Sabtu, 4 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RAIS YATIM `COVER" LINE

Posted: 04 Aug 2012 02:01 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim tetap bertegas untuk menggunakan thema "Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Keputusan Rais itu amat melegakan kita kerana kita memang menantikan untuk mengadakan sambutan berasingan dari Kerajaan Pusat.  Ini merupakan satu sejarah buat negara kita di mana kali pertama terjadi sambutan ulangtahun Kemerdekaan diadakan berasingan pada tarikh yang sama akibat rata-rata rakyat menolak thema "Janji Ditepati" yang melucukan itu.

Dari awal kita tahu Rais tidak akan mengaku silapnya walaupun beliau sedar apa yang beliau lakukan itu menjadi bahan ketawa seluruh dunia.  Kalau dia mengaku silap, terserlah pula kebodohannya dan markah untuk dipilih semula sebagai calon di dalam PRU akan datang mungkin kurang.  

Kenyataan Rais bahawa Pembangkang merasa cemburu dengan kejayaan Kerajaan sekarang juga amat menggelikan hati.  Adakah kita cemburu dengan kejayaan kerajaan menaikkan harga barang?  Cemburukah kita dengan kehebatan keluarga Kak Ijat, Ketua Wanita Umno yang berjaya memperolehi RM 250 Juta untuk menternak lembu kondo?  Masakan kita merasa cemburu dengan kehebatan bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik yang berjaya menipu kabinet dan PM di dalam isu PKFZ?  Kita tidak sedikit pun merasa cemburu dengan penurunan saham FGVH semenjak seminggu yang lalu.  Jauh sekali kita mahu cemburu dengan wujudnya syarikat minyak PETRON kepunyaan anak Mahdey Kutty yang mendapat keistimewaan berdagang dengan MAS selama 6 bulan itu.

Apa yang mahu kita cemburukan dengan pemerintahan paling lemah di bawahn Najib?   Kalau kerajaan tidak lemah, masakan Najib sanggup menabur wang tunai merata-rata tempat untuk menarik sokongan rakyat?  Bayangkan tidak ada dalam sejarah negara kita sampai peringkat tayar kereta pun diagihkan.  Tidak hairanlah jika rakyat menggelar Najib sekarang sebagai PM "Santa Clause".

PM paling mudah buat kerja adalah Najib.  Beliau tidak perlu berfikir untuk membangunkan negara dengan idea-idea yang baik, beliau cuma korek kantung negara dan serah kepada rakyat sedikit seorang setelah sebahagian besarnya diserahkan kepada kroni-kroninya terlebih dahulu.  Apa yang rakyat dapat jangan dibandingkan dengan nilai seulas permata cincin yang ada di jari Bik Mama.  Jauh bezanya.

Jika ini lah kualiti PM dan kerajaan yang ada, tidak munasabah Pembangkang mahu cemburu.  Terlalu jauh bezanya dari yang kita lakukan di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan.  Jadi kenyataan Rais yang mendakwa kita cemburu dengan kejayaan kerajaan sekarang hanyalah satu kenyataan penyedap hati beliau untuk melindungi kebodohannya di dalam isu thema sambutan Hari Kemerdekaan.

MP Jelebu yang gagal menunaikan janji untuk memberi kemudahan pengangkutan awam dan jalanraya yang baik di kawasannya sendiri memilih thema "Janji Ditepati" menampakkan beliau ingin memperbodohkan rakyat.  Samada rakyat Jelebu bersedia untuk diperbodohkan oleh Rais kita tidak tahu tetapi rakyat yang celik hati dan celik maklumat dapat menilai pembohongan Rais. /wfauzdin.blogspot.com

CHONG WEI MAMPU DAPAT EMAS ASALKAN BETINA PUAKA ITU TIDAK HADIR?

Posted: 04 Aug 2012 12:32 AM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS

SYABAS Lee Chong Wei !! Melangkah ke Final sudah cukup membanggakan kita buat jaguh badminton kesayangan rakyat Malaysia ini.  Esok (05 Ogos) jam 08.00 Mlm, kita menantikan kelahiran sulung sebutir Pingat Emas buat Malaysia dari Sukan Olimpik kali ini dan harapan kita terletak di bahu Chong Wei yang akan bertemu jaguh paling lasak dari China, Lin Dan.


Di samping Chong Wei, kita masih mengharapkan keputusan luar biasa petang ini di dalam beberapa jam lagi apabila jaguh Bergu kita Koo Kien Kiat/ Tan Boon Heong akan berdepan dengan jaguh Bergu China, Cai Yun/Fu Haifeng di dalam Separuh Akhir. Terdahulu, beregu kita ini beraksi cemerlang apabila menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18 di Peringkat Suku Akhir.

Kita mengharapkan Pingat Emas dari kedua-dua mereka, namun bukan sesuatu yang mudah.  Harapan lebih diharapkan kepada Chong Wei tetapi kita jangan lupa pasangan Bergu kita kadangkala sering membuat kejutan yang tidak disangka.  Apa pun, Bergu kita akan ditentukan nasibnya petang ini.  Manakala esok pula kita tumpukan kepada Chong Wei untuk melahirkan Pingat Emas pertama buat negara.

Ada rakan yang selalu jumpa bomoh untuk memohon nombor ekor buat cerita karut di bulan puasa ini. Beliau beritahu harapan Chong Wei untuk menewaskan Lin Dan cerah kali ini asalkan `betina puaka' itu tidak datang ke stadium.  Aku tidak pernah yakin kepada ramalan bomoh tetapi memang aku berharap sangat Chong Wei menang samada Bik Mama yang dikatakan `betina puaka' itu datang atau tidak menyaksikan perlawanan genting itu nanti.  

Kadangkala aku terfikir, mungkin Chong Wei sengaja akan kalah jika 'betina puaka' itu hadir kerana Chong Wei tidak mahu Bik Mama memeluknya sehingga lemas jika beliau menang.  Itu jangkaan aku kerana aku tidak percaya 'betina puaka' itu membawa 'sial' walaupun lakinya suka membawa `haramjadah'.

Semoga Chong Wei berjaya membersihkan imej negara yang baru-baru ini tercemar akibat digelar kontijen perbarisan paling selekeh berpakaian./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: