Khamis, 9 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


Sib baik bukan ANWAR yang salam... hehe...

Posted: 09 Aug 2012 10:57 AM PDT

Aug 9, 2012

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Zhao Leji ketika menerima kunjungan Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA



Muhyiddin jumpa pemimpin CPC, itu yang dilaporkan Buletin Utama TV3 suku. Kenapa tak berani sebut CPC tu Parti komunis China? Nak sembunyikan apa?


MASANYA Rakyat membalas budi... hehe...

Posted: 09 Aug 2012 05:55 AM PDT


Janji ditepati

Maklumat yang diperolehi menyebutkan bahawa harga kamera jenama Jenoptik Robot buatan Germany yang digunakan oleh ATES Sdn Bhd untuk AES ialah sekurang-kurangnya EUR 30,000 seunit.

Jenoptik Robot menyatakan bahawa mereka mendapat kontrak menyediakan sebanyak 550 unit kamera yang keseluruhannya kamera Jenoptik Robot menjangkau RM63,178,520.54. Ini baru nilai kamera, tidak termasuk perisian, perkhidmatan penyeliaan dan khidmat susulan bagi tempoh 5 tahun.

Bagaimana Syarikat ATES Sdn Bhd mendapat pulangan???
Jawapannya ialah Saman Lalulintas!! 1Saman RM300...

Janji yang pasti ditepati...
Janji KERAjaan pada kroni...
Mangsa akan dikenakan disaman...
Baru boleh dapat pulangan...
Janji kini ditepati...
Time rakyat membalas budi... (FB)


Amek kaw GATAI sangat... hehe...

Posted: 09 Aug 2012 01:00 AM PDT

Orang ramai mahu Manoharan mohon maaf secara terbuka

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang mempersenda kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei di Olimpik London Ahad lalu, terus menerima kritikan rakyat Malaysia walaupun beliau sudah memohon maaf menerusi laman Twitter semalam.

Pemerhatian Bernama mendapati banyak pengikut laman sosial itu masih lagi mengkritik tindakan pemimpin DAP berkenaan dan mahu Manoharan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sekadar melalui twitter sahaja.

Seorang pengikut twitter berkata, Manoharan sebagai rakyat Malaysia perlu belajar menghargai atlet-atlet negara.
"Rakyat Malaysia yang sebenar tidak akan mengutuk atlet-atlet kita yang berjaya," katanya menerusi akaun twitter @mahes_sp.
Tidak kurang juga yang kesal dengan tindakan pemimpin itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dan seterusnya menjadi ikutan rakyat yang lain hari ini.
"Anda patut lihat bagaimana rakyat Malaysia mengejek anda selepas anda mengejek negara anda sendiri," menurut akaun twitter @Leezykrauff. 
Pengguna akaun twitter @Singhamlyer juga mempunyai pendapat yang sama. "Ada yang dungu mula ikut gaya @mmanoADUN. Cakap Mengarut Hari Ini, Esok Minta Maaf," katanya. 
Namun begitu, Manoharan masih belum dilihat membalas komen-komen yang dilontarkan terhadap beliau menerusi laman sosial itu.

Satu akaun laman sosial facebook atas nama 'Kami tuntut Manoharan Malayalam mohon maaf kepada Lee Chong Wei' yang didaftarkan sejak tiga hari lepas turut mendapat sokong 6,148 orang setakat ini.

Semalam, Manoharan menerusi akaun twitternya @mmanoADUN berkata beliau kesal dengan komen-komen yang dibuat beliau dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Chong Wei dan keluarganya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kenyataan itu sengaja dikeluarkan oleh Manoharan untuk mendapatkan publisiti.
"Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, walaupun Manoharan mohon maaf terhadap Lee Chong Wei, namun dia sengaja buat hal untuk popularkan diri. 
"Sepatutnya beliau berjumpa dengan Lee Chong Wei dan keluarganya dan memohon maaf secara terbuka dan kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sikap biadab dan kurang ajar, bukan meminta maaf menerusi twitter," katanya kepada Bernama, hari ini. 
Beliau turut menyifatkan pemimpin DAP itu sebagai tidak layak untuk memimpin kerana tidak mempunyai ciri-ciri berhemah.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula berharap agar Manoharan mengambil perkara itu sebagai iktibar dan tidak mengulangi perbuatan sedemikian. - BERNAMA


Kaler BIRU tak pa, kaler HIJAU haram... HARAM***** betoi

Posted: 08 Aug 2012 11:44 PM PDT


Cubaan puak melayu bangang memperbodohkan melayu hutan!

1 Ogos 2012: Sembilan NGO pro-Umno Selangor menghantar memorandum desak JAIS bertindak atas pemimpin PR yg dikatakan telah membawa pengaruh politik di Masjid, khususnya di Selangor..

p/s: Yang ni puak cacai2 umno Johor tak nak hantar memorandum jugak ke?


Dr Asri TIBAI sapa pulak dah neh... [BACA]

Posted: 08 Aug 2012 08:42 PM PDT

Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
"Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan."
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: "Mengapa engkau tidak mahu makan?".

Jawab Ibn Taimiyyah:
"Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!".
Kata Raja Qazan: "Berdoalah untukku".

Kata Ibn Taimiyyah:
"Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya".
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
"Mengapa kamu semua mengangkat jubah?".
Jawab mereka: "Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami".

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: "Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi".

Jawab Ibn Taimiyyah:
"Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi" (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang 'sebat semacam' dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan 'sebat semacam' jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..

~ DrMaza.Com

p/s: Khusus untuk Ulama bingai, pembodek dalam Umno... hehe...


Serupa tapi tak sama...

Posted: 08 Aug 2012 04:50 PM PDT

AURAT WANITA DARI AL QURAN DAN HADIS

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi

-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)

-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan

-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan

-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata

-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)

-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan

-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian

-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut

-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Tiada ulasan: