Blog-list Malaysia |
- Lagi Pendedahan Penyelewengan Noh Omar
- Bukti Najib Dan Majlis Tertinggi Umno Campur Tangan Dalam Pilihanraya Kampus 2012
- Pendedahan Panas - Ulama Muda Umno Bukan Latar Belakang Agama..
- Hina Islam - Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin..
- 'Katak Antik' Kutuk 'Barang Antik'
Lagi Pendedahan Penyelewengan Noh Omar Posted: 18 Sep 2012 11:50 PM PDT Noh Omar sila berpenjelasan persoalan berikut? Oleh ZULKIFLI YAHAYA (Nota Utara, Harakah) Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri. Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara. (Tulisan saya di ruangan ini keluaran lalu perlu dibaca untuk memahami isu sebenar). 1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu? 2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan 'kroni boleh makan lama'? 3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini? 4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato' Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini? 5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD? 6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan 'kroninya' didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara? 7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok? 8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah? 9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya? Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan. Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini. Jika berlaku situasi ini, apakah 'bakal Menteri Besar selangor' ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab. http://kedahla.blogspot.com/2012/09/hok-ni-bini-noh-omar-yang-ke-berapa.html |
Bukti Najib Dan Majlis Tertinggi Umno Campur Tangan Dalam Pilihanraya Kampus 2012 Posted: 18 Sep 2012 08:38 PM PDT MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk 2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta. 3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO. 4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam. (tandatangan) (DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK) Presiden UMNO Malaysia Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020! Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu. Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini. UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat. Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno. Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. Sumber dari - jalanpulang / Greenboc |
Pendedahan Panas - Ulama Muda Umno Bukan Latar Belakang Agama.. Posted: 18 Sep 2012 07:31 PM PDT Jika benar apa yang didakwa oleh Mantan Mufti Perlis dilaman twitter milik beliau ini, ianya membuktikan kepada kita semua bahawa adalah mudah untuk memperbodohkan seorang yang bodoh. Kali ini Mantan Mufti Perlis itu kelihatan telah mendedahkan sesuatu yang kita tidak mengetahui mengenainya.. iaitu mengenai sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ulama Muda'. Kumpulan yang ujud dalam parti perkauman dinegara ini, iaitu UMNO.. Dalam hal ini Najib kelihatan diperbodohkan lagi kali ini oleh sekumpulan manusia yang mendakwa diri mereka adalah Ulama, padahal mereka yang mendakwa sebagai Ulama itu bukannya datang dari kalangan yang punya latar belakang agama.- ASD |
Hina Islam - Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin.. Posted: 18 Sep 2012 06:28 PM PDT Kebebasan Bukan Tiket Untuk Menghina Agama - Dr. Mahathir KUALA LUMPUR, 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar nilai kebebasan Barat terutama di Amerika Syarikat (AS) disifatkannya sebagai gila kerana membolehkan seseorang menghina pihak lain termasuk agama yang diamalkan. Kata beliau, kebebasan bersuara sepatutnya tidak membolehkan satu-satu pihak diberi lesen untuk menghina kerana jika ia berlaku, keadaan itu akan menyebabkan suasana tidak tenteram di antara negara, agama, kaum atau masyarakat awam di serata dunia. "Kebebasan bersuara, ya, tetapi bukan kebebasan menghina. Sudah tentu tiada orang Asia suka dipanggil anak luar nikah walaupun ia merupakan gurauan. "Kelihatan seperti masyarakat liberal Barat mempercayai bahawa kebebasan bersuara adalah lesen untuk mengutuk dan menghina orang lain tanpa batasan," katanya dalam entri bertajuk 'Kebebasan Bersuara' (Freedom of Expression) di http://chedet.cc hari ini. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengenai filem mengutuk Nabi Muhammad SAW, 'Innocence Of Muslims' dibuat atas nama kebebasan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi di negara itu. Penyebaran filem itu di YouTube telah menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga menyaksikan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dibunuh dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan itu minggu lalu. Dr. Mahathir menambah, nilai Barat bukan bersifat sejagat kerana masyarakat Asia mempunyai set kepercayaan serta nilai budaya tersendiri. "Jika masyarakat Barat mempercayai kebebasan harus dinikmati semua pihak, ia seharusnya meliputi nilai budaya semua bangsa,'' katanya. Justeru beliau menegaskan, kini tiba masanya untuk masyarakat Barat menilai kembali kepercayaan serta pemahaman mereka terhadap nilai kebebasan dan menghormati hak masyarakat lain. "Jika tidak, berhenti bercakap tentang hak asasi manusia dan mempromosikan apa yang kononnya dipanggil hak. Anda tiada hak menetapkan nilai moral yang tinggi," katanya. INI APA??? |
'Katak Antik' Kutuk 'Barang Antik' Posted: 18 Sep 2012 05:31 AM PDT Yahya Lampong hanya 'barang antik', kata Ibrahim Ali Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan media yang memperbesar-besarkan isu kemasukan bekas naib presiden penajanya, Datuk Yahya Lampong ke dalam PKR menunjukkan NGO tersebut masih dipandang tinggi. "Saya tak tahu pula dengan letak nama PERKASA, beliau kini jadi produk yang penting," katanya sinis ketika diminta mengulas mengenai laporan tersebut. Laporan lidah parti PKR, Keadilan Daily pada15 September lalu menyebut, Yahya juga menadi yang dipertua PERKASA Sabah yang pertama. Bercakap dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim juga sekadar menyifatkan Yahya sebagai "barang antik" yang tidak lagi dapat berkhidmat. Malah, bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru itu juga tidak menjalankan tugas semasa di dalam PERKASA, kata Ibrahim lagi. Jelasnya, Yahya sebelum ini hanya dijemput menyertai PERKASA sewaktu pertubuhan itu masih pada peringkat jawatankuasa penaja. Bagaimanapun, Yahya langsung tidak pernah menyertai sebarang mesyuarat PERKASA nasional mahupun peringkat Sabah, katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan