Anak Sungai Derhaka |
- Sekinchan Ikan Bakar minta maaf nie.. nak maafkan ke?
- RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan diseleweng pemimpin BN..
- Blogger UMNO buat aku janji tak akan fitnah pemimpin Pakatan lagii..
- Ibrahim Ali kata Pakatan Rakyat angan-angan Mat Jenin
- Kaldai pun terajang sampai mampus org yg meliwatnya..
Sekinchan Ikan Bakar minta maaf nie.. nak maafkan ke? Posted: 13 Sep 2012 08:12 AM PDT Kurang pasti pulak aku adakah kerana perniagaannya sudah hampir bungkus atau apa, salah satu cawangan Restoran Ikan Bakar Sekinchan, iaitu Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong telah mengirimkan 'newsletter' kepada banyak pihak. Dalam 'Newsletter' yang dikirimkan oleh pihak mereka, selain dari mempromosikan menu baru mereka yang menurut mereka adalah lebih murah. Mereka merayu agar orang ramai membantu mereka untuk maju semula.. maju semula??.. dah nak tutp kedai rupanya.. patutlah.. Disamping itu pihak Restoran juga memohon maaf sekiranya ada yang tidak berpuas ati dengan perkhidmaan mereka suatu masa dulu. Dan rayuan mereka buat orang ramai.. Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai. ... Itulah akibatnya dila sanggup membiarkan diri menjadi 'Lembu' untuk memuaskan hati pihak pemimpin UMNO.. sekarang apamacam?? Kat bawah ni.. aku printscreen 'Newsletter' yang dikirimkan oleh seorang sahabat kepada aku.. Err.. nak mafkan ke? Bagi aku.. kalau dulu si Jamal itu boleh menggunakan media tunggangan UMNO untuk mengutuk dan memburuk-burukkan BERSIH.. kenapa tidak beliau juga menggunakan media yang sama untuk merayu minta maaf? |
RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan diseleweng pemimpin BN.. Posted: 13 Sep 2012 01:47 AM PDT Setelah berbagai penyelewengan yang melibatkan Najib dan pentadbirannya terdedah kini kita akan melihat satu lagi salahguna dana kerajaan oleh pentadbiran Najib.. Insyaallah.. Yang menarik kali ini ialah, sifat haram jadah benar-benar jelas kelihatan dalam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dimana RM200,000 dari RM500,000 Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan diseleweng oleh beberapa pemimpin BN. Aku ulang.. Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan.. Jika sebelum ini kita sering mendengar jumlah komisyen yang perlu dibayar hanyalah sekitar 10 hingga 30%.. kini jimlah tersebut telah meningkat menjadi 40%.. ******************************************* che'Gubard semalam (12 September 2012) telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'. Set dokumen ini mengandungi : • Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. • Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan • Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan. • Dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini. • Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. • Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa. Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang. Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini. Persoalanya : • Pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ? • Siapa pemimpin Bn yang disebut ? • Syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ? Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya. Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini. Sekian che'GuBard Penyelaras SAMM Kebangsaan |
Blogger UMNO buat aku janji tak akan fitnah pemimpin Pakatan lagii.. Posted: 12 Sep 2012 09:37 PM PDT Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh ini membuktikan bahawa kononnya Nga Kor Ming telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau adalah fitnah Blogger UMNO.. Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan. Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut. Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang. Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan. Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah " penyamun besar" Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini. Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan. Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia ~ ngakorming.com |
Ibrahim Ali kata Pakatan Rakyat angan-angan Mat Jenin Posted: 12 Sep 2012 05:30 PM PDT Itu kata Ibrahim Ali yang mula rungsing memikirkan hala tuju dirinya selepas PRU13 ini.. tapi kalau kita baca apa kata pencacai tegar UMNO dari Utusan nampak jelas pencacai itu sudah mula tidak yakin UMNO/BN akan kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti.. Kalau pencacai tegar tu yakin mana mungkin dia menulis begini.. "Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini." - Utusan ************************************** Ibrahim Ali: Pakatan 'angan-angan Mat Jenin' SHAH ALAM - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub semalam bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menguasai tiga negeri baru - Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi Parlimen ketiga-tiga negeri itu satu kenyataan perang saraf politik yang melucukan. Katanya, kenyataan itu sama dengan cerita "dogeng angan-angan Mat Jenin." "Ia kenyataan sekadar nak memberi harapan pada ahli-ahli Pas yang dalam kegelisahan dan panas punggung ekoran Pas jadi kuda tungangan DAP atau lebih sedap di sebut, menjadi barua DAP," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan. Ibrahim berkata, mengikut analisis laporan kajian yang dibuat oleh beliau sendiri, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN), tetapi sejak akhir-akhir ini ada perubahan di mana masyarakat dagang Cina mula kembali semula menyokong perikatan tersebut. "Masyarakat Cina mahu kestabilan dan keamanan untuk kelangsungan dunia perniagaan mereka. "Kaum Cina di Selangor sudah mula jemu dengan berbagai karenah di Selangor kecuali yang mendapat sesuatu keistimewaan atas kepentingan majoriti rakyat," kata beliau. Ibrahim yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas berkata, memang di Sarawak, khususnya ada tiga atau empat kerusi yang ramai pengundi kaum Cina dan dua kawasan di Sabah dan satu tempat milik Datuk Seri Lajim Okin. "Ini pun BN tidak semestinya kalah dengan banyak perubahan berlaku. Di Semenanjung, pengundi Melayu (termasuk orang Umno) yang mengundi pembangkang pada PRU12, telah kembali menyokong Umno. "Ini kerana kesan PRU12, Islam, Melayu, Raja dihina, digugat dan dicabar akibat Melayu dan Bumiputera berpecah, maka keinsafan akan membawa kepada majoriti umat Melayu Islam atau Bumiputera akan kembali menyokong BN demi kepentingan Nasional iaitu keamanan serta kelangsungan menuju negara maju 2020," katanya lagi. Ibrahim berkata, dalam PR, perbedaan antara DAP dan Pas, terutama penolakan Negara Islam dan hudud yang jelas mengguris hati umat Islam memyebabkan Pas akan dihukum oleh umat Melayu Islam atas sebab politik retorik sepanjang zaman dan gagal membela Islam dari terus dipijak dan dihina. "Maka Pas bakal kalah teruk dari 22 kerusi, paling kuat tinggal lapan hingga 10 kerusi seperti sebelum PRU12. "Begitu juga PKR kerana politik (Datuk Seri) Anwar Ibrhaim sudah benar-benar membosankan rakyat," kata beliau. Beliau yakin bahawa dengan izin ALLAH dan kesedaran rakyat BN akan kembali mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat dan negeri pembangkang akan tumbang kepada BN. ~ Sinar Harian |
Kaldai pun terajang sampai mampus org yg meliwatnya.. Posted: 12 Sep 2012 10:22 AM PDT Gambar di atas ialah gambar seorang lelaki yang mati kerana telah diterajang oleh Kaldai @ Himar yang tak rela diliwat.. Polis Arab saudi telah mengesahkan kejadian tersebut.. Menurut Polis Arab Saudi lelaki tersebut membawa keldainya ke tempat yang sunyi di tengah padang pasir untuk meliwat keldai tersebut. Dalam keadaan mabuk lelaki itu telah meliwat kaldai miliknya itu. Malangnya semasa sedang meliwatnya, beliau telah diterajang oleh Kaldai itu. Keldai itu telah menendang pemiliknya 3 kali keatas muka lelaki tersebut dan satu tendangan keatas dadanya sehingga menyebabkan lelaki tersebut mati ditempat kejadian. Hmmm.. kaldai pun tak rela dirinya di liwat malah bertindak menendang lelaki yang meliwatnya itu hingga mampus... tapi mamat yang sorang tu buat cerita kononnya di liwat oleh seorang lelaki yang dah tua... Dah lah tua.. sakit belakang pulak tu... yang tu pun dia tak terlawan.. buat malu kat kaldai tu saja.. ha..ha..ha.. Buat cerita biar lojik sikit... Berita ni dah lama sebenarnya.. aku terjumpa di sini ( Peribadi Rasulullah ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan