WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar — Aspan Alias
- KEMPEN 114A
- PATUT DIA KALUT UGUT SOAL AIR DAN SYABAS....RUPANYA ADA UDANG SEBALIK MEE
- APABILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar — Aspan Alias Posted: 13 Aug 2012 09:43 AM PDT 13 OGOS — Khairy Jamaluddin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan "jilted" dan bercakap benar-benar seperti "attribute" yang ada pada Umno. Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang Umno dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya Umno. Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena "jilted"? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin Umno apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang "sour grape". Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam Umno kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Ghaffar keluar dari Umno. Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam Umno bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah. Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu? Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang Umno tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli Umno yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan. Khairy harus sedar yang Umno itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam Umno. Apa faedahnya laku dalam Umno jika Umno itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam Umno kerana budaya Umno itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata. Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar. Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam Umno itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar Umno. Di dalam Umno Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang "legitimate" dalam parti itu. Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja. Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang Umno menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan Umno tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya Umno kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak. Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan Umno dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban. Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya Umno yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi. Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang Umno hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana. Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal… masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli Umno di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam Umno itu. Yang Khairy anggap tidak laku dalam Umno dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan Umno dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini. Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam Umno itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin Umno itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang. Apa faedahnya laku dalam Umno, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam Umno itu. — aspanaliasnet.blogspot.com * This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider. |
Posted: 13 Aug 2012 09:38 AM PDT Apa itu 114A?Ia adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.Mengapa anda patut menyokong kempen ini?Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam.Apa yang kita mahu?Kerajaan mesti memansuhkan Seksyen 114A. |
PATUT DIA KALUT UGUT SOAL AIR DAN SYABAS....RUPANYA ADA UDANG SEBALIK MEE Posted: 13 Aug 2012 06:39 AM PDT AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 EkarSHAH ALAM, 3 OGOS – Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang. Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995. "Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995. Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak. Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu. Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut. Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja. Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka. Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan. |
APABILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN Posted: 13 Aug 2012 06:14 AM PDT Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu. Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk. Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu. Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. Berita diatas tu macam dengki ja bunyinya.Tak ganggu peniaga mana pun.Buat pula di Dataran merdeka.Berhimpun bukan nak ganggu gugat restoran ikan bakar pun.Boleh juga orang datang makan ikan bakar, langsung orang tak datang.Sendiri bikin bagi tutup rezeki sendiri. Sementara itu orang ramai dijangka hadir bagi memberi sokongan keatas akta bagi menyokong tuntutan BERSIH agar pihak kerajaan menunaikan janji tranformasi untuk membantu memulihkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan