Khamis, 9 Ogos 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Bakal MB berotak udang,,,,belum jadi MB dah salah guna kuasa.......Noh Omar terlibat projek udang.......!!!!

Posted: 08 Aug 2012 03:10 PM PDT

 

bakal mb  berotak udang...belum jadi MB dah salah guna kuasa....kah kah kah

 

Pendedahan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memang  terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

Satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.

Dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.Syarikat ini bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.

"Ini  adalah  projek usaha sama  yang mana  beliau  ( Noh Omar ) tak nafikan akuan sumpah ini,..

Kaveat berkenaan bertujuan untuk menghalang Noh daripada menjual tanah berkenaan selama perjanjian itu berkuatkuasa.

Surat akuan sumpah yang menyebut "syarikat telah bersetuju mengusahakan hartanah bersama dengan Noh bin Omar...." membuktikan Noh Omar terlibat dalam projek itu lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

"Usahasama" yang disebut dalam dokumen itu menimbulkan "keraguan yang munasabah" dan definisi istilah itu juga sangat luas.

Jadi kita mahu pihak berkuasa siasat. Sama ada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)..walau hasilnya kita  sudah menjangka....di sorok bawah karpet....kroni di utamakan....rakyat di aniyakan .

Sebagai contoh, seorang menteri perumahan boleh membeli rumah tetapi menteri berkenaan tidak boleh terlibat dalam mana-mana syarikat perumahan.

Prinsip yang sama katanya diguna pakai dalam kes projek udang yang membabitkan Noh Omar.

Noh Omar boleh makan udang termasuk otak udangnya tetapi dia tak boleh ternak udang. Ini salah guna kuasa.

Orang yg kononnya nak jadi menteri besar Selangor ini wajib tampil ke depan dan jawab (dakwaan ini),..

Noh pada 14 Julai lalu dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, dan menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.

Akhbar Sin Chew Daily pada hari itu melaporkan, Noh mendakwa masih belum dilantik sebagai menteri ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak itu dimilikinya.

Bagaimanapun, dua hari kemudian beliau menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.

"Pegangan" yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan Sin Chew, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.

Isu berhubung projek ternakan udang tersebut pertama kali dibangkitkan  ketika membentangkan satu usul di DUN Selangor bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.

 

malaysiakini

mohon sebarkan....awas ada blog-blog menyamar Blog Pakatan Rakyat atau Pro Pakatan....!!!!

Posted: 08 Aug 2012 02:53 PM PDT

Salam..


MOHON SEBARKAN


Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah....

Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.

2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini.

  1. HTTP://penyokongpas.wordpress.com/

  2. HTTP://suarapakatanrakyat.com/

Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.

Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini

 

Sekian Terima Kasih

 

 

shalehudin

Tiada ulasan: