Isnin, 10 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bakal Pengarah Besar Felda korup?

Posted: 10 Sep 2012 03:33 AM PDT

 
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, Faizoull yang kini menjadi Pemangku Pengarah Besar Felda mempunyai rekod buruk selepas wujudnya laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau. 



KUALA LUMPUR:  Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Pengarah Besar Felda Faizoull Ahmad tidak layak memegang jawatan Pengarah Besar menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kerana terpalit dengan skandal penyelewengan.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, Faizoull yang kini menjadi Pemangku Pengarah Besar Felda mempunyai rekod buruk selepas wujudnya laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau.

Mazlan mendakwa, laporan SPRM itu dibuat sendiri oleh kakitangan dalaman Felda pada 27 Julai lalu kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Faizoull.

"Aduan SPRM itu juga disalinkan kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan salinan laporan SPRM yang dimilikinya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Mazlan berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap tujuh salah guna kuasa yang pernah dilakukan Faizoull semasa berkhidmat sebagai

Timbalan Pengarah Besar dan mengetuai Bahagian Pembangunan Komuniti Felda.

Satu konspirasi

Faizoull dilantik menjadi pemangku selepas mendapat persetujuan Mesyuarat Lembaga Khas Felda bermula 1 September lalu dan dijangka

akan memulakan khidmat sebagai Pengarah Besar secara rasminya pada 1 Oktober depan.
Sehubungan itu, Mazlan berkata pihaknya akan memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menolak cadangan Lembaga Khas Felda itu kerana yakin ia satu konspirasi bagi meluaskan pengaruh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

"Kalau kes dah dibawa ke SPRM, bagaimana begitu mudah beliau dilantik sebagai sebagai Pengarah Besar," soalnya.

Mazlan sebelum ini mendakwa, Faizoull tidak layak duduk di kerusi Pengarah kerana masih junior berbanding dua lagi Timbalan Pengarah Felda lain, tambahan beliau hanyalah pegawai Gred 54.

Manakala Dzulkifli kini 'dipinjamkan' ke Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani dan berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Rom, Itali.

Pecat juga pihak seleweng peruntukan pilihan raya

Posted: 10 Sep 2012 03:31 AM PDT

 
Perbuatan mensabotaj calon pilihan raya sememangnya perbuatan khianat dan sewajarnya dipecat daripada parti supaya menjadi teladan di masa akan datang.



KUALA LUMPUR: Bukan sahaja calon tetapi juga  perlu menyingkirkan mereka yang menyelewengkan peruntukan pilihan raya, kata Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Perbuatan mensabotaj calon pilihan raya sememangnya perbuatan khianat dan sewajarnya dipecat daripada parti supaya menjadi teladan di masa akan datang.

"Perbuatan khianat oleh mereka yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon jika dibiarkan akan menghancurkan parti, katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmari memberi amaran bahawa mereka yang sabotaj calon akan disingkirkan daripada parti.

Syed Ali berkata langkah itu akan memastikan parti lebih berwibawa dan dihormati.

Bagaimanapun katanya, tindakan keras itu juga perlu dikenakan terhadap anggota komponen Barisan Nasional (BN).

"Pilihan raya bukan bermakna kita memastikan hanya untuk kemenangan Umno, tetapi turut membabitkan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil," tegasnya.

Beliau mendakwa, perbuatan khianat dan sabotaj tidak hanya berlaku dalam Umno malah kemungkinan wujud dalam BN.

Janji Pakatan untuk pengundi wanita

Posted: 10 Sep 2012 03:29 AM PDT

 
Perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran 'Agenda Wanita Malaysia' pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam 



PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membawa pakej 'janji' pilihan raya kepada pengundi wanita bagi memastikan golongan ini terus  berdaya selaras dengan tujuh tumpu utama dalam merealisasikan perancangan tersebut.

Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin, langkah ini merupakan satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran 'Agenda Wanita Malaysia' pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam.

Majlis akan diserikan oleh kehadiran ketiga-tiga Presiden Pakatan iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).

"Dengan membawa mesej 'Falsafah Hormat Wanita' dalam agenda ini,maka golongan wanita harus menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini.

"Tujuh tumpu utama ini akan kita perjelaskan dalam majlis itu nanti. Kita membawa arus perubahan untuk menjadikan wanita Malaysia benar-benar berdaya dan ini satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Zuraida turut menyifatkan agenda ini sebagai satu lagi Buku Jingga yang khusus bagi wanita' yang memberi penekanan untuk memperkasakan golongan wanita.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Muslimat PAS,Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Majlis itu juga turut mendapat kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita khususnya dialu-alukan untuk hadir pada malam itu nanti.

Mat Sabu: Selesaikan projek IC ‘Sabah’, baru pilihanraya

Posted: 10 Sep 2012 03:27 AM PDT

THE MALAYSIAN INSDER

KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing.

Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.

Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan. — Gambar file
"Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata Mat Sabu yang dipetik dalam Harakah.
 Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan.

Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan.

Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu  penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR.

Walaupun laporan telah dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya, ia masih mencukupi untuk menjamin SPR akan menjalankan pilihanraya yang bersih dan telus.

"Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan.

"Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat, terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan," katanya lagi.

Malahan, pihak gabungan pilihanraya adil dan bersih (Bersih 2.0) telah bertindak mengkritik jawatankuasa tersebut kerana menyerlahkan lagi penipuan yang berlaku sebaik laporan PSC dikeluarkan.

Antara kes yang mendapat perhatian Bersih ialah mengenai sijil kematian yang banyak dikeluarkan di tempat-tempat seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang (walhal tiada kematian yang dilaporkan), pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor (suku tahun pertama 2012), terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah serta isu pendaftaran pengundi dibawah Kod 71 (warganegara dilahirkan di luar negara).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Sabtu lalu, menyatakan pihaknya bersiap-sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen yang diramal oleh pemerhati pada November ini.

Wanita Pakatan yakin pertambahan calon dalam PRU ke-13

Posted: 10 Sep 2012 03:19 AM PDT



KUALA LUMPUR — Ketua  Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mewakili Wanita Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang media hari ini memberi keyakinan akan lebih ramai lagi calon wanita dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini sekaligus membuktikan komitmen PR dalam memperjuangkan isu melibatkan wanita di Malaysia.

Disamping itu Zuraida juga berkata Wanita PR akan memperkenalkan polisi untuk kaum wanita seperti yang terdapat dalam Buku Jingga dengan memperkenalkan tujuh tumpuan utama (polisi Wanita PR) sebagai manifesto menjelang PRU ke-13 nanti.

Tujuh tumpu utama tersebut akan dilancarkan sempena malam "Agenda Wanita Malaysia" pada 13 September ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.

Dengan tema "Falsafah Hormat Wanita", Zuraida turut berharap agenda yang akan dibawa oleh Wanita PR ini akan dapat membantu kaum wanita menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini serta membantu meningkatkan permanent mereka dalam membangunkan negara.

Selain itu, Zuraida juga menegaskan pihak kerajaan menerusi agensi-agensi dan kementeriannya sudah tidak relevan dan tidak lagi memainkan peranan penting tetapi sebaliknya sudah terkebelakang dalam memperjuangkan isu wanita.

"Kementerian kerajaan kini sudah tidak boleh diharap dalam memperjuangkan isu wanita, malahan tidak lagi berfungsi untuk membantu wanita," kata Zuraida.

Rafizi akan berkempen Akta BAFIA digunakan untuk menindas rakyat

Posted: 09 Sep 2012 10:09 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


SHAH ALAM— Rafizi Ramli hari ini berkata pihaknya akan berkempen untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) sebenarnya merupakan satu penganiayaan yang dikenakan terhadap rakyat, termasuk dakwaan di bawah berkenaan terhadap dirinya kerana mendedahkan maklumat akaun dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Jelas pengarah strategik PKR ini, terdapat banyak kes yang bertengan dengan Akta Bafia yang tidak di bawa ke mahkamah dan bank-bank di negara ini juga melanggar akta terbabit tanpa diambil tindakan undang-undang.

"Banyak kes lain yang berjalan di mahkamah ataupun melibatkan banyak orang awam yang melibatkan salah guna oleh sistem bank kita yang bertentangan dengan Akta Bafia.

"Kita boleh lihat, seperti dalam lelongan harta awam, bagaimana maklumat pemegang akaun itu dijual kepada pihak ketiga yang bertentangan dengan akta ini sebagaimana saya didakwa," kata Rafizi di luar mahkamah di sini hari ini.

Menurut Rafizi lagi, pihaknya juga telah berjumpa dengan beberapa kumpulan sasar yang sudah lama berkempen berhubung perkara itu yang menuntut agar sistem perbankan di negara ini diberi perhatian serius.

"Kami sedang mengumpul maklumat dan kita akan tunjukkan kepada rakyat walaupun menteri kata Akta BAFIA ini sangat penting untuk jaga integriti kepercayaan awam terhadap bank.

"Kami akan tunjukkan kepada umum Akta Bafia ini memang tidak diguna pakai oleh pihak bank dalam banyak perkara," tegasnya.

Tambahnya, "beribu rakyat kita yang dimangsakan kerana bank melanggar akta bank itu sendiri".
Pihaknya juga akan berkempen berkenaan perkara bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.

"Sekarang ini, saya telah duduk dengan mereka dan akan berkempen dengan mereka bahawa BAFIA ini digunakan secara terpilih.

Beliau turut menjangkakan kempen berkenaan akan lebih "menarik" kerana beliau telah didakwa di bawah akta berkenaan atas isu NFC.

"Berdasarkan semakan kita, memang ada satu kepentingan awam yang perlu kita semak kerana bank tidak mematuhi Akta Bafia dan pihak berkuasa langsung tidak mengambil tindakan terhadap bank kerana pelanggaran tersebut," katanya lagi.-The Malaysian Insider

Peluk Islam Setelah Selesai Ceramah Umum PAS Kawasan Balik Pulau

Posted: 09 Sep 2012 10:00 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Alhamdulillah...kita menerima seorang lagi saudara baru yang memeluk Islam pada malam tadi setelah selesai ceramah umum PAS Kawasan Balik Pulau di Dataran Teluk Kumbar...

Ustaz Mohd Fauzi selaku YDP PAS Kawasan Balik Pulau merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah mengajar saudara baru yang berbangsa Cina mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...

TAKBIRRR!!!...ALLAHUAKBAR...

Team Najib-Muhyiddin retak menanti belah?

Posted: 09 Sep 2012 09:50 PM PDT

Nigel Aw


 
Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.

Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.

NONEMalaysiakini
difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.

Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos.

Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,

Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.

Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan.

Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.

Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd.

PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.

Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.

Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.

Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.

"Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi.

AMK jawab kenyataan Noh Unisel rugi

Posted: 09 Sep 2012 09:47 PM PDT

MALAYSIA KINI


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor melihat tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengkritik kerugian yang dikatakan dialami oleh Universiti Selangor (Unisel) adalah sama seperti mendedahkan kelemahan pentadbiran lama BN di Selangor sebelum 2008.

"Ini adalah kerana kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung sebanyak RM15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut," kata Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri.

"Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel, kerajaan negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai menteri dan timbalan pengerusi Umno Selangor, Noh perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

"Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama RM 200 juta," tegas Azmizan.

Menurutnya, AMK Selangor berpendapat Noh sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan BN sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.

"AMK Selangor percaya Noh sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir BN telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi sijil layak menduduki (CF)," katanya.

Azmizan mendakwa, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat daripada amalan kronisma Umno dan Unisel sedang  dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan menteri besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.

Justeru, tegasnya, pendedahan Noh adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran dahulu.

Malah, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan sepertimana yang didakwanya dilakukan oleh Umno.'

Semalam Noh mendedahkan laporan audit kewangan Unisel yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurutnya, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

1. Noh dakwa Unisel rugi RM54.8j dalam tiga tahun
2. Masalah pelajar Unisel tanpa asrama selesai
3. Noh Omar dakwa Unisel tanggung hutang urus asrama
4. Bantahan aman depan bangunan SUK Selangor

Umno: Sumbat di sini, bocor di sana

Posted: 09 Sep 2012 09:42 PM PDT


 

Aspan Alias

 "Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka".Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan "priority" yang salah yang dilakukan oleh Umno.Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu.

Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah "inter-party" dan "intra-party" dalam BN.

Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas.

Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.

Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan "kuda pelejang" untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.

Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

"It"s better late than never," kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.

Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.

Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang "terminal" yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit?  Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.
 

Muhyiddin  nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli  Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?

Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.

Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno "suspect everybody and trust nobody" terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka.

Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.

Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.

"Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga," kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana".— aspanaliasnet.blogspot.com

Syabas sengaja lewat proses tukar meter

Posted: 09 Sep 2012 09:37 PM PDT

KL TODAY

 

Segelintir rakyat Selangor yang masih tercicir menerima air percuma sejak dilaksanakan berpunca sikap lepas tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan, Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad.

Menurutnya, perkara itu terjadi kerana Syabas suka melengahkan proses migrasi meter pukal kepada meter individu terutamanya melibatkan apartmen dan flat sehinggakan pemberian air percuma tertangguh.

"Sudah banyak kali kita bertemu dengan Syabas maklumkan perkara ini, tapi malangnya masih lagi berlaku. Syabas tidak buat kerja dengan cepat.

"Sebab itu kita ada perkenalkan tiga mekanisma iaitu, lapor dan dapat, baucer dan kupon kepada rakyat yang masih menggunakan meter pukal," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan 683 pengguna di Selangor yang akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selasa ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi di bawah skim air percuma.

Menurut Iskandar, jika kerajaan negeri diberi kuasa mengambil alih air Selangor,  perkara tersebut tidak akan timbul.

"Kerajaan negeri tiada kuasa dalam proses penyaluran air, kuasa itu masih di bawah Syabas. Kita hanya ada peruntukkan sahaja, bukannya untuk salurkannya.

"Kalau air berada di bawah kerajaan negeri, pastinya tidak timbul proses penukaran meter yang lambat kerana diuruskan sendiri oleh anak syarikat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka.

Isa: Turun naik saham FGVH hal biasa

Posted: 09 Sep 2012 09:34 PM PDT

KL TODAY

 

Turun naik harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia adalah perkara biasa dan ia berlaku kepada semua syarikat perladangan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi itu.Beliau juga percaya keyakinan peneroka dan pemegang saham terhadap FGV tidak akan terjejas.

"Ada beberapa faktor mengakibatkan penurunan saham, antaranya laporan keuntungan suku pertama tidak sebaik tahun lalu sekali gus menimbulkan keraguan.

"Perkara ini juga berlaku mungkin dipengaruhi kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, malah turut menyebabkan penurunan di syarikat perladangan lain," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi

Peserta-peserta Rancangan Felcra Gugusan Rantau Berhad ke-19 di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, dekat sini, semalam.

Mohd Isa berkata, penurunan saham juga mungkin disebabkan oleh mereka terpaksa menjual saham kerana kebergantungan pinjaman daripada bank.

"Selain itu, faktor pelabur dalam dan luar negara yang mahu mengaut keuntungan lalu mereka menjual sahamnya dan itu kita tidak boleh elakkan.

"Namun, saya percaya, dengan perancangan yang kita dibuat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau serta harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan.

Rafizi mohon gugur dakwaan dedah akaun NFC

Posted: 09 Sep 2012 09:25 PM PDT



 
Ahmad Fadli

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menggugurkan tuduhan mengikut Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya ekoran siri pendedahan melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).

Peguam N Surendran yang mewakili Rafizi berkata permohonan itu dibuat antara lain kerana "seluruh prosiding itu adalah penyalahgunaan kuasa pendakwa raya yang mahu memuaskan hati tuan politik mereka".

"Ia juga menentang polisi awam kerana apa yg dibuat Rafizi adalah mendedahkan salah guna dana rakyat," kata Surendran sewaktu bercakap kepada pemberita di luar mahkamah.

Rafizi pada 1 Ogos lalu didakwa mendedahkan empat akaun bank berkaitan NFC dan pengerusi syarikat tersebut, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) atas tuduhan mendedahkan akaun kewangan di bawah Public Bank kepada dua wartawan, seorang daripadanya Erie Martin Carvalho dari The Star.

Akaun-akaun itu dikenalpasti sebagai profail pelanggan akaun NFC, Meatworks and Livestocks Sdn Bhd, Agroscience Sdn Bhd dan akaun Mohd Salleh sendiri.

Rafizi didakwa mendedahkan akaun itu di ibu pejabat PKR pada 7 Mac lalu.

Turut didakwa bersamanya adalah bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang didakwa bersubahat di bawah Seksyen 112(1)(c) akta sama.

Mereka berdepan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM3 juta jika sabit kesalahan.

FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah

Posted: 09 Sep 2012 09:14 PM PDT

Dr. Rosli Yaakop,
Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.
Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.

Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit  kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.

Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu "putar alam" mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat.  Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.

Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad)  bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.

Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa "kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun" walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?

Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.

Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka.  Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.

Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham.  Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.

Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal.   Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.

Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.

Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca  dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi  dan sumbangan sektor gula yang megecil.

Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.

Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar "cornerstone investors" setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.

Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.

Menyedari hal ini,  Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka.  Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya.  Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?

Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi "bonus" RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan "wang percuma" tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.

Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan.  Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.

Lynas: AELB didakwa terburu-buru lulus TOL

Posted: 09 Sep 2012 09:13 PM PDT

Harakahdaily,
KUANTAN: PAS Pahang melahirkan rasa kecewa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kerana dilihat terburu-buru meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas walaupun mahkamah Kuantan sudah membenarkan penilaian semula.

Pada 28 Ogos tempoh hari, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan penilaian semula ke atas keputusan menteri dari MOSTI iaitu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili kerana menolak rayuan kumpulan Anti-Lynas pada bulan jun yang lalu.

AJK BPPNP merangkap pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga merupakan pengerusi Stop Lynas Coalition(SLC) Andansura Rabu (gambar bawah) berkata, beliau melahirkan rasa terkejut dengan keputusan terburu-buru AELB itu.

"Lebih-lebih lagi keputusan itu dilihat seolah-olah menghina keputusan mahkamah kuantan, ditambah pula dengan kes rayuan Stop Lynas Coalition (SLC) yang akan didengar mahkamah 10hb september ini," katanya.

Keputusan AELB itu disifatkan beliau tidak masuk akal dan amat memalukan bagi sebuah agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah alam sekitar.

"Keputusan terburu-buru seperti itu akan mendorong persepsi negatif dari pihak awam bahawa AELB seolah-olah berkhidmat untuk lynas dan bukan untuk rakyat," katanya.

Ketika pihaknya masih tertanya-tanya halatuju MOSTI sama ada ingin melupuskan sisa buangan radioaktif mereka melalui 'Permanent Disposal Facility' (PDF) atau dihantar kembali ke Australia termasuklah pelan terperinci pengurusan sisa berjadual dari LYNAS itu, MOSTI melalui AELB sanggup mengambil keputusan terburu-buru seperti ini.

"Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Umno dan BN khususnya MCA tidak pernah mengambil kira soal nyawa rakyat, malah meletakkan keuntungan ekonomi yang tidak setimpal itu.

"Dengan pengecualian cukai selama 12 tahun serta peluang pekerjaan kepada hanya 300 orang sahaja melebihi kepentingan hampir 900,000 ribu nyawa rakyat kuantan," ujar beliau sambil memberi jaminan bahawa PAS negeri akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap MOSTI khususnya AELB dan Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga merupakan Timbalan Pengarah II Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery(Badar), Ustaz Suhaimi Md. Saad (gambar) ketika dihubungi pula berkata tindakan AELB ini mirip tindakan sama yang dibuat AELB di Bukit Merah satu ketika dahulu.

"Seolah-olah tindakan seperti ini sudah dirancang terlebih awal untuk mengelak kesan ekonomi yang berpanjangan kepada Lynas," kata Suhaimi.

"Kita dimaklumkan saham Lynas sudah menjunam teruk semenjak tahun lepas, lebih dari AUD2.00 kepada AUD0.82 hari ini.

"Oleh kerana itu, mungkin AELB cuba menyelamatkan Lynas," ujar beliau yang menyeru seluruh rakyat Kuantan dan di seluruh negara untuk bangkit membantah keputusan AELB dan MOSTI ini termasuklah menukar pemerintah yang sedia ada sebagai satu-satunya pilihan atau alternatif akhir untuk menutup Lynas.

Lebuhraya terpaksa dibina kerana sudah kritikal

Posted: 09 Sep 2012 09:11 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membina lebuhraya rakyat di Kelantan selepas kerajaan persekutuan gagal melaksanakannya walaupun dijanjikan sejak Rancangan Malaysia ke 5.

"Walaupun ia di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi oleh kerana keperluan mendesak terutama di musim cuti dan perayaan, kita terpaksa berusaha untuk membinanya," kata Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyudin Hassan (gambar).

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Hari Terbuka PAS ditemui di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.

Menurut Takiyudin, yang merupakan seorang peguam, lebuh raya terletak di bawah senarai bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Namun, oleh kerana ia tidak pernah dilaksanakan walaupun dijanjikan sejak sekian lama, kerajaan negeri Kelantan terpaksa memikul tanggungjawab ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri pernah membawa perkara ini sehingga ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun ia tetap tidak berhasil.

Ketika ditanya Harakahdaily tentang cadangan BN Kelantan yang mahu memasukkan pembinaan lebuhraya ini dalam manifesto pilihanrayanya, Takiyudin menolaknya.

"Pembinaan lebuh raya, nak buat stadium dan selesaikan masalah air sudah menjadi manisfesto BN sejak sekian lama..ia cerita basi.

"Saya yakin rakyat Kelantan tidak akan termakan dengan janji palsu ini walaupun mereka kata janji ditepati," kata Takiyudin.

Bagi beliau, BN tidak melayan rakyat Kelantan dengan ikhlas.

"Mereka sepatutnya melayan rakyat Kelantan sebagaimana rakyat negeri lain bukan menganaktirikan mereka," katanya.

Kerajaan negeri, kata beliau, akan cuba melaksanakan pembinaan lebuh raya ini semampu mungkin.

"Buat permulaan ini kita akan lebarkan jalan yang ada, betulkan jalan yang bengkang bengkok dan seumpama.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu sebut, kalau kita tidak dapat buat semua jangan tinggal semua," kata beliau.

Majlis Syura tak bincang isu Nasharudin

Posted: 09 Sep 2012 09:10 PM PDT

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Polis selesai siasatan pijak gambar pemimpin negara, bawa bendera 'Sang Saka Malaya'

Posted: 09 Sep 2012 09:05 PM PDT

SINAR HARIAN

Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
IPOH - Polis selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' semasa Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka dan akan mengemukakan laporan itu kepada pejabat Peguam Negara esok.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan itu diserahkan supaya keputusan selanjutnya dapat diambil oleh pihak Peguam Negara walaupun terdapat beberapa individu yang masih belum menyerah diri atau ditahan untuk direkodkan keterangannya.
  
"Kedua-dua kes tersebut telah selesai...buat sementara kita akan hantar dulu hasil siasatan kepada Peguam Negara dan tengok apa kata mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Bola Sepak kategori terbuka dan veteran sembilan sebelah Piala Ketua Polis Negara 2012 di Markas Briged Utara Polis Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini hari ini.
  
Katanya beliau percaya Jabatan Siasatan Jenayah telah menjalankan siasatan mereka dengan sempurna dan perlu mengikut proses kerja iaitu mengemukakan hasil siasatan supaya keputusan boleh dibuat oleh pihak Peguam Negara.
  
Beliau berkata polis akan terus memanggil mereka yang masih belum menyerah diri untuk tampil berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Mereka yang terlibat, yang belum serah diri kita akan terus panggil untuk mereka menyerah diri supaya keterangan dapat diambil," katanya.
  
Pada 7 Sept lepas, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria berkata polis masih memburu lima lagi suspek selepas enam individu yang dikehendaki polis menyerah diri.   

Dua lagi individu masing-masing berusia 24 tahun yang dikehendaki polis turut menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 2.30 petang hari berkenaan.
  
Aziz berkata kedua-dua lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan polis akan menyiasat tindakan susulan sewajarnya yang akan dikenakan berdasarkan hasil siasatan. - Bernama

Ribut bersulam hujan batu

Posted: 09 Sep 2012 09:03 PM PDT

AZIZAN INCHE HARUN

Zulkifli Mohd Noh
Penduduk sedang membaik pulih keadaan bumbung yang diterbangkan ribut.

PASIR GUDANG – Lebih 600 penduduk di Jalan Bayan, Taman Kota Puteri di sini panik apabila kawasan perumahan mereka dilanda ribut dan hujan batu dalam kejadian jam 3 petang semalam.

Ribut yang berlaku secara tiba-tiba menimbulkan suasana kelam-kabut dalam kalangan penduduk yang terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku itu.

Mangsa, Zulkifli Mohd Noh, 54, berkata, ketika hujan turun dengan lebat dia berada di tingkat atas rumah sebelum isteri mengajaknya melihat hujan air batu.

Menurutnya, bagaimanapun dalam sekelip mata hujan air batu disusuli ribut yang kuat sehingga sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang berkenaan.

"Pada mulanya isteri saya memanggil-manggil supaya datang melihat hujan air batu, tapi tak sampai seminit ribut kuat melanda sehingga isteri saya menjerit dan menangis kerana terlalu terkejut.

"Saya lihat suasana di luar rumah begitu kelam-kabut dengan keadaan jiran yang panik melihat kejadian yang tak pernah lagi berlaku sepanjang 20 tahun saya menetap di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi mangsa, K Senthil, 34, berkata, dia bersama suami terpaksa membawa empat anaknya berlari keluar rumah selepas secara tiba-tiba bumbung rumah tercabut diterbangkan  angin kencang.

Menurutnya, ketika itu hujan turun dengan lebat berserta ribut dan petir yang amat menakutkan.
"Kami menjerit lari keluar rumah bersama jiran yang lain kerana bimbang rumah runtuh selepas melihat keadaan ribut yang terlalu kuat.

"Saya rasa masih trauma kerana sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil bancian yang dibuat sebanyak 172 daripada keseluruhan 400 buah rumah di Taman Kota Puteri, di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.

Menurutnya, bagaimanapun hanya 20 rumah yang kritikal selepas dua rumah, dua kereta dan sebuah van yang musnah di hempap pokok dalam kejadian ribut berkenaan.

"Kita bersimpati dengan mangsa yang terlibat dan mengeluarkan sedikit dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.

"Selain itu, kita turut mengerahkan jentera kita untuk membantu membaik pulih bumbung rumah mangsa yang tercabut dan musnah dalam kejadian secara mengejut itu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Cawangan Cenderai, M Sani Hashim berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk M Munusamy.

Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.

"Datuk Munusamy akan turun melawat mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.

"Kita bersyukur walaupun banyak pokok yang tumbang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa," katanya.

Sinar Harian difahamkan lebih 30 pokok tumbang di sekitar kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih 3 jam.

Tiada ulasan: