Sabtu, 1 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sang Merah Saka - Menyingkap Tabir Pejuang Negara Sebenar

Posted: 01 Sep 2012 09:05 AM PDT

Sang Merah Saka dikibarkan sebagai menyingkap sebenar
sejarah perjuangan bangsa ini yang cuba dinafikan oleh Umno/BN

Kecoh sungguh Hari Nyambut Ulangtahun Kemerdekaan kali ini.Bukan sahaja Kerajaan dan PR menyambutnya dengan logo dan thema masing-masing ; malah ada pula yang menyambutnya dengan bendera yang berlainan!

Mustapha Ali dan Anwar Ibrahim mengeluarkan kecaman kerana mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang. Mereka terpaksa berbuat begitu sebab bagi menangkis tuduhan Umno/BN yang membababi gila menyondol PR yang kononnya melakukannya.

Alhamdulillah, budak-budak muda yang melakukannya telah tampil mengakui bertanggung jawab melakukannya. Mereka berani kerana mereka punyai alasan yang perlu kita semua dengari.

Syabas kepada anak muda yang berani ini! Umno/BN tidak mampu untuk terus memperbodohkan rakyat Malaysia terutama golongan orang muda yang hari ini boleh mendapatkan matlumat kebenaran melalui dunia siber yang tiada batasannya.

Ayuh anak muda semua, teruskan perjuangan maju ke hadapan.Langkah dan terajang penghalang yang menghalang.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Ikuti penjelasan lanjut : Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?

Takziah kepada blogger Ajijoi diatas pemergian Apaknya

Posted: 01 Sep 2012 05:38 AM PDT

Tempat istirehat terakhir Apak dialam fana ini sementara menanti
sangkakala ditiup nanti. Selamat tinggal Apak - Ajijoi

Saya baru pulang dari tanah perkuburan kerana menghadir pengkebumian Apak kepada blogger Ajijoi, Allahyarham Zulkifli, seorang teman aktivis PAS Taman Maju Rapat, Ipoh. Semoga Ajijoi dan keluarga terus bersabar dan semoga Allah mencucuri rahmat serta mengampunkan Apaknya. Alfateha.

Allahyarham berusia 75 tahun meninggalkan seorang balu dan 4 anak. Menurut Ajijoi, Allahyarham pernah bekerja di sebuah kilang di tapak industri Tasek , Ipoh.


Allahyarham terkenal sebagai seorang yang sangat vokal dalam menyatakan sokongan terhadap PAS. Beliau bergerak dengan menggunaka sebuah motosikal untuk kemana-mana.

Ajijoi memberitahu, awal pagi tadi, Allahyarham telah keluar rumah tanpa sarapan pagi dengan menolak motosikalnya ke kedai untuk dibaiki kerana pancit. Allahyarham khabarnya membawa bersamanya 'pump' yang digunakan untuk mengepam tayar bocornya lalu dinaikinya dan bila kempis semula akan menggunakan 'pump' tersebut semula.


Beliau sempat sampai ke kedai morsikal di Gunung Rapat. Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja kata towkey Cina kedai tu kepada Ajijoi. Sedang berbual-bual, tiba-tiba Allahyarham terdiam dan bila Cina tu toleh, Allahyarham sudah tersepok diatas tempat duduk dalam kedai itu, pengsan.

Mujur ada seorang hamba Allah ada disitu dan mengambil maklumat yang ada padanya lalu beliau pergi ke alamat rumahnya memberitahu ibu Ajijoi.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya disitu ketika ambulan tiba ke tempat tersebut. Pihak polis tidak membenarkan mayat tersebut dibawa balik ke rumah dan terpaksa dibawa ke Hospital Besar untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Hospital kerana kematian berlaku di tempat awam. Demikian polis memaklumkan keluarga Ajijoi.

Urusan mayat - mandi dan kapan diselesaikan di Hospital itu juga dan pengkebumian dilakukan selepas solat Asar tadi .

"Segala-galanya selesai sudah. Apak kini telah dikembalikan kepangkuan Allah Taala. Jazakallah khairan khathiro buat semua yg ziarah & bantu." tulis Ajijoi dalam tweetnya.


Marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada keluarga Ajijoi. Ucapan takziah bermaksud menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaan. Hukum takziah adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya sesama Islam yang ditimpa musibah, melainkan ia akan diberi balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dari pakaian kemuliaan dihari kiamat kelak."
Masa yang paling afdal untuk mengucapkan ucapan takziah ialah sebelum mayat dikebumikan dan berlanjutan sehingga tiga hari mulai dari hari matinya. Jika tidak ada di tempat kematian itu atau tidak mengetahui akan kematian yang berlaku maka bolehlah mengucapkan takziah bila mana perkhabaran kematian tersebut diberitahu.


Lafaz ucapan takziah daripada orang Islam kepada orang Islam yang kematian keluarga adalah seperti berikut :
"Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati"
Sunat bagi keluarga yang kematian itu menjawab menjawab ucapan takziah dengan lafaz :


" Semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada saudara."

Para pengunjung boleh menghantar menghantar takziah kepada Ajijoi melalui emailnya atau face booknya. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin

Kereta yang bakal DS Nizar Pakai....

Posted: 31 Aug 2012 06:32 PM PDT

Kecantikan klasik ... Aston Martin DBR1 / 2

Mengapa tidak? Aku dengo Nizar akan dapat RM50 juta dari Utusan Meloya....dan RM50 juta lagi dari TV 3 tidak lama lagi? Entahlah. Aku cuma baca kat sini.... Allah yang maha tahu tahu. Walau apa pun sama-samalah kita ucapkan tahniah diatas kemenangan tersebut.Bior bengkrap Utusan Melloya tu! Juga TV3 suku tu - padan muka deme!

Aku bukan apa, cuma nak promo kepada Nizar - nak suh dia beli kereta ini.... cantik bukan main! Mengalahkan keta WWW1 tu!

Lekapan dan kelengkapan tradisional lengkap dengan alat pemadam api

Ini adalah kereta Klasik Aston Martin untuk dijual dengan harga £ 20 juta sahaja.Ah! Utusan Meloya dan TV3 akan tolong bayar untuk Nizar! No problem!

Aston Martin DBR1 / 2, dianggap sebagai salah satu kereta terbaik sepanjang zaman.Kereta lumba yang paling berjaya, tetapi juga yang paling istimewa kerana hanya empat sahaja yang pernah dikeluarkan dari kilangnya.

pandangan sisi Aston - menawan sekali ...

Kereta hijau mewakili zaman kegemilangan lumba kereta British, yang didominasi pada 1950-an. Ia membelasah Ferrari dan jaguar pada era kegemilangannyn dan hanya Aston Martin yang pernah memenangi Le Mans pada tahun 1959.

Ini model tahun 1957 keadaannya telah dikekalkan sebagaimana asalnya, dan kini di pasaran untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.

Tiada ulasan: