam barisan kabinet Kerajaan Barisan Nasional?

Rosmah Mansor tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan tetapi hanyalah seorang Penaung Permata Negara. Apakah Rosmah lebih besar dari Agong?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun mencemar duli menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Husin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Ghafar Baba nak tubuh parti baru selain Umno

Posted: 02 Sep 2012 03:24 AM PDT

 
Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Melaka.



PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Ghafar Baba mahu menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau kecewa dengan Umno yang didakwanya telah lari dari perjuangan asal.

Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Khamis lalu.

"Lebih 10 tahun sebelum Pak Ghafar meninggal, beliau berhasrat menubuhkan sebuah parti lain selain dari Umno.

"Fasal Pak Ghafar tengok Umno tidak boleh pergi lagi dah. Dia telah menyiapkan perlembagaan parti dan dia bincang dengan saya.

"Dia bincang dengan saya tetapi saya tentang…saya kata u dah umur meningkat, 70 tahun lebih. Kita duit pun tak ada, jentera pun tidak ada.

"Jauh dari TV, surat khabar, kita tak ada. Dulu Tengku Razaleigh (Semangat) 46 mati tidak tahan. Bagaimana kita nak lawan, kita lupakan saja," kata Tamrin.

Menurut bekas ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, beliau kini menyambung perjuangan ayahnya.

Ghafar yang menjadi Timbalan Perdana  Menteri dari 1986 hingga 1993 meninggal dunia pada 23 April 2006 pada usia 81 tahun.

Dalam ceramahnya, Tamrin mendakwa Perdana Menteri sekarang merupakan kawan baik beliau, tetapi menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbelanja mewah untuk membeli undi bagi menghadapi pilihan raya.

`Beli undi'

Katanya, Najib melakukan seperti semasa  beliau bertanding Ketua Pemuda dan Naib Presiden Umno dulu.

"Dia beli undi macam dia bertanding Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden Umno. Saya ingat Pemuda diberi kad kredit BSN masa tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi pengerusi.

"Macam mana pegawai-pegawai beri duit kepada Pemuda untuk sokong dia (bertanding Ketua Pemuda), begitu juga untuk Naib Presiden Umno," dakwa Tamrin lagi.

Kata Tamrin lagi, negara diambang bangkrap ekoran perbelanjaan Najib secara berleluasa menjelang pilihan raya.

Beliau mendakwa, wang dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi tujuan tersebut.

Tamrin juga membidas Najib menggunakan wang kerajaan untuk majlis sambutan hari jadi serta pertunangan anak perempuannya.

"Saya seronok Najib naik. Najib ni kawan baik saya masa sama-sama dalam Pemuda Umno, masa Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi tak sampai empat tahun memerintah, Tun Dr Mahathir kata rasuah lebih teruk. Hari ini Najib kelam kabut, buat apa pun tak kena," tambah beliau lagi.

Kenyataan personality TV3 ‘jejas reputasi Bintulu’

Posted: 02 Sep 2012 03:16 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING— Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata kenyataan pengacara TV3 semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur telah menjejaskan reputasi Bintulu.

Beliau berkata kenyataan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu, tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka.

"Kenyataan ini dibuat semasa lintas langsung yang ditonton oleh jutaan rakyat yang telah menjejaskan (reputasi) Bintulu.

"Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara," katanya di sini malam ini.

Tiong, yang juga anggota Parlimen Bintulu, berkata tidak sepatutnya wujud kesangsian mengenai pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 Sept kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu.

Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), katanya. — Bernama

PRU13 November ?

Posted: 02 Sep 2012 03:14 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


SANDAKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.
-Utusan

Selangor nafi belakangkan Sultan, amalan biasa tidak jemput hadiri ambang Merdeka

Posted: 02 Sep 2012 03:00 AM PDT




KUALA LUMPUR—  Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini menafikan mereka sengaja membelakangi sultan kerana tidak menjemput baginda dalam majlis sambutan ambang Kemerdekaan ke-55 di Dataran Shah Alam pada malam Khamis lalu.

Sebaliknya, kerajaan negeri itu menjelaskan adalah sudah menjadi tradisi dan amalan negeri berkenaan tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghadiri majlis sambutan ambang Kemerdekaan negeri.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar), amalan berkenaan bukan baru dilaksanakan ketika pemerintahan PR, tetapi turut dipraktikkan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri terkaya itu sebelum tewas dalam pilihan raya umum 2008 kepada PR.

"Memang menjadi tradisi sejak empat tahun lepas Tuanku Sultan tidak dijemput dan hadir untuk program sambutan ambang Kemerdekaan.

"Baginda hanya dijemput berangkat ke majlis Yasin dan Tahlil di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas Faekah, beliau yakin Seketariat Sambutan Ambang Kemerdekaan yang dipengerusikan Datuk Khusrin Munawi selaku Ketua Setiausaha Negeri (SUK) telah meneliti senarai jemputan dan protokol sambutan berkenaan sebelum program itu dilaksanakan.

"Kita percaya Datuk Khusrin telah melihat senarai protokol yang dijemput tahun-tahun lepas termasuk sambutan ketika zaman pemerintahan BN.

"Tapi sekiranya pada tahun ini baginda berniat untuk mencemar duli turun ke sambutan ambang merdeka, Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani perlu memaklumkan kepada kami, tapi tiada sebarang makluman berkenaan perkara itu daripada beliau," jelas Faekah lagi.

Malah, beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Munir di media yang menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor cuba membelakangkan sultan.

"Datuk Khusrin sendiri telah beri jaminan Datuk Munir akan memberi penjelasan, tapi saya tidak faham kenapa kenyataannya dalam media amat berlainan.

"Bila berkaitan dengan sultan dan istana, kerajaan negeri amat berhati-hati," katanya kepada The Malaysian Insider.

Malah, melalui khidmat pesanan ringkas Khusrin kepada Faekah, beliau berkata maklum berkenaan perkara itu yang menjadi isu dan akan menuntut Munir untuk memberi penjelasan semula.

"Saya maklum. Utusan sengaja nak buat isu. Selama ini memang Tuanku tak pernah dijemput dalam program  malam kemerdekaan kecuali majlis baca yasin . Saya minta Dato munir untuk beri penjelasan semula," kata khidmat pesanan ringkas tersebut yang dihantar Khusrin kepada Faekah.

Awal hari ini, memetik laporan Sinar Harian, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Munir berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam  bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Faekah turut berkata, pihaknya yakin Sultan Selangor akan melihat perkara itu dengan teliti dan dalam ruang lingkup yang lebih luas.

"Saya percaya tuanku akan melihat ini dengan lebih luas.

"Tiada siapa mahu ketepikan Sultan, apa lagi kalau baginda sendiri berniat ingin mencemar duli turut hadir malam ambang merdeka," katanya dan menambah "tetapi jika benar begitu, hasrat itu bagaimanapun tidak sampai kepada kita."

"Jika ianya dimaklumkan, saya yakin sambutan ambang kemerdekaan pada malam itu  akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran baginda," katanya lagi.

Mahathir terima anugerah pemberdaya Melayu di Indonesia

Posted: 02 Sep 2012 02:56 AM PDT

Ahmad Fuad Yahya


 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh
Universiti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo) Jawa Tengah pada upacara khas di kampus induk universiti itu di Surakarta, Jawa Tengah, pada Isnin.

Anugerah itu bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa Dr Mahathir dalam usaha meningkatkan martabat bangsa Melayu di peringkat dunia.

"Jasa Dr Mahathir sangat besar kepada pembangkitan keyakinan diri bangsa Melayu untuk tampil setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

"Selama ini mungkin bangsa Melayu masih dianggap rendah daripada bangsa-bangsa lain di dunia, tetapi dalam tempoh kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia, orang Melayu terasa terangkat," kata Rektor UNS-Solo Prof Dr Ravik Karsidi pada sidang akhbar di Surakarta pada Ahad.

Dr Mahathir akan menjadi tokoh kedua menerima ijazah doktor kehormat daripada universiti itu, selepas seorang tokoh dari Indonesia kira-kira tiga tahun lalu.

Tokoh pertama penerima ijazah doktor kehormat daripada universiti itu ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Indonesia Dr Mas'ud Wisnu Wardana, yang menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang pertanian.

UNS-Solo adalah sebuah daripada universiti awam ternama di Indonesia dan ia berada di ranking ketujuh di antara 72 universiti awam di seluruh Indonesia.

UNS-Solo juga merupakan sebuah universiti yang melatih penuntut Malaysia dalam bidang perubatan.

Bersempena penganugerahan ijazah kehormat itu, Dr Mahathir akan menyampaikan syarahan umum bertajuk "Kriminalisasi Perang" di universiti itu pada Isnin.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu, yang akan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dijadual menziarahi makam bekas Presiden Indonesia Soeharto di Giribangun, Solo, selepas upacara penganugerahan itu.

Allahyarham Soeharto semasa hayatnya adalah antara sahabat karib Dr Mahathir.

Sebagai rangkaian kepada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, UNS-Solo dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada hari ini menganjurkan Seminar Antarabangsa bertajuk "Masa Depan Bangsa-bangsa Melayu Di Tengah Krisis dan Perubahan Politik Global".

Dr Mahathir yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia, akan turut menyampaikan syarahan umum bertajuk "War Is Crime" anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana, di Universiti Muhammadiyah, Yogyakarta pada Selasa.- Bernama

Kuota haji kekal 28,000

Posted: 02 Sep 2012 02:54 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di Putrajaya malam tadi.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 September melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada29 Oktober.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

'Ketika sindrom selesa Umno, berlakulah cantas mencantas'

Posted: 02 Sep 2012 02:52 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kepimpinan Umno diingatkan supaya mengenepikan sindrom 'selesa dan terpukul' yang pernah dialami parti itu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 jika mahu melihat kejayaan besar parti itu dan
BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum 2004, sindrom selesa ini wujud apabila orang Umno dan BN berada di kemuncak maka mereka merasa terlalu selesa pada ketika itu.

"Apabila sindrom selesa ini berada di jiwa kepimpinan Umno di peringkat akar umbi, maka timbul rasa keyakinan yang terlalu amat sangat. Apabila ini berlaku, ketika itu nasihat tidak didengar, pandangan ditolak dan leka merebut peluang. Apabila ini berlaku maka perjuangan tidak lagi menjadi matlamat utama.

"Dalam keadaan sindrom selesa itu jugalah berlakulah cantas mencantas, dengki, iri hati dan merasa benci sesama sendiri. Ini kerana kita merasa kuat ketika itu dan kita meremehkan musuh-musuh politik kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Telok Kemang di Port Dickson. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata: "Apabila sindrom selesa itu menguasai diri kita, kita mula merasakan kita adalah yang terbaik. Dan dalam sindrom selesa itulah juga, kita mula menghindarkan keperluan anak buah kita dan rakyat dan kita mula berpeluk tubuh."

Katanya sindrom selesa itu telah dibayar dengan harga yang mahal apabila Umno dan BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 2008, maka berlakulah sindrom terpukul pula.

"Bila sindrom terpukul ini berlaku, kita merasa takut, malu, tidak ada harapan lagi dan merasa kecewa dan tidak mahu melakukan perubahan. Tapi, apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara, saya harap sindrom selesa dan terpukul ini tidak ada kerana Najib memberikan dukungan kepada transformasi dalam kerajaan dan politik. Dengan kepimpinan Najib kita
dapati rakyat telah bersama semula dengan Umno dan BN.

"Tetapi jangan biarkan beliau (Najib) berseorangan kerana jentera akar umbilah yang akan memperkuatkan dan menterjemahkan apa yang Perdana Menteri mahukan. Oleh sebab itu, kita mesti ketepikan sindrom selesa dan terpukul yang pernah kita alami," katanya.

Beliau berharap semua jentera dalam Umno dan BN bukan saja mula bergerak tetapi memperkukuhkan pergerakan mereka bagi menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Lagi kemarahan rakyat S'wak pada TV3, Nurul Syuhada

Posted: 02 Sep 2012 02:45 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Bukan sahaja parti pemerintah Sarawak, pembangkang negeri juga hari ini menyuarakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan seorang pengacara TV3 yang melabelkan Bintulu sebagai kawasan daif.

Pemuda PAS Sarawak berkata, kenyataan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin " benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".

"Kenyataan spontan mengenai kedaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan.

"Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat," kata Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo.

Semalam, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga dilapor mahu Nurul Syuhada meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya itu bagi meredakan kemarahan penduduk.

Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga beranggapan Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

Tanggapan umum S'wak daif
Bintulu juga bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Arifiriazul berkata, hakikatnya, Bintulu, merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan merupakan hub industri LNG di Sarawak yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara.

"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu.

"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita," katanya.

Bagaimanapun, dewan itu berpendapat, isu itu timbul kerana kerajaan negeri didakwa gagal membangunkan Sarawak sehingga dilabel daif.

"Masyarakat umum masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan daif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching. Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya," katanya.

Kumpulan besar berdemo di Raub

Posted: 02 Sep 2012 02:42 AM PDT


 
Koh Jun Lin


 
Ribuan orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.

anti cyanide raub green rally 020912 5Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

NONEMereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Dalam pengumuman menyuraikan peserta pada jam 4.33 tadi, penganjur bagaimanapun menyuarakan kekesalan mereka terhadap Raub Australia Gold Mining yang didakwa hanya menghantar dua kakitangan junior untuk menerima nota bantahan penduduk.

Mereka juga menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.


GALERI GAMBAR

'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'

Posted: 02 Sep 2012 02:40 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.

''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN.

Budak enggan bersalam dengan Rosmah terhangat

Posted: 01 Sep 2012 09:22 PM PDT

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya minggu lalu oleh http://omakkau.blogspot.com ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-35.

 Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terbelit kantoi oleh kenyataannya yang berbelit-belit untuk menyelamatkan diri dan Pemuda Umno daripada laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut melampau.

Berita mengenai kesediaan suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar untuk memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog pula menduduki tangga ketiga.

Berita bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini melalui 'kejayaan' mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam pada 31 Ogos lalu pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita blog http://greenboc.blogspot.com mengenai isu dakwaan Umno dan para bloggernya terhadap Pakatan Rakyat yang kononnya ingin menggantikan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi. Perkara tersebut telahpun dinafikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 26 Ogos hingga 1 September, 2012.

1
Mengapa budak ni tak mahu bersalam dengan Rosmah?
2
"Ya, bukan laman FB kami" kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya...KANTOI!
3
Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman
4
Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?
5
Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR
6
Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan
7
Daniyar diseludup masuk atau memang bersembunyi di Malaysia?
8
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
9
Rumah terbuka MB Kedah dibanjiri lautan manusia
10
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka

Lebih 1,000 pendidik berhimpun 8 September

Posted: 01 Sep 2012 09:19 PM PDT

Harakahdaily,

(Banner Himpunan Pendidik 2012 di Shah Alam)

SHAH ALAM: Lebih 1,000 pendidik khasnya dari Selangor akan menyertai Himpunan Pendidik Islam 2012 8 September 2012  di Dewan Unisel, Shah Alam.

Turut serta dan bakal dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara adalah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Demikian kata Pengerusi NGO Pendidik, Normala Sudirman (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, antara objektif program  ini adalah untuk membina rangkaian hubungan yang rapat antara para pendidik di seluruh Malaysia.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dan pelbagai bangsa dari seluruh Selangor dan seluruh Malaysia yang telah menaburkan bakti, mencurahkan jasa membangunkan modal insan serta mengangkat martabat pendidikan negara.

"Dengan memilih tema himpunan 'Guru Menjana Kebijaksanaan', adalah diharapkan agar warga pendidik seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara," katanya dengan penuh keyakinan dan optimis.

Himpunan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia), dan MAPPIS(Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor).

Pihak penganjur menyasarkan penyertaan  lebih 1,000 orang warga pendidik dan pengurus pendidikan dari seluruh negeri Selangor yang akan hadir untuk memeriahkan majlis.

Antara kelompok sasaran adalah 1000 warga pendidik dari Negeri Selangor dari pelbagai institusi  dan 300 orang warga pendidik jemputan dari negeri-negeri seluruh Malaysia.
Program bersejarah ini juga bakal membariskan tokoh – tokoh dan ikon pendidik di Malaysia termasuk pesara professional pendidikan seperti Dato' Adnan Bin Ibrahim ( Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan lain lain.

Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang akan menyampaikan ucaptama seterusnya akan  menerima anugerah dan bakal dinobatkan sebagai 'Tokoh Pendidik Nusantara'.

Selain daripada itu, beberapa anugerah akan disampaikan sebagai menghargai jasa pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa seperti Anugerah Tokoh Pendidik Muda kategori lelaki dan wanita sebagai suatu suntikan semangat.

Kehadiran  Sasterawan Negara A.Samad Said yang bakal mendeklamasikan  puisi juga dijangka bakal mencuri tumpuan hadirin warga pendidik yang hadir.

Selain daripada kehadiran dari seluruh Malaysia dan guru-guru di  Selangor dari pelbagai institusi (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan (IPG),Sekolah Swasta dan Persendirian),ramai tokoh pendidik (berkhidmat dan bersara)  serta tokoh pendidik jemputan, aktivis pendidikan dari Pendidik dan Kawan juga akan hadir bagi memeriahkan dan menjayakan majlis yang cukup berprestij ini.

Antara tokoh yang akan menyampaikan ucaptama adalah Ustaz Datuk Abu Bakar Chik selaku Mustasyar NGO PENDIDIK dan  Dr. Hajjah Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Selaku Presiden NGO Pendidik, saya menyeru agar semua warga pendidik dan tokoh pendidik seluruh Malaysia agar dapat hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program ini untuk menzahirkan iltizam yang padu dalam usaha memacu halatuju dan masa depan pendidikan negara," kata Cikgu Mala lagi dengan penuh harapan.

Tiada ulasan: