Khamis, 6 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelajar Tunjuk Punggung Dibuang Kolej

Posted: 05 Sep 2012 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.

Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.

Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.


"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.

"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.

Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.

"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.


Safee Sali Di Majlis Hari Raya PKR

Posted: 05 Sep 2012 07:35 PM PDT


Kelmarin sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.


Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.

Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.

Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.


Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.

Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.


Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.

~milosuam


Video Keganasan Samseng Umno Telah Dibuang Dari Youtube

Posted: 05 Sep 2012 04:41 PM PDT




Dalam Insiden yang berlaku di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat tengahari 5 September, kita menyaksikan anak-anak Melayu dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan segerombolan ahli Barisan Bersatu Nambikkai.


Presiden Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) Kalai Vanar yang hadir ke ibu pejabat PKR untuk melakukan demostrasi secara aman kononnya bagi membuat Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir mengiringi beliau adalah sekumpulan Pemuda BN dan juga sekumpulan Melayu Berwawasan yang tidak punya wawasan.

Apabila kekecohan tercetus , Kalai Vanar melakukan provokasi dari jauh tetapi pemuda-pemuda Melayu yang memakai 'T' Shirt Pemuda BN dan Melayu Berwawasan maju kehadapan bagi menghadapi menghadapi ahli-ahli PKR

Mereka sanggup berada di barisan hadapan menjadi alat untuk bergelut dengan anggota Polis dan juga ahli-ahli PKR kepada Presiden Barisan Bersatu Nambikkai,Kalai Vanar.

Sumber - ASD


Samseng Mengganas Lagi - Rumah Terbuka Adilfitri Pula Di Serang

Posted: 05 Sep 2012 06:06 AM PDT


GEORGETOWN. - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan perkarangan Balai Rakyat Jalan Patani, di sini malam tadi yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP negeri.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.


Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.

Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.

Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.

Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.

Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku.-Bernama


Saham Felda (FVGH) Terus Jatuh Menjunam..

Posted: 05 Sep 2012 05:57 AM PDT


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.


Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.
Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Walaupun digemparkan sebelumnya saham FGVH akan mendapat sambutan pelabur antarabangsa, tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH.
FGVH terus merudum



(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan…Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu…yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun….kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda…. Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata…'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

P/ Akhirnya "Haramjadah" Najib bakal makan diri sendiri.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/05/kejatuhan-paling-teruk-saham-fgvh/


Samseng Umno Serang Ibu Pejabat PKR

Posted: 05 Sep 2012 02:07 AM PDT

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.


"Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau.

"Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/09/terkini-anwar-upah-samseng-untuk-serang.html


Tiada ulasan: