RAKYAT MARHAEN |
- Hutang PTPTN dikejar, hutang ‘kondo lembu’ dihalalkan
- Guan Eng: Belanjawan Najib tak tangani kos sara hidup
- Buying GE13 - the Najib way
- Najib completely misses the CORRUPTION factor in Budget 2013: Or is it DELIBERATE?
- Bajet: Jangan terpikat dengan ‘candu’ BN, kata Pas
- Kapitalis berjenama Islam
- Bajet 2013: Hak rakyat Sabah diketepikan
- Anwar jangka PRU tahun ini, mahu Pakatan sedia bila2 masa
- Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib ini
- “Puaka” Bukit Koman: Manusia mangsa sianida perlu pembelaan
- Warga miskin dibuli untuk 5kg beras hancur...!!!
- Amaran Nik Aziz: Pusat jangan guna royalti Kelantan
- Kenyataan memalukan dari seorang timbalan menteri
- Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari daripada Isu Pokok
- Laporan Audit sedarkan dari ‘candu’ bajet Najib
- Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS! (Bhg 2)
- Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS! (Bhg 1)
- Memilih UMNO bukannya Wajib(2)
- Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ beli undi
- Menentang ekstremisme dari mana sekalipun
- Bantah orang hina Nabi, kamu sendiri hina Islam
- Bajet BN 2013 ‘merasuah rakyat’ pertahan Putrajaya
- Ucapan Anwar @ Bandar Putera, Kelang
- SPR BALACI UMNO!!! Warga asing beli kad pengenalan palsu boleh mengundi
- The lesson from Suaram episode
Hutang PTPTN dikejar, hutang ‘kondo lembu’ dihalalkan Posted: 30 Sep 2012 09:16 PM PDT KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri kerana berat sebelah terhadap anak muda yang berhutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi mempertahan hutang penyelewengan oleh kroni Umno BN. "Syarikat keluarga Ketua Wanita Umno, berapa hutang? RM250 juta, ada kutip balik? Hutang Syarikat penerbangan MAS dan Tan Sri Tajudin Ramli, ada kutip balik? Skandal PKFZ (Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang) hutang ada bayar balik? Perwaja Steel dan Tan Sri Eric Chia, sampai mati tak bayar balik. "Tapi anak orang kampung miskin hutang RM15,000, RM20,000 dikejar dan akan disaman kalau tak bayar, apa punya pemimpin macam ni," tempelak Anwar semasa berucap di tapak Pasar Malam Bandar Putera Klang pada Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafie; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar dan ramai lagi pemimpin Pakatan. |
Guan Eng: Belanjawan Najib tak tangani kos sara hidup Posted: 30 Sep 2012 09:06 PM PDT Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menangani aspek kelestarian ekonomi, fiskal berhemat dan peningkatan kos sara hidup. MP Bagan itu berkata, walaupun belanjawan Najib memberikan banyak buah tangan, ia gagal menangani tiga faktor tersebut untuk menambahbaik negara dan meningkatkan keadaan kualiti hidup rakyat. Beliau mempersoalkan dakwaan kerajaan bahawa kadar defisit belanjawan akan berkurangan dari kadar 4.5 peratus pada 2012 kepada 4 peratus tahun depan. Katanya belanjawan 2012 tahun lalu melibatkan jumlah perbelanjaan RM232.8 bilion dan laporan ekonomi 2012/2013 pula jumlah perbelanjaan yang diumumkan ialah sebanyak RM252.4 bilion – hampir RM20 lebih banyak. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 30 Sep 2012 08:58 PM PDT It is a budget that is designed to buy and secure another five years for the BN. It's designed to help the regime tide over what has been described as the country's most fiercely fought polls by throwing money at poor households, civil servants and young people - all who are key in bolstering BN's vote bank and if possible give prime minister Najib Razak a larger mandate. In the quest to stay in power, the government has forgotten the welfare of the people. Malaysian families are facing a cost of living crisis but the budget does not provide sustainable solutions to this pertinent problem. Instead it offers a one-off solution through BRIM 2.0 or RM 500 in cash handouts to households earning RM3,000 and below. And throwing in RM 200 to youths to buy smart-phones is not going to solve the problem. The government needs to explain how giving RM 200 for purchasing smart phones is going to cushion society from spiraling prices. This shows that this budget is about buying and securing BN's interest given a large number of the 2.2 million newly registered voters are likely to vote against the government. The RM3-4 billion could have been used to increase food production and provide affordable transportation. Increase in food production could lead to lower food prices, greater income for rural and suburban farmers while saving money from foreign imports. And affordable transportation linking the periphery to the core city centers would help to decrease transportation costs. Increase in food production and affordable transportation would have gone a long way to help manage the increase in the cost of living. But we have missed yet another chance. However the puzzling ways of the government do not stop here. For example, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is getting a RM276 million-allocation to fight graft. No this has nothing to do with looking at restructuring the body which has come under severe criticism for lopsided investigations and targeting only opposition politicians. Instead, the government will make available an additional 150 posts annually to reach a target of 5,000 personnel in the MACC. And that's still not the end of the horror for it has made available RM300 million for 1.5 million young people to buy smartphones from an authorized dealer. While this deal smacks of cronyism, it also shows Najib's priority or shall we say the lack of it, given the case. Read More / Baca Lagi >> |
Najib completely misses the CORRUPTION factor in Budget 2013: Or is it DELIBERATE? Posted: 30 Sep 2012 08:57 PM PDT Now that the national budget has been presented, the truth is certainly surfacing. The politicians are using the all important catalyst for socio-economic resilience purely to serve political party survival and not nation-building commitment. Read More / Baca Lagi >>The very fact that the PM has rubbished the opposition pact's viewpoints and proposals as 'not worth the paper it is printed on' and that it is all mere 'populist' propaganda, speaks volumes of the real motivating factor for crafting Budget 2013. The handouts that seem to be the BN's trumpeting of 'Janji Ditepati' further tells us that Budget 2013 is basically a sweetener-budget cunningly crafted to bag votes. Yes, even the opposition pact's alternative Budget proposal may be suspect of becoming a 'populist' strategy. But at least, it offers no immediate sweeteners but takes on the battle of creating sustainable socio-economic buffers to combat potentially hard times. Above all, no measures to combat corruption What we are missing in singing melodies for the Budget 2013 in our post-budget analysis is the fact that the crux of the plaques affecting society is corruption. Corruption at all levels in all facets of businesses and services is punching too many holes into the socio-economic fabric of everyday life in Malaysia. Yes, no nation is free of corruption. That is rhetoric. But when the man on the street is fighting a losing battle in his everyday living, then the battle against corruption is a foregone conclusion. If only the government of the day can marshal its strengths and decisively reduce corruption significantly, there is no need to pump billions of ringgit to serve as short term sweeteners. If only the will to banish all the corrupt practices from mega-billion ringgit swaps to the street cop taking bribes is decisively tackled by the government, the ordinary Malaysian will be able to see his ringgit stretch far better. |
Bajet: Jangan terpikat dengan ‘candu’ BN, kata Pas Posted: 30 Sep 2012 08:56 PM PDT SHAH ALAM - Meskipun Kerajaan Pusat membentangkan Bajet 2013 lebih RM250 bilion bersama sejumlah ganjaran dan insentif, Pas Pusat mahu rakyat berfikir secara serius keperluan memilih kerajaan baru, bukannya terpikat dengan "candu racun pilihan raya Barisan Nasional." "Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan (Ketua) Audit (Negara) mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pemberian 'one off' yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat memnunjukkan Kerajaan Pusat ketandusan ideabagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing. |
Posted: 30 Sep 2012 08:52 PM PDT Mengapa pelanggan yang membuat pinjaman melalui Bank yang menggunakan kaedah cara Islam dinegara ini masih mengenakan 'faedah' yang tinggi apabila untuk membuat bayaran melangsai kesemua hutang itu. Umpamanya hutang membeli rumah RM300 ribu yang harganya menjadi RM700 ribu apabila diakadkan jual beli secara Islam, dengan alasan harga pasaran 25 tahun akan datang adalah RM700 ribu. Selepas lima tahun meminjam dan pelanggan ingin menjelaskan baki hutang secara sekaligus, bayaran yang dikenakan yang dikenakan masih melebihi RM600 ribu. Tidakkah ini serupa dengan hutang secara konvensional yang ada unsur riba' didalamnya? Sepatutnya apabila menggunakan kaedah cara Islam apabila menjelaskan kesemua bayaran baki hutang hendaklah membayar apa yang diperoleh semasa menerima jumlah hutang tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2013: Hak rakyat Sabah diketepikan Posted: 30 Sep 2012 08:49 PM PDT PAS Sabah merasa kesal dengan pembentangan Bajet 2013 yang langsung tidak mengembil kira hak kebajikan rakyat Negeri ini. Bagi pihak rakyat Sabah, saya telah meneliti kandungan Bajet yang dibentangkan oleh PM Umno, dan merumuskan bahawa yang akan 'kenyang' daripada dentuman Bajet ini hanya pemimpin Umno BN. Rakyat Sabah, khususnya pribumi Sabah, yang rata-rata masih berada dibawah paras miskin hanya bakal menerima tangki-tangki air dan keperluan asas yang hanya boleh bertahan paling lama 8 bulan. 40,000 tangki air yang bakal diagih-agihkan kepada orang-orang kampung hanya 'menggemukkan' pembekal yang tentunya kroni-kroni Umno BN mempunyai saham dalamnya iaitu dalam bentuk komisyen. Tangki air ini hanya mempunyai jangkahayat paling lama 8 bulan kerana ianya jenis yang rendah kualiti. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar jangka PRU tahun ini, mahu Pakatan sedia bila2 masa Posted: 30 Sep 2012 08:48 PM PDT KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini. Beliau mengingatkan Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak leka dan sentiasa memperkukuh jentera dan penerangan di setiap peringkat supaya lebih bersedia jika Parlimen dibubar secara mengejut. "PRU dah dekat dah, ada orang cakap PRU tahun depan, sebab BN akan bagi macam-macam Januari ini. "Saya tak percaya, kerana ini hanya taktik (Datuk Seri) Najib (Razak). Dia ingat kita rileks, dia buat PRU mengejut tahun ini," katanya. Justeru, beliau menyeru setiap jentera bekerja keras seolah-olah PRU akan diadakan esok. Read More / Baca Lagi >> |
Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib ini Posted: 30 Sep 2012 08:37 PM PDT Najib setiap hari keluar berkempen memaki hamun semua parti-parti yang dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah. Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku dikalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian. Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi dari pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu di sambung dan yang koyak untuk ditampal. |
“Puaka” Bukit Koman: Manusia mangsa sianida perlu pembelaan Posted: 30 Sep 2012 08:27 PM PDT "Saya mahu hidup dan mati dengan aman disini. Inilah satu-satunya kampung halaman saya." Hue Fui How, 64, penduduk Bukit Koman. Suara kecil mereka seolah tidak dipedulikan. Bukit Koman sudah menjadi wilayah "puaka" yang semakin mengancam. Terletak dalam daerah Raub yang berkeluasan 2,271 km persegi, bandar tertua di negeri Pahang Darul Makmur menyaksikan sejarah panjang perlombongan emas seawal abad ke 18 lagi. Dengan kepadatan penduduk Raub yang menghampiri 90,000 orang, sekurang-kurangnya 3000 orang dari mereka yang terdiri dari sekitar 400 buah keluarga terperangkap didalam 'wilayah puaka' – kawasan perlombongan emas Bukit Koman yang menggunakan bahan kimia sianida (cyanide). Sianida sebagai bahan pembunuh "Say goodbye to the hearts you break and all the cyanide you drank-ucapkan selamat tinggal kepada mereka yang dipatahkan hatinya dan semua sianida yang kau minum"- Lagu, To The End, My Chemical Romance Sianida adalah pembunuh semulajadi. Ia merupakan bahan yang pernah digunakan Tentera Parti Nazi semasa perang dunia kedua untuk membunuh jutaan dalam peristiwa holocaust di German. Bahan itu juga digunakan dalam pelaksanaan hukuman mati di beberapa negeri di Amerika Syarikat. |
Warga miskin dibuli untuk 5kg beras hancur...!!! Posted: 30 Sep 2012 08:25 PM PDT BERBICARA DENGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI BUKANNYA BERCAKAP PAKAI AIR LIUR BASI!!!! Demi sekampit beras seberat 5kg gred hancur, warga miskin dibuli dan dizalimi oleh UMNO/BN dengan memaksa mereka menyarungkan baju T tertera logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak, berdiri beratur panjang dibawah sinaran matahari terik. Siapa yang tidak menyarung baju T tersebut tidak akan mendapat sekampit beras. Paling tidak, mereka kena bawa baju T sebagai bahan bukti tanda "menyokong" kerajaan 1M'sia pimpinan Najib Razak konon. Sudahlah tujuan asalnya mau sabotaj program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan PKR Cabang Kapar, tapi menzalimi dan membuli rakyat dengan sebegitu rupa dengan melayani mereka macam warga pengemis yang tiada harga diri, itu sudah dianggap amat melampau. APA PUNYA AKHLAK DAN BUDI YANG DIMILIKI UMNO SAMPAI SANGGUP WARGA MISKIN DAN DAIF DIBULI!!!!!.... INILAH DINAMAKAN KEANGKUHAN KUASA.. YANG KAYA DIJULANG DAN DIPUJA, YANG MISKIN DIBULI DAN DIHINA!!!! |
Amaran Nik Aziz: Pusat jangan guna royalti Kelantan Posted: 30 Sep 2012 08:23 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi. Read More / Baca Lagi >>"Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan. "Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu. |
Kenyataan memalukan dari seorang timbalan menteri Posted: 30 Sep 2012 08:20 PM PDT Namun disebabkan Barisan Nasional (BN) GAGAL DALAM PILIHANRAYA UMUM LALU, peruntukan terpaksa diserahkan kepada kawasan yang menang..." Itulah jawapan Awang Adek,Tim. Menteri Kewangan dan Ketua Umno Bahagian Bachok apabila diajukan soalan berkaitan pembinaan Hospital Bachok. Secara tidak langsung beliau mengaku Kelantan disisihkan hanya kerana BN kalah.Memalukan !!! Kerana beliau tewas di Parlimen Bachok peruntukan dipindahkan ke kawasan lain |
Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari daripada Isu Pokok Posted: 30 Sep 2012 08:19 PM PDT SHAH ALAM 1 OKT: Datuk Seri Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini "Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat," dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. "Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. "Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang," kata Sue Lim lagi. Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Read More / Baca Lagi >> |
Laporan Audit sedarkan dari ‘candu’ bajet Najib Posted: 30 Sep 2012 08:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing. Read More / Baca Lagi >>Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan. Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang. Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus. |
Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS! (Bhg 2) Posted: 30 Sep 2012 08:08 PM PDT Please be patient. There will be an essay on this 2013 budget in the English language. Right now I am tackling the Bahasa Melayu readers. Hari Jummat lalu, ketua otobot, Optimus Prime Najib telah membentangkan bajet. membawa usul dalam parlimen untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk pelbagai tujuan. Erti nya, Najib memohon kelulusan duit rakyat untuk diperlakukan ikut program yang kerajaan dia telah plan. so, please ingat. bajet 2013 is not Najib's gift to Malaysians. its our money that he plans to use. the old rule still stays- our money is best managed by us instead of a deceiving Optimus Prime, chief TRansformer. we manage it, by keeping a close tab on how his government uses OUR money. Kita tidak sedar, kerajaan Najib menyusun kehidupan negara keliling hutang. Kita membangun diatas hutang yang kian menimbun. Ini sudah tahun ke 14, ekonomi kita dalam defisit- kita belanja lebih dari pendapatan. lain negara sudah diistihar muflis. Pemimpin negara kita kata ok. Read More / Baca Lagi >>We structure the life of the country around debt. Even when the economy is good, we still borrow instead if using increased revenues when the economy was good to pay off our obligations. When we do that, it means, debt is structural. |
Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS! (Bhg 1) Posted: 30 Sep 2012 08:06 PM PDT Tidak mengapa , jika Syed Mokhtar punya kompeni hutang RM 34 billion. Dia kan Melayu? Apa salah nya orang Melayu kaya jugak. YTL kaya. Ananda Krishnan kaya. Quek Leng Chan kaya. Cina dan India kaya. Ok lah jika orang Melayu pun kaya. Ye , tidak mengapa. Suatu hari nanti, bila orang masuk rumah kita, meniduri anak dan isteri kita tdak mengapa- sebab orang itu orang Melayu. Kalau demikian fikiran orang Melayu- tak dapek se nolong nya. Hidup Melayu. Takpe, itu kita cerita lain kali. Kali ini kita sebut pasal bajet 2013 dulu. Apabila kawan2 mengajak saya nonton TV tengok PM Najib bentang belanjawan, saya kata sori. Saya mahu dengar radio tanpa melihat wajah nya. Kalau kita nonton, saya khuatir kita tidak objektif. Yang taksub dengan Najib mulut merah akan memuji dan memuja nya. Inilah bajet yang terbaeek sejak zaman Nabi Adam AS( bukan Amerika Syarikat ye). Yang sedia tidak menyukai Najib akan mengecis nya. Jadi lebih baik mendengar pembentangan tanpa wajah. Mungkin dengan cara yang demikian, kita boleh objektif. Saya talipon kawan saya di MOF- tuan sudah sediakan sapu tangan atau tissue ke untuk boss? Dia ketawa kerana tahu maksud saya kerana jika Najib bercakap terlalu lama, air liur akan meleleh. Kalau tak pakai tissue atau sapu tangan dia akan sapu dengan tangan dan kemudian akan salam orang lain. Kesianlah kat Muhyidin orang Muor tu. Read More / Baca Lagi >> |
Memilih UMNO bukannya Wajib(2) Posted: 30 Sep 2012 08:03 PM PDT Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Biasalah tu- ketika dalam UMNO kita dah lali dengan cara dan gaya Dr Mahathir- memarahi sudah, mengancam sudah, memujuk sudah dan menangis pun sudah. Rakyat berubah, tapi UMNO semakin beku. Ye lah, kita tahu, bersatu itu lawan kepada berpecah. Soal nya, mengapa bersatu dibawah UMNO? Sebab UMNO itu Melayu? Orang akan jawab- Melayu dalam PAS bukan cukup Melayu lagi? Melayu dalam PKR itu, jenis Melayu lain? Melayu dalam DAP itu telah menjadi kafir atau bukan jadi Melayu lagi? Di mana2 pun , Melayu tetap Melayu. Melayu UMNO tidak lebih dari Melayu dalam parti lain. Read More / Baca Lagi >> |
Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ beli undi Posted: 30 Sep 2012 07:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, merupakan bajet yang tidak berhemah dan "ole-ole" pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat. Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib Tun Razak tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat. "Najib tidak pernah berusaha untuk mengubah perbelanjaan kepada seimbang, tetapi tetap sama seperti tahun lepas dan tahun- tahun sebelumnya dengan bajet defisit," katanya. Najib dalam bajet tersebut mengumumkan defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012. Manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion. Azmizam berkata, jika perkara ini berterusan, bermakna sudah sampai masa Umno-BN memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui negara. "Najib tidak pernah fikir masa depan negara, ini buktikan beliau bukan pembela rakyat. Najib jangan terlalu riak kerana mandat yang ada sekarang adalah milik Tun Abdullah Badawi," ujar beliau. |
Menentang ekstremisme dari mana sekalipun Posted: 30 Sep 2012 07:54 PM PDT Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN SAYA tertarik membaca tafsiran ayat 222 Surah Al-Baqarah oleh pengarang Tafsir Al-Mizan 'Allamah Sayyid Hussein Tobatobaíie . Ayat 222 tersebut adalah berkaitan dengan haid ('datang bulan' menurut orang Melayu). Pengarang Tafsir Al-Mizan menyatakan: "Manusia mempunyai pelbagai pendapat dan adat tentang wanita ketika mereka dalam keadaan haid. Penganut Yahudi bersikap terlalu keras dalam hal ini. Mereka meninggalkan wanita yang haid hatta dalam makan dan minum. Wanita Yahudi yang haid akan dipisahkan dengan suami mereka dan wanita dilarang makan bersama ahli keluarga dan juga akan tidur bersendirian. "Penganut Nasrani pula terlalu meringankan soal haid ini sehingga mereka bebas bercampur dengan wanita haid malahan boleh tidur dan mengadakan hubungan kelamin dengan wanita tersebut. "Orang Arab jahiliah pula tidak mempunyai kaedah tetap dalam hal ini. Bagi orang Arab di Madinah dan persekitarannya, mereka lebih mengguna pakai adat resam orang Yahudi. Manakala ada juga orang Arab jahiliah yang suka mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka yang sedang dalam haid atas kepercayaan sekiranya isteri mereka hamil ketika itu, anak yang dilahirkan akan menjadi ganas dan suka menumpahkan darah – kualiti yang dibanggakan Arab Badwi." Read More / Baca Lagi >> |
Bantah orang hina Nabi, kamu sendiri hina Islam Posted: 30 Sep 2012 07:52 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Memang sinis kenyataan balas oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasarudin Hasan terhadap pelawaan rakan sejawatnya daripada Umno minggu lalu. Ketua Pergerakan Pemuda parti pemerintah itu membayangkan kemungkinan menggabungkan usahanya bersama DPPP membantah penghinaan terhadap Nabi saw, khususnya menerusi filem Innocence of Muslims, yang menjadi fokus demonstrasi umat Islam serata dunia kini. "Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah "dijemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw, yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam. Kalau 17 September baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah, sebab kami dah set up segalanya lebih awal", baca kenyataan itu, yang disebarkan menerusi internet, 20 September. |
Bajet BN 2013 ‘merasuah rakyat’ pertahan Putrajaya Posted: 30 Sep 2012 07:51 PM PDT Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terus-menerus menabur wang tunai yang mengikut istilah mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebagai "menyerupai rasuah" dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu. Lebih parah sebenarnya kerajaan telahpun memerah keringat rakyat melalui pelbagai kaedah untuk mengutip wang bagi ditabur semula kepada rakyat dalam bentuk Belanjawan 2013 semata-mata untuk pertahan Putrajaya. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pembentangan oleh Najib itu sebagai "gula-gula" menjelang PRU13. Apa yang dikesali, tegas beliau, rakyat terlebih daBajethulu dibebankan dengan kerajaan mengutip wang dari poket melalui Saman AES; kenaikan harga minyak RON97; cukai pendapatan di negara ini yang tinggi dan kenaikan tarif elektrik yang mencengkam. Beliau berkata, kerajaan Umno-BN langsung tiada pelan untuk mengatasi kemelut hutang negara yang semakin meningkat kerana amalan belanjawan defisit yang masih berterusan selama 15 tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Ucapan Anwar @ Bandar Putera, Kelang Posted: 30 Sep 2012 07:46 PM PDT |
SPR BALACI UMNO!!! Warga asing beli kad pengenalan palsu boleh mengundi Posted: 30 Sep 2012 06:51 PM PDT Kenyataan Media 1 Oktober 2012 Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara. Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. Read More / Baca Lagi >> |
The lesson from Suaram episode Posted: 30 Sep 2012 06:28 PM PDT Something has gone wrong with the Scorpene deal that is now giving Najib sleepless nights not knowing how else he is being exposed by Suaram. When Bersih (Coalition for Clean and Fair Elections) took to the streets not once but thrice to pressure the federal government to clean up the electoral system, it was deemed as a traitor out to dethrone the Barisan Nasional government. Supporters of BN even went to the extent of claiming that Bersih and the opposition under Pakatan Rakyat are working hand-in-hand to turn Malaysia into a republic, accusing the duo of taking a cue from neighbours Indonesia and Singapore. Such claims hold no water but still BN loyalists continue their barrage of condemning the demands made by Bersih which wants elections in the country to be held in a clean and fair manner. While the onslaught on Bersih continues, no thanks to the propaganda of the BN-controlled press, another "sting" has caught BN's attention; this time the attack is on Suaram, which has been championing human rights issues in this country for 23 years. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
2 ulasan:
I'm now not sure the place you're getting your information, however good topic.
I needs to spend some time studying much more or working out more.
Thank you for wonderful information I used to be on the lookout
for this info for my mission.
Feel free to visit my blog - binary Trading Strategy
Superb post but I was wanting to know if you
could write a litte more on this subject? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further. Bless you!
my site no job need a car
Catat Ulasan