BRIGED MP SEGAMBUT |
- POLIS DURJANA JIKA INI BENAR DAN MEMALUKAN NEGARA
- PONDAN
- MCA JANGANLAH MELAMPAU
- KERAJAAN SELANGOR TAKUT?
- NASHA SELAMAT ADA YG PENING?
- SERENTAK ATAU TIDAK PRU 13 KITA PERJUANGKAN TERUS SAMPAI MENANG
- Polis: Serah diri sebelum kami 'buru'
- JADI HANTU JADILAH AKU TAK KESAH MALAH SUKA HA HA HA
- KALAU DAH NAK KALAH SALAHKAN George Soros
- BENARKAH SYETAN YG DIKENAL ITU MENANGIS SEPERTI DAKWAAN PAS?
- MENARIKNI..FITNAH DAN SPIN..ITULAH PEMBANGKANG KATANYA
- ADA YG KEPANASAN DENGAN UCAPANNYA
- MENGAPA NIK AZIZ MENINGGALKAN MAJLIS BEGITU CEPAT?
- Anwar: Biar polis siasat isu senjata api
- Mahfuz: Gambar PM lebih suci dari masjid?
- PIJAK GAMBAR PEMIMPIN BUKAN KARENA KERAJAAN LEMAH.KARENA PEMIMPIN TAK MELAKUKAN SEPATUTNYA BUAT RAKYAT?
- APAKAH PENANGKAPAN PELAJAR DAN KEMUDIAN MEMINTA MAAF DAN DI MAAFKAN HANYA UNTUK DIANGGAP BAIK?...
- SABAH DAN SARAWAK LEBIH MEMBANGUN DARI SEMANANJUNG?..
- Gari gadis 'sangat lembut', kata polis
- KES ROGOL YG PATUT DI PERHATIKAN
- TIMBALAN PERDANA MENTERI BAHARU AKAN DILANTIK?
- SAIFUL AL BUNTUTI SUKA PERHATIAN?
POLIS DURJANA JIKA INI BENAR DAN MEMALUKAN NEGARA Posted: 13 Sep 2012 09:00 AM PDT Satu posting di sebuah forum dalam talian popular backpackers Taiwan yang menuduh polis Langkawi menuntut dan mengambil rasuah, telah meletakkan Malaysia di mata komuniti pelancongan antarabangsa. Bagaimanapun, polis Kedah berkata tiada laporan telah dibuat berhubung dengan dakwaan tersebut. Artikel dalam bahasa Cina itu disiarkan di backpackers.com.tw pada 10 September oleh seorang pengguna yang menggunakan nama samaran 'dr995'. Menurut posting tersebut, penulisnya sedang memandu kenderaan MPV yang disewa di Langkawi, menuju ke tempat penginapannya apabila kenderaan itu melalui satu sekatan pemeriksaan polis. "Saya menurunkan cermin tingkap dan menyerahkan lesen memandu antarabangsa saya kepada anggota polis. Dia memandang ke dalam kereta dan mengarahkan saya menghentikan kereta itu di tepi jalan. "Dia kemudian berkata kereta itu membawa lebih penumpang dan setiap seorang daripada kami (dalam kereta itu) perlu membayar denda RM300 atau jika tidak, dia akan membawa kami ke balai polis. Kita hanya boleh beredar dari situ selepas membayar denda. "Kemudian dia merampas pasport saya. Kami merayu kepada anggota polis itu tetapi selepas beberapa pusingan rundingan, dia tetap dengan pendiriannya dan mahu kami cepat menyediakan wang. Kemudian dia memeriksa kenderaan lain," kata posting tersebut. Penulis tersebut mendakwa bahawa dua anggota polis kemudian menakut-nakutkannya dengan "kata-kata yang sukar dipercayai" dan menawarkan satu penyelesaian terhadap masalah tersebut - iaitu tawaran membayar RM500. "Bukan sahaja kita boleh beredar dan terus memandu kereta kami, tetapi dia juga memberi jaminan bahawa tidak ada lagi polis yang akan memberi kami masalah." Sambil menyifatkan anggota polis itu sebagai "sekumpulan samseng berpakaian seragam polis yang dilengkapi dengan pistol", penulis itu berkata semua kenderaan yang diperiksa adalah yang dipandu oleh pelancong, manakala pemandu tempatan dibenarkan melepasi sekatan itu. Anggota polis itu yang kemudian membawa penulis ke belakang kereta polis supaya mereka tidak dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan mengarahkannya meletakkan wang ke dalam tangannya. "Dia kemudian segera menutupnya dengan sekeping kertas dan menyimpannya dalam kereta polis. Proses ini pantas dan licin, mungkin kerana sudah sering berbuat demikian. "Selepas membayar wang itu, saya mendapat balik lesen memandu dan pasport saya, dan beredar dari situ," tulisnya. Keseluruhan perbualan dengan pihak polis, katanya, telah dirakam secara rahsia oleh seorang penumpang kenderaannya, dengan menggunakan telefon bimbit dan gambar anggota polis berkenaan turut dirakamkan. Bukti-bukti itu telah dikemukakan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, katanya. Sekeping gambar menunjukkan tiga anggota polis beruniform memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya itu turut disiarkan bersama dengan artikel di forum online itu. [Baca berita penuh] | |||
Posted: 13 Sep 2012 07:44 AM PDT Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu. Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily: "Simptom" gay:
"Simptom" lesbian:
Ia juga menyatakan, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran. Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu. Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi. Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak. Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini. Garis panduan berkenaan hari ini dikesan menjadi ulasan utama pengguna Twitter yang menggunakan kata kunci "Simptom seorrang gay" (#SymptomsOfBeingGay). Hinggakan, kata kunci tersebut muncul sebagai trend paling popular di kalangan pengguna Twitter Malaysia hari ini. Antaranya, seorang aktivis Pang Khee Teik yang menulis dengan nada ejekan bahawa garis panduan itu memudahkan golongan gay mencari pasangan. "Sebelum ini saya kesunyian. Tapi dengan #SymptomsOfBeingGay saya sekarang boleh mencari gay lain. Terima kasih Menteri Pelajaran!," tulisnya. Garis panduan itu juga diulas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa beliau juga mengenakan baju sendat dengan kolar-V. "Saya juga pakai baju sendat, kolar-V. Saya OK," katanya dengan kata kunci ejekan "Simptom seorang yang bodoh" (#SimptomsOfBeingStupid). | |||
Posted: 13 Sep 2012 12:19 AM PDT KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula. "MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu," kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily. MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran. Seperti yang lazim, PAS Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan kaunter makanan mengikut gender tetapi para pengunjung boleh duduk di mana-mana meja saja. "Mereka yang hadir secara berkeluarga boleh duduk di meja bulat. Kaunter ambil makanan ini satu galakan dan bukan paksaan," kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa. Hari ini di akhbar NST, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Senator Datuk Yeow Chai Thiam meneruskan lagi serangan dengan menuduh bahawa amalan berdasarkan akhlak Islam tersebut mendatangkan "inconvenience" (kesusahan) kepada bukan Islam. "Saya merasa benda ini tidak sepatutnya dikenakan kepada bukan Islam yang menghadiri majlis seperti ini," kata Yeoh. Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata orang Islam ada akhlak dia tersendiri dalam mengendalikan majlis seperti ini. Mustafa menyindir bahawa kalau "MCA nak duduk siang-malam dengan siapa-siapa dalam satu bilik, ikut MCA-lah" tapi menegaskan bahawa orang Islam mempunyai akhlak Islam dan ketimurannya sendiri, "Akhlak ketimuran ini ada pada semua kaum, tapi akhlak MCA kita tak pasti," kata beliau. Para pemimpin MCA, katanya, sudah tiada modal (substance) dan terpaksa bergantung hidup pada isu-isu sebegini untuk mencari sokongan. Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut mempertikaikan akhlak wanita Islam yang enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Chua dan MCA telah menyerang calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman atas alasan beliau tidak mahu bersalam dengan kaum lelaki. Malangnya, perkara itu turut disokong parti Melayu terbesar Umno, yang tidak melakukan sebarang teguran kepada MCA seperti dalam isu serangan majlis Hari Raya ini. | |||
Posted: 12 Sep 2012 10:09 PM PDT eengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan. "PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati. "Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di ibunegara malam ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum. Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor. Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2. - Bernama | |||
Posted: 12 Sep 2012 08:56 AM PDT Malah menurut beliau, PKR tidak pernah mencampuri urusan setiap parti di dalam Pakatan Rakyat dan tidak akan mencampuri apa yang telah diputuskan. "Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS terhadap isu Nasharudin, malah kita tidak akan mencampuri keputusan yang telah diputuskan. "Apa yang diambil oleh Majlis Syura itu adalah hak peribadi mereka dan kita dalam Pakatan tidak boleh pertikaikan," sambung beliau lagi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Sementara itu ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyaman Nasharudin,, katanya ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat menganggapkan itu adalah bersifat peribadi. | |||
SERENTAK ATAU TIDAK PRU 13 KITA PERJUANGKAN TERUS SAMPAI MENANG Posted: 12 Sep 2012 08:33 AM PDT Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui. Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya. Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi. Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. "Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar," katanya. | |||
Polis: Serah diri sebelum kami 'buru' Posted: 11 Sep 2012 09:05 PM PDT pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan. Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. "Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita. "Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi. | |||
JADI HANTU JADILAH AKU TAK KESAH MALAH SUKA HA HA HA Posted: 11 Sep 2012 08:33 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam. Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya. Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat. Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'. "Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya. Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu. | |||
KALAU DAH NAK KALAH SALAHKAN George Soros Posted: 11 Sep 2012 02:23 AM PDT Penasihat Suaram, Kua Kia Soong hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mencampuri urusan spekulator matawang George Soros yang didakwa menyalur dana kepada NGO tersebut. Katanya, Soros berhak untuk memanfaatkan wangnya mengikut cara yang dirasakan wajar oleh jutawan berkenaan. "Apa yang tidak kenanya dengan George Soros? Kami tidak masuk campur dalam urusan perniagaannya. "Apa yang Soros buat menggunakan duitnya sendiri dan bukan duit rakyat," kata Kua dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Beliau mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang meminta Bank Negara menyiasat dakwaan bahawa Soros menyalurkan dana kepada NGO berkenaan. Ismail berkata, siasatan kementerian itu menunjukkan Suaram menerima lebih RM558,500 daripada Soros dalam tempoh 2007 hingga 2010. Turut hadir dalam sidang media pagi tadi adalah wakil dari 135 NGO lain yang menyatakan sokongan kepada Suaram atas dakwaan yang dihadapinya itu. Antaranya, pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah yang berkata pembiayaan dana asing untuk isu tertentu merupakan amalan biasa yang turut dipraktikkan kerajaan Malaysia. Malah, kerajaan Malaysia sendiri pernah membiayai perjuangan menentang amalan apartheid di Afrika Selatan dan pembebasan masyarakat Palestin di Israel, katanya. "(Gangguan ini) akan mengganggu keupayaan Suaram untuk mendapatkan dana dari luar negara," katanya. Manakala pengarah eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pula menganggap siasatan berkenaan merupakan satu gangguan berterusan oleh kerajaan bagi mengelak isu dibangkitkan Suaram - pembelian kapal selam Scorpene. "Momokan ini tidak masuk dek akal lagi kerana masyarakat sekarang sudah matang. "Kerajaan perlu menghentikan gangguan ini dan menjawab isu yang dikemukakan," katanya. | |||
BENARKAH SYETAN YG DIKENAL ITU MENANGIS SEPERTI DAKWAAN PAS? Posted: 10 Sep 2012 11:00 PM PDT Benarkah syetan yg dikenali menangis dengan keputusan majlis surah PAS?.. ataukah keputusan itu menggembirakan syetan yg dikenali?.. boleh jadi kedua duanya juga masih menguntungkan syetan,karena buah pahit itu masih di tenggorokan kita.. mengenai musuh bercerai berai itu memang impian setiap musuh..kita juga berharap syetan yg dikenal juga berpecah belah bukan?.. dibawah ini petikan kalimat itu ..anda bebas berspekulasi dan bergossip karena itu hak kita...
KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira. Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka. "Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah. | |||
MENARIKNI..FITNAH DAN SPIN..ITULAH PEMBANGKANG KATANYA Posted: 10 Sep 2012 07:16 PM PDT Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa wadah perjuangan pembangkang bukan berunsurkan dasar tetapi hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'. "Lihat sahaja sifat dan perwatakan pembangkang yang ada pada hari ini. Wadah perjuangan mereka bukan berunsurkan dasar, perjuangan mereka hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'. "Apa sahaja produk kerajaan BN akan difitnah, ditohmah dan dicaci. Kebelakangan ini nampaknya mereka sudah bertambah ekstremis, sudah ada unsur mengaibkan pemimpin dengan memijak gambar dan menunjukkan punggung," katanya. Raja Nong Chik yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar berkata demikian ketika berucap di perasmian persidangan perwakilan Umno Penampang, di Kota Kinabalu malam tadi. Oleh itu, beliau mengajak penduduk Sabah supaya menolak pembangkang yang didakwanya gemar melemparkan pelbagai janji populis yang tidak mungkin dapat dikotakan, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Beliau berkata corak politik pembangkang juga lebih berunsur kepada memutarbelitkan fakta dan mewujudkan cerita politik yang bertujuan untuk mengaburi mata dan mengelirukan rakyat. "Inilah yang dinamakan ciri-ciri saudagar mimpi yang ekstremis. Amat berbeza dengan corak politik BN yang bertunjangkan pencapaian dan menunaikan janji-janji demi untuk rakyat," katanya Raja Nong Chik berkata tema 'Janji Ditepati' merupakan wadah perjuangan BN sejak dahulu lagi kerana parti itu sentiasa akan berusaha memastikan janji yang dibuat ditunaikan. "Ini bukan merupakan perkara yang baru kerana sejarah mampu membuktikan bahawa Barisan Nasional sentiasa 'walk the talk'," katanya. Beliau berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertungkus-lumus memperjuangkan pelbagai transformasi termasuk Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik untuk menambah baik keadaan yang sedia ada demi kepentingan rakyat. Raja Nong Chik juga mengingatkan ahli Umno Sabah agar tidak memandang ringan tanggungjawab yang akan digalas pada pilihan raya umum ke-13. Menyifatkan pilihan raya akan datang itu sebagai paling sengit dalam sejarah negara, beliau berkata tanggungjawab yang dipikul Umno Sabah lebih berat kerana negeri itu dianggap sebagai 'simpanan tetap' BN. Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose mahu ahli di bahagian itu memberi sokongan padu kepada calon BN di kawasan tersebut. "Umno Penampang akan sentiasa bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain di bahagian ini demi memastikan kejayaan calon BN di Penampang," katanya. - Bernama | |||
ADA YG KEPANASAN DENGAN UCAPANNYA Posted: 10 Sep 2012 05:41 PM PDT Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas. "Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal. "Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas. Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas. "Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya. Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi. Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini. "...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim. - Bernama | |||
MENGAPA NIK AZIZ MENINGGALKAN MAJLIS BEGITU CEPAT? Posted: 09 Sep 2012 08:16 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu. Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini. Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita. "Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu. "(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi. Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini. Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian. "Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya. Mengulas lanjut mengenai senarai calon itu, Abdul Hadi berkata ada kawasan PAS tertentu yang menyenaraikan sehingga empat calon bagi kawasan berkenaan. Katanya, mesyuarat itu membincangkan bahawa PAS perlu meletakkan calon yang berwibawa dari sudut Islam dalam pilihan raya itu. "Majlis Syura meluluskan semua nama-nama yang dicalonkan walaupun ada satu parlimen atau satu DUN untuk seorang sahaja (untuk bertanding). "Terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu. Nasharudin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi dan juga seorang naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, namun enggan memberi sebarang ulasan. Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat beredar daripada pejabat agung PAS kira-kira jam 9.20 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. Nasharudin mencetus kontroversi sebelum ini ekoran kenyataannya yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud. | |||
Anwar: Biar polis siasat isu senjata api Posted: 09 Sep 2012 08:26 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut. Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman. "Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan. Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini. Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya. Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan. Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen. Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim. Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah. | |||
Mahfuz: Gambar PM lebih suci dari masjid? Posted: 08 Sep 2012 02:33 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya. Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini. "Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya. Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid. | |||
Posted: 07 Sep 2012 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah. Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian. "Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya. "Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen," katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini. Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka. "Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita," tambahnya. Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian. "Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti. "Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat," katanya lagi. Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas. "Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat," katanya lagi. | |||
APAKAH PENANGKAPAN PELAJAR DAN KEMUDIAN MEMINTA MAAF DAN DI MAAFKAN HANYA UNTUK DIANGGAP BAIK?... Posted: 06 Sep 2012 06:48 PM PDT Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut. Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian. "Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan. | |||
SABAH DAN SARAWAK LEBIH MEMBANGUN DARI SEMANANJUNG?.. Posted: 06 Sep 2012 08:45 AM PDT Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. "Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini. "Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya. | |||
Gari gadis 'sangat lembut', kata polis Posted: 06 Sep 2012 12:17 AM PDT Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur". "Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itup un saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang. "Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa pun tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang. Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya. Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan kenapa gadis yang menyerah diri itu digari tangannya. | |||
KES ROGOL YG PATUT DI PERHATIKAN Posted: 05 Sep 2012 10:22 PM PDT Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan semalam berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu. Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya. Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya. Abdul Gani berkata jabatan itu juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap satu lagi kes rogol, yang mana pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009. Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin. Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif. "Jabatan ini juga perlu mengambil kira keperluan bagi kemuktamadan sesuatu keputusan mahkamah khususnya apabila keputusan kes telah berakhir di Mahkamah Rayuan berdasarkan bidang kuasa rayuannya. "Jabatan berpendapat bahawa penyimpangan keadilan ini bagi mereka yang paling memerlukan perlindungan undang-undang perlu diperbetulkan," katanya. Beliau berkata Jabatan Peguam Negara memandang serius kedua-dua keputusan mahkamah tersebut dan berpendirian bahawa kes rogol menghendaki hukuman deteren dikenakan untuk menunjukkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah hina sedemikian. "Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda," katanya. Abdul Gani berkata secara prinsip dan moralnya, seseorang yang melebihi umur 18 tahun, terutamanya yang dikenali dan dipercayai oleh mangsa kanak-kanak tidak wajar mengambil kesempatan terhadap seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia bawah 18 tahun masih belum mencapai kematangan yang sewajarnya. Katanya, walaupun dikatakan terdapat keizinan daripada seorang mangsa kanak-kanak bagi sesuatu perlakuan seksual, namum kesahihan keizinan tersebut perlu dipersoal memandangkan usia dan ketidakmatangan fikiran kanak-kanak tersebut. "Pada hakikatnya, adalah mustahil seorang kanak-kanak yang belum matang fikirannya dapat memahami kesan dan akibat keizinan yang diberikan untuk membolehkan suatu keizinan yang berkesan di sisi undang-undang," katanya. Abdul Gani berkata kes jenayah rogol terhadap mangsa di bawah masing-masing umur 16 dan 12 tahun kian menurun. Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada tahun 2009, kes rogol melibatkan mangsa bawah 13 tahun ialah 281 kes, sementara yang melibatkan mangsa antara 13 dan 15 tahun ialah 1,767 kes. Statistik ini menurun kepada 1,777 kes pada tahun 2010 (214 kes bagi bawah 12 tahun, 1,563 kes bagi 13 hingga 15 tahun), dan seterusnya kepada 1,652 kes pada tahun 2011, iaitu 202 kes melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun dan 1,450 melibatkan mangsa berumur antara 13 dan 15 tahun. Setakat Julai tahun ini, jumlah kes rogol statutori yang dilaporkan ialah 859 kes, iaitu 109 melibatkan mangsa bawah 12 tahun dan 750 kes melibatkan mangsa berumur 13 hingga 15 tahun. "Salah satu faktor penurunan tersebut ialah hukuman berat yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh mahkamah setakat ini," katanya. Abdul Gani berkata merujuk kepada statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung pendaftaran kelahiran anak tanpa maklumat bapa di mana ibu berumur di bawah 18 tahun, ia jelas menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak bawah 18 tahun telah melahirkan anak luar nikah akibat daripada tindakan seseorang dewasa yang telah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut. Beliau berkata mengikut statistik JPN dari tahun 1997 hingga Julai 2012 mengenai perkara tersebut mengikut keturunan, sebanyak 14,370 kes telah dilaporkan iaitu kaum Melayu mencatatkan sebanyak 8,269 kes, diikuti dengan kaum lain-lain iaitu sebanyak 4,940 kes. Kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan 739 dan 423 kes. - Bernama | |||
TIMBALAN PERDANA MENTERI BAHARU AKAN DILANTIK? Posted: 04 Sep 2012 01:38 AM PDT | |||
SAIFUL AL BUNTUTI SUKA PERHATIAN? Posted: 03 Sep 2012 08:53 PM PDT pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" . Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain . Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari. "Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat. "Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik. "Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku. "Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel. Biasa dengan adat Malaysia Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia. Yang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia. Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar. Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas. Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan