Sabtu, 15 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rakaman penuh kenyataan Hishamuddin kepada Malaysiakini tersebar!! malu weh!! menipu rupanya dia..

Posted: 15 Sep 2012 07:22 AM PDT


Setelah teruk dikecam oleh berbagai pihak terutamanya dari pemimpin dan juga penyokong Pakatan Rakyat, Hishamuddin Hussein mendakwa bahawa kenyataannya telah diputar belit oleh Malaysiakini..

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin sebagai menjelaskan kenyataan beliau itu mengulas kepada kedudukan sokongan kepada pembangkang di Johor menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin, penduduk Johor sendiri yang tentukan, merujuk kepada sokongan terhadap pembangkang terletak di tangan penduduk Johor sendiri.

"Namun apa yang saya kesali portal itu 'spin' kata keselamatan pembangkang yang mengadakan 'road-tour' di Johor saya tidak boleh jamin... ini berniat jahat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu 2012 di Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya dan Peguam Negara terlebih dahulu, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Katanya fitnah dan politik berasaskan kebencian seperti diperlihatkan melalui putar belit kenyataannya itu sememangnya diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

"Pembangkang 'memperkudakan' media alternatif ini untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap media arus perdana memainkan peranan di barisan depan bagi menerangkan apa fakta sebenarnya.

"Rakyat harus sedar dan matang dalam melihat sesuatu isu itu, perlu kaji sedalamnya dan lihat segala sudut sebelum meletakkan pendirian mereka terhadap sesuatu isu," beliau dipetik sebagai berkata.

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR? 

Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...
 

This is politics. Politics is all about the risks.If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku.


Dengarkan rakaman temubual itu di sini .. ( Pages ASD ) atau di sini ( Soundcloud Malaysiakini )

Bekas Bendahari UMNO Sabah keluar UMNO sertai PKR.

Posted: 15 Sep 2012 01:53 AM PDT


LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.

Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.


Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.

Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo.

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.

Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.

Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009 ~ KeadilanDaily

Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.


Sumber gambar dari ( SINI )

Najib buat lawak ke ni?

Posted: 15 Sep 2012 12:04 AM PDT


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO perlu bersyukur kerana perjuangan parti itu selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti UMNO.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata, apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan UMNO dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Najib berkata, apa yang penting semua anggota UMNO perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.

Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang Perdana Menteri.

"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan Tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan. - BERNAMA

Filem kematian Beng Hock mula ditayangkan..

Posted: 14 Sep 2012 09:39 PM PDT


Jika filem Tanda Putera yang dikatakan boleh mencetuskan ketegangan kaum dibenarkan tayangannya, sepatutnya pihak Kerajaan UMNO/BN juga membenarkan tayangan filem ini..


******************************************
Selepas demonstrasi, serahan memorandum, ucapan di pentas ceramah dan persembahan teater, kisah kematian tragis setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock kini dibawa ke layar perak pula.

DAP Serdang malam tadi menayangkan filem dokumentari berkaitan bertajuk Jatuh di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur malam tadi.

Filem itu diarahkan oleh graduan Pengajian Cina Universiti Putra Malaysia Siew Ki, 26, cuba mendokumentasikan kisah kematian mendiang Teoh yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Siasatan suruhanjaya diraja kematian Teoh mendapati mendiang membunuh diri akibat soal siasat agresif dan berterusan oleh pegawai SPRM.

Siew Ki berkata beliau mendapat idea untuk mengarahkan filem yang berdurasi 36 minit itu, sewaktu makan di pusat khidmat exco Selangor Ean Yong Hian Wah - bekas majikan Teoh - di Serdang pada suatu hari.

teoh beng hock documentary launching 140912 wing siew ki 02"Semasa saya makan dekat pusat khidmat itu saya teringat tentang Teoh Beng Hock. (Saya kata) kenapa (kes Teoh) tidak didokumentasikan. Ia penting untuk mengingati (kisah) atau menghantar mesej (kepada rakyat).

"Lalu saya cuba berhubung dengan YB Ean. Dalam masa dua hari, beliau memberi respon dan bersetuju menyediakan contact. Beliau menolong saya seratus peratus. Saya menghargainya," kata Siew Ki (kanan).

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 150 hadirin memenuhi ruang dewan tersebut termasuk ahli keluarga mendiang Teoh, bagi menyaksikan tayangan prebiu filem dokumentari itu.

Bercakap selepas tayangan itu, Siew Ki berkata filem dokumentari pertamanya itu dibantu oleh beberapa orang rakannya memandangkan beliau tiada pengalaman mengarah filem sebelum ini.

Filem itu mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan termasuk pascaproduksi.

Suara latar ibu

"Sebab saya mengarahkan dokumentari ini adalah untuk menyebarkan berita dan menerangkan keseluruhan cerita kepada pihak yang masih tidak faham khususnya di kampung-kampung yang masih bergantung kepada media arus perdana.

"Ada banyak perkara yang masih tidak diketahui, jadi amat penting untuk saya dedahkan semuanya berkaitan kes ini," katanya.

teoh beng hock documentary launching 140912 01Jatuh bermula dengan babak menunjukkan bangunan Plaza Masalam di Shah Alam - pejabat lama SPRM Selangor. Teoh ditemui mati di situ pada 16 Julai 2009 di tingkat lima selepas memberi keterangan di tingkat 14.

Kemudian suara latar ibu mendiang yang 'off-screen' kedengaran, menceritakan perwatakan dan sifat penyayang Teoh kepada ahli keluarganya sejak kecil sehingga dewasa sebelum ibunya muncul dan ditemubual oleh Siew.

Kemudian, babak seterusnya diselangi dengan gambar kenangan Teoh sejak kecil sehingga dewasa dan berkarier yang juga diiringi dengan suara latar daripada temubual dengan ibunya.

Dalam filem itu juga, Siew turut menemubual beberapa individu yang terlibat secara langsung bertanggungjawab membela kematian Teoh termasuk ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menjadi peguam kepada keluarga Teoh.

Gobind menceritakan dari aspek perundangan membela kematian Teoh sejak awal sehingga berakhirnya prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat punca kematian mendiang.

teoh beng hock documentary launching 140912 thai porntipSelain itu, Siew turut menemubual pakar patologi forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang hadir memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja untuk mengetahui punca kematian mendiang Teoh. Temubual itu dijalankan di Thailand pada bulan Jun lalu.

Ean turut ditemubual dalam filem itu, menceritakan mengenai detik mula dan kisah setiausaha politiknya dipanggil oleh SPRM pada tarikh tersebut sehingga mendiang ditemui mati di bangunan tersebut.

Di samping itu, Siew turut menyelitkan gambar Teoh, foto perhimpunan solidariti kepada keluarga mangsa serta keratan laporan Malaysiakini dan akhbar berbahasa Inggeris mengenai berita berkaitan prosiding inkues dan RCI yang berlangsung.

Lagu sentuh emosi keluarga Teoh

Siew turut menyelitkan 'footage' mengenai sidang media pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kematian itu yang diambil daripada Malaysiakini.tv.

Siew juga memaparkan 'footage' prosiding inkues yang mana ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menunjukkan aksi mencekik leher sendiri, sehingga mengundang gelak ketawa para hadirin.

Malah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut ditemubual dan menggesa SPRM bersikap "telus dan bertanggungjawab supaya tragedi itu diperbetulkan" dan menjadikan kes Teoh asas supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

teoh beng hock documentary launching 140912 02Filem itu juga menemubual pemerhati politik dan aktivis Hishamuddin Rais yang memberi pandangannya terhadap kes tersebut yang didakwanya sebagai kes "pembunuhan" dan menyifatkan proses siasatan SPRM yang lama terhadap Teoh sebagai "penyeksaan".

Bagaimanapun, Siew menjelaskan beliau tidak menemubual pegawai SPRM kerana "mahu mendokumentasikan kebenaran yang dipercayainya bahawa Teoh bukan mati kerana bunuh diri".

"Lagipun banyak media yang berpihak kepada MACC (yang boleh menyiarkan pandang mereka)," katanya sambil menambah beliau mempunyai tempoh masa yang terhad dalam filem tersebut.

Filem itu juga menyediakan sarikata dalam tiga bahasa - Inggeris, Melayu dan Cina serta suara latar perempuan dalam bahasa Melayu.

teoh beng hock documentary launching 140912 artist performDi akhir sekali, Siew yang memaparkan sedutan temubual Gobind yang berkata:

"To the officers not only the MACC officers but all officers who deal with suspects and witnesses, that if this is done, if this is happened, you will have to pay for it".

Mengakhiri filem ini, para hadirin dihiburkan dengan lagu tema bertajuk 'Teoh Beng Hock' yang dinyanyikan oleh Zamri Mat Jidan atau lebih dikenali sebagai Nik Jidan. Lirik ditulis oleh Hishamuddin Rais.

Nik turut mendendangkan lagu yang sama dengan petikan gitar kepada hadirin sehingga mengundang tangisan keluarga mendiang.


~ Malaysiakini

Risalah mengandungi fitnah terhadap DAP diedar di Masjid.

Posted: 14 Sep 2012 06:00 PM PDT


Mungkin kerana menyedari bahawa peranan yang dibawa oleh Cybertrooper upahan mereka tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan, UMNO terpaksa menggunakan cara lama iaitu mencetak dan mengedar risalah.

Diawal pagi semalam, Ibu pejabat DAP Pulau Pinang telah menjadi mangsa serangan 'Cat Merah' dipercayai dilakukan oleh pihak 'Syaitan yang dikenali', pada waktu tengahari risalah ataupun buku yang memburuk-burukkan DAP diedar di Masjid pula.

Video rakaman CCTV  'Syaitan yang dikenali' sedang melontar bungkusan cat sila lihat di ( SINI )

Buku kecil yang bertajuk '10 Perkara yang perlu diketahui oleh Melayu Islam mengenai DAP' itu telah ditemui ditinggalkan di tangga Masjid Bayan Baru ketika ummat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat.

Ianya ditinggalkan bersama sekeping risalah yang telah diguna semual iaitu risalah memburuk-burukkan BERSIH 3.0.

Dipercayai ditinggalkan ketika ummat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat kerana ketika ummat Islam berpusu-pusu untu masuk ke dalam Masjid buku tersebut masih tidak kelihatan di tangga itu.

Buku kecil yang mengandungi 11 muka surat bercetak itu menyenaraikan 10 perkara tentang DAP yang perlu diketahui oleh orang-orang Malayu.

Dari apa yang dilihat dan dibaca ianya sesuai untuk memperbodohkan orang-orang Melayu yang tak punya capaian internet, kerana kesemua perkara tersebut adalah fitnah nyata yang semuanya telah lama terjawab di dunia cyber.

Dalam buku tersebut juga pihak 'Syaitan yang dikenali'yang menerbit dan mengedarkannya tanpa perasaan takut akan tindakan pihak berkuasa membangkitkan isu 'Tragedi 13 Mei'.

Yang menurut buku tersebut tragedi itu telah didalangi oleh DAP dan juga GERAKAN.

Lagi apa yang terkandung.. korang bacalah sendiri kat bawah ni.. aku dah scan..


Terdesaknya puak-puak 'Syaitan yang dikenali' itu nampaknya.. hinggakan Masjid pun digunakan mereka untuk menyebar fitnah... inilah yang dikatakan sebagai 'Haram Jadah' sebenarnya..

Tiada ulasan: