Selasa, 14 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAT NAJIB JADI KECUT

Posted: 14 Aug 2012 07:11 PM PDT





BANGUN DAN LAWAN KE JALAN RAYA







NAJIB : KABINET AKAN BINCANG AKTA KETERANGAN - minsider

Najib Razak malam ini berkata, Putrajaya akan membincangkan tentang pindaan undang-undang kontroversi Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A selepas warga internet Malaysia memprotes undang-undang yang mencengkam kebebasan di alam siber.

Najib memberi komen selepas sekurang-kurangnya tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan mengkaji semula seksyen 114A daripada akta tersebut.

"Saya telah minta kabinet untuk membincangkan seksyen 114A, Akta Keterangan 1950.

"Apa sahaja yang kita lakukan, rakyat menjadi keutamaan," kata Najib melalui akaun Twitternya, @najibrazak.

Timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan senator MCA Gan Ping Sieu menyokong protes yang semakin membesar terhadap undang-undang baru itu.

Kempen menentang undang-undang tersebut turut disokong oleh Majlis Peguam dan parti DAP yang menurunkan laman web mereka sempena kempen memboikot internet hari ini.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang dan peguam hak asasi manusia Edmund Bon berikrar tidak akan menggunakan internet selama 24 jam dan laman-laman web seperti Harakahdaily dan Keadilan Daily membuat 'pop up' menyokong kempen menentang seksyen 114A.

Tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir dan Hishamuddin Rais turut bersama-sama kempen ini.

Pindaan akta kontroversi tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan April tahun ini dan digazetkan sebagai undang-undang oleh menteri de facto undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz pada bulan Julai baru-baru ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI KERAJAAN BANGANG..... kah kah kah

kah kah kah... SEBELUM BUAT UNDANG UNDANG KAJI LAAA DULU.... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG BARU SEDAR.... kah kah kah...



NOTA:
nampak jelas flip flop
nampak sangat najib takut
nampak sangat gempaq sikit
terkencing kencing


MENUNGGU VIDEO HASAN ALI SAMPAI MURTAD

Posted: 14 Aug 2012 06:10 PM PDT





TUNGGU SAMPAI GILA




SAYA BERJAYA KUNCI MULUT MUBALIGH KRISTIAN - mkini

Presiden Jalur Tiga (JATI) Hassan Ali mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian.

Beliau mendakwa, langkah mendedahkan video pengakuan mangsa terbabit dan ceramah yang disampaikannya dalam siri jelajah di seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu.

"Atas pendedahan video itu, reda sedikit bishop dan reverend. Mereka tak bercakap (soal mendekati orang Islam)," katanya bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NASIB BAIK ADA HASAN ALI.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU TIDAK RAJA MELAYU SEMUA KENA TENDANG.... kah kah akh..

kah kah kah... KALAU TIDAK KITA SEMUA MASUK KRISTIAN.... kah kah kah..

woit.... HASAN ALI INI CUKUP HEBAT.... kah kah kah...

kah kah kah.... HASAN INI INI CUKUP POWER..... kah kah kah...

kah kah kah.... TUHAN HANYA IKAT SAITAN PADA BULAN PUASA.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI HASAN ALI LAGI TERER.... kah kah kah..

kah kah kah.... HASAN ALI BOLEH KUNCI PADRI SEPANJANG MASA.... kah kah kah..







NOTA:
bila agaknya dapat
melihat video hasan ali?

bila agaknya dapat melihat
kitab injil pakai solar power

kalau tunggu lama lama
tak sampai sampai
ramai orang akan murtad



SAEKOR MALAON AKAN KENA TENDANG

Posted: 14 Aug 2012 11:35 AM PDT




SAEKOR MALAON DARI YOU JI




PEMUDA PAS KELANTAN MINTA NASHARUDDIN LEPAS MP BACHOK
- harakah daily

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INI SAKI BAKI YOU JI DALAM PAS.... kah kah kah...

kah kah kah.... BAGI BERSIH BETUL BETUL.... kah kah kah...

kah kah kah.... REBUS DENGAN AIR PANAS.... kah kah kah...

kah kah kah...SENTAL DENGAN SABUN.... kah kah kah...

kah kah kah...KEMUDIAN RENDAM DENGAN CLOROX.... kah kah kah....

kah kah kah.... BARU BOLEH TENDANG KELUAR..... kah kah kah...





NOTA:
mesti ada lagi
geng you gi ini
cuba tanya azizan
apa komen dia?
kah kah kah





SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 14 Aug 2012 04:07 AM PDT




UCAPAN SELAMAT HARI RAYA




TAK SAMPAI SATU MINGGU

macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat berbuka puasa
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat bersahur

bagitulah hidup ini
pejalanan yang tak henti henti
detik yang telah pergi
tidak akan dapat ditangkap kembali
seribu ingatan
sejuta harapan
detik itu telah berlalu

lalu aku ingin bertanya
seperti yang telah
aku lakukan berkali kali
lalu aku ingin bertanya

sesudah ini hendak kemana
kenapa agaknya aku sampai disini

soalan hakiki
yang tak mungkin aku temui jawapan
soalan yang akan menimbulkan soalan
jawapan yang mememilik jawapan
jawapan yang memiliki soalan

maka disinilah aku
maka hadapan cermin ini lah aku
maka kau bacalah apa yang aku tulis
linkaran fikrah aku
yang menjalar jauh
dari ramadan je shawal
ke musim runtuk ke musim sejuk
musim hujan ke musim panas

jika sekiranya kita tak pernah bertanya
jika sekiranya kita tak menyoal
jika sekiranya kita hanya mengikut detik dan arus
jika sekiranya kita hanya bernafas
apakah indahnya hidup ini?

PETANG INI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
aku mengucapkan lebih awal
aku mengucapkan 6 hari sebelum raya
aku mengucapkan keriangan untuk semua
aku mengucapkan kegumbiraan untuk seluruh umat di dunia
aku mengucapkan setiakawan sepanjang masa
aku mengucapkan kesejahteraan umat manusia

aku mengucapkan semua akan makan tapai!

PUYU MASAK GULAI LOMAK TEMPOYAK


PETANG INI AKU MASAK
petang ini aku masak
iakan puyu dengan temnpoyak
aku tak pakai kelapa
aku pakai susu

puyu ini aku beli ahad dahulu
ketika aku merakamkan klip
puyu ini besar daru puyu yang
pernah aku panncing

petang ini juga aku merebus jagong
kali ini aku tidak terlupa
memasukan garam ketika merebus

buah buah telah habis
aku tidak ke pasar
kerana esok
aku akan pergi ke pasar
yang paling spesial

tunggu laporan aku!

REBUS JAGONG LA PETANG INI



PETANG INI REDUP BERBAHANG
tidak bagitu panas
tidak bagitu terik
ketika aku mengetik ini
semua senyap
yang akau dengar hanya putaran kipas

murai entah kemana?
salakan ajing entah ke mana?
kokok ayam hutan entah kemana?

kenapa semuanya senyap
mungkin dunia memberi tanda hormat
kepada kita semua agar kita
berjanji pada diri sendiri
untuk menjadi manusia yang baik

SELAMAT HARI RAYA LEBIH AWAL




EKOLOJI DARI PEMBACA - BANGLA, INDON DAN PACU SEMUA PENDATANG HARAM!

Posted: 14 Aug 2012 01:44 AM PDT



PEDATANG HARAM - BANGLA INDOON DAN PACU






BUKAN BANGLA SAJA YANG DISELUDUP

erm..ikan pachu...sedap ka?aku makan isi dia macam liat sikit....aku pelik,macam mana ikan dari sungai amazon ni tiba2 boleh ada dalam sungai dan tasek kat malaysia..aku rujuk google earth,tapi x nampak pon yang sungai amazon bersambung dengan sungai kedah..tak besmabung pon dengan tasik kat belakang umah sewa aku dulu time kat bangi dulu..

ikan seludup ni la yg menyebabkan spesis ikan tempatan pupus....kerajaan x serious la dalam bab menjaga spesis ikan ayaq tawaq tempatan..aku tengok kat astro,org amareka..tangkap ikan haruan kat sungai depa..kemudian bunoh..sbb ikan haruan ni duk makan spesis ikan tempatan kat amareka nuu..

ikan luaq diseludup masuk..mula2 untuk bela..last2 dah boring,lepas dalam sungai..habis ikan seludup ni hantam makan ikan tempatan..yang tinggal hanya anak2 ikan yg hensem2 ja.. kalu kerajaan x serious dalam menangani isu PATI,aku rasa lps ni anak2 ikan akan terdiri daripada mamat bangla,nepal dan myanmar yang boleh tahan hensemnya...kahkahkah..
By zarulyatak zarulyatak on SELAMAT BERBUKA PUASA on 8/14/12



NASIONALISMA - SABAH UNTUK SABAHAN - BERITA YANG AKAN MENANGGUHKAN PRU13

Posted: 14 Aug 2012 12:04 AM PDT









TIGA LAGI AHLI PARLIMEN BN AKAN KELUAR PARTI : LAJIM - keadilan daily

BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen BN Beaufort, Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.

"Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

"Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.

Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

"Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA SUDAH JADIIIIII.... kah kah kah..

kah kah kah...BANK SUDAH PECAAAAAH..... kah kah kah...

kah kah kah.... KADAZAN DAN MURUT BANGUN MELAWAN.... kah kah kah...

kah kah kah...BAJAU DAN ORANG LAUT BANGUN MELAWAN.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK BUAT MACAM MANA.... BANK SIMPANAN SUDAH PECAH.... kah kah kah..

kah kah kah...EMPANG SUDAH PECAH...kah kah kah...

NOTA:
selama 49 tahun
warga sabah kena tipu
dari negeri paling kaya
pada tahun 1963 bila
menubuhkan malaysia
memjadi negeri paling miskin
pada tahun 2012 -




ini ialah imperialisma semenanjung
harta kekayaan sabah
dirompak
dirembat
yang kaya semenanjung!

MARI KITA BANGUN MELAWAN SEBELUM TERUS KENA TIPU

Posted: 13 Aug 2012 09:00 PM PDT




LEBIH BAIK MELAWAN DARI DIBODOHKAN


















KEADILAN SOKONG PROTES #STOP114A

Seperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri.

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.

Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang.

KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.

Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia.

Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN




Tiada ulasan: