Isnin, 17 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kami mohon keampunan Mu ya Allah ...Redhailah ke atasnya

Posted: 17 Sep 2012 09:39 AM PDT

Di Masjid Sungai Rokam selepas selesai melakukan solat zohor, para jemaah yang terdiri dari sahabat handai, murid-murid-murid dan sanak saudara Almarhum Ustaz Asmudi Hussein telah memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum dengan menyempurnakan solat jenazah dan acara pengkebumian di tanah perkuburan Islam Rapat Jaya, Ipoh. 

Kaum kerabat Almarhum merakamkan ucapan terima kasih diatas kehadiran tuan/puan semua dan memohon ampun maaf bagi pihak Almarhum sekiranya Allahyarham pernah melakukan salah silap sewaktu hayatnya.

Tidak lupa, penghargaan kepada Ustaz Abu Bakar Hussin yang telah menyampaikan tazkirah dan doa selamat sewaku pemakaman jenazah Almarhum.

Kami, rakan-rakan Almarhum mengucapkan takziah kepada Ust Ikbal sekeluarga dan berdoa semoga Allah memberikan kesabaran kepada anda sekeluarga dalam menghadapi saat yang getir ini.

 Sedang menunggu masuk waktu zohor
 
Anakanda Ust Ikbal mengimami solat jenazah

Bacaan doa oleh Ust Zulkarnain
 
 
Wahai Tuhan kami, ampunilah dia...

 
 Wahai Tuhan kami, rahmatilah dia...

Wahai Tuhan kami, afiatkanlah dia...
 
Menuju perjalanan yang jauh...
 
  Kami serahkan dia kepada Mu ya Allah...
 
Daripada Mu dia datang

 
Kepada Mu dia kembali...
 
Setiap yang bernyawa pasti akan mati...
 
Hanya amalan dan iman menjadi bekalan...
 
Isteri, anak dan harta terpaksa ditinggalkan ...
 
  Rahmat dan keberkatan Mu kami mohonkan ...
 
Jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurga Mu
 
Semoga Allah meredhainya sebagai 
hambaNya yang solehin

Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali ..

Posted: 16 Sep 2012 04:01 PM PDT

Allahyarham (kanan) sewaktu menyambut Hari Raya
di kediaman Menteri Besar DS Nizar 2008 dulu

Dengan penuh takzim dimaklumkan saudara dan guru kita yang dikasihi, Ust Asmudi Husin, 66 tahun, bekas pensyarah Politeknik Ungku Omar, Ipoh telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi tadi (17/09/2012) di Hospital Besar Ipoh. Jenazahnya kini berada di alamat 93, Jalan Sukun, Sungai Rokam Ipoh

Solat jenazah selepas zohor di Masjid Sungai Rokam dan akan disemadikan di perkuburan Islam Rapat Jaya Ipoh.Semoga Allah rahmati ruhnya dan dihimpun bersama ruh solihin. Amiin. AL-FAATIHAH.

Tiada ulasan: