Khamis, 6 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Safee Sali di program KEADILAN DUN Batu Tiga

Posted: 05 Sep 2012 06:52 PM PDT

KELMARIN sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.

Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.

Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.



Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.

Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.



Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.

Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.



Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.

ReJaM© "Selamat maju jaya diucapkan kepada Safee Sali... "

Bagaimana anda boleh kurus dalam masa dua minggu?

Posted: 05 Sep 2012 02:24 PM PDT


SERAMAI 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.

APA ITU OBESITI ATAU KEGEMUKAN?

OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka.

Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di televisyen, surat khabar dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing dan iklan pelbagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh.

Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian lawan jenis. Ramai remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuhnya ideal (menjadi sedikit berotot atau kekar) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Dalam satu web, admin terjumpa satu artikel mengenai dengan seorang pelakon yang di kenali ramai iaitu Farah Nazirah, jika anda ada menonton filem Hoore!Hoore! pasti anda mengenali siapa selebriti ini. Dalam Filem tersebut Farah Nazirah dikritik hebat kerana bentuk badannya yang besar ketika itu.

Menyedari dirinya seorang artis dan menjadi tontonan awam, beliau telah cuba mencari cara untuk menguruskan badannya.

Farah Nazira telah berjaya membuktikannya berkat semangatnya yang kuat. "Tapi saya juga terfikir, kalau kita pandang apa yang ada pada orang lain, sampai bila pun kita tak belajar untuk sayangkan diri sendiri.

"Jadi, sampai sekarang saya tak biarkan perkataan gemuk atau chubby itu jadi penghalang pada apa yang saya ingin lakukan dalam hidup. Saya juga tidak pernah menangis kerana diejek. Tetapi, dalam hati, saya memang teringin mahu kurus," kata Farah yang tampil jauh berbeza berbanding ketika muncul dalam filem berkenaan.

Berketinggian 156 sentimeter, Farah kini selesa dengan berat badannya 53 kilogram (kg). Sewaktu terlibat dengan produksi berkenaan beratnya mencecah 63kg.

Kisah Artis yang Admin kisahkan tadi hanyalah satu contoh saja betapa semangat dan disiplin yang kuat boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita harapkan dalam kehidupan kita.

Sekiranya anda mempunyai niat tetapi tidak mempunyai disiplin yang kuat untuk melaksanakannya, Fat Burner Api Advance dapat membantu anda. Produk yang memang terbukti keberkesanannya itu menjadi pilihan rakyat Malaysia yang ingin dapatkan berat badan ideal dan bentuk badan yang menarik.

Syarikat Tokan Besi merupakan salah satu syarikat pemasaran produk yang berasal dari USA ini dan memberikan jaminan perubahan dalam masa 13.5 hari, ianya sesuatu yang pantas. Produk ini dijamin tidak berbahaya, halal [tiodak mempunyai gelatin dan lemak haiwan] dan boleh di dapatkan dengan harga yang murah.

MENGAPA KITA PERLU MENDAPATKAN FAT BURNET API ADVANCE DARI TOKAN BESI

1. Berat badan anda akan berkurangan paling tidak 3.7kg dalam masa kurang dari 2 minggu.

2. Badan anda akan lebih bertenaga.

3. Kadar stamina badan akan bertambah.

4. Selamat digunakan - Tiada kesan sampingan ke atas badan anda walaupun dalam tempoh jangka masa panjang. Diperbuat dari Herba.

5. Syarikat ini membekalkan Produk yang diperbuat di USA dan 100% halal kerana tidak mempunyai gelatin ataupun lemak haiwan.[mempunyai lab test]

6. Harga yang murah iaitu cuma RM110/sebotol[120 Biji] dengan penghantaran percuma

7. Produk ini sesuai untuk kaum lelaki dan perempuan

SIAPAKAH YANG HARUS MEMILIKI FAT BURNER API ADVANCE

1. Golongan pelajar yang selalu menghabiskan masa dengan buku dan tidak mempunyai masa untuk bersenam.

2. Golongan pekerja yang sentiasa sibuk berkerja hingga larut malam.

3. Golongan ibu yang lepas pantang.

4. Golongan yang berkeluarga dan semakin meningkat umur.

5. Lelaki yang perut boroi dan gendut.

6. Sesiapa saja yang menghadapi masalah obesiti.

BAGAIMANA MENDAPATKAN FAT BURNER API ADVANCE

1. Klik laman web mereka DI SINI, Kemudian klik button DAPATKAN SEKARANG, isi maklumat anda dan buat pembayaran dan produk tersebut akan di hantar kepada anda dengan kadar segera. [1 hari dengan poslaju atau kurier]

2. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui SMS di talian 0177990127 [Tokan besi].

3. Semua maklumat ada di laman web mereka. Anda akan mendapat bonus dan penghantaran percuma sekiranya menempah dari web tersebut.

Apapun yang kita niatkan dalam kehidupan ini, semestinya di sertai dengan semangat yang kuat. Usah ambil peduli apa yang dikatakan oleh orang tentang kita. Oleh itu marilah bermula sekarang untuk kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kerana seperti yang kita ketahui obesiti punca segala penyakit.

Abby Abadi secara rasmi sertai Jingga 13 di Penang

Posted: 05 Sep 2012 09:22 AM PDT

DALAM sebuah program berbuka puasa Abby Abadi bersama #TeamAbbyAbadi di Shah Alam, bulan Ramadhan lalu Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Jingga 13 [Twitter].



Akhirnya kelmarin, beliau secara rasmi menyertai Jingga 13 di majlis rumah terbuka Jingga 13 Penang, yang dianjurkan oleh koordinator Jingga 13 Penang saudara Amizuddin (Blogger Sharpshooter).

Penyerahan T Shirt rasmi Jingga 13 Penang oleh koordinator Jingga 13 Penang kepada Abby Abadi disaksikan oleh Fariz Musa, koordinator Jingga 13 Malaysia (bertopi).



Laporan lanjut di sini [Sharpshooter].

Jingga 13 merupakan sebuah NGO atau gabungan aktivis yang pada asalnya bergerak aktif di ruang maya (online) untuk menyebarkan maklumat. ReJaM© sendiri merupakan salah seorang pengasas yang terlibat menggerakkannya.

Kini Jingga 13 telah hampir setahun meluaskan peranannya secara offline terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, membongkar salah laku dan salah tadbir orang atasan selain mengenengahkan isu-isu rakyat.

Jingga 13 juga menjemput rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan aktivis Jingga 13 bagi mengenengahkan isu-isu rakyat dan penyelewengan serta rasuah yang berlaku di negara ini.

Salah seorang artis daripada sebuah kumpulan muzik terkenal merangkap pencipta dan penulis lirik kumpulannya juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai Jingga 13. Semoga menjadi kenyataan.

ReJaM© "Ahlan Wasahlan Kak Abby Abadi semoga terus istiqamah..."

Janji Demokrasi, Warga Nepal jadi sukarelawan BN!

Posted: 05 Sep 2012 08:50 AM PDT


RUPANYA ada cerita lucu semasa malam himpunan Janji Demokrasi malam 31 Ogos di Dataran Merdeka tempoh hari.

Di tengah-tengah kehangatan ribuan rakyat memakai pakaian kuning menunjukkan sokongan kepada himpunan tersebut, ada seorang lelaki berkulit gelap nampaknya menongkah arus memakai baju biru.

Apabila diamati, rupa-rupanya lelaki itu memakai baju sukarelawan BN, I'M BNYV (I AM BN Youth Volunteer) sebuah program Barisan Nasional untuk merekrut anak muda menjadi sukarelawan BN.

Pada mulanya agak menghairankan lelaki tersebut bersama rakannya berani memakai baju BN di tengah-tengah ribuan rakyat yang memakai baju kuning menyokong Janji Demokrasi.

Patutlah berani rupanya mamat ni warga Nepal kah kah kah...



Program BNYV ini dikatakan usaha Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda BN untuk menghasilkan anak muda sukarelawan BN bagi membantu parti itu di dalam kempen pilihanraya dan lain-lain program meraih undi.



Rupa-rupanya warga Nepal juga salah seorang anak muda yang menjadi sukarelawan Barisan Nasional kah kah kah...

Tonton video di bawah yang diambil oleh salah seorang sahabat semasa Himpunan Janji Demokrasi tempoh hari.




ReJaM© "Rakyat Malaysia takmau join Nepal pun bolehlah kah kah kah... "

Tiada ulasan: