Selasa, 7 Ogos 2012

Addin

Addin


Akhirnya Manoharan Mohon Maaf Pada Lim Chong Wei

Posted: 07 Aug 2012 09:09 AM PDT


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya berhubung kenyataan beliau dua hari lalu.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi laman mikro Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi.Dalam mesej susulan, wakil rakyat DAP itu menulis, "saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Permohonan maaf itu muncul beberapa jam selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Siang mengecam kenyataan Manoharan.Kira-kira 10 pagi tadi, Kit Siang menerusi akaun Twitternya berkata, "selamat kembali ke tanah air kepada Lee Chong, yang diberikan sambutan wira oleh kesemua rakyat Malaysia."

"@mmanoADUN (Manoharan) akan memohon maaf atas komen yang tidak wajar mengenai final LCW-LD (Lee Chong Wei-Lin Dan," katanya lagi.Semalam, Kit Siang mengesyorkan kepada Kabinet agar memberi Chong Wei anugerah Atlet Sepanjang Dekad sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau
.Ketika ditemui pemberita di Georgetown, Pulau Pinang, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan dibuat wakil rakyat itu adalah sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Dipetik The Star, katanya, Manoharan tidak mewakili parti dan seorang diri apabila membuat kenyataan sedemikian.Sinar Harian hari ini membawa laporan memetik beberapa pemimpin termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataanManoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, kelmarin.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.Anwar menulis di Twitternya  ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya "ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!".Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.Twitternya menyebut 'tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban'.Malam kelmarin, Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY.."

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong  Wei membawa pulang emas pertama untuk negara.Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28 juta penduduk negara ini. ~sinarharian



Nizar Cetus Kontroversi Lagi..

Posted: 07 Aug 2012 07:11 AM PDT

LUMUT – Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak sepatutnya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mempunyai 'mental habit' tidak baik.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu suka mengundang kontroversi dengan membuat kenyataan yang tidak sepatutnya walaupun semasa umat Islam menyambut Ramadan tanpa memikirkan kesannya terlebih dahulu.

"Ia merupakan mental habit bagi Nizar dan tidak menghairankan jika dia akan terus mengeluarkan kenyataan atau tweet yang kurang elok selepas ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 3, Segari, dekat sini hari ini.

Seramai 109 warga emas, tujuh orang kurang upaya dan lima anak yatim menerima sumbangan berupa duit raya dan barangan keperluan harian daripada Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sabtu lepas, Mohammad Nizar, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang, mengeluarkan tweet: "'Janji ditepati' malang perayaan kemerdekaan tahun ini dibuat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan Jalur Gemilang, jalur malang!", sekali gus membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia.

Namun, beliau menafikan telah menghina Jalur Gemilang dan menyalahkan pihak tertentu yang salah mentafsir kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Pada Mei lalu, Mohammad Nizar mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 oleh Sultan Johor. ~ bernama

Addin :

Memang malang pun.. apabila Umno BN menggunakan hari kemerdekaan negara ini sebagai senjata politik mereka untuk meraih undi kerana PRU 13 yang semakin hampir..


Artis Kontroversi, Namewee Kena Belasah?

Posted: 07 Aug 2012 12:00 AM PDT


Blog Omak Kau telah mengeluarkan kenyataan seperti begini "Dapat info yang Namewee kena belasah oleh individu yang tidak dikenali ketika beliau sedang mengadakan sidang media. Laporan polis sudah pun dibuat".

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini sama-samalah kita tunggu kesahihannya..


Patutlah Anggota Polis Taat Membabi Buta Pada Umno BN.. Ini Sebabnya

Posted: 06 Aug 2012 09:23 PM PDT

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak. ~malaysiakini

Addin :

Patutlah anggota polis taat membabi buta pada Umno BN.. sebab fikiran telah di racun..


Lelaki Mati Berzina Di Bulan Ramadhan

Posted: 06 Aug 2012 06:48 PM PDT

NUSAJAYA - Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu. Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

"Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

"Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut," katanya. ~info


Tiada ulasan: