Ahad, 9 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kronologi Kenapa Bodyguard DSAI Keluarkan Pistol

Posted: 08 Sep 2012 11:57 PM PDT


Kejadian bodyguard DSAI terpaksa mengeluarkan pistol di Jasin Melaka dilapurkan oleh media proamno, jadi gua tak berani nak lapur mana satu yang betul. Belum ada kenyataan dari Parti Keadilan, jadi gua ambik dari blog King of Goblok kerana penjelasan yang menyakinkan.


Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!

situasi sebenarnya ialah,Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh.ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.

Faham baik baik kisah sebenarnya..! ni kronologi hari kejadian.

DSAI telah di ambush awal oleh puak perkasa dan umno sebelum kejadian baling cat dibas... dan dilaporkan bodyguard DSAI telah bertempur awal sebelum bas ditahan so,mereka nak atau tak kena ikot SOP untuk lindungi DSAI kerana sebelum itu mereka telah ambush dsai.

Pihak Polis telah mengetahu bahawa bodyguard DSAI akan guna SOP mereka dan dalam keadaaan yang tegang,salah seorang bodyguard kluarkan pistol... takkan nak pakai penyapu sapu diorang.kot?..

Sehingga saat blog ni di tulis,Dino masih lagi di balai polis untuk soal siasat.Nampaknya isu ini akan berlegar semingu bermula besok dan seperti biasa.Media tv3 akan provoke isu ini dan seperti biasa juga,Pencacai umno perkasa,geng ikan bakar akan buat laporan polis seluruh Malaysia berhubung perkara ini. Dan lumrahlah,kita akan telan panadol sebab laporan mereka SPIN habis!!!

Ni cuba korang baca ayat yang cuba di provok oleh umno dan bloger bloger umno.

anwar ibrahim dalam jelajah ceramah dia naik bas...terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di jasin melaka...Bila bas melalui kumpulan ini tiba2 turun seorang lelaki melayu dari toyota camry..aku sebut no platnya..WUR 3662 dengan sepucuk pistol....sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas anwar...lelaki tu menggertak kumpulan ini supaya jangan menghalang bas yang anwar naik...korang bayangkan...pistoll tu pistol...siapa dia nak bunuh?????



Cuba lihat gambar ini pula

Bagaimana menangani situasi genting dengan tangan kosong?
seorang pegawai berdepan dengan lebih50 orang perusuh?
Sebagai seorang yg di tugaskan melindungi pemimpin
adalah mengikut SOP melindungi majikan.



Kejadian baling cat di Melaka

Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!

situasi sebenarnya ialah,Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh.ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.

http://pkrl.blogspot.com/2012/09/panas-kronologi-hari-kejadianbodyguard.html


Siapakah Lelaki Botak Ini??

Posted: 08 Sep 2012 10:06 PM PDT

Heboh pulak citer pengawal peribadi Anwar Ibrahim ditangkap polis kerana mengacukan pistol ke arah gerombolan! Dalam gambar kelihatan dia dan seorang lelaki botak. Siapa lelaki botak itu? Polis ke?

GAMBAR 1: LELAKI BOTAK INI KAH YANG TANGKAP "PENGAWAL" ANWAR?


Ini lelaki botak yang sama kah? (gambar 2). Yong konfius! Tolong jelaskan. Lelaki baju merah dan baju belang yang bawa beg itu polis jugak ke? Kalau polis kenapa mereka berada di kalangan gerombolan yang menghalang bas? Yang berada di tempat kejadian tolong jelaskan! Kita nak tahu citer sebenar kejadian. Kita tak mahu gerombolan desperado spin citer ini.


GAMBAR 2: LELAKI BOTAK YANG SAMA BERDIRI DENGAN GEROMBOLAN?

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/09/yang-botak-ni-siapa.html


Sokong PR Bermaksud Tak Setia Kepada Negara - Mahathir Kutty

Posted: 08 Sep 2012 05:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.

Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.

"Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.


"Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen," katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.

"Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita," tambahnya.

Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.

"Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.

"Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat," katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.

"Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat," katanya lagi.


PANAS - Pengawal Peribadi Anwar Ditangkap Polis

Posted: 08 Sep 2012 09:28 AM PDT



Melayu Nak Bunuh Melayu Kerana Perbezaan Ideologi ???

/// Anwar Ibrahim dalam siri jelajah ceramah merdekanya dia naik bas.Di Melaka dia terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin ,Melaka siang tadi.

Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki melayu dari sebuah kereta Toyota Camry, no. Plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa ???

P/s : Lelaki tersebut ialah pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan telah ditangkap oleh pihak PDRM ditempat kejadian kekecohan tersebut berlaku.

Dari FB cacai Umno....


Lihat Sendiri Betapa Buruk Dan Jahat Perangai Orang Umno..

Posted: 08 Sep 2012 01:49 AM PDT

Puak-puak syatan yang dikenali semakin terdesak dan kini sedang mengganas, Bas Jelajah Merdeka yang dinaiki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diserang dan disimbah cat merah , kali ini di Melaka.










Tiada ulasan: