Jumaat, 28 September 2012

Addin

Addin


Rupanya Najib Tertinggal Satu Perkara Penting Dalam Bajet PRU13..

Posted: 28 Sep 2012 10:21 AM PDT

Assalamualaikum, PM Dato Seri Najib berbaju hijau begitu segak membacakan belanjawan untuk tahun 2013..Banyak janji yang diberikan, moga2 janji itu jangan hanya retorik dan gula-gula menjelang pilihanraya. Dengar cerita gula naik 20 sen..moga-moga Malaysia bertambah sejahtera dan di berkati Allah.

Tadi masa dengar belanjawan aku minum kt kedai Mamak dengan kawan tauke kedai makan, bila sebut pasal yang bonus untuk orang2 gomen dia tepuk tangan. Aku tanya pehal lak ko nie..patutnya org gomenlah yang patut gembira..

Dia kata kat aku, lepas nie boleh laa aku naik harga makanan dengan nada bergurau..haha dia cakap pi mai pi mai tang tu jugak..itu di punya pandanganlah..

PM cerita pasal potongan PTPTN, pasal bantuan yang banyak tapi aku rasa PM tertinggal satu benda iaitu minta Tolong mansuhkan wang hantaran x pun bantulah sikit orang bujang nak kawen nie.hahaha aku tengok pakcik dan makcik zaman sekarang letak harga hantaran mengikut peredaran masa, orang bujang macam aku nie bukan x nak kahwin tapi x dek duit bro.haha nak kena ada paling kurang 20k tu pun janda kalau anak dara mahu 30k..

Nak kawen sekarang mahal, nak nie laa nak tu laa...last2 berhutang dengan bank pas kwen jadi bangkrup C..haha.

Lagi dasyhat pinjam dengan Ah Long Bukit Beruntung lepas tu x leh nk bayar interest tinggi gunung Kinabalu..Pas tu korang tahu lah seksa hidup di kejar Ah Long dan tidak beruntung sampai bila-bila...haha

Belanjawan dunia kita duk cari, belanjawan untuk akhirat macam mana..Macam-macam dah Allah duk janji dan Allah tidak pernah memungkiri janji..

Janji Syurga yang mana dibawah syurga itu ada sungai-sungai yang mengalir untuk orang beriman...x pernah pun kita ambil peduli ork..sebab keyakinan ini hanya untuk orang beriman ( Doakan ambe duk dalam golongan yang beriman InsyaAllah ).

Iklan




Bajet PRU13 : Harga Gula Naik 20 Sen Kerana Ramai Kencing Manis

Posted: 28 Sep 2012 08:53 AM PDT


Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? 


Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi.  

Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besarmemandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal.

Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan. ~milosuam



Iklan


Ini Bukti Terbaru PRU13 Pastikan Diadakan Tahun Depan

Posted: 28 Sep 2012 06:31 AM PDT

Perdana menteri melontarkan satu lagi isyarat bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada tahun depan apabila mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan mula disalurkan pada awal 2013."Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013," kata Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.Pembayaran itu melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 dan bayaran RM250 kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000.


Najib berkata individu bujang berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.Katanya, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada sebanyak RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang – melibatkan peruntukan RM3 bilion.

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya lagi dalam ucapannya.

Selain bayaran BR1M, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan membayar bonus sebanyak setengah bulan gaji lagi kepada penjawat awam pada bulan Januari depan.Bayaran berkenaan adalah sebahagian daripada pakej bayaran sebanyak sebulan setengah gaji yang diumumkannya dalam belanjawan tersebut. ~mkini


Iklan



Negara Terkecil Di Dunia Ini Hanya Ada 3 Orang Penduduk

Posted: 28 Sep 2012 03:58 AM PDT


Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini wujudnya negara yang mempunyai penduduk seramai 3 orang. Jika satu kampung mempunyai tiga orang penduduk, kita masih lagi boleh terima, tetapi ini negara.  

Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang Layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walaupun tidak berdaftar dengan Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara fakta.Selamat datang ke Republik Molossia, republik berdaulat yang terkecil di duniani  tanah  setengah hektarberhampiran Dayton, cari mungkin kelihatan seperti rumah lain di padang pasir AS, tetapi ia adalah fakta negara Molossia – terkecil republik berdaulat di duniaGambar ini adalah Post Office negara terkecilGambar di atas pula adalah Matawang negara tersebut menggunakan Poker Chips.

Republik Of Molossia secara geografinya berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, ini bermakna negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat.Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang diktator yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya dan 3 ekor anjing ( Populasi : 6 ) setelah negara ini diwujudkan sekitar 30 tahun yang lalu.Negara Molossian diwujudkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein. James Spielman dinobatkan sebagai Raja James I, dan Kevin Baugh dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Meskipun Raja James I seorang raja, beliau tidak lagi aktif dalam kerajaan pada waktu itu.Untuk Masuk ke negara terkecil ini korang Memerlukan Pasport untuk di sahkanKerajaan tanpa campurtangan raja terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 kerajaan telah berganti dengan nama baru iaitu Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 bertukar nama sekali lagi sebagai Kerajaan Zaria. Pemerintahan dijalankan walau tanpa sebiji rumah untuk ditadbir.

Perdana Menteri negara tersebut telah berhijrah ke Eropah pada tahun yang sama. Selepas kembalinya dari eropah pada tahun 1992, kerajaan di makmurkan dengan pertumbuhan budaya.Macam pelik pula jika negara atau wilayah yang dibangunkan ini mempunyai seramai 3 orang penduduk sahaja. Merekala pegawai kerajaan, merekalah pegawai imegresen dan mereka jugalah penduduk. Apa yang kelakarnya, hendak masuk wilayah ini perlu membawa passport sebagai pengesahan.













~info

Iklan





Tuan Guru Nik Aziz Lelong Tongkatnya Untuk Dana PRU13

Posted: 28 Sep 2012 01:39 AM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini. Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu. 

Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu. 

"Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti," katanya hari ini. 

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan. ~sinar


Iklan







Penerbit Innocence Of Muslims Di Penjara

Posted: 28 Sep 2012 01:11 AM PDT

LOS ANGELES - Nakoula Basseley Nakoula, penerbit  Innocense of Muslims, filem yang mencetuskan protes di kalangan umat Islam di seluruh dunia, diarah ditahan di penjara kerana melanggar terma-terma pemantauan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

"Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti."

 Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times.

Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan.

Bagaimanapun peguamnya, Steve Seiden berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon.

Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan beragama Islam.

Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan. Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009.

Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa kelulusan pihak pemantau.

Menurut laporan CNN, pendengaran awal dimulakan dengan Segal bertanya kepada defendan apa nama sebenarnya.

Dia menjawab: "Mark Basseley Yousseff." Kemudian hakim sekali lagi bertanya nama defendan.
"Mark Basseley," katanya kali ini.

Menurut peguam bela, anak guamnya, yang pernah menggunakan 17 nama sebelum ini, biasanya dikenali Nakoula.

Pendakwa raya berkata Nakoula berupaya untuk membuat pembayaran ketika filem berkenaan dihasilkan.
Oleh itu katanya, Nakoula boleh meninggalkan kawasan dia tinggal sementara kesnya dijalankan.

Pendakwa raya mengesyorkan hukuman penjara 24 bulan. 
Kronologi insiden protes filem Innocence of Muslims
1 – 2 Julai 2012
Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama 'Sam Bacile' memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW.

4 September 2012
Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube.

5 September 2012
Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena  Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September.

8 September 2012
Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya.

9-10 September 2012
Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan.

11 September 2012
Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika.

14 September 2012
Menurut laporan agensi berita rasmi Lubnan, seorang terbunuh di Tripoli manakala ramai yang lain cedera semasa protes terhadap filem itu. Mereka yang tercedera termasuk anggota pasukan keselamatan Lubnan.

17 September 2012
Pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di perhimpunan besar-besaran di Lubnan mengecam AS dan memberi amaran sesiapa yang tidak menghormati Islam, akan menempah maut sebagai balasan.

18 September 2012
Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

19 September 2012
Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam.

21 September 2012
Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia.

25 September 2012
Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube.

~sinarharian


Iklan





Berita Nih Hanya Di Siarkan Di TV Al Jazeera Tapi Tidak Di Media Pencacai Umno

Posted: 28 Sep 2012 12:06 AM PDT



Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.

Sejak filem rencana itu diterbitkan beberapa minggu lalu, pemain terbesar rancangan pembinaan empangan itu telah cuba menghalang dan membuli penerbit SBS. Mereka juga telah berusaha sedaya-upaya menggesa syarikat penerbitan filem itu untuk mengeluarkan filem itu dari internet.Pembina empangan dari Australia, Hydro-Tasmania, yang bertindak selaku penasihat bagi kesemua rancangan pembinaan empangan telah melobi untuk menyuruh SBS mengeluarkan permohonan maaf secara formal bagi rancangan yang telah diterbitkan itu!Dengan pengunduran diri pihak SBS, syarikat-syarikat itu telah dilihat sebagai suatu alat untuk mendera orang-orang Sarawak yang telah menentang pemusnahan ke atas tanah-tanah mereka.

Saluran TV Al Jazeera itu yang terkenal sebagai saluran berita 24 jam di dunia itu dan beribu-pejabat di Doha, telah lama mengikuti perkembangan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak.Pada siaran tahun 2009 TV 101 East telah mempersoalkan penglibatan Taib dalam perniagaan keluarganya. Siaran itu telah memfokuskan laporannya pada sejumlah wang yang banyak yang digunakan oleh syarikat CMS milik keluarga Taib dalam memonopoli penjualan simen untuk menyokong pembinaan empangan di Sarawak.Empangan Bakun adalah sebuah pasaran tunggal terbesar bagi simen CMS sebagai mana dilaporkan oleh Howard Davies, namun syarikat itu juga mendapat keuntungan beratus-juta dollar dalam bentuk kontrak-kontrak lain yang diberikan oleh Taib kepada dirinya sendiri dalam apa yang dianggap sebagai percanggahan kepentingan.

Dari sebuah perniagaan dalam industri pembuatan simen secara kecil-kecil, kini CMS adalah sebuah syarikat terbesar di negeri Sarawak. CMS dikaitkan dengan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospital-hospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo, kesemua ini mececah nilai ratusan juta dollar US" [Fight for power, Al Jazeera]Al Jazeera juga mendapati bahawa jurucakap yang mempromosikan empangan-empangan di Sarawak adalah seorang lagi saudara mara terdekat kepada Taib Mahmud, adik iparnya yang dahulunya bertugas sebagai Pengarah Urusan, Abdul Aziz Husain.Jika dalam sedikit masa dahulu, SBS dikutuk kerana pendedahan mereka mengenai kegiatan haram pemimpin Sarawak itu, kini Al Jazeera boleh bersedia menerima utusan surat guaman yang akan digunakan untuk membuli mereka.

Syarikat Hydro-Tasmania (dan juga Ta Ann) telah melenting kerana peranan mereka di Sarawak telah dilaporkan secara 'lebih-lebih' dan mereka enggan dipertanggungjawabkan sebagai pembawa masalah terhadap alam sekitar dan sosial berkaitan rancangan empangan Taib itu.Sally Begbie, dari SBS telah mengalah dan menerima kritikan dari Hydro-Tasmania dan Ta Ann dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, berapa banyakkah kajian yang telah dia jalankan selama ini?Pertubuhan International Rivers tahu betul akan semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan pembinaan empangan dan mereka telah menuliskan respon kepada Sally Begbie yang akur dengan kehendak Hydro-Tasmania.Tambahan lagi, Hydro-Tasmania telah dipaksa untuk mengakui bahawa penglibatannya dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak adalah secara ekstensif and penting.

Menjawab persoalan MP Kim Booth dari parti Green di Tasmania, Hydro-Tasmania mengumumkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kontrak-kontrak mereka dengan kerajaan Sarawak, namun mereka telah menafikan penglibatan perniagaan dengan Sarawak.Kontrak-kontrak ini memperincikan beberapa khidmat penting, termasuk nasihat dalam rekabentuk Empangan Murum, membuat penilaian pada perbalahan kontraktual, dan yang lebih penting, membuat penilaian fisibiliti pada beberapa tapak untuk memberikan pandangan teknikal mengenai beberapa lokasi yang sesuai untuk pembinaan 12 buah lagi empangan cetusan idea Taib.Hydro-Tasmania juga mengada kajian-kajian fisibiliti ke atas dua buah lagi projek empangan hidro di Belaga dan Metjawah.

Oleh yang demikian, dengan adanya bukti yang menunjukkan penglibatan mereka dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak, apakah hak Hydro-Tasmania mengatakan peranan mereka telah diperbesar-besarkan atau diada-adakan?Dan jika mereka telah terlibat dalam banyak kajian fisibiliti yang telah diumumkan sebagai amalan baik, kenapa pula ianya perlu dirahsiakan?Menurut penafian mereka, Hydro-Tasmania boleh menerima hakikat bahawa dokumen-dokumen mereka itu mempunyai kepentingan awam, namun mereka juga mengatakan ianya boleh menggugat perniagaan mereka.

Adakah keuntungan untuk pihak Australia didahulukan manakala kehidupan dan masa depan orang-orang di Borneo boleh dikemudiankan?Adakah Hydro-Tasmania tetap mengakui bahawa piawaian mereka adalah yang paling tinggi dalam soal tanggungjawab sosial dan juga korporat apabila kajian-kajian fisibiliti mereka seharusnya dirahsiakan?

Ketua PKR yang juga ADUN Baru Bian yang memperjuangkan hak-hak orang asli orang-orang Sarawak telah menulis surat kepada SBS kerana mereka telah mengalah dan mengumumkan bahawa siaran itu suatu kesilapan. Hydro-Tasmania boleh menghantar peguam-peguam mereka lagi. Namun cerita ini timbul lagi bagaikan suatu kebocoran, bak kata pepatah, penafian-penafian mereka akan tetap dibasuh bersih oleh kebenaran! ~sarawakreport


Iklan


Sah!! Bob Lokman Tidak Akan Bertanding PRU13

Posted: 27 Sep 2012 06:40 PM PDT

PASIR PUTEH - "Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia," demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat."Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat."Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan," katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini."Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

"Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan."Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni," katanya. ~sinar



Iklan


Tiada ulasan: