Isnin, 17 September 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SAPP janji IC khas untuk warga Sabah

Posted: 17 Sep 2012 07:14 AM PDT

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Bekas ketua menteri itu berkata, kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang tulen atau sebaliknya memandangkan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, "Kad Pengenalan Sabah" itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.

Tegasnya, kad pengenalan khas yang dijanjikannya itu hanya akan diberikan kepada warga Sabah manakala MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan adalah kad pengenalan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kuasa mengeluarkan kad pengenalan itu terbukti kerana pada masa lalu, kad pengenalan mempunyai tanda tempat dikeluarkan adalah Kota Kinabalu," katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kepayan, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Yong berkata, janji untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah itu berasaskan kepada 20 perkara yang ditandatangani apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.

Janjinya itu selari dengan kempen Pakatan Rakyat, yang kini giat berkempen untuk mengembalikan status autonomi Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Turut hadir dalam majlis ceramah Yong adalah penasihat SAPP yang juga bekas menteri kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur serta tiga timbalan presiden – Datuk Eric Majimbun, Datuk Liew Teck Chan dan Amde Sidik.

MAHADHIR BOLEH DISIASAT.? NI YG BUAT TAKUT ORANG UMNO KAN?

Posted: 16 Sep 2012 11:18 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.

Tiada ulasan: