Sabtu, 15 September 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TANDA UMNO AKAN KALAH SUDAH JELAS

Posted: 14 Sep 2012 08:23 PM PDT

TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.


"Apakah petanda itu?

"Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

"Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan," tambah beliau.

Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.

Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.

"Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan," tegas beliau lagi.

Kata Tuan Ibrahim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah akan menolong agamanya melalui tangan-tangan yang jahat di kalangan kamu."

"Kejahatan ini memberi ruang kepada rakyat untuk menilai, menghalusi dan meneliti apakah layak golongan samseng ini diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan negara. Inilah akibat golongan yang hanya mengenali syaitan tetapi tidak mengenali malaikat," tambah beliau.

NEGARA HUKUM RIMBA...?

Posted: 14 Sep 2012 07:17 PM PDT

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

NONENaib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.

Tiada ulasan: