Khamis, 9 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANJI DI LANCHOWI BUKAN DI LANKAWI

Posted: 09 Aug 2012 06:41 PM PDT




INI LOGO TERBARU




KOMENTAR TUKAR TIUB

perjanjian telah ada
semua telah hitam putih
kenapa perlu ada kajian lagi?

ini semua kerana madey
bila terangganu jatuh ke tangan pas
pada tahun 2000 madey ubah perjanjian

kini pakatan janji sabah dan sarawak 20%
ini lebih menarik dari wang ikhsan
ini lebih menarik dari minta sedekah


PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS BUKAN HELAS POLITIK - meloya

KOTA BHARU 9 Ogos - Keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, bukan satu usaha untuk berdolak-dalik atau helah politik.

Sebaliknya tegas Mustapa Mohamed, usaha tersebut adalah untuk menyelesaikan semua kontroversi berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, jawatankusa itu akan mengkaji segala isu yang dibangkitkan bukan sahaja oleh Kelantan tetapi juga Terengganu dan Pahang.

Katanya, terdapat banyak kekeliruan yang timbul dalam perkara tersebut misalnya dakwaan Kelantan bahawa ada hasil petroleum yang dibayar kepada Terengganu sepatutnya dibayar kepada negeri itu berdasarkan tafsiran sempadan laut antara negeri.

"Oleh kerana masih ada banyak kekeliruan, Jawatankuasa Khas ini adalah forum terbaik supaya isu ini dapat diselesaikan dengan telus, adil dan saksama. Jawatankuasa akan tentukan berapa yang perlu dibayar kepada Kelantan," katanya dalam satu kenyataan dalam facebook beliau hari ini. - UTUSAN MELOYA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK PERLU JAWATAN KUASA BUAT KAJIAN.... kah kah kah....

kah kah kah...INI SEMUA NAK TIPU RAKYAT KELANTAN.... kah kah kah..

kah kah kah...INI SEMUA TRIK NAK BELI UNDI.... kah kah kah..

woit.... TAK PAYAH LAAA... INI KERJA BANGANG.... kah kah kah...

woit...INI JANJI DI LANCHOWI.... BUKAN DI LANGKAWI... kah kah kah


JANJI DI LANCHOWI






BERITA BERGAMBAR DARI TUKAR TIUB

Posted: 09 Aug 2012 11:41 AM PDT




BERITA DARI AJENSI BERITA







TERPERANJAT GODANG

Penduduk di Telok Ayer Tawar, Lumut Perak
telah terperanjat besar. Ramai hampir pengsan
apabila melihat kapal selam Scorpene
terdampar dalam kampong mereka.

Pihak berwajib telah diberita tahu.
Tentera Laut telah dihubungi untuk
mententeramkan suasana. Ini kerana
ramai orang kampong merasa takut dan curiga.

Orang kampong bukan takut melihat Scorpene
tetapi mereka takut dengan Rosmah Mansor.
Berita Scorpene ini pasti akan membawa
banyak media dunia ke Ayer Tawar.
Pasti Rosmah teringin untuk dilihat
dalam tv antarabangsa.

Jika Rosmah Mansor datang kemungkinan
satu gempa bumi akan berlaku di Acheh
dan di Perak.







SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 09 Aug 2012 04:19 AM PDT




KITA DAH MASUK HARI KE BERAPA?


aku dah lupa
aku dah ilang kira
ini macam ketika aku
dalam bilik gelap
yang lampu terpasang 24 jam
sehari dua hari seminggu
dapat aku kira
kemudian aku hilang punca

tapi puasa bukan dalam bilik gelap

SIDANG AKHBAR DI DEWAN CHINA
tadi jam 11 pagi ada sidang akhbar
ini untuk jemputa anak anak muda
turun ke dataran merdeka

dulu kita nak turun depa tak kasi
kali ini pada malam 30 ogos kita
turun ramai ramai
kita buat ramai




PETANG INI TAK ADA APA
buah semua sudah abis
tadi ada kawan janji nak gi pasar
tunggu punya tunggu
dia tak datang
supply dah abis

nasib baik dalam peti air batu
ada ikan senangin
yang dulu aku beli di kuala selangor

wow - aku buat senagin kukus
ini spesial kerana aku bubuh
buiah tamar dari amerika
tadi aku dah rasa - terbaik!

MANA BOLEH BELI INI?



BAJU DAN SELUAR RAYA
aku kena cari balik baju melayu
yang aku pakai setahun sekali

tahun ini aku nak beli seluar dalam
kerana semenjak pulang darfi eropah
aku terus tak pakai seluar dalam

KITA BERHIMPUAN LAGI


nanti hari raya bila ada awek cun tanya
atau mamat jambu tanya
tahu ini kau beli apa yang baru
hah ha... kalau nak tengok boleh
kah kah kah



JEMPUTAN UNTUK BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA MALAM 30 OGOS

Posted: 09 Aug 2012 01:23 AM PDT





BERHIMPUAN MALAM 30 OGOS




KENYATAAN AKHBAR 9/8/12
HIMPUNAN JANJI BERSIH SAMBUTAN MALAM MERDEKA

Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.

Untuk merayakan tema ' JANJI BERSIH' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.

Terima Kaseh

NGO YANG TURUN BERSAMA JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Memacu Arus Perjuangan (MAP)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama



LAPORAN BERITA INI SALAH DAN TIDAK BOLEH DI PERCAYAI

Posted: 09 Aug 2012 12:39 AM PDT




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HANYA ADA 50 EKOR?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI ANKA SALAH.... kah kah kah...

kah kah kah...ANGKA YANG TEPAT IALAH 51 EKOR.... kah kah kah..

kah kah kah... SAEKOR LAGI MEMBADAK DI PUTRAJAYA... kah kah kah



SAHEH INI BADAK



NOTA:
sila lihat betul betul
sila amati yang pakai baju biru
mustahil nak buat fitnah
mustahil nak tohmah
itulah dia badak berendam
kah kah kah




HANYA TINGGAL 50 EKOR BADAK DI MALAYSIA :PERHILITAN
- meloya

TEMERLOH 9 Ogos - Kedudukan badak air atau nama saintifiknya "Hippopotamus amphibius" di negara ini semakin terancam apabila bilangan haiwan itu yang masih hidup liar dianggarkan antara 50 ekor sahaja.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Rahman Abdul Rashid berkata, masyarakat mesti memberi perhatian serius terhadap isu itu atau badak air akan pupus di negara ini. - TIEWNAMA






SEMUA DI JEMPUT BERSEDIA UNTUK TURUN KE DATARAN MERDEKA SEKALI LAGI

Posted: 09 Aug 2012 12:14 AM PDT











KOMENTAR TUKAR TIUB

masanya telah sampai
masanya telah tiba
masanya sekarang

rakyat merampas kembali
rakyat merampas naratif sejarah

selama 55 tahun naratif sejarah
telah di putar belit
kini masanya telah tiba

turun beramai-ramai
dan kita mencipat sejarah
kita sendiri!


GABUNGN NGO DIKETUAI PAK SAMAD LANCAR PROGRAM JANJI BERSIH - mkinsider

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Gabungan 26 NGO yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, melancarkan program "Janji Bersih" yang akan dianjurkan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu lagi, semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama menyertai acara tersebut sempena "countdown" Hari Kemerdekaan.
"Kita telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55," katanya.

Janji Bersih akan bermula pada pukul 10.00 malam disebelah pancutan air Dataran Merdeka dengan bacaan puisi oleh Sasterwan Negara tersebut.

"Untuk merayakan tema 'Janji Bersih' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk negara — tua dan muda- agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan ditempat masing-masing," katanya.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin, yang juga salah seorang anggota gabungan tersebut, mereka tidak akan memohon permit dariapada polis kerana tidak merasakan itu satu keperluan.




"Ini bukanlah satu demonstrasi tetapi ianya adalah sambutan kemerdekaan," kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi. "Jadi tidak timbul isu permit."

Janji Bersih diadakan bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan raksasa 28 April lalu.

"Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka," kata Badrul Hisham Shaharin, yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Tidak mustahil 'Janji Bersih' akan dihadiri oleh ramai pihak."

Diantara NGO yang menyertai gabungan ini adalah Empower, SAMM dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

JANJI 8 TUNTUTAN WAJIB TUNAI






PEMGUMUMAN
semua diminat memakai baju kuning
semua di minta datang ke dataran merdeka

untuk warga diluar kuala lumpur
untuk warga jauh dari kuala lumpur
sila buat perhimpunan ditempat masing masing



KRONI SEDANG REMBAT KALI AKHIR - MEREKA TAHU SEMUA AKAN BUNGKUS

Posted: 08 Aug 2012 10:00 PM PDT



DAKWA DI MAHKAMAH





KG. BARU : PEMAJU DIBERI MASA SAMPAI AKHIR TAHUN
- meloya

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pemaju untuk projek pembangunan semula Kampung Baru diberi masa sehingga akhir tahun ini bagi menyelesaikan perbincangan dengan pemilik tanah di kawasan tersebut bagi membolehkan projek dapat dijalankan segera.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jika pemaju gagal berbuat demikian, beliau akan meminta kerajaan untuk membuka peluang itu kepada pihak lain.

"Projek ini sudah tertangguh sejak empat tahun lalu dan sampai sekarang masih belum selesai lagi.

"Saya sudah bagi tempoh tersebut pada tahun lepas tetapi nampaknya mereka memerlukan lebih masa. Jadi saya bagi cabaran sehingga akhir tahun ini," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit... SAMPAI AKHIR TAHUN?.... KENAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah...KERANA LEPAS INI ADA KERAJAAN BARU..... kah kah kah...

kah kah kah.... SEMUA PROJEK KRONI AKAN LINGKUP.... kah kah kah...

kah kah kah...BUKAN SAJE LINGKUP.... BANYAK KRONI AKAN DI DAKWA... kah kah kah..



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... RAJA BERSIONG INI AKAN DIPENJARA.... kah kah kah..

kah kah kah... KES APA?.... kah kah kah..

kah kah kah... KES BUAT PENGUNDI TIPU DI LEMBAH PANTAI.... kah kah kah


SURAT NIKAH KHAIRY JAMALUDDIN TAK LAKU LAGI - HANYA LAKU ZAMAN ZZZZZZZ

Posted: 08 Aug 2012 09:00 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB

apa makna berita ini?

ini maknanya pakatan rakyta
akan mengambil alih kerajaan

dulu madey kata dia takut
akan kena tahan melalui fitnah
apa makna cakap madeu itu?

maknanya sama macam cakap kj
mereka tahu mereka akan kalah

sekarang tuduhan dan tohmahan bukan lagi
pakatan tak ada kualiti
pakatan tak boleh memerintah
pakatan tak ada pemimpin

kini tuduhan JIKA MEMERINTAH
ini ertinya pakatan akan menang

kalau kalah ertinya kena tipu
dalam pilihanraya


SURAT NIKAH SUDAH TAK LAKU





NEGARA KUCAR -KACIR JIKA DIPERINTAH PEMBANGKANG: KHAIRY - meloya

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat meskipun dalam perkara yang mudah, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, tindakan pembangkang itu memberi gambaran, negara pasti akan dalam keadaan kucar-kacir jika mereka diberi peluang mentadbir negara.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud.

"Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... HURA BIN HARA.... kah kah kah...

kah kah kah...ATAU TIDOOO BIN MIMPI.... kah kah kah..


TUKANG JAGA PENANGGAH



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit... SURAT NIKAH TAK LAKU LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...LESEN NIKAH YANG TAK ADA ORANG AMBIL POT...kah kah kah..

woit...BUAT PROGRAM KENAPA DENGAN SIBER TROOPER... kah kah kah..

kah kah kah...MANA PEMUDA GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah... KENAPA BUAT PROGRAM DENGAN PEMUDA BARISAN.... kah kah kah..

woit... BUKAN KUCAR KACIR KE...kah kah kah

kah ah akh... KALAU PENOLONG KETUA PEMUDA JADI MENTERI....kah kah kah...

kah kah kah.... TAPI KETUA PEMUDA TAK DAPAT KEDUDUKAN.... kah kah kah





NOTA:
apa doa malaon ini terhadap madey?
kah kah kah

Tiada ulasan: