WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
| Posted: 01 Aug 2012 06:36 AM PDT PETALING JAYA 1 Ogos: Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan. Pengumuman itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat hari ini."Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN. Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera. "Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus. "Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," tegas Pak Samad. Slogan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia. "Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia," katanya. Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai. Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun. | |||||||||||||
| Posted: 01 Aug 2012 06:26 AM PDT
| |||||||||||||
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Namun demikian perbincangan mengenai kediktatoran sentiasa terhenti sekadar sifat "pemimpin diktator" sambil dilupakan perihal kediktatoran yang wujud dalam diri sesetengah masyarakat dan individu. Saya melihat, kewujudan pemimpin diktator dan zalim tidak sunyi daripada kewujudan awal sebuah masyarakat yang diktator. Justeru, sebuah pemerintahan diktator hanya bisa dijatuhkan sekiranya dijalankan aktiviti merawat masyarakat yang diktator.
("Islam considers a society to be composed of conscious individuals equipped with free will and having responsibility toward both themselves and others. Islam goes a step further by adding a cosmic dimension. It sees humanity as the 'motor' of history, contrary to fatalistic approaches of some of the nineteenth century Western philosophies of history such as dialectical materialism and historicism. Just as every individual's will and behavior determine the outcome of his or her life in this world and in the hereafter, a society's progress or decline is determined by the will, worldview, and lifestyle of its inhabitants. The Koran (13:11) says: "God will not change the state of a people unless they change themselves (with respect to their beliefs, worldview, and lifestyle.") (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan