Rabu, 12 September 2012

.

.


Pengarah Salah Gunakan Kereta Kerajaan?

Posted: 11 Sep 2012 09:02 PM PDT

BERITA KECIL

Kereta seorang penjawat awam di Kelantan (kerajaan Persekutuan) didapati telah hilang dirumhanya tiga hari lalu. Pengawai berkenaan tinggal di Machang. Yang menjadi pertanyaan apakah boleh kereta jenis Pedana itu dibawa pulang? Sehubungan itu satu laporan polis dikatakan telah dibuat.

Sekiranya kehilangan itu semasa di rumah ketua pengarah itu jelas perbuatan itu menyalahi undang-undang. Setahu kita mana-mana pegawai kerajaan yang dibekalkan kereta tidak boleh menyalahgunakan kenderaan itu untuk tujuan selain dari urusan pejabat. Mana-mana kenderraan awam tidak boleh seweneng-wenegnnya digunakan untuk tujuan selain ditetapkan.

Sebelum ini khabarnya kereta pegawai itu juga pernah dilihat di majlis ceramah Umno dan majlis-majlis tidak rasmi anjuran kerajaan. Maklumat lanjut akan menyusul. [wm.kl.11:58 am 12/09/12]

Himpunan Hijau Di Machang 13 Sept Penting

Posted: 11 Sep 2012 08:05 AM PDT

PANDANGAN 

Pas Kelantan berdemo di Machang pada 13 September ini dalam satu acara mega Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya. Himpunan ini bermula esok (Rabu) dan kemuncakknya pada 13 Septermbe, demikian menurut Ketua Menurut Ketua Penerangan PAs Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Himpun ini akan menjadi kiatalis pertama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk melihat kekuatan sebenar Pas Kelantan. Himpunan itu nanti tidak disertai pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana tokoh dari DAP.

Acara itu akan dipenuhi dengan solat, munajat dan ceramah perdana pada sebelah malam yang akan menampilkan Murysidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalannya Muhammad Sabu serta Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sewajarnya seluruh ahli dan penyokong Pas tidak kita lelaki dan wanita menyemarakkan himpunan itu mencapai sasaran dikehendaki. Paling tidak himpunan itu perlu mencecah angka 40,000 hingga 50,000. Sekiranya setiap kawasan dapat menghantar 3,000 peserta pemuda, muslimat dan dewasa, tidak mustahil angkanya akan mencecah 40,000 dan Machang akan kebajiran dengan warna hijau.

Kebanjiran orang pada ceramah anjuran Pas atau PKR di Kelantan sebelum ini terutamanya yang menampilkan bakal PM Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kekuatan Pas sebenarnya kerana angka belasan ribuan itu bercampur dengan penyokong PKR dan juga orang atas pagar serta orang-orang Umno yang ingin mendengar bekas tokoh mereka (Anwar) berpidato.

Dengan majlis agak spesifik untuk Pas itu himpunan berkenaan akan dapat menunjukkan kekuatan sokongan terhadap Pas pada masa kini. Sekiranya himpunan itu gagal meraih kehadiran mencecah ke angka itu ia dikira gagal atau Pas Kelantan jangan merasakan sedap duduk untuk berdepan dengan Umno.

Kehadiran dibawa 20,000 akan memberi petanda tidak baik kepada Pas. Jumlah itu menggambarkan keghairan ahli dan penyokong Pas tidak begitu komited. Penting juga nanti jumlah kehadiran himpunan itu perlu mencapai sasaran untuk mengelakkan ia dijadikan bahan kempen oleh Umno.

Kita yakin angka itu akan mencapai sasaran kerana sebelum ini Pas sudah melancarkan gerakan mendaftar ahli baru dengan sasaran melebihi 30,000. Apakah usaha atau projek itu berjaya atau hanya tertinggal di atas kertaas saja. Himpunan itu nanti sedikit sebanyak akan menjawab persoalan itu.

Kegagalan memecatat rekod baru dengan himpunan itu menjadikan Umno akan sedap hati dan mula mengira sokongan terhadap Pas sudah berkurangan dan ini akan menambahkan semangat untuk mereka mempergiatkan usaha menawan Kelantan. Himpunan Hijau adalah himpunan untuk menuju ke Putraja yang memberi simbolik Pas akan mengekalkan kerajaan di Kelantan.

Himpuan itu juga peri penting bagi mengubati beberapa siri himpunan yang dibuat Pas sebelum ini baik semasa himpuan anak-anak perantau di Kuala Lumpur atau pun himpunan majlis hari raya yang kelihatan kurang memberangsangkan. Semua pemimpin perlu melibatkan diri dengan himpunan berkenaan dan jangan ada yang ketinggalan.

Molek juga kalau Tok Guru Nik Aziz mengambil kira kehadiran para wakil rakyat atau mereka yang bakal dicalonkan pada pilihan raya akan datang di himpunan ini. Mana-mana yang menuangkan dari menghadirinya tanpa uzur syarie jangan diambil menjadi calon. [wm.kl.10:44 pm 11/09/12]

Tiada ulasan: