Jumaat, 7 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


TOLONG PERCAYAKAN KAMI

Posted: 07 Sep 2012 07:39 AM PDT



HANGPA TOLONGLAH PERCAYA KAT KAMI
KAMI SIAP PAKAI UNIFORM NI PUN HANGPA TAK NAK PERCAYA KA?
INI BETOI-BETOI BUKAN LAKONAN LA

WALAUPUN NAMPAK MACAM BERLAKON
TAPI KAMI DAH POSING MAUT NI
TAKKAN HANGPA KATA KAMI TIPU

WALAUPUN CAT YANG KENA TU CIPUT
TAPI INI BETOI-BETOI KENA SIMBAH LA
BUKANNYA KAMI BUAT SENDIRI
SAMPAI HATI HANGPA NOO
KATA KAMI BUAT SENDIRI
INI MACAM SUSAHLA JADI UMNO
APA PUN XBOLEH...



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KHUTBAH JUMAAT PUN DAH JADI BULETIN UMNO TV3SUKU

Posted: 07 Sep 2012 06:10 AM PDT


DEY MACHA!!!
PASAI PA JAKIM TAK TEGOQ LANGSUNG
KES PERKASA BALING KASUT DALAM MASJID?
YANG DIA PI UTAMAKAN KES GAMBAQ KENA PIJAK
PADAHAL YANG TU GAMBAQ SAJA...
BALING KASUT DALAM MASJID ITU REAL
KESIAN LA BILA JAKIM LEBIH MEMENTINGKAN GAMBAQ DARI MASJID
KAH! KAH! KAH!




Khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar tindakan menghina pemerintah, antaranya dengan memijak gambar dan mahu menukar bendera negara ini.

Dipercayai merujuk kepada insiden dalam perhimpunan Janji Demokrasi di ibu negara pada malam ambang merdeka, mimbar juga menegaskan tuntutan mentaati dan menghormati pemerintah.

"Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah terdapat segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan cinta kepada negara sendiri sehingga sanggup menghina pemimpin dan negara, memijak gambar pemimpin serta sanggup membakar dan menukar bendera negara?" khutbah itu dipetik.

Khutbah bertajuk "Kesetiaan kepada Pemerintah" itu juga menyebut, insiden sebegitu menunjukkan semangat patriotik telah terhakis dan dipengaruhi oleh anasir luar yang cuba menjatuhkan martabat pemerintah dan negara ini.

"Perbuatan sebegini adalah mencerminkan rendahnya akhlak, tidak berintegriti, tidak bertamadun dan biadab.

"Mimbar ingin menyatakan bahawa dalam semua aspek umat manusia perlulah membina semangat patriotik kerana ia menjamin kesejahteraan dan kecintaan rakyat kepada negara," menurut khutbah itu lagi.

Sementara itu, khutbah juga menegaskan pendirian Ahli Sunah wal Jamaah supaya mentaati pemerintah, yang merujuk kepada:

Mentaati dalam urusan kebaikan, termasuk merealisasikan perintah yang makruf dan membantu dalam urusan kebaikan yang diperlukan.
Menghormati dan memuliakan kedudukan pemerintah serta sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka.
Melaksanakan kebaikan bersama pemerintah.
Membenci maksiat dilakukan pemerintah dan mengingkari keburukannya dengan cara nasihat dan kaedah berlandaskan syarak.
Tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat membangkang terhadap kepimpinan dan tidak menghina atau mencela mereka.
"Islam mengajar umatnya agar kasih kepada pemerintah dan negara kerana ia sebahagian daripada tanda keimanan," kata khutbah itu lagi.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PECAH RAHSIA: PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR DALAM POLITIK

Posted: 07 Sep 2012 04:04 AM PDT




Satu cara je nak jatuhkan Anwar. Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.

Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar. Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu. Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya? Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar. Apa kekuatan dia?


Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani. Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar. Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah. Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar. Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.


Habis tu bagaimana? Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari politik. Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada yang berani lebih dari Anwar. Negara kita dipimpin oleh Najib, dan Presiden Umno pun Najib.

Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar macam-macam kat TV dan akhbar. Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.

Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja.

Anwar telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan oleh ibunya sebagai anak jantan. Anwar telah beberapa kali mencabar Najib berdepan. Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?

Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam atau Nalla? Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua Kerajaan atas apa jua tajuk.

Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM.

Ketika itu, barulah kita boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan. Selagi ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera dari PKR saja.

Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk kali pertamanya cubalah bersikap jantan. Pujuklah dia untuk berdebat dengan Anwar.

Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari persada politik. Sampai bila mahu baling kasut dan cat?

wfauzdin.blogspot.com




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Duit Punya Pasal Kita Sanggup Bersama Syaitan

Posted: 06 Sep 2012 09:00 PM PDT



SOALAN

Saya orang biru ,orang hijau sokmo kata saya sesat minta penjelasan kut mana saya sesat.

JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS

Manusia sesat bukan pada warna dan bukan atas lambang , ada orang marah sangat tengok bulan bintang, gitu juga orang Pas marah sangat pada warna biru, sedangkan warna biru warna Allah warna langit.


"Barang siapa yang tak mahu mengikut perentah Allah dan Rasul maka sesungguhnya dia telah pun sesat sangat terang"

Allah dan Rasul suruh buat sesuatu tetapi manusia ingkar ,contoh dalam perlembagaan Malaysia menyebut tidak akan melaksanakan hukum Quran dan Hadis kerana mahu ikut undang Lord Reid [undang undang manusia]. Bila kita ikut undang2 manuisa dan ingkar undang undang Allah maka manusia akan sesat, situ sahaja, asas agama pun dan sesat maka cabang cabang yang lain pun habis sesat berlaka.


Contoh kerajaan membenarkan judi dan arak, sepatutnya kerajaan yang memerentah harus menolak amalan syaitan, tetapi kerajaan yang ada sekarang telah membuat tempat orang untuk berjudi [Genting] dan kilang arak.

Kerajaan yang menbenarkan arak dan judi atau kerajaan yang membenar kerja kerja syaitan maka kerajaan itu Syaitan.Siapa yang suka kerajaan syaitan maka dia pun syaitan, tak kira di mana mana pun di Mongolia atau Jepun ini umum bukan di tuju pada kerajaan Malaysia je.

Duit punya pasal kita sanggup bersama Syaitan dalam kesesatan. Jadi kita kena dakwah kepada pemimpin yang ada sekarang agar kembali ke pangkal jalan, kerana Tuhan kita satu nabi kita satu jangan marah la itu sahaja..

SUMBER

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GEMPAQ!!! POLIS MALAYSIA GUNA TEKNOLOGI GARI SECARA WIFI

Posted: 06 Sep 2012 07:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
HANG PA TAU DAK
KAT MALAYSIA NI ADA 2 JENIS GARI
KALAU PEMBANGKANG POLIS GUNA GARI BETOI
KALAU ORANG UMNO DEPA GUNA GARI SECARA WIFI
KAH! KAH! KAH!

PERCAYAKAH ANDA RAKYAT LA NI
BUKAN MUDAH NAK DIKELENTONG
KAH! KAH KAH!
Published with Blogger-droid v1.7.4



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Model Sambilan Minta Maaf Pada Rakyat Malaysia

Posted: 06 Sep 2012 04:02 PM PDT

Remaja 19 tahun yang menyerah dirinya kepada polis semalam berkata dia tidak tahu perbuatan itu adalah berbaur hasutan, dan potret itu memang sudah berada di atas lantai.KUALA LUMPUR: Seorang model sambilan hari ini memohon maaf kerana memijak potret perdana menteri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka pada malam sambutan hari kebangsaan.

Ong Sing Yee, 19, yang telah ditangkap dan digari apabila dia menyerah diri kepada polis di Johor Baru semalam, mendakwa bahawa perbuatan beliau tiada niat jahat."Saya tertanya-tanya apabila saya melihat orang lain berbuat demikian, jadi saya ikut. Saya tidak tahu ia adalah berniat jahat, "katanya, membaca pernyataan skrip pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini.

Apabila ditanya kemudianya kepada siapa dia memohon maaf, dia berkata "rakyat Malaysia".peguam DAP Eric Tan, yang turut hadir, cepat-cepat menambah bahawa rakyat Malaysia itu "termasuklah Perdana Menteri".Ong berkata dia tidak memiliki potret mahupun menyimpan perasaan benci terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

–FMT****

Double standard, bagaimana dengan samseng Penang, adakah mereka akan mohon maaf kepada KM LGE?Bagaimana pula dengan mereka yang tunjuk punggung di depan rumah Ambiga? Mereka yang bakar potret KM LGE? Perkasa yang mengasap colok depan potret KM LGE? Bukan hasutan?

Bila BN buat OK, bila orang lain buat tak OK. Apakah mesej yang ingin mereka sampaikan? Penyokong BN adalah emas manakala penyokong Pakatan adalah besi karat? Double standard.Kiter harap yang Ong Sin Yee dan pemuda lain tidak akan putus asa berjuang untuk bangsa Malaysia yang lebih adil.

Tempat di IPT yang adil, >5A buat degree, <5A diploma, <4A sijil, 0A jadi pembantu rumah dan buruh. Pendidikan yang lebih baik, pandai ajar pandai bukan bodo ajar pandai, tak logik.

Peluang kerja gomen yang lebih adil, malas & makan gaji buta dibuang, rajin dan proaktif dinaikkan pangkat.Kiter boleh lihat selepas insiden ini lebih banyak anak muda akan menyokong Pakatan. Semua orang akan ingat bila genster Penang terlepas melalaui undang-undang double standard.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: