Rabu, 12 September 2012

Addin

Addin


Blogger Pro Umno Bakal Di Buru Polis Sekiranya Tidak Serah Diri

Posted: 12 Sep 2012 10:00 AM PDT


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita.

"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.


Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian.

Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lallu.

"Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya. ~mkini


Patutlah Tuan Guru Nik Aziz Keluar Awal Mesyuarat Majlis Syura

Posted: 12 Sep 2012 09:02 AM PDT

Media propaganda nombor satu Malaysia iaitu TV3  memberitahu bahawa sebabnya ialah kerana Tuan Guru merajuk kerana agenda tindakan terhadap Ustaz Nasha tidak masukkan. Jurucakap yang mengulas itu isu siapa?

Wan Ismail Wan Ahmad, bekas calon PAS tahun 80an yang sewaktu dalam PAS dulu tak sudah-sudah mengkafirkan Umno. Pasal apa pulak setelah bukan jadi ahli PAS nak jadi jurucakap bagi pihak PAS pulak?

Dalam isu Ustaz Nasha ni, media propaganda Umno memang sudah bersedia untuk spin fikiran rakyat dengan situasi tertentu. Mari kita tengok...

Jika isu Ustaz Nasha dijadikan agenda, dibincang dan diambil tindakan. TV3 akan kata "PAS tunduk kepada Anwar dan DAP".

Jika isu Ustaz Nasha tidak dibincang dan tidak diambil tindakan. TV3 akan kata "Puak Anwarinas dalam PAS ditolak, Nik Aziz merajuk, kecewa, hubungan Pakatan semakin retak".

Dan itulah isu yang mereka gunakan untuk spin pemikiran rakyat sekarang.

Mereka hanya melaksanakan kerja-kerja syaitan iaitu berusaha memecahbelahkan jemaah Islam. Alhamdulillah PAS dari pucuk pimpinan hingga ahli paling bawah tidak melatah isu Ustaz Nasha. DAP dan PKR pun akur. Akhirnya Umno yang meracau sendirian siang malam.

Berbalik kepada soalan mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari pengerusikan mesyuarat Majlis Syura.. jawapannya sudah diberikan, sebab beliau kurang sihat waktu itu.

Adapun sebab-sebab yang lain seperti merajuk dan sebagainya adalah sebab yang direka oleh Umno yang dikenali, maka tak usah percayalah akan propaganda itu.  ~kedahla



"Hello Bro, Sampai Johor Aku Tunggu Kau Dengan Pistol"

Posted: 12 Sep 2012 07:07 AM PDT

PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam."Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol", dan selepas itu talian terus diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini.Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi tadi di Balai Polis Damansara.Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.

Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu."Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang," tegas Nik Nazmi.

"Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu," tegas beliau."Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman," katanya lagi.Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

"Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka," katanya."Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti," katanya lagi.Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan  bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar. ~kd

Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Posted: 12 Sep 2012 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu."Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu."Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas," katanya.Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. ~kd




Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan

Posted: 12 Sep 2012 02:57 AM PDT


Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.

Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)

Dikatakan samseng Umno nih  menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan

Umur : 29 tahun

Tarikh lahir : 25 Mei 1983

No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395

Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.


Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!

Sumber di sini dan sini.

Rupa-Rupanya Sebab Nih Ust. Azhar Idrus Tolak Jadi Calon PAS Pada PRU13

Posted: 11 Sep 2012 11:04 PM PDT

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?

Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

"Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.

"Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya. ~harakahdaily

Addin :

Tak semua orang mahu dan boleh jadi calon.. tapi yang penting dokong dan sokong perjuangan yang mulia ini.



PRU 13: Hampir Pasti Pakatan Buat Kejutan Di 3 Negeri

Posted: 11 Sep 2012 05:00 PM PDT

PASIR MAS – Pakatan Rakyat (PR) yakin dapat melumpuhkan kekuasaan Barisan Nasional di tiga negeri lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak, sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.

Menurutnya, PR bakal mencipta sejarah politik negara seperti mana 'tsunami politik' ketika PRU12. "Kita akan menawan 30 dari 82 Parlimen di tiga negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan majoriti BN sedia ada.

"Kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh, sehingga menjadikan BN sebagai pembangkang di negara ini," katanya selepas Ceramah Perdana bersama penyokong Pas di Kampung Pohon Tar, Kangkong, hari ini. ~sinarharian







Tiada ulasan: