Khamis, 27 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Dicabar Dedah Siapa Pemilik Sebenar Jet

Posted: 26 Sep 2012 11:41 PM PDT

Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.



Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: "Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: "Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah."

Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini.

Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun lalu.



Kementerian Pelajaran Politikkan Soalan Peperiksaan SPM

Posted: 26 Sep 2012 06:12 PM PDT



Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri.



''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan.

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, jurucakap itu berkata, perkara itu pertama kali didengari mamandangkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

"Kertas itu subjek apa? Bagaimana soalannya? Kami tidak tahu mengenai soalan itu," katanya lagi.

Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan SPM yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Soalan yang dipercayai subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/09/bongkar-kementerian-pelajaran-malaysia.html



Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook

Posted: 26 Sep 2012 04:37 AM PDT

Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.



Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.

- Bernama



Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik

Posted: 26 Sep 2012 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.

Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).

Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.



Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.

Belanjawan bertema 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: -

- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional. - Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu. - Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.

- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah

mampu milik secara besar-besaran.

- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus. - Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya. - Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Sungguhpun Umno menuduh tawaran kebajikan yang dibuat Pakatan boleh membankrap negara, ia sebenarnya melibatkan RM33.5 bilion sahaja.

Sedangkan, sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 peratus perbelanjaan negara dan RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar enam peratus.

Hal ini dibuktikan di negeri Pakatan, khususnya Selangor yang memberi pelbagai kebajikan kepada rakyat tetapi memiliki rezab simpanan tunai yang tinggi.

Jumlah itu akan meningkat berkali-kali ganda jika dasar penjimatan diperluas ke negeri yang masih ditadbir BN dan mengawal perbelanjaan di peringkat Pusayt, apabila Putrajaya ditawan

Secara keseluruhan, jumlah belanjawan ialah RM233 bilion, lebih kecil daripada angka juta yang dijangka dibentang BN (melepasi paras RM250 juta) walaupun meningkat RM13 bilion Belanjawan Pakatan tahun lalu.

Ia dibuat berdasarkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus yang diramal penganalisis dan ahli ekonomi berbanding BN yang menggunakan unjuran lima hingga enam peratus.

Ia juga mensasarkan defisit 3.5 peratus yang lebih drastik berbanding 4.4 peratus pada 2012 walaupun BN dijangka menggunakan tahap defisit 4 peratus.

Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).

Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion, lesen dan permit (RM13.9 bilion), pelaburan (RM36.7 bilion) dan lain-lain (RM6.2 bilion), menjadikan pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.

Sebanyak 189 bilion pendapat negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan tetapi berupaya menambah RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan.

Ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42 bilion hutang baru, sedangkan Belanjawan Pakatan melibatkan RM233 bilion sahaja.

Sedang BN dijangka menggunakan jumlah lebih besar walaupun ia tidak menjurus kepada kebajikan rakyat secara berstruktur.

BN dijangka memanipulasi belanjawan kali ini bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan melambakkan taburan wang ringgit yang mengikut Dr Mahathir Mohamad sebagai 'menyerupai rasuah'

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36804



Tiada ulasan: