Isnin, 13 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANJI BERSIH MALAM MENYAMBUT MERDEKA, KITA BERKENALAN DENGAN TOKEH IKAN BAKAR

Posted: 13 Aug 2012 10:57 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERTAMBAH semangat aku untuk hadir menanti 'countdown' 31 Ogos nanti di Dataran Merdeka.  Semangat ini berlipat kali ganda apabila ada puak bangsat yang selalu rugi dalam berniaga mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang akan berhimpun berbaju Kuning BERSIH bagi merayakan detik-detik bersejarah itu.

Atas alasan kononnya perhimpunan itu nanti merugikan perniagaan mereka.  Ini lah alasan buat kaum peniaga yang malas dan sentiasa mencari alasan mengapa mereka selalu rugi.  Mereka hanya mahu untung atas angin melalui saman ke atas sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH.  Sehingga kini tiada satu pun saman mereka berjaya, sebab itulah mereka sedaya upaya cuba untuk mengganggu apa jua yang BERSIH mahu lakukan.

Apakah ugutan bodoh dari puak pemalas itu kita takut?  Mereka silap.  Kita telah cukup diuji beberapa kali oleh pihak berkuasa, kita telah diuji dengan water canon dan gas pemedih mata malahan ada yang telah diuji dengan sepak terajang, jangan pula dengan hanya bermodalkan `ikan bakar'  puak ini mahu menakutkan kita.  BERSIH pernah diugut oleh Mahaguru Silat terkenal berkerusi roda, adakah kita lari?  BERSIH juga telah diancam oleh PERKOSA Sang Katak, siapakah yang lari akhirnya?  

Sehubungan itu, pesanan buat Tokey Ikan Bakar yang tidak laku itu agar lupakan sahaja cerita lawak kamu.  Lebih baik kamu usahakan perniagaan ikan bakar kamu yang kini telah lingkup itu kerana ia adalah lebih baik daripada membuat kerja bodoh yang kamu rancangkan itu.  

Detik 31 Ogos tetap kami nantikan.  Tiada demontrasi, tiada ceramah umum malahan kami bersedia untuk mengibarkan Jalur Gemilang malam itu nanti.  Berbaju Kuning, marilah kita berbondong-bondong ke Dataran Merdeka untuk berkenalan dengan Tokeh Ikan Bakar tersebut./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: