Tuan Ibrahim Tuan ManSHAH ALAM - Meskipun Kerajaan Pusat membentangkan Bajet 2013 lebih RM250 bilion bersama sejumlah ganjaran dan insentif, Pas Pusat mahu rakyat berfikir secara serius keperluan memilih kerajaan baru, bukannya terpikat dengan "candu racun pilihan raya Barisan Nasional."
"Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan (Ketua) Audit (Negara) mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pemberian  'one off' yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat memnunjukkan Kerajaan Pusat ketandusan ideabagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing.