Isnin, 17 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


NST pula kantoi edit gambar Najib untuk tunjukkan Ahli UMNO Pekan ramai..

Posted: 17 Sep 2012 07:00 AM PDT

Sekeping gambar yang disiarkan oleh Bernama hujung bulan lalu telah dipertikaikan keasliannya oleh banyak pihak kerana ianya dikatakan telah di 'edit' bagi menunjukkan bahawa puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian The Star pada 21 Ogos lalu sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".

Ramakrishnan mendakwa bahawa kediaman Sri Perdana di Putrajaya tidak akan mampu untuk menampung kebanjiran puluhan ribu orang ramai.

Beliau mendakwa bahawa gambar yang berbeza telah "dijajar dan ditindan" dari gambar asal untuk mewujudkan tanggapan bahawa orang ramai telah berkumpul di sana.

Mengukuhkan testimoni beliau, seorang belia tanpa nama yang hadir di sana, beliau berkata bahawa saksi tersebut tidak melihat puluhan ribu orang seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan.. kalau dah lupa sila baca di laporannya di ( SINI )

Dengan menganggap semua rakyat Malaysia adalah bodoh dan mudah untuk diperbodohkan, semalam sebuah lagi harian berbahasa Inggeris mengulangi perkara yang sama iaitu meng 'edit' gambar.

Bagi menunjukkan ramai ahli UMNO yang menyambut Najib, yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan, untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian itu di Pekan, New Straits Times juga didapati telah edit gambar yang disiarkannya.. lihat di bawah..


Perhatikan betul-betul apa yang telah di "dijajar dan ditindan" pada gambar di bawah ini..


Nampak tak?..

Nasib baiklah aku bukan ahli UMNO.. kalau tidak mudah saja aku diperbodohkan oleh The News Straits Times pula...

Bangunan DAP disimbah cat.. Gerakan pula dakwa bangunannya disimbah AIR KOPI..

Posted: 17 Sep 2012 04:22 AM PDT

Suatu masa dulu Mahathir pernah berkata kini hanya tinggal orang-orang yang bodoh bersama UMNO kerana yang cerdik pandai menyertai PAS/Pakatan Rakyat.

Dan ada orang yang berkata, jika kita berkawan dengan orang-orang yang bijak dan pandai sedikit sebanyak kita juga akan terpengaruh menjadi bijak begitulah juga sebaliknya..

Oleh kerana telah menjadi sahabat kepada sebuah parti yang dipenuhi oleh orang-orang bodoh, GERAKAN yang sudah berpuluh tahun menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, ahli-ahlinya kini turut dilanda sindrom 'bodoh' yang di bawa oleh UMNO.

Setelah tiga bangunan DAP menjadi mangsa disimbah dengan cat merah oleh puak yang tidak bertamaddun, untuk mengelakkan dari Barisan Nasional Pulau Pinang terus menjadi pihak yang dipersalahkan GERAKAN juga mendakwa turut menjadi mangsa vandalisma seperti itu.


Tetapi apa yang menimpa GERAKAN adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan vandalisma yang dilakukan terhadap bangunan milik DAP.

Dimana menurut Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini dibaling beberapa BIJI TELUR dan disimbah AIR KOPI awal pagi tadi.


Ha..ha..ha.. korang percaya ke apa kata Teng Hock Nan tu?

Nampak murah sangat la… tak ada budget ke?

Sekali baca macam tengok siaran ulangan 'Lori Pemuda BN dilempar cat saja..'.. siri Maharaja Lawak Bodoh Pemuda BN Pulau Pinang itu boleh dilihat di ( SINI )

Netbook 1Malaysia : Belum diguna lagi sudah rosak...

Posted: 16 Sep 2012 11:14 PM PDT


Inilah apa yang rakyat Malaysia peroleh bila sebahagian dari dana yang disalurkan kepada rakyat terpaksa dipulangkan kembali kepada kroni UMNO/BN.

Apa yang dibekalkan kepada rakyat Malaysia akhirnya bertukar menjadi beban buat mereka yang menerimanya antaranya ialah Netbook 1Malaysia ini..

Ianya diberikan secara percuma tetapi memandangkan sifat tamak yang terbungkam dalam diri kroni-kroni UMNO, rakyat yang gembira pada ketika menerimanya.. bertukar duka setelah menerimanya.

Ada yang mendakwa hanya sempat menggunakannya selama satu minggu sahaja malah ada yang mendakwa ianya tidak boleh diguna sejak dari tarikh ianya diterima..

Apa yang pasti ialah.. Kroni semakin kaya.. Rakyat menanggung derita...

Pencacai UMNO dapat apa??.. ni pengumuman buat pencacai UMNO.. Ada sumber mengatakan bahawa Noh Omar akan merekrut 100 Cybertrooper bagi menyerang Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh Blog Pro Pakatan Rakyat.. Gaji sekitar RM3000 sahaja sebulan.. berminat?.. ha..ha.. carilah sendiri macam mana nak jadi Cybertrooper tu.. 

*************************************

Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan

TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.


Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.

"Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

"Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.

Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.

"Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.

"Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.

 "Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya.

~Sinar Harian

*Sinar Harian edisi utara siarkan 5 halaman penuh tentang Netbook 1Malaysia Najib ini hari ini.. korang belilah..*

Seleweng RM200K dana Pertubuhan Kebajikan ,Chua Soi Lek sila jawab!

Posted: 16 Sep 2012 09:56 PM PDT


Adakah ini sudah menjadi satu amalan yang membarah didalam Pentadbiran Najib?.. setiap dana dari wang rakyat yang disalur keluar dari sebarang Kementerian perlu diagihkan beberapa peratus darinya kepada pemimpin UMNO/BN melalui Syarikat milik mereka.

Semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen yang lengkap mengenai penyelewengan RM200,000 atau 40% dari jumlah keseluruhan geran yang bernilai RM500,000 dari geran bantuan Perdana Menteri yang diterimanya pada 12 September 2012 lalu, Chegu Bard bersama SAMM dan AMK Pulau Pinang telah membuat satu laporan kepada SPRM.

Hanya empat orang dibenarkan masuk ke perkarangan ibu pejabat
Temujanji telah diadakan dengan salah seorang pegawai penyiasat dari SPRM pada pukul 2.45 petang, hari ahad 16 Sepember dan hanya empat orang sahaja termasuk Chegu Bard sendiri yang dibenarkan memasuki perkarangan Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang itu.

Bagi membantu untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan beberapa dokumen telah diserahkan antaranya ialah:


~Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan

~Penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

~Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.

~Penyata akaun bearakhir bulan Mac 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan April 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan Mei 2012

~Minit mesyuarat Exco ke 192 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

~Minit mesyuarat Exco ke 193 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

2 minit minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2012 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.

Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Chegu Bard masuk membuat laporan sekitar 3.15 petang dan keluar dari bangunan SPRM 6.30 petang.

Laporan telah diterima oleh Jafarudin Shahari, Penguasa SPRM. CheGuBard telah dirakam maklumat sejurus membuat laporan tersebut dan turut disertai oleh beberapa pegawai kanan SPRM yang turut mebantu pada masa itu.

Baca apa yang dah ditandatangani oleh Chegu Bard di dalam gambar di bawah ni..


Jika didedahkan semua apa yang ada.. yang pertama Chegu Bard akan diburu oleh Bank Negara kerana melanggar akta BAFIA.. hukumannya denda sehingga RM3Juta atau Penjara selama 2 tahun..

Yang kedua.. "Seseorang yang tidak mematuhi peruntukan seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 69 ASPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.. "

Sidang Media diadakan setelah Chegu Bard didapati masih bernyawa setelah keluar dari bangunan SPRM
… Ini boleh dianggap sebagai satu peluru untuk menumbangkan dua musuh sekaligus.. sebabnya jika segala dokumen yang ada disiarkan maka Chegu Bard pasti akan kedalam dan Pemimpin Barisan Nasional itu mungkin juga.. aku kata mungkin.. akan ke dalam dan pasti tidak akan disenaraikan sebagai calon..

Dokumen dibekalkan oleh pihak Barisan Nasional.. tujuannya untuk menyingkirkan sahabatnya dalam Barisan Nasional dan dalam masa yang sama menyukarkan Chegu Bard yang bertanding sebagai Ahli Parlimen dengan BAFIA dan Akta SPRM...

Jadi.. bersamalah kita tunggu dan lihat adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia benar-benar proffesional atau sekadar menjadi tunggangan pemimpin UMNO/BN…

Chegu Bard bersama SAMM, AMK dan mana pi Jingga 13 pulakdah? tadi ada..
Tengok betul-betul....
SAMM, Jingga 13 dan AMK Pulau Pinang...
 Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) baca juga apa laporan oleh Chegu Bard sendiri di ( SINI )

Tiada ulasan: