Selasa, 7 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


TERPENTING: Tolong sebarkan...

Posted: 07 Aug 2012 09:15 AM PDT

Salam..

MOHON SEBARKAN

Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah....

Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.

2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini.

1. HTTP://penyokongpas.wordpress.com/

2. HTTP://suarapakatanrakyat.com/

Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.

Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini

Sekian Terima Kasih - FB


TERBAEK: Puisi Datuk Patinggi... hehe...

Posted: 07 Aug 2012 05:33 AM PDT

Saya Ada Jet Peribadi,
Saya Juga Ada Istri Macam Bidadari,
Ku Punya Harta Tiada Terperi,
Rakyat Sarawak Boleh Ku Beli,
Nanti PRU Baru Ku Beri,
Tentu Mereka Terus Lupa Diri,
Mesti Rakyat Ku Undi Ku Lagi...


Chong Wei buat permohonan MAAF terbuka...

Posted: 07 Aug 2012 02:00 AM PDT

Saya minta maaf kepada rakyat M'sia - Chong Wei

"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat London sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.


"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.

Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.

Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.

"Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.

"Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya.- Bernama


PANAS: PORT kaki-kaki tak puasa...

Posted: 06 Aug 2012 11:41 PM PDT

SELAMBA...dua pengunjung lelaki minum di kolam memancing komersial.

'Sarang' kaki ponteng puasa

KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera, kedai mamak dan kedai serbaneka 24 jam menjadi pilihan segelintir 'kaki ponteng' puasa di ibu kota mendapatkan juadah berbuka awal.

Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.

Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi 'selamat'.

"Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka. 
"Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit," katanya.

Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.

"Abang jangan risau, tempat ini selamat. Abang hisap saja rokok, orang tak kisah kerana semua tak puasa," katanya.- myMetro


GAMBAR rumah penyanyi Alleycats yang terbakar

Posted: 06 Aug 2012 07:00 PM PDT

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran yang memusnahkan tingkat atas rumah bekas penyanyi kumpulan Alleycats mendiang Datuk A.Loganathan dalam satu kebakaran di Jalan Azyze, Tanjung Bungah di George Town, P.Pinang, Isnin.

Tingkat atas rumah berkenaan yang menyimpan barangan-barangan kenangan kumpulan tersebut termasuk piring hitam lagu-lagu ciptaan kumpulan berkenaan pada tahun 1980an turut musnah dalam kebakaran tersebut yang berlaku pada pukul 11 pagi tadi.

Bagaiamanapun tidak ada sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -foto BERNAMA


HOT: BANGANG memang tercipta untuk Umno...

Posted: 06 Aug 2012 06:37 PM PDT

9 NGO pro UMNO yang malukan UMNO

NAK tergelak tengok gelagat 9 NGO-NGO pro Umno, katanya seramai 50 orang berhimpun di bangunan JAIS beberapa hari lalu berlagak bagaikan pejuang kerana tidak mahu masjid dipolitikkan.

(9 NGO's boleh himpun 50 orang ja? Kahkahkah...)

Siap bawa sepanduk kononnya tindakan mereka itu sebagai mentaati titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dipolitikkan [Utusan].

Mereka nak bantah masjid dipolitikkan, terpulanglah. Mereka ada kaki, ada tangan ada mulut, nak bantah lantaklah kita tak perlu persoalkan kerana mereka juga berhimpun secara aman tanpa senjata.

Namun yang lucunya, mereka sebenarnya telah memalukan Barisan Nasional yang baru sahaja beberapa hari lalu mempolitikkan masjid.

Lihat bukti-bukti di bawah ini, biarlah gambar berbicara seribu bahasa.

Siapakah gerangan ahli politik Barisan Nasional yang mempolitikkan masjid ini? Lihat gambar di bawah.

Sendiri politikkan masjid, sendiri mengamuk berhimpun bagai depan bangunan JAIS. Woi NGO-NGO mabuk! Bulan Ramadhan mana boleh minum arak kah kah kah...

ReJaM© "Mulut bising terbau kentut orang, punggung sendiri terpalit taik" - milosuam


Kes Exec TV9, REMAN anggota keluarga dilanjutkan

Posted: 06 Aug 2012 02:30 PM PDT

Reman anggota keluarga terdekat eksekutif TV9 dilanjut

KUALA LUMPUR: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kematian wanita itu, 28 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata tempoh tahanan reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini.

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam, 29 Julai lalu bagi membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA


Serang Hendap: Tentera Malaysia Di Afghanistan Selamat

Posted: 06 Aug 2012 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada anggota misi Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) ke Bamian, Afghanistan terlibat dalam serangan hendap yang menyebabkan kematian dua tentera New Zealand dan empat pegawai risikan Afghanistan Sabtu lepas.

Sumber Kementerian Pertahanan berkata walaupun tentera Malaysia berkongsi dan bertugas bersama-sama Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand di Bamian, namun serangan berlaku di luar kawasan kem penempatan mereka.

"Ketika serangan, hanya anggota tentera New Zealand yang menyertai misi khas di satu kawasan di Bamian. 
"Tentera kita berada di dalam kem dan selamat. Kejadian berlaku jauh dari kem kita," katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu bahawa langkah berjaga-jaga tetap diambil tentera Malaysia demi memastikan keselamatan terjamin. Laporan daripada pegawai tentera tempatan Bamian menyebut, tentera Taliban membunuh dua tentera New Zealand dan empat pegawai perisikan Afghanistan pada malam Sabtu lepas.

Tentera itu terbunuh apabila kereta perisai mereka ditembak dalam serangan hendap di kawasan Baghak, daerah Shibar dalam wilayah aman tengah Bamian itu.

Pasukan MALCON ISAF, kini dalam kumpulan ke empat, berada di Bamian untuk misi kemanusiaan selama enam bulan sehingga Oktober 2012, bertujuan memberi bantuan perubatan, pergigian dan bantuan kemasyarakatan kepada penduduk di wilayah itu.

Misi itu turut memberi latihan kepada penduduk tempatan wilayah berkenaan dan melatih petugas-petugas perubatan serta pergigian kerajaan Afghanistan.-BERNAMA


Tiada ulasan: