Isnin, 17 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


BURUNG WALIT!!! Mai tengok Samseng Noh Omar mengamuk

Posted: 17 Sep 2012 03:00 PM PDT


puak Umno yang tiba - tiba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa

penternak burung Walit





antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara


Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang,
che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad-
komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong
Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari
seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang
berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu
penghantaran / penjualan produk ke negara China.



Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung
Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok
Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana
itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat
sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung
walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang
majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya
berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10
pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.





Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya
duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia
terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir
"kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"



Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia
PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman.
Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau
tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah
burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab
tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."




Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.





Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong
Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar
meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca
memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu
memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan
alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah
depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba
bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"




Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab
persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar
bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur
tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia
marah penternak kerana jumpa DAP.




Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak
selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri
Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya
menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. 




Kami bukan golongan
datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang
pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun
untuk bincang selesai masalah rakyat. 




Oleh sebab itu kami beri Noh
bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak
bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng
Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan
che'GuBard akan bangun menggulung.



30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap

dia terus mengamuk tak tentu pasal





Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar
penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard
mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis
Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami
ke seberang jalan.




Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.




Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya
menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu
tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap
di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak
menjawab dia terus meroyan.




Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.Kedahkini



paspb2


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BETOI KA KONSPIRASI SEDANG BERLAKU DI CRYSTAL CROWN?

Posted: 17 Sep 2012 08:16 AM PDT



Berita terkini 1120pm:

Sebuah page facebook Konspirasi 2020 telah memaparkan status ini:

Sekarang sedang berlangsung Konspirasi OPS 2020 (UMNO tawan 20 kampus) di Crystal Crown Hotel, Tingkat 2, Dewan Utara 1.. TNC UM, Datuk Rohana turut hadir bersama-sama dengan Calon PENGGERAK MAHASISWA @ ASPIRASI....

hati-hati.... "dinding" juga boleh mendengar... !


Untuk rekod,page ini diwujudkan untuk membuat pendedahan bersiri "Konspirasi 2020" tentang campurtangan beberapa individu ternama dan parti politik dalam kampus bagi membunuh idealisma perjuangan mahasiswa dan anak muda di kampus.


Now Showing: Bangku Kosong (Indonesia)...



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AireTalk : Aplikasi Telekomunikasi Android Semua Dalam Satu

Posted: 17 Sep 2012 05:00 AM PDT

Kita semua sedia maklum, terutamanya bagi para pengguna Android akan aplikasi seperti WhatsApp dan LINE. Pengguna yang gemar chatting pasti tidak akan lepaskan peluang untuk memasang dan mencuba setiap satu aplikasi ini. Bagi saya, saya sendiri gemar menggunakan LINE, kerana selain ia percuma seumur hidup, ia juga mempunyai ciri 'Sticker', iaitu boleh dikatakan 'emoticon dalam bentuk gambar'.



Kini muncul satu lagi aplikasi baru yang diberi nama sebagai AireTalk. Seperti LINE dan WhatsApp Messenger, ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengadaptasi ia sebagai alat menghantar mesej/pesanan ringkas dan panggilan suara serta panggilan video







Tetapi bukan itu sahaja ciri yang ada pada AireTalk. Anda juga boleh berkongsi fail, sama ada gambar, teks,  fail arkib berformat rar atau zip, pendek kata apa jua jenis fail, berapapun juga saiznya. Selain itu ia juga mempunyai ciri Walkie Talkie! Memang menarik kerana setakat ini, hanya AireTalk sahaja yang menawarkan ciri semua dalam satu seperti ini.







Tidak kurang dengan ciri-ciri yang menarik, anda juga boleh berkongsi lokasi di mana anda berada kepada sahabat-taulan, sanak-saudara dan keluarga. Cukup dengan GPS sebagai pengesan kedudukan dan titik koordinat anda boleh diberikan kepada sesiapa yang anda mahukan, atau sesiapa yang mahukannya.








Beberapa lagi paparan skrin AireTalk:




















Anda boleh pasangkan AireTalk melalui Google Play.


omghackers

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ada skandal baru rupanya depa ni...

Posted: 17 Sep 2012 01:00 AM PDT

shalehudin
...pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
thumbnail Ada skandal baru rupanya depa neh...
Sep 17th 2012, 00:00

RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan diseleweng pemimpin BN..

Setelah berbagai penyelewengan yang melibatkan Najib dan pentadbirannya terdedah kini kita akan melihat satu lagi salahguna dana kerajaan oleh pentadbiran Najib.. Insyaallah..


Yang menarik kali ini ialah, sifat haram jadah benar-benar jelas kelihatan dalam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dimana RM200,000 dari RM500,000 Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan diseleweng oleh beberapa pemimpin BN.

Aku ulang.. Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan..

Jika sebelum ini kita sering mendengar jumlah komisyen yang perlu dibayar hanyalah sekitar 10 hingga 30%.. kini jimlah tersebut telah meningkat menjadi 40%.. ASD


*******************************************
che'Gubard semalam (12 September 2012) telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.

Set dokumen ini mengandungi :

• Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.

• Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan

• Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

• Dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

• Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri.

• Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang.

Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi.

Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :
• Pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ?
• Siapa pemimpin Bn yang disebut ?
• Syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ?

Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.

Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan


Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter

Sumber: shalehudin



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

TAIB MAHMUD DAH KECUT PERUT

Posted: 16 Sep 2012 09:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
MAMAT NI KATA NEGARA AKAN RUGI BESAR
JIKA BN KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13
KAH! KAH! KAH!

DIA TAK TAU KA YANG AKAN RUGI TU SAPA?
BUKAN SAJA RUGI,SILAP-SILAP KENA MASUK PENJARA
KAH! KAH! KAH!

PASAI TU RAMAI PEMIMPIN UMNO BN
MAKIN HARI MAKIN MEROYAN
SEMUA TENGAH MINTAK NYAWA
SUPAYA RAKYAT TETAP PANGKAH BN
SEBAB KALAU KALAH
SEMUA RAHSIA AKAN TERBONGKAR
MAKA DEPA AKAN DIHUKUM
KAH! KAH! KAH!

DEPA INGAT RAKYAT BODOH
RAKYAT PUN TAU DAH LAMA RUGI
SELAMA DEPA NI MEMERINTAH
JANGAN HARAP NAK PANGKAH LAGI
KAH! KAH! KAH!



Taib: Negara rugi besar jika BN kalah PRU13

SIBU - Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.

Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.

"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.

"Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini.

"Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang pengunjung yang kerap, sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas," kata Taib.

Justeru, beliau berkata, masyarakat Sarawak sekali lagi perlu berdiri teguh di belakang kerajaan pimpinan Najib, untuk membolehkan negeri ini, yang semakin menghampiri pemodenan, mencapai aspirasi ini dengan jayanya.

Sementara itu, berucap pada majlis Hari Raya anjuran Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka di Masjid An-Nur, yang turut dihdiri perdana menteri, Taib berkata:

"Rakyat berdepan perjuangan yang besar untuk mempertahankan kerajaan BN yang mempunyai komitmen dan sejarah dalam membawa kemajuan serta pembangunan di negeri ini."

Beliau berkata perjuangan itu menjadi semakin rumit saban hari, namun kerajaan BN mampu menanganinya, tambahan pula kepimpinannya telahpun membuktikan keupayaan dan kebolehan untuk menjadi semakin baik.

"Ayuh kita beri mandat yang paling besar kepada Najib untuk memimpin kerajaan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Mari kita bersatu padu mengundi kerajaan dan kepimpinan beliau serta menolak golongan yang hanya mahu membuat pelbagai janji," katanya.-SH




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

INI DIA 12 EKOR BANGSAT DISEBALIK FILEM HINA NABI DAN ISLAM

Posted: 16 Sep 2012 06:00 PM PDT


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam.

12 individu di sebalik filem hina Nabi dan Islam

BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).

Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:


Sam Bacile

Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.

Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).

Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.

Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.

Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenai individu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.

Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.

"Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, " jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.

Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.

Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.

(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)

Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaun YouTube dalam terjemahan bahasa Arab.


Nakoula Basseley Nakoula

Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.

Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.

Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.

Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.

Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.

Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.

Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.

Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.

Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.

Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.

Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).

Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun.

Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.


Steve Klein

Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.

Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.

Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.


Cindy Lee Garcia

Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil 'Desert Warrior'.

Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini - skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.

Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.

"Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya. Ia membuatkan saya sakit," katanya kepada Gawker.

Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.

Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.

Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.

Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.

Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.

"Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat," katanya.


Tim Dax

Seorang lagi pelakon 'Innocence of Muslims', Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.

Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu - dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk 'Desert Storm' dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.

"Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.

"Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.

"Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orang Mesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip," katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.

Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.


Alan Roberts

Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula - dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.

Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.

"Alan bekerja di bawah Sam," katanya.

"Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu," katanya.

Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.

Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994, Save Me.


Terry Jones

Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.

Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.

Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, "Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia."


Morris Sadek

Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.

Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia 'menerangkan' masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.

Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.

Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.

Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.


Jimmy Israel

Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.

Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.

Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.

"Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja," katanya kepada BuzzFeed.

Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.

Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).


Vine Theater

Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.

Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.

Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.

Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.


John Walsh

Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.

Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.


Sheik Khaled Abdalla

Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.

Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.

Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.


* Dipetik dari portal newsfeed.time.com

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: