Isnin, 10 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


VIDEO: INI DIA SUSPEK DISYAKI LEMPAR CAT MERAH

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT





Suspek yang disyaki melempar cat merah pada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka semalam. Laporan polis telah pun dibuat berhubung insiden tersebut dan kini menunggu pihak polis menjalankan siasatan selanjutnya.-SUMBER


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

INI BUKAN VIDEO LUCAH BEB

Posted: 09 Sep 2012 07:53 PM PDT



DEY MACHA!!!
SAKAN PUAK-PUAK NI
BOLEH MENARI RUPANYA PM KU INI
KAH! KAH! KAH!

YANG GUA PALING TAK TAHAN
TUKANG AMPU PAK RAIS MENARI
KAH! KAH! KAH!

PENUH MAKASID,PENUH WASATIYAH
PEMIMPIN KITA NI
BERJEMAAH DALAM MENARI
KAH! KAH! KAH!

ADA YANG STIM KA TENGOK VIDEO NI?
INI BUKAN VIDEO LUCAH BEB
KAH! KAH! KAH!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PM beri lampu hijau pada samseng? Saifuddin mahu temu KPN

Posted: 09 Sep 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR September 09, 2012: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu bagi membincangkan aspek keselamatan program KEADILAN.

Beliau berharap pertemuan itu dapat memastikan polis memberi perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini, seterusnya menghenti serangan samseng.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media petang tadi.

Menurutnya, KEADILAN kesal kerana Datuk Seri Najib Razak terus membisu, seolah-olah memberi lampu hijau untuk gejala samseng terus berleluasa.

"Sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini," kata Adun Seri Setia itu.
Nik Nazmi merujuk kes serangan terhadap bas Merdeka Rakyat yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, di Kelantan minggu dan Melaka, semalam.
Sebelum itu, katanya taktik samseng digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat hingga sebahagiannya melibatkan kecederaan.

Ini termasuk serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai akibat terkena lontaran batu terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan banyak lagi.

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO BUKTI PENCACAI UMNGOK DAH TAK DAK MODAI

Posted: 09 Sep 2012 03:00 PM PDT





DEY MACHA!!!
UMNGOK BETOI LA PENCACAI
DAH LA JADI SAMSENG
KACAU PROGRAM PAKATAN RAKYAT
LAGI MAU TUNJUK BANGANG
KAH! KAH! KAH!

Polis ambil keterangan pengawal peribadi Anwar

Polis Melaka telahpun membebaskan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengacu senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim, Jasin, dekat Melaka semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 37 tahun yang merupakan ketua pengawal peribadi ketua pembangkang itu dibebaskan jam 9 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di Melaka.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan dan disiasat berhubung lima laporan polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah antara jam 3.30 petang dan 4 petang semalam.

"Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami merakam percakapannya dan berpuas hati dengan keterangan yang diberi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi.

Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, pengawal peribadi yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol ekoran sekumpulan lelaki cuba menghalang bas yang dinaiki Anwar untuk ke majlis anjuran PKR.

Marah dengan perbuatan lelaki itu, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat menyerbu ke arah lelaki tersebut sehingga keadaan kemudian menjadi kecoh.

Raja Shahrom berkata polis turut menyiasat laporan berhubung dakwaan bas yang dinaiki Anwar dan penyokongnya disimbah cat merah serta dilontar beberapa botol air minuman ketika tiba di lokasi kejadian.

- Bernama


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: